SAYANGKU SAYANGMU (177) - PARA PEJUANG SASTERA/SASTRA YANG DIKAGUMI OLEH RATU PUJANGGA ALAM MAYA SI PUTRI RIMBA NIAGARA
PEJUANG-PEJUANG SASTERA/SASTRA YANG DIKAGUMI PUTRI RIMBA
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa, Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa; Bijak berkata indah berbahasa, Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara, Serata dunia memperkenalkan bahasa; Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa, Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu, Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku; Kudoakan kejayaan untuk dirimu, Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan; Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia, Mempelajari mereka tanpa berputus asa; Bahasa ibundamu diminati terasa bangga, Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu, Warga dunia mengenal juga negaramu; Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu, Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira, Disambut dengan sejambak bahasa; Bahasa cinta memukau jiwa, Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda, Begitu fasih indah tutur kata; Teruja rakyat Malaysia mendengarnya, Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari, Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari; Datang melancong ke Malaysia ini, Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai, Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati; Akan diungkap apabila sampai di sini, Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku, Dipelajari warga dunia tanpa jemu; Bahasa ibundaku jiwa terpukau, Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa, Ilmu dicurah di serata dunia; Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia, Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa, Mengungkap kata sepenuh rasa; Terpukau mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku, Keindahan alam mereka terpukau; Menjadi realiti di luar jangkau, Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya bersatu dalam berbahasa; Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja, Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu, Datang ke sini berbahasa Melayu; Apabila berbahasa bangga tanpa silu, Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah, Namun hatimu tak pernah bermegah; Kau seorang berhati tabah, Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan, Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan; Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi, Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai; Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai, Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa, Tidak kira siapa pun mereka; Bersatu hati demi Bahasa Ibunda, Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa, Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta; Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda, Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga, Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita; Bila berbahasa penuh bangga, Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa, Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa; Moga matlamat kalian akan berjaya, Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita, Warisan Seni yang perlu dibangga; Marilah kita membudayakannya, Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa, Dipersembahkan untuk Warga Dunia; Moga gembira dan sentiasa bahagia, Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya: Putri Rimba Niagara 3 Julai 2012 (SYAIR DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG. DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN KETUA PENGARAH DBP) Like · · Unfollow Post · Wednesday at 10:51pm 4 people like this. (PETIKAN DARIPADA GRUP WALL MEMBACA KARYA PN) 7 Julai 2012
PEJUANG SASTRA MELAYU NAGA PAMUNGKAS
Terima kasih saudara Naga Pamungkas kau seorang Pejuang Sastra Kukagumi tak kira berpenat berlelah tak kira masa dan waktu perjuanganmu di medan Sastra Melayu tak pernah jemu menyokong menghargai bakat setiap penulis tak kira siapa pun mereka dan tak pernah kau kenali pun mereka tapi kau tetap ingin mengenali mereka dan membawa karya-karya mereka bersama impian mereka ke puncak jaya tanpa memikirkan keuntungan untukmu
Aduhai! mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku moga perjuanganmu yang suci ikhlas ini dibalas Allah dengan sepenuh bumi kebaikan yang akan dikira di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara 6 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · 19 hours ago Haji Domeng likes this.ptions
PERMATA SASTERA MELAYU JAYA RAMBA WULAN
Sahabatku Jaya Ramba Wulan... Selagi kau bersangka baik Dengan semua manusia dan Tuhan Insya-Allah doamu termakbul Moga Tuhanku memberikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Nya padamu Duhai sahabatku Jaya Ramba Wulan!
Jaya Ramba Wulan... Kau adalah Permata Sastera Melayu... Nilai karyamu bak permata berharga Berkarya bukan mencipta nama Tapi mahu karyamu dihayati Difahami apa yang tersirat Dikalbumu yang sarat Dengan cinta kasih sayang Pada yang hidup di muka bumi ini...
