Selamat sejahtera Kekasih Allah Titisan air matamu buat hatiku remuk seremuk hatimu Perjuanganmu penuh duri yang melukakan hatimu Tapi engkau tetap tabah Tetap berdiri kukuh Tetap tidak berganjak dari penderianmu Kau tetap berdakwah Menyebarkan agama Allah Biarpun halangan bak tsunami datang membadai
Duhai Kekasih Allah Hentikan tangisanmu Selagi kau terus-terusan menangis Selagi itu hatiku remuk
Biarlah aku yang menangis Jangan kau yang menangis Sudah cukup derita yang kau tanggung Sudah cukup perih perit tak tertanggung
Dalam keadaan lemah yang tak berdaya Kau masih lagi hendak meneruskan dakwahmu Mahukan semua manusia mencintai Allah Mengatasi segalaNya Cintakan Allah Cinta Yang Teratas
Tiada pernah niat di hatimu Menumbuhkan permusuhan di hati sesama insan Yang ada di hati adalah kedamaian Mahu manusia saling berdamai demi keranaNya
Hentikan tangisanmu kekasih Allah Percayalah andai kata kau dijemput Illahi Allah telah sediakan Syurga untukmu Insya-Allah Kerna berkat kepercayaanmu dan ilmu Yang telah kau pasakkan ke kalbu Insan-insan yang sentiasa mahukan Nur hidayah kasih dariNya
Moga Nur di wajahmu dan Nur di kalbumu Terpancar Nur Hidayah Kasih dariNya Terpancar juga di hati kami
Hentikan tangisanmu duhai Kekasih Allah Titisan air matamu wanginya bak setanggi Yang merenjis di kalbu semua Terpasaklah tauhid Meng-EsakanNya Di kalbu semua
Kau telah menjalankan tanggungjawabmu Sebagai khalifah Allah Moga pergimu membawa seribu rahmat Mengiringi rohmu bertemu dengan TuhanMu
Kami yang kau tinggalkan di bumi sementara ini Sentiasa Mendoakanmu Agar Sejahtera Dikau di Alam Sana.
0 comments:
Post a Comment