TERIMA KASIH KEPADA PARA MAHASISWA MALAYSIA YANG BELAJAR DI YOGYAKARTA INDONESIA UNIVERSITAS GAJAH MADA KERANA SUDI MEMBERI SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI PADA SASTERA DUNIAKU
WARKAH UNTUK KANDA WAHYU UTAMA YANG BUDIMAN
Duhai Kanda Wahyu Utama Yang Budiman... Tiada apa lagi yang hendak dinda katakan Melainkan Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar Kanda selalu meyakinkan dinda Bahawa karya dinda tiada siapa yang sepikan Masih ada insan di luar sana yang sudi menghargai
Di kala karya dinda menjadi bahan Tertawa dan penghinaan rakan-rakan yang dinda percayai Hinggakan dinda hampir berputus asa dalam pejuangan tinta ini Siang malam berendam air mata kepedihan Kenapa mereka sebegitu tega pada dinda Katanya karya dinda Tak puitis Bahasa seperti keanakan Bahan bacaan yang sia-sia Bahan bacaan yang membosankan Dengan penuh angkuhnya Mereka terus membuang karya dinda Di lautan gelora yang berasid
Pedih ! Pilu hati dinda... Tika melihat karya dinda Diperlakukan seperti itu
Biarpun hati dinda remuk redam Seremuk karya dinda di lautan asid bergelora Namun gelora untuk dinda berkarya tak pernah padam
Pada Allah dinda mengadu Sendu sedan Memohon padaNya Sentiasa diberi ilham Dan kekuatan Untuk berkarya Dinda berkarya bukan kerana mereka Dinda berkarya kerana Allah Dan kerna dinda cintakan apa yang diciptakanNya Makanya biar pedih terluka Dinda akan teruskan juga Dan dinda amat percaya Allah sentiasa bersama dengan hambaNya Yang sentiasa bersangka baik padaNya Makanya dinda tak perlu bersusah hati lagi
SesungguhNya Allah itu Maha Berkuasa Dalam sendu sedan dinda berkarya Kanda tak jemu memberi sokongan Dan mempromosikan karya dinda Hingga dinda tersungkur di Sejadah CintaNya Mengucapkan Syukur padaNya Yang membukakan hati hambaNya Untuk berkerjasama dengan dinda Bagi merealisasikan cita-cita Yang sudah lama didambakan dalam Perjuangan dinda sepanjang berkarya
Biarpun hingga saat ini dinda Masih lagi tidak percaya Akan kebenarannya Kerna siapalah dinda Untuk dihargai karya dinda... Tapi pabila mengenangkan Semuanya adalah dengan IzinNya Yang Maha Berkuasa MakaNYa dinda Syukur Di sejadah cintaNya
Moga dengan kerjasama ini Memberi kebaikan Kepada semua Penghuni bumi Yang Tercinta!
Terima kasih kepada kanda dan para mahasiswa Malaysia yang belajar di Yogyakarta Indonesia Universitas Gajah Mada kerna sudi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi pada hasil karya dinda....kerana amat memahami dunia dinda , SASTERAKU DUNIAKU & KARYA SENI LUKISANMU MINATKU SENADA SEIRAMA MEREALISASIKAN IMPIAN BERSAMA DEMI SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU DI BUMI INI.
Sebagai tanda gembiranya dinda pada mereka itu sudilah mereka layari blog dinda: sasterakuduniaku.blogspot.com
Dengan ingatan tulus ikhlas, Dinda Rabeah Mohd Ali Putri Rimba Niagara Malaysia 16 April 2012
0 comments:
Post a Comment