SUNGGUH INDAH PUISI INI ...MENYENTUH JIWA & SEMANGAT HAMBA
JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!
Takkan hilang melayu di dunia, Itu sumpah Laksamana Hang Tuah; Bersatulah Melayu sedunia, Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan, Dulu kini dan selamanya; Perdekar melayu tak akan diperlekehkan, Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit, Kerana jiwa melayu berakar umbi; Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit, Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah, Jiwa islam mahu mati fisabilillah; Pendekar melayu akan satukan ummah, Kerna mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati, Anak jantan melayu pantang dicabar; Akan bertarung tak undur walaupun seinci, Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu, Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang; Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu, Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat karena bersatu, Kutuk mengutuk hina menghina; Bukan jiwa pendekar melayu, Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat, Raja sekarang selalu muafakat; Muafakat Raja bersama rakyat, Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti, Pada raja berjiwa hamba-Nya; Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi, Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu, Raja dan rakyat saling menyanjungi; Kata sepakat semua rumpun melayu, Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.
Melayu oh! melayu Perwira oh! perwira Pahlawan oh! pahlawan Pendekar oh! pendekar Laksamana oh! laksamana Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian Hingga ke tetesan darah terakhir Fisabilillah lah kamu jangan jemu Syahidmu di medan juang Allah sayang padamu Syurga Firdausi tempatmu SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu Syahid ke jalan-Nya Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH Aku bangga denganmu Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 8 Rabiulakhir 1434H 18 Febuari 2013M (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
0 comments:
Post a Comment