WARKAH PANTUN GURINDAM SYAIR PUISI UNTUK KERABAT DIRAJA SENUNSANTARA, RAKAN GRUP & FB & ANAK CUCU SENUSANTARA
WARKAH PANTUN GURINDAM SYAIR PUISI UNTUK KERABAT DIRAJA SENUSANTARA, RAKAN GRUP & FB & ANAK CUCU SENUSANTARA
Assalamualaikum kepada semua rakan fb & grupku, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha; Terima kasih atas segala sokongan dari mu, Moga pengorbanan kita dalam Rahmat-Nya.
Terima kasih kerana sudi membaca karyaku, Terima kasih kerana tak jemu menyokongku; Kasih dan pengorbananmu kuterharu, Moga Allah membalas kebaikanmu.
Kita berkenalan di alam maya, Kehadiranmu amat kurasai; Sunyimu aku tidak bermaya, Kerana kasihmu berpadu di hati.
Kita sering bercanda di laman bisu, Bisu suara namun suara hati berbicara; Kita gelak ketawa kerana lucu, Begitu hebatnya bila hati berbicara.
Saling berbagi ilmu di alam maya, Setiap hari ilmu bercambah; Iman tandus terus bercahaya, Nur Hidayah Kasih-Nya melimpah ruah.
Di grup dan fb kita bersahabat, Menyambung talisiraturrahimi; Bila bersalah segera berjabat, Mengundang Rahmat dari Ilahi.
Indahnya persahabatan di alam maya, Berbicara bisu tanpa suara; Namun hati sentiasa percaya, Setiap yang baik datang dari-Nya jua.
Berlumba-lumba berbagi ilmu, Lagi dikutip rasa tak jemu; Bersyukur aku menimba ilmu, Berkat berbagi ilmu tanpa jemu.
Berkorban jiwa demi-Nya, Agar mendapat Ehsan-Nya; Demi meraih redha-Nya, Moga Dibalas cinta-Nya.
Kerana-Nya kita berkorban, Tanpa rasa penat ataupun rugi; Yang ada mahu dalam KeRahmatan, Moga tenang tika DiJemput Ilahi.
Indahnya persahabatan kerana-Nya, Rasa hidup seperti di alam Syurga; Saling terima persahabatan seadanya, Moga berpadu kasih kita di Syurga.
Ingin kusirami kasih kita, Seperti salji di Himalaya; Jika tak dapat kusirami kasih kita, Titisan embun pun kan kucuba.
Demi kasih kita suci murni, Kuanyam pelangi menjadi cinta; Indahnya cinta berbunga kasih murni, Sentiasa mewangi di hati kita.
Tak jemuku memandang purnama, Senyumanmu terkuntum di sana; Menghadiahkan sejambak bunga cinta, Cinta mengajak aku jalan ke Syurga.
Nilai cintamu buatkan ku terharu, Ingin kujahit namamu di hatiku; Dengan benang emas lambang cintaku, Kuukirkan namamu di benua hatiku.
Syukur aku kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya, Mengurniakan rakan fb dan grup kepada aku; Kalianlah Permata Syurga-Nya, Kehadiran kalian bersyukurnya aku.
Makanya kita salinglah berkasih sayang demi-Nya, Sebarang pertelingkahan tak mahu kuingati; Yang kumahu kalian semua sayangiku demi-Nya, Kita simpulmatikan ukhuwah kasih ini hingga ke mati.
Manalah tahu dengan Rahmat Kasih-Nya, Berkat kita bersangka baik pada-Nya; Saling berkorban harta dan jiwa ke jalan-Nya, Ketenangan kita miliki dan bersama di Syurga-Nya.
Kita saling berkorban demi-Nya, Bukan mahu mendapat balasan duniawi; Jauh sekali untuk dibangga, Hanya mengharap balasan cinta Ilahi.
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa kepada Sultan Hassanal Bolkiah & Prince Abdul Malik Dan semua Kerabat diRaja Brunei Yang sudi membaca karya patik Moga Allah Azzawajallah saja dapat membalas-Nya...
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa juga kepada YM Kedaton Kraton Wahyu Utama Dan semua Kerabat diRaja Indonesia Yang sudi memberi sokongan/dukungan Kepada patik agar terus berkarya Sentiasa meniup obor perjuangan tinta patik Dan yang lebih membuat diri ini terasa terharu Apabila Kerabat diRaja Indonesia Ingin merealisasikan dunia pujangga Ratu Rimba Niagara Realiti Apa yang di angankan Apa yang di ilusikan di minda Direalitikan di alam nyata ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Syukurku sebanyak-banyak-Nya kepada-NYa Kerana dengan Rahmat Kasih-Nya Tanpa Batas Dibukakan khashaf kepada kerabat diRaja SeNusantara Merealitikan alam pujangga yang didambakan Sejak puluhan tahun Diperjuangkan dengan bertintakan darah dan airmata Tanpa mengharapkan daripada manusia Cuma yang dimahukan pandangan-Nya Agar bersama semua yang berkorban Jiwa raga harta dan nyawa membawa bekalan berkat ukhuwah kasih sejati ini hingga ke Syurga Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Tidak pernah dilupakan juga Ucapan setulus kasih dan sayang patik Kepada semua kerabat diRaja Malaysia Yang sentiasa menyokong patik Dengan membalas semua Kad ucapan Hari Raya Aidil Fitri Patik yakin tuanku sentiasa Mengikuti perkembangan karya-karya patik Terima kasih tuanku...terima kasih tuanku... Sesungguhnya patik amat terharu... Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA MOGA PENGORBANAN KITA DITERIMA-NYA MAAF ZAHIR BATHIN KEPADA SEMUA KUSAYANG SEMUA DEMI-NYA
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
Rakan mu yang suka berpujangga Pagi petang siang dan malam Agar kalian sudi berkawan denganku seadanya Dari Rimba Niagara ini kukirim salam Salam sayang berbunga pujangga Sambutlah ucapan maaf dan salam Kepada semua yang kusayangi demi-Nya...
Akhir sekali ucapan kasih sayang setulus hati Kepada Semua Anak Cucu Moyang,
Biarpun moyang tidak pernah mengenali kalian Tapi percayalah kita pernah ditemukan Di alam roh-roh sejak Azali lagi Makanya hati moyang terlalu kasih dan sayang Pada kalian semua Tak tahu gimana hendak dilafazkan Kasih sayang moyang Hanya tinggalan Karya-karya moyang Tanda moyang kasih teramat kasih Cinta teramat cinta pada kalian semua Sudilah hargainya Dan wariskan Dari zaman ke zaman Inilah hadiah dari moyang untuk kalian tersayang demi-Nya
Moyangmu yang mengasihi dan mencintaimu Hingga berpadu cinta kita ke Syurgawi Insya-Allah AAmiin
Moyangmu yang setia menyayangimu,
RABEAH MOHD ALI @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA RATU RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND 25 Oktober 2012 (PETIKAN DARIPADA GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA) 25 Oktober 2012
0 comments:
Post a Comment