Moga berbahagialah hidupmu Dengan bunga-bunga cinta Sebagai balasan Jiwa murnimu Seharum kasturi Semerbak mewangi Memenuhi segenap Pelosok bumi Yang mengerti Karyamu! Perjuanganmu!
Kau Antara Pejuang Sastera Melayu Yang kukagumi!
Karya Putri Rimba Niagara 6 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · 19 hours ago Haji Domeng likes this.
PAHLAWAN SASTERA MELAYU POUL NANGGANG
Poul Nanggang sahabatku, Kukagumi semangat mu; Di medan seni Sastera Nelayu, Kau bertarung tanpa jemu.
Kau bertarung tanpa jemu, Kaulah Pahlawan Sastera di mataku; Biarpun orang lain tak tahu, Tapi aku tahu siapa dirimu.
Bangkitlah Pahlawan Sasteraku, Bangkitlah dengan semangat juang; Membela kami rakyat sasteramu, Kerana kami telah mati semangat juang.
Telah lama kami mati semangat juang, Dalam serba kepayahan kami ingin berjuang juga; Berjuang bersama kamu dan pahlawan-pahlawan yang lainnya, Maafkan kami kerana tak dapat ikut serta kerana apalah daya.
Di kejauhan ini biar pun tak dapat bersama kamu berjuang, Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang; Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang, Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.
Bilamana kemenangan berada di pihakmu, Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu; Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu, Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.
Karya Putri Rimba Niagara 4 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · Wednesday at 10:53pm 3 people like this.
Poul Nanggang Janganlah terlalu memuja muji saya setinggi langit. Saya hanya biasa-biasa berbakti kepada manusia melalui bahasa, sasteta dan budaya. Salam, terima kasih di atas dedikasi itu. 20 hours ago via mobile · Unlike · 2
Rabeah Mohd Ali
Duhai sahabat sasteraku.... Semua yang bergelar penulis yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya....amatlah aku kagumi...sahabatku...tengok tu...pakaian pun sudah mencerminkan dirimu itu sebagai seorang pahlawan....kayak Pahlawan Hang Tuah gitu.... 20 hours ago · Like
YB PAKAR BAHASA ABANG PATDELI ABANG MUHI
Yang Berhormat Yang Disanjungi YB Pakar Bahasa Ku hormatimu sejak dulu lagi Kuyakin dengan bakat pemimpinanmu yang ada Di jiwamu Semangatmu membela rakyat 1Malaysia tak pernah Terkubur di hatimu Kau memperjuangkan tanpa mengira siapa mereka Asalkan rakyat Malaysia Bara kata-kata yang kau ucapkan Di khalayak ramai Penuh semangat Berkobar-kobar Hingga naik semangat Sesiapa yang mendengarnya
Kau melontarkan setiap hujah Penuh fakta dan bernas Hingga pihak lawan tak berani Nak cantas Sebelum mereka cantas Sudah kau cantas dari awal
Dengan kelebihanmu berbahasa Melayu Lagilah memantapkan setiap hujahanmu Kau terus berhujah membela rakyat Malaysia Hingga rakyat rasa dihargai Kerana mereka dibela semampu dayamu Dan hasil pembelaanmu itu Mereka melafazkan Syukur sebanyak-Nya kerana mereka dilahirkan Di bumi Malaysia yang bertuah ini
Dengan mencalonkanmu sebagai YB Tak sia-sialah rakyat menobatkan kau Sebagai YB Pakar Bahasa
Kutabik hormat padamu duhai YB Pakar Bahasa YB ABANG PATDELI ABANG MUHI Moga kau beroleh kejayaan dunia dan akhirat Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 23 Mei 2012 Yesterday at 8:42pm · Like · 3
Jangan kau harapkan mereka, bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri jadilah kau pahlawan menghunus mata penamu bertarung di gelanggang alam maya bertarunglah semahumu membela penulis dan sastera menepis musuh dengan berpandukan minda akalmu membela penulis membela sastera berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.
Dengan ketajaman mata pena dengan kebijaksaan mindamu bisa kau menakluki dunia sasteramu! dunia sasteraku! dan dunia pecinta sastera.
Namamu mewangi sewangi jiwa kepahlawananmu membela kami pecinta sastera sudah lama kami nantikan akan berlaku revolusi sastera itu adalah kau Pahlawan Sasteraku.
Kepahlawananmu membela kami tidaklah kami terpencil sendiri dalam dunia sastera yang diminati hilang bersama pena unik tapi masih berdakwat untuk berkarya dan terus berkarya hingga terhenti nafas justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku siapalah kami peminat sastera hingga ke mati!
Karya Putri Rimba Niagara 7 Julai 2011
CERIA DAN DUKA DIGABUNGKAN MENJADI PELANGI CINTA
Duhai Kanjeng Gusti... Duhai Laksamana Mas ... Duhai anak bangsa Rumpun Melayu Berpisah dengan kalian aku nggak tega Kalian adalah sebahagian daripada hidupku Ceriamu cerialah aku Dukamu dukalah aku Adakalanya ceria menjadi penawar Setelah adanya duka Ceria...ceria...ceria...bak pelangi hati Duka...duka...duka.. bak gerhana hati Ceria dan duka digabungkan menjadi pelangi cinta Cinta demi negara dan Demi senyuman anak cucu Rumpun Melayu
Karya Putri Rimba Niagara 30 Mac 2012
Like · · Unfollow Post · 2 hours ago near Kuala Lumpur
Laksamana Mas and 3 others like this.
Laksamana Mas Tersanjung sangat aku duhai Pahlawan sastra melayu, mudah2an semua yang menjadi cita2 mu mendapatkan ridho dariNYa,..amin. 30 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Sanjung menyanjungi adat melayu, Budi bahasa budaya melayu; Pusaka bangsa junjungan melayu, Sama berjuang demi anak cucu rumpun melayu.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS) 7 Julai 2012 Like · · a few seconds ago · (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MEMBACA KARYA PN) 7 Julai 2012 Like · · Unfollow Post Laksamana Mas, Prabu Sri Narayana Kusuma and Khai Noor like this.
PUISI PROFESOR WU ZONG YU & SYAIR PENGEMBARA BAHASA
PROFESOR WU ZONG YU ( BHG 1)
Profesor Wu Zong Yu... Biarpun aku tak mengenalimu dan baru pertama kali mengenalimu di sini hatiku rasa terharu! Penuh syahdu! tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu yang bukan warganegaraku... memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asas
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku sejak dari usia remaja hingga ke usia emas terkedu aku! Terharu sangat-sangat! dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu... Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu... siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Like · · See Friendship · 30 minutes ago near Kuala Lumpur ·
Kembara Bahasa:
Terima kasih atas kiriman puisi; insya-Allah nanti saya cetak untuk saya kirimkan kepada Prof. Wu Zong Yu. 30 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Maaf tidak dapat menyiarkan sekali semuanya terpaksa disiarkan berperingkat-peringkat. 21 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih atas pengiriman puisi tersebut..harap dapat dikirimkan sepenuhnya puisi tersebut...yang disiarkan secara berperingkat itu ada pembetulan ejaan dan perkataan yang tertinggal. Harap dapat kirimkan puisi Syair Pengembara Bahasa juga ye..terima kasih untuk penghargaan karya saya. 11 minutes ago · Like
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa, Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa; Bijak berkata indah berbahasa, Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara, Serata dunia memperkenalkan bahasa; Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa, Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.
