Hati pujangga memang sukar diramal ramalan kaji cuaca pun tak bisa meramalnya diri sendiri pun tak bisa meramalnya kerana hati pujangga terlalu cepat terguris terlalu sensitif bagaimana dia peka dengan keadaan sekeliling begitu juga dengannya hati pujangga lekas panas hati pujangga lekas sejuk sesejuk salji di pergunungan himalaya tapi jika hati pujangga lekas panas dan panasnya tidak juga reda-reda ini pasti awan kepanasannya sentiasa bergerak aktif diaktifkan oleh kelompok-kelompok awan hitam yang membaluti hati panasnya agar panasnya kian membahang-bahang jika tidak dirawat segera dengan kelompok awan putih akan beruwap-wap lantas meletus seperti letusan gunung berapi berapi mengeluarkan lahar dan laharnya akan merosakkan sungai-sungai yang mengalir tenang semuanya musnah dalam sekelip mata dan tiada akan lagi kuntuman-kuntuman bunga-bunga Syurga yang hidup di kiri kanan sungai sungai-sungai nan indah di pandang mata menjadi tandus mati lesu dan hambar
Hati pujangga terkesima melihat alam yang indah musnah sekelip masa gara-gara hati pujangga yang panasnya menjadi letusan lahar
Hati pujangga bermuhasabah diri menginsafi diri hidup tak pernah sempurna menyempurnakan kehidupan orang lain kehidupan sendiri terabai kezaliman diri sendiri yang tak dapat dimaafkan
Hati pujangga dikurniakan bakat bukan untuk menyakat bukan untuk menyakiti bukan untuk berdengkian kerana hati pujangga pabila dia berkarya adalah dari kalbu bukan dari hati panas membara-bara jika dari kalbu karya nukilannya sentiasa bertenaga apa yang dikaryakan adalah untuk muhasabah dirinya sendiri kerana merasakan dirinya hamba-Nya yang terlalu kerdil dan sentiasa menghargai Kurniaan bakat dari-Nya tanda Syukur dia bergelar pujangga Pujangga Tuhan Pujangga insan yang mahu mempersembahkan karya-karyanya di hadapan Robbul Idzati dengan sepenuh harapan karyanya diterima sebagai bekalan di akhirat nanti sebab itu hati pujangga mesti sesejuk salji di pergunungan Himalaya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 6 Sept 2012 2 hours ago · Like · 1
TIADA KATA SEINDAH BAHASA
tiada kata seindah bahasa bahasa bukan dipertuturkan mengikut rasa lidah tapi mengikut bahasa hati tidak juga mengikut bahasa hati kerana bahasa hati jiwa jadi celaru
tiada kata seindah bahasa kata datang dari jiwa yang dimahu jiwa yang datang dari cahaya cahaya Nur Ilahi berkemilau menyilau meresap ke hati meresap ke jiwa rasa aman tenteram jiwa rasa bahagia mendengar
tiada kata seindah bahasa ditulis bukan mengikut rasa ditulis mengikut gerak jiwa rasa penuh berhati penuh daya fikir agar ditulis diiringi doa pada yang Esa moga apa yang ditulis memberi manfaat buat diri sendiri buat mereka yang membaca
tiada kata seindah bahasa jika semua pujangga menulis gaya tersendiri memeriahkan warna-warni hati berpelangi-pelangi cintakan Ilahi berseri-seri di laman hati indah...lindah...indah... seindah Taman-Taman Syurga bilamana berpadunya warna-warni hati pujangga di laman-laman maya sedia berbakti pada Ilahi pada apa yang DiCipta-Nya di langit dan di bumi pasti di langit dan di bumi menyayangi indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 6 Sept 2012
KARYA RATU RIMBA NIAGARA (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA) 1 Okt 2012
0 comments:
Post a Comment