MAJULAH PEREMPUAN BERANI INDONESIA
Majulah perempuan berani Indonesia
kau adalah senopati perempuan
yang tak mengenal kalah
yang tak pernah lelah
bila berada di medan juang
kau akan berjuang hingga ke tetesan darah terakhir
demi ibu pertiwimu
kemerdekaan Indonesia mahu kau kekalkan
untuk kau hadiahkan kepada anak bangsa Indonesia
dilambung ombak tsunami
dikutuk dihina atas perjuangan sucimu
takkan kau hiraukan
takkan melemahkan semangat juangmu
yang penting matlamatmu jelas pada ibu pertiwi
dan kau berjanji bersumpah setia dan akan setia
kepada ibu bertiwi
mahu kibaran merah putih
terus berkibar megah
tak sesiapa berani mahu
menggantikan bendera lain
selain daripada merah putih
sesiapa yang berani menurunkan merah putih
akan kau tentang habis-habisan
biarpun nyawamu jadi taruhan demi merah putih
salut sama kamu
senopati perempuan berani Indonesia
moga kau sentiasa bersemangat waja
berani mati demi mempertahankan ibu pertiwimu
asalkan merah putihmu
berkibar megah gah
di persada dunia
itulah hadiahmu untuk semua anak cucu Indonesia tercinta...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
20 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK WANITA TNI-POLRI BERSEMANGAT SRI KANDI INDONESIA IBU KARTINI)
Ratu Rimba Niagara shared Gama Kreasi's status update.
Ratu Rimba Niagara shared Gama Kreasi's status update.
- You, Ridzuan Rashidi and Karaeng Khamshah like this.
- Ratu Rimba Niagara KHAZANAH PEWARIS PUSAKA BANGSA NENEK MOYANG NUSANTARA
Selamat Pagi Nusantara...
Salam Sejahtera Nusantara...
Moga Sejahtera dan ceria-ceria selalu
Nusantara bumi bertuah
Rakyatnya hidup penuh adap
Saling menghormati
Berbicara penuh santun
Saling menyanjungi
Adat Dan Budaya Nusantara...
Nusantara yang sentiasa tersanjung di hati
Kepada semua pejuang-pejuang
Khazanah Pewaris Pusaka Bangsa Nenek Moyang Nusantara...
Kalian semua amat kusanjungi
Perjuangan kalian untuk anak cucu Nusantara...
Akan sentiasa mewangi di hati anak cucu
Tak akan hilang ditelan zaman
Sesuai mengikut zaman
Selamat Pagi Nusantara
Ceriamu
Kejayaanmu selalu dinantikan
Dalam doa restu
Atas setiap perjuanganmu yang kau perjuangkan
Demi bangsa nusantara dan anak cucu
Sentiasa ceria dalam kesejahteraan
Hidup sentiasa dalam budaya saling menyanjungi
Budi pekerti leluhur nenek moyang nusantara
Makanya kita bersama meneruskan perjuangan nenek moyang
Nusantara mahu memakmurkan bumi nusantara ini
Dengan Budaya Warisan Khazanah Pusaka Bangsa Nusantara
Dimartabatkan hingga ke peringkat nasional
In Shaa Allah Aamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013
Ratu Rimba Niagara shared a status update.
(PETIKAN DARIPPADA WALL BENGKEL STUDI BUDAYA & GROUP SIRATURAHMI NASIONAL
RAJA DAN SULTAN NUSANTARA & WALL RATU RIMBA NIAGARAl)
20 April 2013
0 comments:
Post a Comment