Ilmu dicurah tak pernah jemu, Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku; Kudoakan kejayaan untuk dirimu, Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan; Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia, Mempelajari mereka tanpa berputus asa; Bahasa ibundamu diminati terasa bangga, Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu, Warga dunia mengenal juga negaramu; Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu, Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira, Disambut dengan sejambak bahasa; Bahasa cinta memukau jiwa, Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda, Begitu fasih indah tutur kata; Teruja rakyat Malaysia mendengarnya, Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari, Bahasa inbundaku penuh tekun dipelajari; Datang melancong ke Malaysia ini, Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai, Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati; Akan diungkap apabila sampai di sini, Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku, Dipelajari warga dunia tanpa jemu; Bahasa ibundaku jiwa terpukau, Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa, Ilmu dicurah di serata dunia; Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia, Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa, Mengungkap kata sepenuh rasa; Terpukau mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku, Keindahan alam mereka terpukau; Menjadi realiti diluar jangkau, Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya bersatu dalam berbahasa; Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja, Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu, Datang ke sini berbahasa Melayu; Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu, Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah, Namun hatimu tak pernah bermegah; Kau seorang yang berhati tabah, Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan, Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan; Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan, Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi, Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai; Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai, Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua pejuang bahasa, Tidak kira siapa pun mereka; Bersatu hati demi bahasa ibunda, Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara bahasa bersama pejuang bahasa, Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta; Untuk memupuk budaya bahasa ibunda, Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga, Mencintai Bahasa Kebangsaan kita; Bila berbahasa penuh bangga, Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan pejuang bahasa, Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa; Moga matlamat kalian akan berjaya, Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita, Warisan seni yang perlu dibangga; Marilah kita membudayakannya, Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa, Dipersembahkan untuk warga dunia; Moga gembira dan sentiasa bahagia, Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Putri Rimba Niagara 13 Julai 2011 11 minutes ago
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu... Biarpun aku tak mengenalimu Dan baru pertama kali mengenalimu di sini Hatiku rasa terharu! Penuh syahdu! Tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu Yang bukan warganegaraku... Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu Dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asas
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku Sejak dari usia remaja hingga ke usia emas Terkedu aku! Terharu sangat-sangat! Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu... Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu... Siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu... Kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku Kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku...
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih Kau terus dan terus dengan semangat kentalmu Memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China Sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta Pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar Sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu Kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah Menyusun kata-kata indah bila berkata Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi... Jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami Amat kami hargai dan sanjungi! Kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi Kaulah idola kami di Malaysia ini! Terima kasih Profesor Wu Zong Yu Sekalung tahniah daripada kami Atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu tetap Utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu Kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan sentiasa mewangi di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu Kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu Profesor Wu Zong Yu!
Karya Putri Rimba Niagara 3 Oktober 2011 (Terima Kasih Kepada Prof. Kembara Bahasa Kerana mu Tercetusnya Ilham Puisi ini) PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA 7 Julai 2012 37 minutes ago · Like
SASTRAMU SASTERAKU
Pahlawan Sasteraku Yang Sentiasa Tersanjung Di Hatiku...
Terima kasih rakan seperjuanganku... Adakalanya aku rasakan bagaikan mimpi Dengan kehadiranmu dan rakan-rakan seperjuangan yang lain
Kerana :
minat yang sama dalam dunia sastra matlamat yang sama pada sastra
Makanya kita ditemukan di alam maya yang skripnya tiada terfikir oleh kita
Semuanya telah diaturkan oleh Tuhanku Yang Maha Berkuasa Tiada Yang Mustahil BagiNya Jika Dia menghendaki Sesuatu Terjadi Dengan berkata "Kun Fayakun" maka terjadilah!
Karyamu karyaku dan karya rakan yang lain Sentiasa berbaur kasih sayang kemanusiaan Mencintai kemanusiaan sudah sebati dalam karya
Itu kerana kita telah dipilih menyebar luaskan kasih sayang Kemanusiaan semurni hati-hati mereka yang ingin dimengertikan Pengkarya-pengkarya seperti kau, aku dan rakan lain
Justeru tak kira di mana kita berada di benua mana Kita terus berkarya terus terusan
Samada mereka sudi mendengar atau tidak biarkan.... Berkarya terus berkarya... Mana tahu suatu masa nanti karya kita akan bertebaran di seluruh benua bumi ini untuk mengubat rasa derita penghuninya Yang ingin dibela penderitaan penghidupannya
Melalui karya kita setidak-tidaknya dapat menyapu Air mata penderitaan penghuni bumi ini Senyuman mereka itulah sebenarnya kebahagian kita.
