(328) NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA , 'TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA,'
Part 45 ,'TABURAN BUNGA-BUNGA PUISI CINTA KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA'
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
SALAM KEMERDEKAAN BUAT MALAYSIA TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
Semoga hidupmu membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmonikan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmonikan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Ogos 2012
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
(DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA PADA 31 OGOS 2013 DAN SEMPENA PRU KE 13 PADA 5 MEI 2013)Like ·
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia.
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
akan kuingat pesananmu itu!
akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
biarpun ke titisan darah terakhir!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Karya : Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2007 (Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-50)
(PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2013
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 2013 DAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
Terima kasih semua yang sudi menyokong karya-karyaku...
Syukur Alhamdulillah karya-karyaku dihargai akhirnya
Pada yang sudi hargai kuucapkan jutaan terima kasih tak terhingga
Kerana sudi membaca hasil karyaku
Sokongan kalian semua tersanjung di hatiku.
RATU RIMBA NIAGARA
21 April 2013
0 comments:
Post a Comment