KINI BARULAH KITA YAKIN SERATUS PERATUS KITA ADALAH ROH
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERAMAL SOLEH
Sahabat... Biarpun nyawamu sudah habis Tapi rohmu masih hidup Hidup dan terus hidup Tika jasadmu hidup... Kita tahu wujudnya roh Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita Selama kita hidup Pabila kita solat bertemu Tuhan Allah nampak kita Dan kita rasakan kehadiran Tuhan Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh Bukan manusia lagi yang hidup Mereka yang hidup tak nampak kita Tapi kita nampak mereka Sedang meratapi kematian kita Kita ...bercakap-cakap dengan mereka Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang... Bekalan yang di bawa... Ye bekalan... Allahu Akhbar .... Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku Yang menciptakan aku... Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah Terimalah segala bekalan yang kubawa ini Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu Serasa mahu aku dihidupkan semula Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula Masa untukku sudah tamat Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku Berhidup di bumi Tuhan. Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak Aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ... Aku tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja. Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia.... Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa Kau sentiasa mengikut prasangka hambaMu... Aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh. Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
0 comments:
Post a Comment