BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku Kekasihku Nabi Muhammad SAW Kekasihku amal penemanku di kuburan Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya Beramal ikhlas semata kerana-Nya Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih DIA lah Tuhanku Yang setia Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar Sesungguh-Nya DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya Biarpun sedetik Terlalu hampir Kemana kita berada DIA berada Tak pernah tidur dan lalai Bersama kita Sejak Azali Lagi Hingga nafas terhenti Syurga adalah balasan Yang terindah buat para kekasih-Nya Yang Dicintai Selagi berdetak jantung Yang tiada penghujung-Nya Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya Maka berlumba-lumbalah kita untuk Menjadi kekasih-Nya Kerana DIA Maha Penyayang Memahami Setia Memakbulkan doa Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan Selagi mana kita beramal Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya Masuk ke Syurga Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya Menghuni Syurga Kerana Syurga itu Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya Yang hidup di muka bumi Dari wujudnya Nabi Adam as Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment