DUHAI BANGSAKU MARILAH BERSAMA KITA SELAMATKAN MALAYSIA
DEMI ANAK CUCU KITA KERANA MALAYSIA INI MILIK MOYANG KITA,
MILIK KITA DAN MILIK ANAK CUCU CICIT KITA BERILAH MALAYSIA INI
SINAR BAHAGIA KEMERDEKAAN UNTUK SELAMANYA SELAGI DUNIA BELUM
QIAMAT.
ABU YANG BAKAL ANAK CUCU HANYUTKAN KE LAUT
Sara...ratu kasihan dengan PM ...ada ke dia biarkan di wallnya kuncu-kuncu DAP & Pembangkang kutuk dia habis-habisan yang peliknya tak ada seorang umat pun yang membela...takut benar dengan si penghianat tu...tapi masa kempen semua menteri kabinet menyokong perjuangan PM di alammaya dibiarkan kena kutuk...meledak betul ratu dibuatnya...ratu berilah cadangan pada PM agar semua sipengkhianat depan mata diremovekan kerana akan merosakkan minda orang melayu...oh! tidak rupanya ...dibiarkan...dibiarkan...patutlah DAP makin ada taring..penakut semuanya ...tapi yang peliknya bila berlaku seperti di Lahat Datu...tentera dan polis yang menjadi mangsa menyuruh mencari si pengkhianat negara hingga ke lubang cacing ...kasihan mereka pertaruhkan nyawa untuk Malaysia...si penghianat di wall sendiri tak mahu pulak di cantas....ratu apa lagi semalam ratu siarkan di wall PM mengenai propaganda DAP menakluki Malaysia...sikuncu-kuncu DAP meledaklah...masa ratu siarkan....ratu sudah terlampau geram sangat dengan semua yang mahu menjahanamkan Malaysia ini. Andai kata mereka tuduh ratu menimbulkan isu perkauman...jika rakyat masih memihak kepada si kuncu-kuncu termasuk pemerintah...terpulanglah...biarlah ratu seorang dipenjarakan asalkan rakyat Malaysia tahu ratu sayangkan negara ini dan semua rakyat Malaysia ini tak kira mereka kaum apa...tujuan ratu siarkan adalah untuk mereka sedar betapa ngerinya Malaysia ini jika terjadi rusuhan kaum sana sini pastinya Malaysia ini akan hancur lebur dalam sekelip mata saja...DAP pun melepas semuanya melepas...semuanya menjadi abu yang bakal anak cucu cicit hanyutkan ke laut kerana tiada akal semuanya...termasuk ratu....hehehehe
Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2013
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Arungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya...
PANGLIMA ISLAM,,SANG PENAKLUK...
-
-
Salam nusantara disambut indah,
Kabar baik syukur Alhamdulillah;
Persahabatan kita emangnya indah,
Karna pertemuan ini atas kehendak Allah.
DUHAI BANGSA MELAYU KU MARI BERSAMA MENYELAMATKAN MALAYSIA
Jika kita masih sayang kan negara kita ....negara nenek moyang kita...
kita kena bersatu...kita jangan mudah beputus asa. Kita gunakan sehabis daya untuk menyelamatkan negara kita daripada terlepas ke DAP.. Sekarang ini masih belum terlepas lagi. Saya juga seperti anda ...di malam pengundian saya berdoa pada Allah.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Esok adalah penentu
Parti apa yang akan menang
Aku sudah usaha dengan menyiarkan
Karya-karyaku di wall perdana menteri
Berkempen cara alammaya
Agar mana-mana pengkhianat negara
Yang terdiri daripada bangsa melayuku sendiri
Terbuka hati untuk bersama-sama BN
Memajukan negara dalam kesejahteraan
Kerana bila negara sejahtera
Rakyatnya aman damai mencari rezeki
Dan senang beribadat kepada-MU Ya Allah
Kau menjadikan bumi ini
Untuk hamba-Mu
Memakmurkannya
Bukan membuat kerosakan
Jika negaraku tak aman
Rusuhan kaum sana sini
Pastilah rakyat hidup dalam ketakutan
Rezeki yang ada dimiliki pun musnah
Semuanya berantakkan Ya Allah
Makanya aku tak mahu jadi begitu Ya Allah
Dengan Belas Ehsan-MU berilah kemenangan kepada
Pemimpin yang ikhlas untuk memerintah negaraku kerana-Mu Ya Allah
Ya Allah tiada daya upayaku melainkan dengan izin-Mu
Apapun keputusan pilihanraya esok aku terima dengan redha
Siapapun yang Kau beri kemenangan itulah takdir negaraku
Parti mana yang akan memerintah negaraku ini
Sesungguh-Nya Kau lebih Berkuasa di atas sesuatu
Kepada-Mu aku pasrah segala apa yang Kau takdirkan
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Dengan izin Allah parti BN menang
Tapi menang di kerusi-kerusi bertaraf bandaraya disapu habis oleh DAP
Walaubagaimanapun saya bersyukur Putrajaya selamat daripada pembangkang
Dan Allah masih memberi kemenangan kepada BN
Ini bermakna kita masih boleh menyelamatkan negara kita daripada DAP
Ya terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya
Agar semua orang-orang melayu kembali kepada tali Allah
Bersatu hati menyelamatkan negara ini
Tak kira apa darjat mereka sekali pun mesti bersatu hati
Buangkan kepentingan diri sendiri
Pentingkan kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia semua demi-Nya
Bila negara kita berjaya kita selamatkan
Bermakna negara ini akan terus maju dan sejahtera
Untuk kita hadiahkan kepada generasi akan datang
Pasti mereka akan tersenyum indah dalam kesyukuran
Sekarang ini apa perlu yang kita buat
Melayu yang berjiwa fisabililllah
Mesti rela pertaruhkan nyawanya untuk
Menyelamatkan MALAYSIA ini
Mulai sekarang kita fokuskan strategi-strategi
Agar keputusan PRU-14 memihak kepada BN
Makanya langkah yang pertama kita
Adakan perang saraf kepada
Semua pemimpin-peminpin BN yang memegang tampuk pemerintahan
Mahu tak mahu mereka kena berubah
Mendengar apa saja idea rakyat yang boleh memberi kemenangan kepada BN
Jika mereka tidak mahu juga mendengar kerana takut dengan DAP
Kita mohon mereka letakkan jawatan
Seperti di Jepun
Jika pemimpin gagal memerintah negara mereka akan letak jawatan
Kita rela kehilangan pemimpin daripada kehilangan negara
Kita pilih BN bukan kerana pemimpin
Kita pilih BN kerana BN adalah parti hak nenek moyang kita, hak kita hak cucu cicit kita
Sejak Tunku Abdul Rahman hingga kini
Maka dari itu bersamalah kita kekalkan kemerdekaan ini
Hingga ke titisan darah terakhir.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Mei 2013
mengikut kata orang2 DAP tadi MCA & GERAKAN sudah tidak relevan.. kedua-dua parti yang mewakili bangsa cina menurut mereka sudah tidak kuat.. lembik macam pondan... aku fikir2 ada kebenarannya.. PRU12 & PRU13 ramai calon MCA & GERAKAN tumbang... kita usah lah bermimpi org cina akan mengundi Calon Melayu kita... sedangkan calon cina yang mewakili BN pun mereka tolak... mungkin satu hari MCA/Gerakan mungkin keluar dari komponen BN sekiranya mereka berpendapat kelemahan mereka adalah disebabkan persepsi pengundi bangsa cina itu sendiri...
