Melayu penuh sopan santun beradat Berkata seolah mahu mati esoknya Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi Generasi disayangi Kerabat dikasihi Serumpun Senusantara Indahnya sebuah kehidupan Tanpa hasad dan iri di hati Semuanya mencari jalan-jalan pulang Ke negeri abadi Yang sentiasa menanti Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang Berkat tika hidup bersangka baik denganNya Redha akan KetentuanNya Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment