SAYANGKU SAYANGMU (421) - TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
CINTA ALLAH AZZAWAJALLAH ADA UNTUK SEGENAP HAMBA-NYA
RINDU DAN CINTA HANYALAH UNTUK-NYA
Yang baik itu hati Yang indah itu bahasa Bahasamu selalu meruntun jiwa Bagaikan pungguk mendayu-dayu sayu pada rang bulan Rang bulan menyinarkan sinarnya pada pungguk Pungguk menangis syahdu pilu Kerana rang bulan masih rindu dan setia Pada rindu berbalas rindu Rindu bukan disepikan tapi muhasabah diri Mahu pulang ke Pangkuan Ilahi Persiapan amalan ke Syurga-Nya Moga pungguk begitu juga Sentiasa rindu dan cinta hanyalah untuk-Nya Bukan pada cinta sementara Kerana KETENTUAN TAKDIR CINTA ADALAH MILIK-NYA
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Ramadhan 1433H 25 Julai 2012 about an hour ago · Like · 2
PERSIAPAN KITA KE SYURGA
Allahu Akhbar...jangan bilang gitu rakan sasteraku... Allah SWT Maha Adil pada semua hamba-Nya Jangan sesekali berasa begitu Kurniaan bakat padamu sama juga padaku Sama juga pada rakan yang lain... Bersangka baiklah pada-Nya ... Dan jadilah seorang yang pemaaf dan sentiasa meminta maaf Samada kita bersalah atau tidak Namun kita tetap bersalah dalam keadaan apapun .. Kalau tidak masakan kita sama-sama terguris hati... Bila itu kita dapat lakukan ....masalah kita dengan manusia... Insya-Allah selesai Aamiin Bila hati sudah bersih ...pesona dunia ini hanyalah sekadar apa adanya Jika ada lebih adanya semuanya kita fikirkan untuk infak ke jalan-Nya Biarlah kita tidak dikenali oleh penghuni bumi Asalkan kita dikenali penghuni langit dan DiRedhai Alllah SWT hidup dan mati kita Aamiin Maka dari itu rakan sastera... Jangan rasa kau tak setandingku tak setanding kawan-kawan sastera Semuanya sama .. Tiada tinta yang hebat selain dari Kalam-Nya Al-Quran dan Hadis... Matlamat kita bertinta hanyalah untuk meng-Agungkan-Nya Dan sebagai bekalan di Alam Abadi... Menulis bukan untuk Menunjuk kehebatan Kebijaksanaan ilmu yang dimiliki Merasa ujub kerana kesempurnaan kita berbahasa puitis Bukan...bukan...bukan... Tapi untuk persiapan kita ke Syurga Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu yang mengasihimu dunia akhirat, Rabeah Mohd Ali 5 Ramadhan 1433H 24 Julai 2012 Ahmad Tajuddin likes this. 52 minutes ago · Like · 1
PERMATA-PERMATA DARI SYURGA
Apa kabarmu duhai rakan sasteraku ... Lama sudah tak dengar puisi darimu Lastas kau sepikan rinduku...hehehe Makanya kuhanyutkan rindu hatiku yang berlilitkan akar-akar rindumu Di ombak rindu....jangan marah beb....hehehe Sejujurnya aku rindu padamu... Jika kau tak sudi membalas rinduku tak apalah Aku faham kerana siapalah aku di hatimu ... Apapun di bulan yang mulia ini kuhulurkan sepuluh jari Memohon maaf jika ada canda puisiku yang mengguris hatimu Hampir dua tahun perkenalan kita di alam maya Banyak kisah sedih duka kita Namun wangian cinta kita Masih abadi di hatiku di hatimu Kusayang kamu Kurindu kamu Kusayang ukhuwah kasih ini Kerana-Nya Kita diketemukan-Nya biarpun cuma di alam maya Bukan untuk berpisah Tapi ada hikmah sebalik-Nya Biarpun ada rasa terluka dilukai Kita lupakan itu kerana Sememangnya kita manusia yang tak pernah sempurna Yang kita fikirkan Misi dan visi kita Apa matlamat kita bersastera Kurniaan bakat dari Ilahi Yang patut kita syukuri Yang setiap baris tinta yang kita lakarkan Di kanvas dunia ini bukanlah sia-sia Semuanya akan dihitung Jika hitungan itu dikira sebagai saham akhirat SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLLAHU AKHBAR Pasti sebelum bertinta kita sudah fikirkan Inilah syair puisi pantun gurindam Yang kupersembahkan kepada Tuhanku Dan didengari oleh para malaikat dan seluruh penghuni bumi Jika sekiranya Allah SWT memakbulkan Para malaikat mengaminkan Penghuni bumi mengaminkan SUBHANAL ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Tiada apa lebih membahagiakan di kala itu Kerana tinta-tintamu tinta-tintaku tinta-tinta rakan-rakan sastera semua bagaikan titisan permata dari Syurga kita dihujani permata-permata dari Syurga kita kutip bersama kita kongsi bersama permata-permata yang kita perolehi kita kongsi bersama dengan seluruh penghuni bumi Ahhh bahagia gitu... Saling dapat berbagi permata Syurga Tanpa jemu sehingga nafas terakhir Moga kau, aku dan semua rakan sastera Sentiasa DiKurniakan Permata-Permata dari Syurga Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 25 Julai 2012 5 Ramadhan 1433H 49 minutes ago · Like · 1
Tengku Misyam Alwin Syiraz PUTRI RIMBA NIAGARA.. kat mana fb nyer 47 minutes ago · Unlike · 2
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke? Engkau suka berlagak kan? Meluat aku... Weeii kau cermin sikit muka kau tu Harap mekap je lebih Buang mekap Tengok... Hodoh.... Maka dari itu cermin sikit Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri Aku siapa Yang tak secantikmu Yang tak semudamu Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun Habis tu kenapa Kau berlagak macam Seorang puteri raja Tak malu ke Perasan?
Salah ke aku Menghargai kecantikan Kurniaan dari Allah Kalau kau nak tahu Jika aku tak bermekap Wajahku hodoh Kalau ditarik lapisan kulit Wajahku ini lagi hodoh Seperti tengkorak berjalan Termasuk juga wajah Engkau tanpa kulit di wajah Engkau boleh bayangkan Jadi apa nak dikesahkan Pada kecantikan yang Sementara ini...
Habis tu kenapa kau Berwatak seperti puteri diRaja Kau perasan nak jadi puteri ke Putera mana yang hendak Kau pikat dan Putera mana yang akan terpikat Denganmu Lainlah aku cantik dan masih muda Tak perlu mekap pun dah cantik Sekali aku senyum 10 yang terpikat Tapi aku tak semudah itu terpikat Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun Cinta gila-gila dengan aku Kerana kecantikan aku Aku pun anak orang berada Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma Menghayati watakku Sebagai seorang puteri rimba Yang tinggal bersama dengan Penghuni rimba niagara Takkanlah memegang watak Sebagai puteri rimba pun Nak cemburu.... Lainlah puteri untuk manusia Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba Kalau puteri istana memang aku cemburu Dengan haiwan apa nak dicemburukan Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan Tak nak aku....
