-
-

Berapa " LIKE " untuk nama yang indah ini ?
LIKE page untuk status2 menarik >> Akim Ahmad AF7 << ^_^

-
-

HUJAN RAHMAT DI SUBUH HARI....
Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Aamiin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Aamiin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Aamiin”. [HR. Ahmad]
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.... — withMajlis Tertinggi GM WP.

tanamkanlah,,rasa cinta pada alloh dan rosulnya,<cinta>cahaya....iman...takwa...ada di dalam qolbu...

Kawanlah dengan orang yang suka nasihat kita, beri semangat dekat kita dan jenis tak pernah lupakan kita kerana itulah kawan sebenar kita... dan mungkin akan jadi sahabat sebenar kita... :)
* Alhamdulilah atas kurniaan Rezeki....
-
-

Hikmah Puasa Ramadhan

[ Hikmah Puasa Ramadan ]
-------------------------------------------
1- Puasa merupakan suatu ibadah dan ibadah menandakan kesyukuran seorang hamba terhadap Tuhannya. Sesungguhnya nikmat yang diberi oleh Allah terlalu banyak dan tidak dapat dihitung,
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya."
(Surah Ibrahim ayat 34)
2-Puasa mengajar manusia agar melaksanakan ibadah dengan tekun, amanah, ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran melainkan untuk Allah semata-mata. Orang berpuasa tidak makan dan minum pada siang hari walaupun tiada sesiapa yang melihatnya dan dia boleh menipu sama ada berpuasa atau tidak. Namun, sifat amanah telah mengajarnya puasa dengan baik sehingga waktu berbuka.
3-Puasa mampu mengendurkan sifat kebinatangan yang terdapat pada manusia. Sifat kebinatangan terfokus kepada makan, minum dan hubungan seks. Apabila manusia dapat mengawal nafsunya, bermakna dia berjaya membersihkan hati dan rohnya daripada kebuasan sifat kebinatangan.
4-Puasa boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang. Pengambilan makanan yang tidak teratur dan seimbang, mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada manusia. Seorang pakar kedoktoran zaman jahiliah iaitu Harith bin Kaldah mengakui bahawa perut adalah sumber segala penyakit manakala menahan daripada makan dan minum adalah penawar. Kegagalan mengawal perut menyebabkan seseorang itu tidur keterlaluan seterusnya mengganggu kelancaran ibadah.
5-Puasa mendatangkan sifat prihatin dan kasihan belas terhadap saudara seIslam yang berada dalam serba kekurangan dan kesempitan. Penderitaan yang dialami oleh mereka turut dikongsi oleh orang yang berpuasa. Hasilnya, akan timbul sifat tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain. Orang yang kaya membantu yang miskin, orang yang miskin tidak irihati dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang-orang kaya.
(Buku 'Halal dan Haram Semasa', Dr Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azahari. Hlm 341-342)

