CINTA MEMBAWA KE SYURGA
Awak...
Terharu saya mendengar mengakuan awak
Sungguh ikhlas pengakuan awak pada saya
Cinta awak ke saya seperti saya
Mendapat tiket ke Syurga
Selangkah kaki saya ke Syurga
Awak tahu tak...
Cinta yang sebeginilah yang saya dambakan
Jika orang yang mencintai saya
Cintanya mestilah cinta Allah
Tempat Yang Teratas
Saya tak mahu
Cintanya ke saya
Mengheret saya dan dia
Kelalaian daripada
Mengingati Allah
Lalu terjebak
Dalam
Kemurkaan Allah
Jika itu berlaku
Adakah cinta namanya?
Pastinya tidak
Itu semuanya cinta
Palsu yang memusnahkan cinta suci
Makanya
Pabila saya mendengar mengakuan awak
Yang ikhlas itu
Saya terus menangis kesyukuran
Di sejadah cintaNya
Mengucapkan syukur padaNya
Yang tak terucap
Kerna DiKurniakan
Cinta dari hambaNya
Yang tulus ikhlas
Semata keranaNya
Syukur Ya Allah
Terima kasih cinta hati saya
Yang sudi melamar saya
Untuk sama-sama
Menempah tiket ke Syurga
Moga dengan tersarungnya
Cincin Syurga ke jari manis saya
Jadilah saya bidadari awak
Bidadari yang setia
Hingga ke SyurgaNya
Awak menerima cinta saya keranaNya
Saya membalas cinta awak keranaNya
Inilah cinta yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Wallahualam
Karya Putri Rimba.
25 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment