Dalam persembahan.. Tentang kuatnya perasaan.. Pada latar-latar jiwa.. Kurangkai bunga kata untukmu..
Masihkah pijaran rasa itu menyala...?? Sapa lelah dalam kuncup cinta..!!!
Ungkapan rindu yg terekam.. Seakan-akan baru saja diulang.. Pada sunyi berjam-jam..
Rasa kagum... Masihkah kau disana...!!!!...???
Sementara... Merah Putih.. Kan tetap Berkibar didada ini...
Kan Kucolek Kibar Sangsakamu... Pada Dwi Warna Bendera Bangsaku..
Mari Berseru.. Mari Bersatu... Nyanyian Nyiur melambai... Menghiasi hari-hariku...
Kaki ini Kan tetap melangkah... Maju dan Maju...
Tanggan ini Kan tetap terkepal dan terayun.. Menandakan bahwa...aku siap selalu...
Pancaran Senyumku... Kan tetap menghiasi.. KeIndahan Pantai-pantai Khatulistiwaku...
Kutunggu kamu... dipojok Penantiaanku... hingga Peradaban Negeriku... Jaya selalu..
Akhir kata Membangun Rasa Mari Meng-Indonesia
Salam Jabat erat GERAKAN ALAM PIKIR INDONESIA — with KI Semutan, Ki Jongkrang Kalapitu, KI Buyut Resso and 47 others.
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012) 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta, Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar; Tersenyum megah penuh bangga, Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah, Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah; Di mana pun berada kau berkibar megah, Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara, Keamanan dan keharmonian matlamat utama; Semangat rakyatnya terus membara-bara, Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Ramadhan untuk Datuk Seri, Semoga puasa membawa keberkatan; Jasamu sentiasa mewangi di hati, Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga, Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu, Membela nasib rakyat di mana saja berada, 1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu, Rakyat Malaysia bersatu aman damai; Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu, Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini, Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati; Sehati senada sejiwa saling memahami, Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri, Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati: Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini, Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai, Tiada berburuk sangka sesama sendiri; Yang difikirkan keamanan negara ini, Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi, Andai rakyatnya saling sanggup berkorban; Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai, Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya, Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku; Bersyukur pemimpin dan rakyatnya, Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku, Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya; Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku, Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran, Buat Negaraku Malaysia tercinta: Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan, Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji, Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu, Moga kau tidak akan disakiti lagi, Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai, Moga kau sentiasa gembira selalu; Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi, Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Putri Rimba Niagara 31 Julai 2012 (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012) (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS· 2012 6 Ogo2 2012 17 Ramadan 1433H
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia dua negara berjiran sehati sejiwa senada seirama berpadu kasihkan negara negaramu kukasih negaraku kau sayang bila kasih sudah terpatri tak akan ada benci membenci dengki mendengki dendam mendendam jatuh menjatuh yang ada saling mempertahan cinta bernegara kau pertahan negaraku aku pertahankan negaramu saling mempertahankan itulah lambang cinta sejati antara dua negara bila cinta sejati terpatri di kalbu setiap rakyat negaramu negaraku kebudayaan negaramu disanjung kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :
Institusi diRaja Melayu Kepahlawanan Melayu Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita... karerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Putri Rimba Niagara 11 Julai 2012 (PUISI DI SIARKAN BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA 31 AGOS 2012) 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H
RANNA MEILITA
Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia.... Kukagumi mu.... Melahirkan putra-purtrimu Semata untuk kau tiupkan Roh perjuangan suci Kebangkitan Indonesia Makanya dengan semangatmu Yang tak kenal arti takut dan kecundang Makanya Indonesia meraih kemerdekaan! Dan kau tersenyum bangga... Dan darah perjuanganmu yang tak pernah mati itu Kini pergi ke darah...darah putra putri mu Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'
Karya Putri Rimba Niagara 31 Mei 2012 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012) 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H 32 minutes ago · Like · 1
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan di serata pelosok bumi Malaysia.
Biarpun kumengerti menempuh gelombang ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan, “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun! Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan! Akan kuingat pesananmu itu! Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu! Biarpun ke titisan darah terakhir!
Karya Putri Rimba Niagara 31 Ogos 2007 (Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-50) (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/ INDONESIA 17 AGUSTUS 2012) 6 Ogos 2012 17 Ramadan 1433H
IKRAR JANJI SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA
Duhai teman sastra yang tersanjung di hatiku Kau sumber inspirasiku Di kala hati ini berduka Kau sapukan airmataku Dengan sapu tangan kasih setulus hatimu Di kala aku disepikan Kau saja yang sudi menyahut puisiku berlagu rindu Lalu aku rindu serindunya padamu
Di kala bulan memunculkan dirinya Wajahmu ada di situ Senyum padaku Dan kudengar jelas Gurindam puisimu berlagu rindu Dan tanganmu kau hulurkan padaku Menjemputku ke bulan Bersamamu Berlagu puisi Puisi tentang rindu Puisi tentang rindu pada-Nya Dan kita sama-sama memuji-Nya Tanpa henti dalam linangan airmata Syahdu... Bahagianya kita di kala itu Kerana bulan Tak jemu Mengajar kita Tentang rindu Tentang cinta Dan kita berkasih sayang Sesama semata kerana-Nya Bukan kerana harta dan pangkat Kerana itu tidak dibawa ke Padang Mahsyar Yang akan dibawa Cinta dalam Redha Ilahi
Di Mahsyar kita sendirian Dibakar terik mentari sejengkal kepala Merenangi lautan peluh yang berpeluh-peluh Untuk menjawab segala ikrar janji seorang hamba Pada Pencipta-Nya
Tiada siapa yang dapat membantu kita Di kala itu biarpun orang yang kita sayangi di dunia dulu Yang menjadi peneman setia di kala itu Dan amat berharga untuk menebus diri Adalah amalan yang di terima-Nya
Jika terlepas kita di Mahsyar Makanya Pintu Syurga menanti Terbuka seluas-Nya Untuk kita yang bahagia Dari segala azab sengsara
Dan ketika itulah Cinta kita yang kita Agungkan Kerana-Nya akan bertaut kembali
Dan ku bersyukur dengan Hubungan kasih sayang kita Setulusnya kerana-Nya Tanpa syarat kebendaan harta Untuk menjalinkan kasih kita Akhirnya membawa kita Ke Syurga Ilahi Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 8 Julai 2012 (DISIARKAN PUISI BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 KE 67/ MALAYSIA 31 OGOS 2012 KE 55 ) 7 Sept 2012
0 comments:
Post a Comment