Ayahanda Chik Kalalu pergi rumah Cik Nyonya, Bawakan saya si ikan tenggiri; Sastera tinggi nilai seninya, Disanjung orang seantero negeri....
Ratu Rimba Niagara indah purnama sumber inspirasiku, Puisi dicipta di bawah sinar rembulan; Sasteraku Sastramu adalah minatku, Puisi penyambung ukhwah berpanjangan.
Indah sungguh pantai Port Dickson, Kampung halamanku yang kusanjung; Aku menulis terus terusan, Budi baik sahabat sastraku tetap kusanjung.
Ayahanda Chik Terbang tinggi si rama-rama, Terbang sampai ke hujung tanjung; Aku menulis bukan kerana nama, Apatah lagi untuk disanjung....
Ayahanda Chik Tenang-tenang air di kali, Biduk berlalu kiambang bertaut; Berhenti menulis tidak sesekali, Berpantang ajal sebelum maut....
Ratu Rimba Niagara Aku menulis bukan kerana nama, Apa tah lagi untuk disanjung, Karya kutulis dengan air mata, Tanda keabdian cinta kasih sayang.
(PETIKAN SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA) 22 Mac 2013
Jangan jadi penyair jika tak tahu bermetafora dan berrhima kerana aku pandai bermetafora dan berrhima justeru aku ternama sampai sekarang
Renyukkankan ajelah hasil penulisanmu itu biarkan kubalingkan ke sungai agar dakwatnya hilang diresapi derasan sungai
kamu tak boleh jadi penyair tulisanmu kaku tak bermetafora tak berrhima kerana karya penyair mesti seperti aku penyair ternama sudah mencipta nama
kamu tak layak menjadi penyair kamu penulis jalanan di bahu jalan di tepi longkang! Maka sedarlah dirimu siapa
Aku sedar diriku siapa... Tulisanku tak setandingmu tulisanku kaku tapi takkan kurenyukkan takkan kubalingkan ke sungai kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
Biarpun tak bermetafora dan berrhima asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya aku yakin pembaca di alam maya sudi membaca karyaku yang datang dari sanubariku dengan kasih dan sayang! mana tahu setelah mereka membaca meresap ke jantung hati ! itulah balasan cinta yang kuperolehi dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih berjambak-jambak memenuhi dewan hati mewangikan hati-hati yang inginkan hidayah kasih dariNya itulah hadiahku untuk mereka dan hadiah yang kuterima dari mereka berkat hati yang berkasih sayang dalam redhaNya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!
Terima kasih sahabat sastraku... Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu Sungguh indah! Tak jemu memandang... Indahnya panorama di kala itu Aman... Damai... Tenteram... Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri? Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku? Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian? Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian? Maafkan aku kalian Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku? Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa? Bilang sama aku... Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa Bila mereka membacanya tertusuk di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika dikongsikan samaku? Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar tak sangka aku... tahukah kalian... udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak terihsan pada karyaku malah dipandang jelek ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian... Itulah yang membuatkan lukaku bernanah bertambah parah hatiku sengaja kau biarkan luka tanpa sedikitpun ihsan sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku tidak puas lagi dengan itu kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...! Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman
Kalian tidak begitu... Kalian selalu menghargai karyaku Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku Hingga aku nangis dalam kesyukuran Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu Moga ikatan ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara 22 Mac 2013
KEBEKUAN BERPANJANGAN
bara tidak dapat memecahkan kedinginannya lalu sang naga mencuba nasib menyemburkan bara nyalaan api dari mulutnya kepada kebekuan tapi ternyata gagal kedinginan terus membeku
beku....beku...beku....
kedinginan apakah ini yang terlalu degil? tidak mahu mencair walau setitis pun? kenapa dia jadi begitu dingin? tanpa membenarkan sedikit ruang kehangatan untuk mencairkan kebekuannya yang semakin dingin adakah dia tidak berani membenarkan kehangatan mendekatinya kerana tidak ingin menitiskan mutiara-mutiara jernih yang akan mencairkan kebekuannya? atas keegoannya itu dia terus membeku menyelubungi hatinya yang dingin tanpa mahu membenarkan cahaya iman yang cuba menerobos masuk ke kalbu imannya yang tandus dia sendiri yang membekukan imannya hingga kebekuan menjadi sebati dalam hidupnya setiap kata yagn dituturkan adalah semburan racun berbisa yang boleh mematikan urat saraf mereka yang mendengarnya dinginmu membuatkan mereka yang ada di sekelilingmu juga akan dingin dan pastinya akan menjauhimu!
makanya duhai kebekuan biarlah engkau pergi dari dunia ini menjadi satu legenda menginsafi diri tidak mahu menjadi kebekuan sepertimu!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA & PUTRI SALJU 19 Mac 2013
BAHAGIA ABADI MILIKKU MILIKMU MILIK SEMUA YANG MENCINTAI-NYA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR Tiada indah di dunia ini selain dapat mengenali cinta-Nya dan Meng-Agungkan Cinta-Nya bila sudah terpana dzat cinta-Nya rasa dunia ini berada di alam Syurga di minda di hati di kalbu mahu menyebut-nyebut nama-Nya di sebilangan masa dan waktu di mana-mana yang dipikirkan DIA DIA DIA karna DIA cinta dilafazkan pun karna DIA cinta ditolak pun tak kecewa karna DIA biar hilang cinta jangan hilang cinta-Nya jika hilang cinta-Nya lebih baik mati daripada hidup begitulah hebat-Nya cinta DIA tiada dapat menandingi cinta selain cinta DIA sesiapapun berhak mencintai DIA tiada siapapun yang cemburu jika DIA mencintai hamba-Nya yang mencintai-Nya karna cinta-Nya tanpa batas tanpa had bahagia mencintai-Nya sekali jatuh cinta dengan-Nya sentiasa sudi membalas tanpa menolak cinta bukankah bahagia nama-Nya itu bahagia yang dapat dirasai mereka yang bahagia mencintai-Nya hidup dan mati semua karna DIA hari-hari setiap saat dan detik tidak sabar menanti bilakah waktu-nya masa hanya teruntuk pada DIA tiada suatu perkataan pun yang membazir karna apa yang dikatakan hanya untuk DIA pandangan sesiapapun tak diperlukan lagi bilamana hati dan cinta hanya untuk DIA pada DIA terletak segala qada & qadar diredhoi dalam pasrah karna DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya bahagia mencintai DIA tenang jiwa mengingati DIA karna DIA Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sentiasa sudi membalas cinta para hamba-Nya tanpa terkecuali seorangpun moga kita terpilih sama-sama menjadi Kekasih-Nya andai kita terpilih menjadi Kekasih-Nya dunia ini bagaikan kita berada di Taman-Taman Syurgawi SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR bahagia abadi miliku milikmu milik semua In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara 19 Mac 201
NENDA SAYANGKAN CUCUNDA SAMPAI KAPAN PUN!
duhai cucunda tersayang... izinkan nenda berkongsi penderitaan dan kesusahanmu sayang melihat kamu dalam keadaan begini bagaikan tersayat-sayat hati nenda bagaikan ditoreh-toreh hati nenda tanpa ehsan begitu kejam manusia di luar sana memperlakukan kamu bagaikan seperti haiwan sedangkan haiwan di rimba niagara pun tak begitu haiwan di sini memperjuangkan sastra nusantara nenda mereka tak jemu dan bosan meniupkan api perjuangan nenda walaupun ada kalanya nenda lemah untuk berjuang kesendiriaan tanpa ada yang sudi mengerti nenda minta memberi komentar setiap karya nenda macamlah nenda ini pengemis cucunda sudah berkali-kali malah beribu kali nenda mahu mereka tuangkan ide mereka ke karya nenda tapi hati mereka tetap juga kering cucunda hinggakan nenda pun menjadi hati kering dan terus nenda berlalu pergi dari mereka mereka tidak tahu nenda berkarya bukanlah suka-suka nenda berkarya agar di luar sana terbuka hati untuk jatuh ehsan mengenangkan nasib rakyat yang kedaifan hidup melarat bergelandangan terpaksa hidup seperti cucunda memakan sisa-sisa makanan di jalanan
nenda sedar siapa nenda nenda bukan jutawan nenda tak punya pangkat datuk atau datin atau raja ratu pun itu sekadar nama pena penulisan nenda sebagai cetusan ilham nenda berkarya sebagai ratu di rimba niagara membela nasib rakyat rimba niagara rakyat rimba niagara adalah rakyat yang nenda bayangkan untuk membela nasib rakyat di seluruh nusantara ini malah di seluruh dunia tak kira siapapun mereka asalkan bergelar hamba Allah... andainya nenda diberi gelaran datuk sri , datin atau ratu permaisuri benar-benar diikhtirafkan oleh manusia barulah agaknya rakan fb nenda memberi komentar setiap karya nenda tak perlu lagi jadi pengemis begitu berkuasanya pangkat dan harta di dunia ini... ketahuilah cucunda kerana manusia memilih kawan kerana pangkat dan harta mengaburi kejujuran kesetiaan ketulusan makanya hati nenda retak berjuta tiada kawan pun tak apalah sejujurnya nenda cuma mencari kawan fb sejujur ikhlas sentiasa bersedia membantu memberi kerjasama pada perjuangan nenda...mana-mana sekadar adanya sejujurnya mereka telah mentorehkan hati nenda sehingga hancur selumatnya selepas itu disimbah dengan cuka atau asid hati yang hancur lumat itu menangis setiap saat kesakitan... karna tak mahu luka perpanjangan dalam sendu... biarlah nenda berjuang pada yang sanggup bermati-matian memperjuangan apa yang nenda perjuangkan dan nenda pula perjuangkan apa yang mereka perjuangkan. pasti cucunda suka kan nenda dapat fokuskan apa yang nenda mahukan pada setiap rakan fb nenda... sekadar tuangkan ide mereka pun mereka tak sudi apa tah lagi mahu berkerjasama dengan nenda untuk bersama memperjuangkan nasibmu cucunda biarpun mereka bilang siapa pula mahu membela nasib nenda Allah Taala membalas cinta nenda itu sudah lebih berharga dari alam dan seisinya... doakan cinta nenda dibalas Allah ye cucunda nenda yakin jika Allah membalas cinta nenda pasti apa yang nenda perjuangkan dikabulkan Allah swt bila Allah sudah kabulkan andainya Allah menjemput nenda pulang ke Pangkuan-Nya barulah aman roh dan jasad nenda senyuman cucunda itulah yang membuatkan cinta nenda pada cucunda tak akan padam biarpun nenda sudah tiada di dunia ini lagi... percayalah nenda sayangkan cucunda selagi hayat di kandung badan cinta dibawa sampai ke Syurga... In Shaa Allah Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA CUCUNDA SENUSANTARA TERSAYANG, SAYANG SAMPAI KAPAN PUN) 19 Mac 2013
0 comments:
Post a Comment