salam kpd pihak PR tolong hentikan fitnah..dh sebarkn gbr2 yg kamu semua buat..beg2 ni kamu pun blh tiru..hihi buat pgetahuan semua..beg peti undi spr sebenar..xde tertulis pelekat N20 ke N10 ke..tiada pelekat dun or parlimen di atas beg tersebut..gbr2 yg disiarkan nmpk semua sama..ada pelekat d atas. ..nk tipu pun berpada2 ler..CNN..CHANNEL NEWS ASIA..TV SPORE LEH LA KAMU TIPU..satu lg tuk pgetahuan semua..ejen2 dr barisan nasional hanya bw surat plantikan ejen dan borang kerahsiaan..mrk xde satu pun salinan borang2 rahsia spr..tapi ejen2 pembangkang yg ada disaluran saya ada..mana mrk dpt borang2 tu..kpd pembangkang hentikan semua fitnah2 tu..terimalah kekalahan dgn hati yg terbuka..Sudahlah..bangla2 pun kamu nk ambil gbr. .tolong jgn burukkn keadaan k..saya nk malaysia yg Aman.
网友申述,一辆直升机丢了2袋票来竹芭草场!被民众发现!
2 bag of votes just thrown out from helicopter and found by Rakyat
Bersih 4.0
TERIMA KASIH MALAYSIA
Terima kasih Malaysia
Kerana masih sudi
Memberi kemenangan untukku
Terima kasih Malaysia
Dalam saat begini
Kau sudi menyokong
Perjuanganku
Aku hampir kehilangan punca
Apabila ada yang cuba
Mengganggu gugat kesejahteraanmu
Terima kasih Malaysia...
Aku telah buat yang terbaik untukmu
Telah aku korbankan
Seluruh hidupku
Sepanjang masaku bersamamu
Berkhidmat padamu setulus hati
Tapi aku masih gagal
Mengembalikan 3 kaum
Di negara ini bersatu hati
Senada seirama
Memajukan kau Malaysia
Terima kasih Malaysia
Kusangka panas hingga ke petang
Tapi hujan di tengah hari
Mereka dengki khianat dengan
Apa yang aku perjuangan Malaysia
Terima kasih Malaysia
Atas sokonganmu yang tidak berbelah bahagi
Memberi kemenangan padaku
Untuk teruskan perjuangan ini
Akan aku kerahkan
Semua jemaah menteriku yang baru
Melakukan transformasi
Segala cadangan dan idea rakyat
Demi kesejahteraan Malaysia
Akan kami dengar tanpa pertimbangkan lagi
Kerana suara rakyat selalunya benar
Kami sudah bersumpahpun
Undi kami ..kami akan berkhidmat demi anda
Sekarang kami sudah menang
Kami akan berkhidmat demi anda rakyat Malaysia
Untukmu rakyat Malaysia kami pertaruhkan nyawa kami
Andainya kami gagal juga untuk berubah
Kami seluruh jemaah menteri akan letakkan jawatan
Pada semua rakyat Malaysia...
Kerana kami tak mahu
Kami dipersalahkan apabila Malaysia ini musnah
Sebagaimana kamu rela kehilangan pemimpin daripada kehilangan negara kami juga rela kehilangan jawatan daripada kehilangan negara
Terima kasih Malaysia...
Sudilah bersama-sama kami menjayakan misi dan visi kami
Untuk mengujudkan sebuah negara berpendapatan tinggi
Menjelang 2020 kepada semua rakyat Malaysia dikongsi kekayaan negara bersama...susah sama susah senang sama senang....
tak akan ada iri hati pada semua kaum...semua kaum bersatu hati merealisasikan impian negara.
Terima kasih Malaysia...
Kerana sudi memahami daku
aku pun memahamimu
di setiap denyut nadimu
"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Malaysiaku sejahtera...
Malaysiaku kukasih dan sayangmu demi-NYa
Terima kasih Malaysia
Sampai bila-bilapun aku sayang kamu Malaysia...
Terima Kasih Malaysia
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
7 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN KHAS UNTUK PERDANA MENTERI DAN JEMAAH
MENTERI KABINET YANG BARU UNTUK MENTRANSFORMASIKAN KE ARAH MALAYSIA BARU SEBELUM MENJELANG PRU KE-14)
WWW
0 comments:
Post a Comment