Tahu tak apa... Mulai hari ini kau jangan cemburu ye Kau beri saja sokongan/dukungan padaku dunia sastraku agar aku dapat berpena Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati Keikhlasan sokonganmu dalam karya SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 40 minutes ago · Like · 1
PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE
Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini... Gambar yang kau lihat itu tak dirancang.. Aku memegang watak Putri Rimba untuk Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan Satu masa nanti dipentaskan.... Yang mekapkan aku pun Si kunta si kunte dayang Istana Rimba Mereka berdua sebagai penasihat aku juga... Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri Aku mahulah padam tapi si kunta si kunte marah Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan Kepada pembaca setia karya-karya aku Katanya apa nak dimalukan... Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ... Itula kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu Agar kau tak salah faham ye... Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu Seorang yang sudah ditarik kecantikan... Cuma yang berbaki ini saya yang ingin dihargai...itu saja... Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok... Nanti bila habis skrip puteri rimba Kutukar gambar lain... Moga si kunta si kunte benarkan.... Moga kau gembira mendengar cerita aku ini... Salam kemaafan untuk kalian ...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 33 minutes ago · Like · 1
ASAL USUL KISAH PUTRI RIMBA NIAGARA
Maka tersebutlah kisahnya Di mana bermulanya kisah Putri Rimba Niagara Disebuah pantai yang terpencil Sekujur tubuh terdampar Dibawa arus ombak Lautan asid bergelora Seluruh tubuh Melecur tiada berkulit Tiada bergerak Tapi masih bernyawa
Sekumpulan penghuni rimba Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi Terjumpa si Putri Rimba... Dibawa ke rimba Dirawat Putri Rimba Menggunakan sumber-sumber asli Yang diperolehi dari rimba Sudah hampir Tiga purnama koma Barulah putri rimba sedar Dari koma dan pulih seperti sediakala Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi
"Di manakah hamba?" "Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma Kami adalah penghuni Rimba Niagara Menjumpai tuanku putri Terdampar di pantai dengan lecuran Keseluruhan tubuh Kami bergotong royong merawat Dan mengobati Tuanku Putri Di samping berusaha kami Membuat sembahyang hajat bermunajat Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan Kecederaan Tuanku Putri Dengan izin Allah Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma
Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu Putri Rimba menangis hiba Lama putri rimba menangis Penghuni rimba juga menangis
"Tuanku Putri hiba benar kami semua Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri Diselubungi dengan gerhana mendung Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...
Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas
Luka di hati tuanku putri Kami jahit dengan benang cinta Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi Buat selamanya Insya-Allah Aamin"
Putri rimba menangis hiba Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya Hatinya bagaikan disayat-sayat Seolah tidak percaya Seolah berada di alam fantasi tapi realiti
"Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega... Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan Daunan kasih."
Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi Dan senyum meleret
"Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami.... Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri Suka tak?"
"Suka banget...unik dan fantastik! Hamba amat hargai seumur hidup hamba."
Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba Amat membahagiakan... Saling menyayangi Saling menghormati Saling memahami Saling berkorban Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati Tiada rasa sedikitpun cemburu Cuma yang ada Sayang....sayang...sayang... Kasih...kasih...kasih.... Kasih demi-Nya
Inilah dunia yang diimpikan putri rimba Tuhan memakbulkan doa putri rimba Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang Karena telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa Setiap kata-kata yang diluahkan adalah Suara-suara hati semurni kasih Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun
Setiap kali putri rimba berkarya Penghuni rimba akan terharu Mereka sama-sama menangis hiba Bersama Putri Rimba ....
Putri Rimba menulis menggunakan Bulu burung garuda diRaja Tinta pula adalah campuran Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba Setiap kali berkarya Putri Rimba menulis dengan Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang Menulis diiringi dengan tangisan hiba
Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih Setelah dibaca penghuni rimba Disimpan rapi serapinya Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan Khazanah Rimba Niagara
Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba Bergelar Putri Rimba Niagara
PUTRI RIMBA NIAGARA MALAYSIA 11 Mei 2012 30 minutes ago · Like · 1
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku Kekasihku Nabi Muhammad SAW Kekasihku amal penemanku di kuburan Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya Beramal ikhlas semata kerana-Nya Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih DIA lah Tuhanku Yang setia Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar Sesungguh-Nya DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya Biarpun sedetik Terlalu hampir Kemana kita berada DIA berada Tak pernah tidur dan lalai Bersama kita Sejak Azali Lagi Hingga nafas terhenti Syurga adalah balasan Yang terindah buat para kekasih-Nya Yang Dicintai Selagi berdetak jantung Yang tiada penghujung-Nya Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya Maka berlumba-lumbalah kita untuk Menjadi kekasih-Nya Kerana DIA Maha Penyayang Memahami Setia Memakbulkan doa Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan Selagi mana kita beramal Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya Masuk ke Syurga Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya Menghuni Syurga Kerana Syurga itu Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya Yang hidup di muka bumi Dari wujudnya Nabi Adam as Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 6 Jun 2012 28 minutes ago · Like · 1
PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA
Duhai sahabatku... Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.
Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan Tuan Puteri menyumbangkan karya pada mereka...mereka bukan hargai pun malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati... meluahkan dendam kesumat...
Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kami cumalah haiwan tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati... sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka.... manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki... dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis... macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!
Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini... Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....
PUTRI RIMBA NIAGARA 28 Jun 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MASYARAKAT ADAT MATARAM & DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO) 28 Jun 2012 23 minutes ago · Like · 1
MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ
Redha perlu dicari Bukan dinanti
Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku
Ceritanya bermula begini.
Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.
Pengalamannya bersama Mat Rempit. Ustaz rela dirinya dipukul Disepak terajang dengan besi Hingga berdarah-darah Bengkak-bengkak urat sarafnya Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT Berkat kesabaran ustaz Mat rempit itu diberi Allah SWT Nur Hidayah Kasih-Nya Mat rempit tersebut kini menjadi Seorang Hafiz Al-Quran Atas bimbingan ustaz
Pengalamannya bersama Ketua Babi Hutan
Ustaz bersama dua tiga orang Ingin pergi berdakwah Disebuah perkampungan orang asli Yang semuanya bukan menganuti agama Islam Dalam perjalanan ke sana Di petengahan jalan Kenderaan mereka dihadang oleh Sekumpulan babi hutan Ustaz keluar dari kenderaan Bertemu dengan ketua babi hutan Kerana dia sudah letakkan Hanya Allah sahaja yang ditakuti Dengan berani dia Berkata dengan ketua babi hutan itu
Mata bertentangan mata Ketua babi hutan merenung mata ustaz "Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi Tapi kau redha dengan asal kejadianmu Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..." Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu. "Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."
Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan ustaz ..agar pergi dari situ.
Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut. Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya
Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 22 minutes ago · Like · 1
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu Dia tetap miskin
Apa maksudmu? Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham? Apa maksud kosong Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku Apa pulak kosong...
Kau silap... Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa Kalau mati membawa semua hartamu yang ada Jenuh juga orang nak menggali kuburmu Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu? Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham Sebab aku ni pencinta harta Bagiku harta adalah segala-galanya Untuk diri aku sendiri pun aku berkira Inikan hendak bersedekah Kirim salamlah Kalau nak kaya usaha sendirilah Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku Ramai suka berkawan dengan aku Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku Dan hormat gila-gila dengan aku... Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku Pelik kan manusia ini.. Cuba aku papa kedana... Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku... Manusia ini sukakan harta Sebab itu aku sukakan harta Kerana harta aku dihormati dan disanjungi Ke mana saja aku pergi semua hormat aku Dan sanjungi aku ... Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta... Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke? Ha...sebab itulah aku katakan tadi Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini Nak di kebumikan juga... Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga Yelah nak ikut wasiat tuannya... Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye.. Macam mana ye rupanya pembeli produk aku Dibeli boleh pocong-pocong Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong... Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia... Harta kau yang banyak-banyak ni Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis Biarpun kau sudah berada di alam barzah Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang Kau lafazkan melainkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir Sebagaimana yang kau fikir Terima kasih suara akhirat Kaulah sahabat dunia akhiratku Moga Rahmat Allah Azzawajalllah DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 Like · · Unfollow Post Prabu Sri Narayana Kusuma likes this. 12 hours ago · Like 19 minutes ago · Edited · Like · 1
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat... Biarpun nyawamu sudah habis Tapi rohmu masih hidup Hidup dan terus hidup Tika jasadmu hidup... Kita tahu wujudnya roh Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita Selama kita hidup Pabila kita solat bertemu Tuhan Allah nampak kita Dan kita rasakan kehadiran Tuhan Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh Bukan manusia lagi yang hidup Mereka yang hidup tak nampak kita Tapi kita nampak mereka Sedang meratapi kematian kita Kita ...bercakap-cakap dengan mereka Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang... Bekalan yang di bawa... Ye bekalan... Allahu Akhbar .... Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku Yang menciptakan aku... Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah Terimalah segala bekalan yang kubawa ini Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu Serasa mahu aku dihidupkan semula Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula Masa untukku sudah tamat Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku Berhidup di bumi Tuhan. Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja. Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia.... Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh. Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara 28 Mei 2012 (PETIKAN DARIPADA BORNEO DALAM INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI) 28 Mei 2012 18 minutes ago · Like · 1
TUHAN BALASLAH CINTA HAMBA-MU INI
Tuhan balaslah cinta hamba-Mu ini Hamba adalah hamba-Mu yang hina Tapi semampu daya ingin muhasabah diri Ingin pulang ke Pangkuan-Mu Dalam Redha lagi di Redhai
Aammin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO) 29 Jun 2012 14 minutes ago · Like
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang; Terkeduku bila terjaga dari lena; Aku menyesal memanjang, Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena, Air mata penyesalan sudah tiada erti; Lenaku di dunia membawaku ke sini, Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan, Aku menyesal terlepas peluang; Peluang yang diberiNya kubiarkan, Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula, Mahuku berbuat segala amalan; Berbuat baik pada Allah jua manusia, Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang, Aku yang menempah nasibku begini; Bukan Allah tidak memberiku peluang, Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri, Merana aku sendiri; Kini aku menyendiri, Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah. Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai. Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Putri Rimba Niagara 28 Mei 2012 12 minutes ago · Like
CINTA ALLAH SENTIASA ADA UNTUK SEGENAP HAMBA-NYA
Andai manusia tahu Cinta Allah sentiasa ada untuk segenap hamba-Nya Pasti waktu amat bermakna Untuk memburu cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya Dan mengenepikan segala kebuntuan tak menentu Karena waktu tak menunggu Bila sampai waktu Dipanggil Ilahi Cinta-Nya yang didambakan di kala hidup Terjawab sudah Bahagia di kala itu SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR Di sejadah cinta tika bersujud di dunia Menjadi bukti cinta dibalas sesudah mati.. Itulah cinta yang berarti Tiada henti...tiada noktah...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 20 Jun 2012
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 10 minutes ago · Like
CINTA ATAS KETENTUAN-NYA
Cinta yang didambakan Oleh dua insan untuk Mematrikan cinta Dalam redha Ilahi Membawa tragedi yang menyayat hati
Entah apa dosanya Mencintai yang dicintai Saling cinta mencintai Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya
"Berdosakah aku mencintainya," Itulah Yang selalu diungkapkan berulang kali Berkali-kali sambil memandang cincin Bertahtakan permata dari Syurga dari Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.
Selalu yang dilafazkan , " I love u darling & I miss u darling " Suasana kehidupan bagaikan di Syurga Berkata-kata bak penghuni Syurga Beribadat bersama-sama Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi Moga diterima segala amalan itu Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari Yang faham apa itu Takdir Cinta Atas Ketentuan-Nya
Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku' Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban Bidadara yang hidup serba sederhana... Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas! Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga Berdarah....berdarah...darah... Sampai separuh mati...dikerjakannya.... Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan "Tolonglah fahami keadaan aku... Berdosakan aku mencintainya...aku cuma redha atas ketentuan-Nya Cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja... LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH" Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya tubuhnya yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"
Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari Kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love n miss u forever n ever kanda...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012 5 minutes ago · Like
DUHAI SAHABATKU YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT CUKUPLAH SEKADAR INI DULU HAMBA BERSIARAN KARYA-KARYAKU INI ADALAH LAMBANG KASIH SEMURNI HATIMU ISTIMEWA DARIKU UNTUKMU DUHAI SAHABATKU...LUV U & MISS U KERANA-NYA
(PETIKAN DARIPADA WALL CETUSAN RASA BICARA HATI & PUTRI RIMBA NIAGARA) 5 Ramadhan 1433H 25 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment