PERDAMAIAN DALAM PUISI FISABILILLAH PENDEKAR INDONESIA, MALAYSIA & TEMASEK BERGABUNG MEMBELA SEDARA SEISLAM DI BUMI ALLAH AZZAWAJALLAH
Sri Prabu Bumi Kusuma: 5.57. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. Friday at 7:11pm · Like · 4
16.100. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. Friday at 7:13pm · Like · 3
SRI PRABU BUMI KUSUMA
Kau pejuang Islam Abad Ke -21 Hidup matimu adalah Islam Islam...Islam...Islam... Itulah perjuanganmu
Setiap saat setiap detik Kau fikirkan Islam Kau mahu menyebar-luaskan Islam Di setiap pelosok dunia ini
Bukan pesona dunia yang menjadi matlamatmu Harta dunia adalah sekadar apa adanya Yang selebihnya kau infakkan ke jalan-Nya ALLAHU AKBAR ! Mulianya hatimu Moga kemuliaan hatimu itu Mendapat Kemuliaan Di Sisi-Nya Aamiin
Kau kata imanmu tak dapat dibeli dengan harta dunia Terkedu aku syahdu aku Kerana di akhir zaman ini kebendaanlah yang menjadi Matlamat manusia berlumba-lumba memilikinya Biarpun mereka tahu dunia cuma pinjaman ALLAHU AKHBAR Patutlahlah kau bersyukur kepada Tuhan Mengurniakan ibumu yang kau cintai dunia akhirat BUNDA ZAINAB BTE RADEN KASMANI Yang telah melahirkanmu ke dunia ini
Duhai bunda Zainab Bte Raden Kasmani Sejuk perutmu mengandungkan seorang Anak soleh lagi beriman Yang hidup matinya hanya Untuk Allah Azzawajallah MEMUJI MEMUJA DAN MENG-ESAKAN-NYA Di sebilang masa dan ketika Hidup matinya ALLAH ALLAH ALLAH ALLAHU AKBAR!
Beruntunglah semua memiliki seorang Hamba Allah yang sentiasa merendah diri Biarpun sudah berada di puncak jaya Tapi baginya kemuncak yang ingin dicapainya Adalah tika bertermu Allah Azzawajallah Dalam keadaan redho lagi diredhoi-Nya SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR Bahagia di kala itu tika pertemuan di antara hamba dengan Allah Azzawajallah Melepasi Langit Ke Tujuh hanya yang memahami Betapa indah-Nya saat itu akan berlumba-lumba ke arah mengumpul Sebanyak mungkin bekalan yang ada Nilaian Di Sisi-Nya
Moga kau, aku dan semua hamba Allah yang ingin pulang Ke Pangkuan Ilahi diterima sebagai roh Kekasih Yang DiCintai-Nya Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA 14 Ramadan 1433H 3 Ogos 2012 Friday at 7:23pm · Like · 4
Hairul Asmadi amin Friday at 7:26pm · Like · 1
Sri Prabu Bumi Kusuma Ya Allah,atas izin mu perkenankanlah doa Rabeah Mohd Ali...Aamiin Friday at 7:28pm · Unlike · 2
Sri Prabu Bumi Kusuma Terimakasih Rabeah Mohd Ali...Allah sahaja yang membalasnya,,,Aamiin.. Friday at 7:28pm · Unlike · 1
Jajang Atmaja aamiin.. Friday at 7:50pm · Unlike · 2
GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT
BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGA-MU
Subhanallah sejuk perut ibumu mengandungkanmu melahirkanmu membesarkanmu mendidikmu dengan ilmu dunia jua ilmu akhirat kau menjadi anak yang soleh
Alhamdulillah Syukur pada-Nya kerana dikurniakan seorang anak yang berjiwa ksatria sanggup berkorban demi rakyatnya suka duka bersama derita rakyat air mata rakyat pemasalahan rakyat Nusantara ingin dikongsi bersama lalu difikir diselesaikan dengan semampu mungkin sekodrat pemikiran diperah habis peluh setitik tidak dipersiakan karena terlalu amat berharga untuk rakyat tersayang untuk Nusantara tercinta maka bergemalah lagu KUSAYANG NUSANTARA 'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya' di setiap pelosok daerah di bawah pimpinanmu dan disahut penuh gemuruh lagu rakyat untukmu 'Ksatriaku Kasihmu Abadi Di Hati Kami' Dan siapa yang mendengar pasti mengharu-birukan kalbu lalu menangislah ksatria kesayangan rakyat itu bersama-sama dengan rakyatnya lalu mengundang Rahmat Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi Suasana sepi seketika Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya
Allahu Akbar Dengan Kebesaran-Mu Tuhan Kau Kurniakan seorang ksatria Berjiwa Rakyat Kami Syukuri Dalam Sujud!
Kami sayang ksatria kami Hadirnya kami hargainya Perginya kami iringi doa restu-Mu Kau balaslah segala bakti ikhlasnya Dengan Syorga-Mu Dan kami ingin bersamanya di Syorga juga Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara 3 Ogos 2012 14 Ramadan 1433H (PUISI DIILHAMKAN PUTRI RIMBA NIAGARA BAGI MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012 BAGI MENGERATKAN LAGI JALINAN UKHUWAH TALISIRATURRAHIMI ANTARA DUA BENUA) Friday at 8:19pm · Like · 2
Sri Prabu Bumi Kusuma Terimakasih Rabeah Mohd Ali..Salam Rahayu... Friday at 8:45pm · Unlike · 1
Sri Prabu Bumi Kusuma Aamiin Ya Allah... Friday at 8:45pm · Unlike · 1 Like · 3 bila lagi nak sedar.... Friday at 10:42pm · Like · 2
Masrulhakim Bin Amin Generasi saya 80% sedar. Harap yang senior citizen MELAYU tu sedar kerana 90% masih utuh pendirian.... Friday at 10:43pm · Like · 1
APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA
Duhai Pendekar Temasek... Pendekar melayu yang disanjungi Sejarah tetap sejarah Sejarah tak boleh nak diubah Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya Makanya siapkan strategi rapatkan barisan Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah Seperti menarik benang dalam tepung Sebagaimana yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia
Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu Di Singapura kerajaan Singapura berjaya ke perintah Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan Rumpun Melayu Nusantara...Waallahualam.
PUTRI RIMBA NIAGARA 3 Ogos 2012 14 Ramadan 1433H Friday at 11:11pm · Like · 1
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta, Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Putri Rimba Niagara 31 Ogos 2011 ( DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012) Friday at 11:22pm · Edited · Like
AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG
Tika aku terlantar parah begini... Mana pergi anak-anak muridku... Yang mengaku akan menuntut Darahku yang jatuh ke bumi Walaupun setitis! Ini bukan setitis... Tubuhku dipenuhi darah.... Sesuka hati mereka Menetak ...menghentak Memukul ...menyepak terajangku Bukan aku tidak boleh melawan mereka Mereka terlalu ramai 30 orang tu... Kalau benar mereka anak jantan Kenapa tak satu lawan satu? Biarpun begitu pantang Anak jantan lari di medan juang Biarpun mereka ramai Aku seorang Aku kerahkan segala tenaga jantanku Hingga tak kuhiraukan Darahku merecik sana sini Lagi kuat hayunan parangnya Lagi kuat hayunan Sepak terajangku Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi Aku tidak bersenjata Kerna Aku bukan dicabar di tengah gelanggang Aku diserang hendap tika di luar gelanggang Kerna aku percaya Tuhan Mahu Mengujiku Kerna adalah suratan takdirku Aku terima dengan redho Coma jika dipanggil Illahi Adakah anak-anak jantan melayu Di luar sana masih membisu dan kaku Aku tidak minta ditebus kematianku Tapi jagalah bangsa melayuku Agar tidak menerima nasib sepertiku Diserang hendap tanpa dugaku Dan pantang aku Bangsa aku ditindas dan tertindas Tanpa sebab musabab.... Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu? Makanya bangsaku Kalau melayu tak sokong melayu Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya... Sabarlah... Tuhan bersamamu tika ini Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka... Andai kau dijemput Illahi... Syurga menantimu Insya-Allah Aamin
Karya : Putri Rimba. 24 April 2012 (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012) 7 Sept 2012
0 comments:
Post a Comment