duhai anakanda Siti Hajar ... pergilah dengan tenang nak ayah dan bonda meredhai kau anak yang terlalu baik sepanjang kau berhidup bersama ayah dan bonda tak pernah membuatkan kami tergugur air mata biarpun setitik kau menyenangkan kami tak pernah menghampakan kami kau Permata Syurga kami kau penyejuk jiwa kau penyejuk kalbu setiap kata-kata mu membuat jiwa jadi tenang setenang air di kali Syurga kau berkata setiap hari setiap saat semua-Nya tentang Allah Allah Allah Allah Syukur Syukur Syukur Redha...redha...redha Allah... Syukur... Redha..
Allah sentiasa ada di kalbumu Syukur mendapat nikmat Ilahi Redha jika itu takdir-Nya
Di saat-saat terakhir di saat-saat nazakmu kau tetap redha biar derita sekalipun kau tetap sandarkan harapan pada-Nya
Kau redha apa takdirmu kau redha kami ayah dan ibumu kau redha segala-Nya demi-Nya tiada satu pun yang dapat memesongkan akidahmu pada-Nya
Kau malu pada Tuhan jika tak berdakwah niat hatimu mahu semua-Nya percaya akan kewujudan Allah percaya akan pertolongan Allah percaya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... sayang Allah pada hamba-Nya lebih daripada sayang ayah dan ibu begitu teguhnya tauhidmu pada Allah nak...
Anakanda Siti Hajar... Kau anak yang terlalu baik Rasanya tak sanggup kami berpisah denganmu Kerana kau adalah pinjaman Allah untuk kami Kami redha pemergianmu nak Allah redha Ayah redha Bunda redha Syurgalah tempatmu nak... SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR Segala puji hanyalah untuk-Mu Allah
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... terima kasih tidak terlafaz atas pinjaman hamba-Mu kepada kami untuk kami merasai nikmat anak soleha tenang jiwa kami sepanjang Permata Syurga yang Kau Kurniakan kepada kami syukur....syukur....syukur... syukur sebanyak-banyak-Nya
Ya Allah Kurniaan Permata Syurga-Mu SITI HAJAR anak soleha kami lebih bernilai daripada alam dan seisi-Nya kami redha pemergiaannya kerana Syurgalah tempat Siti Hajar ... Siti Hajar adalah Bidadari Syurga pinjaman dari-Mu untuk kami Syukuri sebanyak-banyak-Nya berkat kami saling redha meredhai dan berkasih sayang setulus hati kerana-Mu masukkanlah kami sekeluarga dan semua sahabat akhiratnya ke Syurga Firdausi. Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lameen
Karya Ratu Rimba Niagara 16 Rabiulawwal 1434H 29 Januari 2013M
(PUISI ANAKANDA SITI HAJAR BIDADARI SYURGA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK
ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR, AYAHANDA BONDANYA & SEMUA SAHABAT AKHIRAT
YANG MENGENALI SITI HAJAR, MOGA KITA SEMUA DAPAT BERTEMUNYA DI SYURGA
FIRDAUSI AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)
0 comments:
Post a Comment