Seandainya Terpisah Antara Dua Hati
Mentari cerah tiba-tiba awan berarak mendung…
Tiada guruh petanda hujankan membasahi bumi…
Gerimis turun mencurah dingin ku rasakan…
Begitulah belaian hati yang menimpa di jiwa…
Begitu gundah resah gelisah silih berganti…
Sendu suram kian memamah jiwa dalam kegusaran…
Pilu sedih merana terasa bergolak…
Seandainya cinta berkubur di pusara kesepian…
Seandainya kasih yang bertaut terlerai di simpulan rapuh…
Seandainya sayang terhakis di dalam jiwa..
Dan seandainya rindu telah lenyap di sanubari….
Hilanglah tempat berteduh selamanya…
Punahlah segala harapan dan impian…
Segala janji manis hilang di bawa arus…
Yang mengalir deras membawa kepedihan…
Hancur berkecai bagai kaca terhempas….
Sayang…
Usahlah musnahkan impian yang sama kita bina…
Usahlah ungkaikan ikatan janji manis kita…
Tautkanlah jiwa kita kembali bersatu…
Dalam menempuh liku-liku kehidupan…
Yang telah dipadu dengan ikatan syahdu….
Agar kedamaian kebahagian berpenghuni di jiwa kita…
Tiada siapa dapat memisahkan..
Antara cinta kasih dan sayang kita bersama….
Sesungguhnya impian dan harapan…
Kan mekar hingga ke hujung usia…
mmy/maz
-
Please Say Aameen...
Share This Duaa...!!!
_Niloo NabiZada_
>>>> BER IMAN KEPADA YG GHAIB <<<<
Kita harus MEYAKINI bahwa dibalik benda yang nampak ini, ada lagi hal-hal yang GHAIB ,...(ini termasuk ber IMAN kpd yg GHAIB)
الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُوْنَ
"Mereka yang percaya kepada yang ghaib, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan dari apa yang Kami anrcgerahkan kepada mereka, mereka dermakan. " (al Baqarah ayat 3)
Kita kaum Muslimin yang telah hidup empat belas abad sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w dan keturunan-keturunan kita yang akan datang dibelakangpun Insya Allah, bertambah lagi ke IMANAN kepada yang GHAIB itu, karena kita tidak melihat wajah beliau.
Itupun termasuk iman kepada yang ghaib. Maka tersebutlah pada sebuah hadits yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-Darimi, alBaqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma' ush Shahabah, dan ikut juga merawikan Imam Bukhari di dalam Tarikhnya, dan At Thabarani dan al-Hakim, mereka meriwayatkan daripada Abi Jum'ah al-Anshari:
"Berkata dia (Abu Jum 'ah al-Anshari) : Aku bertanya ; ya Rasulullah ! Adakah suatu kaum yang lebih besarpahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti akan engkau ?Berkatalah beliau : Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepadaku), sedang Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit.
>>> Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka Kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka merekapun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah LEBIH BESAR PAHALANYA daripada kamu. <<< "
Dan mengeluarkan pula at-Thayalisi, Imam Ahmad, dan Bukhari di dalam Tarikhnya, at-Thabarani dan al-Hakim, mereka riwayatkan daripada Abu Umamah al-Baihili.
"Berkata dia (Abu Umamah), berkata Rasulullah s. a. w :
>>> "Bahagialah bagi siapa yang melihat aku dan beriman kepadaku; dan bahagia (pulalah) bagi siapa yang beriman kepaadaku, padahal dia tidak melihat aku (tujuh kali). "<<<
Hadist ini dikuatkan lagi oleh yang dirawikan Imam Ahmad, Ibnu Hibban dari Abu Said al-Khudri.
"Bahwasanya seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah s.a.w. Bahagialah bagi siapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau.
Beliaupun menjawab:
>>> Bahagialah bagi siapa yang melihat aku dan beriman kepadaku; dan berbahagialah bagi siapa yang beriman kepadaku, padahal dia tidak melihat aku. <<< "
Kita tidak melihat wajah beliau.
Bagi kita beliau adalah ghaib. Kita hanya mendengar berita dan sejarah beliau atau bekas-bekas tempat beliau hidup di Mekkah, namun bagi setengah orang yang beriman, demikian cintanya kepada Rasulullah saw , sehingga dia merasa seakan-akan Rasulullah saw itu tetap hidup, bahkan kadang-kadang titik air matanya karena terkenang akan Rasulullah saw dan ingin hendak menjadi umatnya yang baik dan patuh, ingin mengerjakan sunnahnya dan memberikan segenap hidup untuk melanjutkan agamanya.
Maka orang beginipun termasuk orang yang mendalam keimanannya kepada yang GHAIB......
>>>> BER IMAN KEPADA YG GHAIB <<<<
Kita harus MEYAKINI bahwa dibalik benda yang nampak ini, ada lagi hal-hal yang GHAIB ,...(ini termasuk ber IMAN kpd yg GHAIB)
الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَز
...See More
TIADA CINTA YANG LEBIH INDAH SEINDAH MENCINTAI
TUHAN YANG MENCIPTA ALAM INI YANG SEBEGINI INI
BIARLAH BERPISAH DENGAN ORANG YANG DICINTAI
DARIPADA BERPISAH DENGAN CINTA ALLAH SWT YANG KEKAL ABADI
AKAN TIBA SAATNYA NANTI
HARI BERTEMU-NYA
MOGA DI SAAT ITU
BERTEMU-NYA DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013
0 comments:
Post a Comment