Karya kita menyatukan kita Karya kita menyatukan hati-hati terluka penghuni bumi Kerana Sastramu Sasteraku!
Karya: Putri Rimba Niagara 4 Jun 2012
SASTRAMU MINATKU! SASTERAKU DUNIAKU!
* Betapa Aku Benci Sepi Ini *
gelombang biru yang kutidurkan dimatamu telah menjelma risau pisau sunyi meracau malam patah menyerah dalam labirin tak berujung terjebak mimpi beribu obsessi menikung tak kunjung larung
enam kali rembulan sabit mati di ujung langit amarah yang bangkit menggigit jiwa ragaku terpingit perih kian mengiris malam menatah rintih kian lunglai tungkai menongkat asa letih tertatih
tikaman sepi paling belati di ulu hati sempurnakan pahitnya empedu rindu aku... serasa jatuh dalam lenguh tanpa keluh terbunuh jauh
Aaah...betapa aku benci sepi ini mari nyalakan lagi api itu kembali
Sintang, 03062012
Wan Suwandy — with Werdys Kalbary. Unlike · · Unfollow Post · 17 hours ago near Jakarta, Jakarta Raya
You, Werdys Kalbary and 3 others like this.
BAYANGANMU DITELAN OMBAK RINDU
Jika kau masih menyulam rindu Aku di sini menyulam cinta berbunga rindu Rindukan bayangan mu entah di mana ku tak tahu Yang ku tahu bayanganmu hilang ditelan ombak rindu Teganya kau begitu Menyepikan cintaku Lalu aku kecewa dengan semua janjimu Yang coma manis diikrar palsu Kukecewa di mana letaknya hakikat kebenaran cinta suci Namun kutabahkan hatiku Teruskan perjuangan tanpamu Kerana kutahu Allah sentiasa bersamaku Moga kau bahagia di samping dia pujaan hatimu..
Apa kabarmu rakan sastraku Yang sentiasa tersanjung di hatiku Atau tak sudi mengingatiku
PUTRI RIMBA NIAGARA 3 Jun 2012
Werdys Kalbary:
canteknya puisimu bro Wan Suwandy, dengan tatanan diksi yang apik, serta rima yang terjaga, sehingga kesan kesepian dan kegalauan begitu pekat menghitam langitmu welldone my bro, keep write ! :))
Wan Suwandy:
duhai kandaku Rabeah Mohd Ali hanya Allah yang tahu hakekat rahasia hati hamba hanyalah abdi yang cinta puisi janganlah kecewa denngan cuaca tak pasti karena yang maha pasti akan sentiasa mengawali dan jalinan persahabatan ini insya Allah berkekalan abadi
amin...
Wan Suwandy:
makasih my bro Werdys Kalbary hehehe, komenmu terinspirasi apresiasi Abah DAM kah ? qiqiqqiii.., makasih dah beri semangat..
Putri Rimba Niagara :
Aduhai dinda wan suwandy... Terima kasih lah karena sudi tak sepikan kanda Siapalah kanda ini yang tak setanding mereka yang hebat-hebat berpuisi...
Wan Suwandy:
kembali kasih kandaku Rabeah ...janganlah cakap gitu akakku yang baik.., sume kita ni kan bersaudara kak...tak de yg hebat dan tak hebat..sumenya sama-sama luahkan rasa dan minda dalam karya sastra hehehe salam kreatif kandaku :)
Werdys Kalbary:
iya dinda Rabeah, Ombak Rindumu masih terdengar syahdu merayu serta merdu di telingaku, tiada yang berubah, semua masih pada tempatnya, dan di sini kita berkarya menutur jiwa, semoga dapat kiranya membumbung ke langit merentang angkasa....
Putri Rimba Niagarai:
moga sokongan kalian dalam dunia sastraku sentiasa ...kerana dunia sastramu sasteraku adalah dunia yang sama kita minat dan diperjuangkan bersama selagi hayat di kandung badan.
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih duhai kanda ...karena tak jemu memberi semangat padaku untuk berpena berkarya...ketahuilah setiap rakan sastraku adalah sumber inspirasiku berkarya...sastramu minatku sasteraku duniaku...
Wan Suwandy:
insya Allah kandaku Rabeah...kami berdua kandaWerdys Kalbary selalu sokong activity menulismu...karena kami mengagumi karya-karya kanda yang bertebaran di banyak laman, semoga suatu hari nanti dapat di terbitkan menjadi sebuah Antologi puisimu yang sangat dibanggakan kita semua amin :)
Putri Rimba Niagara:
Aamin...mogalah Allah SWT sahaja yang membalas budi baik kalian berdua dan di Redhoi-Nya serta DiRahmati-Nya tika hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA WAN SUWANDY WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA 4 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA JARINGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR) 4 Jun 2012
SAMBUTLAH SALAM KASIH TERAMAT SAYANG KEPADA SEMUA ANAK CUCU DI BUMI INI DARIPADA SEMUA MOYANGMU BERJIWA PEJUANG SASTRA MELAYU RUMPUN NUSANTARA
Keindahan Kasih Sayang Di Syurga
Duhai kanda peniup roh untuk dinda terus berkarya Sentiasa memahami dan menghargai karya-karyaku Di kala semangatku hilang ditelan kabus malam Di kala airmata sentiasa menjadi tintaku berpena Menulis sepenuh hati sepenuh jiwa Hanya yang mengerti bahasa hati bahasa jiwa Betapa hidup ini didambakan kedamaian hati nurani nan suci indah Moga Allah memakbulkan segala usaha kita Dan ada Nilaian Di Sisi-Nya Pabila kita sampai ke Pangkuan Ilahi Insya-Allah Aamin
Bila tiada kita nanti Karya-karya yang ditinggalkan Adalah lambang cinta kita Pada semua anak cucu Yang tercinta di muka bumi ini Berkat menghayati karya-karya kita Mereka sentiasa menghargai Cinta sesama atas dasar CINTA DAN SAYANG KARNA-NYA Pasti hidup bagaikan ahli Syurga Sayang menyayangi Rela berkorban harta dan nyawa Demi mengharap redha Ilahi Tika hidup dan mati Itulah dunia yang kita dambakan di kala hidup Kini dihayati dan dialami oleh Anak cucu dunia yang tercinta!
Syukur Ya Allah... Di kala usiaku yang tersisa ini Kau masih memberi aku peluang Untuk mengukirkan puisi gurindam syair pantun Mengenai betapa agungnya cinta kasih dan sayang Kepada sesama makhluk-Mu setulus ikhlas Hanyalah Kerana-Mu...
Dengan Kuasa-Mu Yang Maha Berkuasa Dengan Nama-Mu Yang Maha Agung Dengan Sifat Pemurah-Mu Yang Tak Terbatas Dengan Sifat-Mu Yang Maha Penyayang Pada Semua Hamba-Mu Dengan Limpahan Nur Hidayah Kasih-Mu
Kau kumpulkan kami dan anak cucu kami Di Syurgawi bersama menikmati Keindahan kasih sayang di Syurga Yang abadi selama-Nya Seabadi Cinta-Mu pada hamba-Mu Aamin Ya Rabbal A'Lamin
DOA MOYANG UNTUK SELURUH ANAK CUCU PENGHUNI BUMI TERCINTA! KENANG MOYANG DALAM DOAMU SAYANG...
MOYANG YANG SENTIASA MENYAYANGIMU KARENA-NYA MOYANG RABEAH MOHD ALI & SEMUA MOYANGMU PEJUANG SASTRA 4 Jun 2012 4 minutes ago · Like
SASTRAMU SASTERAKU PENEMAN SEPI DI ALAM BARZAH
Salam di sambut dengan kasih dan sayang, Kehadiranmu putra arjunaku pengobat rindu; Bila hati sudah terpatri kasih dan sayang, Biar sesaat berpisah ku tahan menanggung rindu.
Kau jauh namun dekat di hati kurasakan, Siang dan malam menanggung rindu tak tertahan; Kau di benua sana rasa berjauhan, Tapi bayangan mu sentiasa di ingatan.
Gurindam puisimu berlagu rindu, Mengingat aku tentang Tuhan; Itu menyebabkan aku bertambah rindu, Rindu serindunya pada Tuhan.
Syukurku mendapat teman sesolehmu, DIA mengizinkan aku berteduh di rusuk kirimu; Di kala aku berduka kau memberi sokongan padaku, Tanpa jemu meniupkan roh perjuanganku.
Tanpa sokongan dari semua teman yang kukasihi, Aku bagaikan burung patah sayap kiri; Maka dari itu tolong kasihani aku ini, Jangan sepikan aku jika aku disayangi.
Hingga kini kita berteman, Membicarakan hal dunia dan akhirat; Agar menjadi hamba-Nya yang beriman, Sebagai bekalan dibawa ke negeri akhirat.
Setiap kemunculan teman ku , Kusambut dengan sesuci hatinya hatiku; Jika dalam hati berjerubu aku tak tahu, Cuma yang aku tahu aku tidak disepikan selalu.
Sekejap ada sekejap tak ada tak apa, Ini terus tak ada-ada; Habis tu salah siapa, Bukan aku sengaja nak mengada-ngada.
Dalam sebuah ikatan murni, Yang penting mesti saling faham memahami; Saling bertolak ansur mengeratkan hati, Takkan ada sepi menyepi.
Sepi itu menyakitkan Sepi itu ada kala menenangkan Sepi itu ada kala merunsingkan Yang penting di kuburan tidak sepi Kerana amalan yang dibawa peneman sepi Justeru apa hendak diherankan sepi di dunia ini Amalanlah peneman sepi dunia akhirat
Karya Putri Rimba 18 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA ANTOLOGI PENYAIR 5 NEGARA) 4 Jun 2012
AMALAN PENEMAN SEPI
Sepi itu indah Sepi banyak hikmahnya Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran
Tanpamu kusepi Tanpa dia kurindu
Di musim tengkujuh Bila sepi dihunjam terjangan tsunami Amat menyeksakan Amat dahsyat! Amat menakutkan Lalu kubuang sepi di ombak rindu
Kerana kutahu Jika ku tak buang sepi itu
Sepi yang bersedia menantiku Apabila sampai waktunya nanti Pasti aku akan merana Yang tak tertebus! Sepi di alam barzah Kerana amalan bukan penemanku Di kala aku benar-benar Perlukannya di saat itu Menjadi peneman setiaku Telah lari dariku Itulah sepi Yang menakutkan Yang bisa aku Gagal menjawab soalan kubur Bila gagal Pasti tempat aku Nauzulbillah...
Makanya apalah Ada artinya sepi di dunia ini Jika dibandingkan pabila Sepi di alam barzah Amalan bukan peneman sepiku lagi
Makanya selagi ada peluang Hargailah sepi ini Dengan amalan Peneman setia Di alam barzah!
Moga amalan sudi menjadi Peneman sepiku tika Masa tersisa dan setia Jua di alam barzah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 30 Mei 2012
RAKAN SASTRAKU KALIAN TELAH DITAKDIRKAN MENJADI RAKAN SEPERJUANGANKU SEJAK AZALI LAGI
MOGA TAKDIR YANG TERCATAT DI LAUHMAHFUZ MENJANJIKAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT UNTUKMU
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wr wb
Nanda Pradita Fia... Buah hatiku pengarang jantungku Penawar dukaku...
