SEJUJURNYA AKU TAK TEGA KEHILANGAN KAMU SEHINGGALAH NYAWA MENJEMPUTKU PULANG
PANTUN PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja, Berkerjalah dengan setulus ikhlas ; Hidupmu akan dihargai kerana berjasa, Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara, Justeru ada Negara adalah pekerja; Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara, Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja, Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas; Tepat masa pulang habislah kerja, Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Rakyat datang mahu berurusan, Berurusan dengan penjawat awam; Menunggu lama amat membosankan, Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak, Tapi kerja tak setimpal gaji; Bonus tak dapat mula memberontak, Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam , Semua pekerjanya lakukan transformasi; Demi kecemerlangan Negara dan orang awam, Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta, Masih ada juga sistem penghambaan; Bekerja separuh mati gaji entah ke mana, Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden, Majikan untung berlipat ganda; Gaji pekerja mereka tak naikkan, Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji, Demi kehidupan teruskan juga; Bos mengherdik juga mengeji, Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga, Demi meneruskan sebuah kehidupan; Sanggup bersusah demi keluarga, Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran, Menghadapi karenah cerewetnya majikan; Salah sikit dah panas baran, Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi, Untuk menyara kehidupan keluarga; Padahal majikan hidup serba mencukupi, Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah, Mogok bos pekerja tak bergaji; Hidup pekerja semakin susah, Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi, Mencari nafkah keluarga tercinta; Setiap tahun bos menabur janji basi, Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu, Pekerja malang derita tanggung sendiri; Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu, Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK, Berjuang habis-habisan demi pekerja; Berhujan berpanas sanggup bertekak, Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli, Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian; Terbela nasib pekerja kepuasan di hati, Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar, Berilah kami kekuatan dan keazaman; Moga rintihan kami mereka mendengar, Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab, Hidup bersandar kepada Allah semata; Berusaha bertawakal doa mustajab, Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Duhai kerajaan mereka kata, Hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang; Pekerja salahkan kerajaan...majikan diam tanpa kata, Alangkah bagus seia-sekata mulai detik ini dan akan datang.
Kamu akan dapat apa yang kamu perjuangkan, Tapi ada hati-hati sengsara tak cukup gaji; Justeru belalah nasib pekerja duhai kerajaan dan majikan, Agar jadi realiti rakyat berpendapatan tinggi.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara, Saling faham memahami demi Negara; Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara, Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara, Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara; Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara, Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Aku tahu aku naif dalam hal ini, Sepuluh jari ku mohon kemaafan; Kerana aku tahu siapalah aku ini, Tidak sebijakmu menuntut sebuah harapan.
Karya: Putri Rimba Niagara 1 Mei 2012 (Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)
0 comments:
Post a Comment