Pertemuan tanpa dirancang Untuk menjadi rakan fbmu Ku bersyukur kepada-Nya Kau selalu memahamiku...
Menyokongku tak kira masa Amat mengharu-birukan emosiku Pelbagai gelodak emosi bergabung Tapi emosi yang mengabungkan Pelbagai aroma citarasa Citarasa dalam berpenamu Sama dengan penaku
Pabila kita bergandingan Perpuisi bersama Amat membahagia Serasa segala urat saraf Puisiku yang lemah longlai Terus bersemangat Ide datang mencurah Lalu tercurah di kanvas Muka buku
Kau membaca puisiku Aku membaca puisimu
Pastinya kau akan tertawa Dan pastinya aku jua akan tertawa
Pabila kau ceritakan 4 budakmu ingin datang Ke istana rimba Untuk bergendang menari Dengan penghuni rimba ku Sambil melagukan Puisi dan gurindam Yang kutulis Si kunta si kunte Apa lagi terkinja-kinja Sukanya mereka Apabila 4 budak mu hendak datang Ke istana rimba untuk meriuhkan Lagi suasana rimba Ahhh bahagia di kala itu
Sambil memerhatikan Mereka membuat persembahan Kita berdua makan coklat Yang kau bawa dari Indonesia Makanan kegemaranmu kegemaranku Ahhh bahagia di saat itu
Dari pagi hingga ke petang Hingga ke malam Kita bercanda Penuh dengan aktiviti Yang mengembirakan Tiada yang tak gembira Melainkan gembira Ahhh duniamu duniaku Senada seirama Bahagia membahagia Tiada akan terluka melukai Yang hanya ada bahagia Penuh dengan baja-baja Kasih sayang Kasih setulus hati Kasih kerana-Nya Ahhh tak sabar menanti saat Imaginasi menjadi realiti
Sempena dengan Hari yang indah ini Hari kelahiranmu ke dunia Yang telah dicatatkan Segala takdirmu di Lauhmahfuz Moga takdir yang ada Di Lauhmahfuz-Nya Menjanji bahagia Dunia Akhirat Untukmu...Aamin
Perjuanganmu untuk membela Ibu pertiwimu dengan tinta Yang mahu kau curahkan Di kanvas muka buku Amat aku kagumi Aku tabik hormat padamu Kan kukalungkan Selendang merah putih Tanda penghargaan Betapa terharunya hatiku Pada perjuangan sucimu Yang tak pernah terhenti Membela anak bangsamu Tanda kau kasih pada mereka...
Aku sebagai sahabat Dua negara berjiran bersahabat baik Akan menyokongmu selagi terdaya Bergandingan berpena tanpa jemu Bersamamu...bagi meniup roh Perjuangan suci para kasatria Mengekalkan kemerdekaan Negaramu Negaraku! Inilah bukti kasih sayang kita Antara dua negara berjiran Sehati sejiwa Senada seirama Dalam Restu Ilahi
SELAMAT MERAIKAN HARI KELAHIRAN BUAT NANDA PRADITA FIA TERSAYANG HINGGA KE UJUNG NYAWA KENANG BUNDA DALAM DOAMU SAYANG
Ingatan tulus ikhlas daripada bunda Rabeah Mohd Ali Istana Rimba Niagara MALAYSIA 31 Mei 2012
RANNA MEILITA
Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia.... Kukagumi mu.... Melahirkan putra-purtrimu Semata untuk kau tiupkan Roh perjuangan suci Kebangkitan Indonesia Makanya dengan semangatmu Yang tak kenal erti takut dan kecundang Makanya Indonesia meraih kemerdekaan! Dan kau tersenyum bangga... Dan darah perjuanganmu yang tak pernah mati itu Kini pergi ke darah...darah putra putri mu Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'
Karya Putri Rimba Niagara 31 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RAKAN SEPERJUANGANKU PRADITA FIA) (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA) 7 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment