MOYANG KAMI ADALAH PEJUANG GERILA UNTUK MENUNTUT KEMERDEKAAN NEGERI SABAH
Awang Karim Kadir:
Ya...benar Ratu Rimba Niagara... rakyat di Kudat ini ada cucu cicit para pejuang yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggeris dan Jepun. Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang telah menentang Chartered Companny British.Datu Mustapha adalah pejuang gerila menentang Jepun dan bapak kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami cucu cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina. terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup seperti status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi berstatus 'Setinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara sudah merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih belum bebas dan merdeka sepenuhnya...Bagaimanakah kami dapat berbangga dengan kemerdekaan ini...?
Awang Karim Kadir:
Allahhu Akbar!!!
MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH
Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari penjajahan Inggeris dan Jepun. Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa? Terkedu aku. Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah bukan penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina! Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ... kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah? Tapi sampai bila?
Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap air mata anak cucu-cicitnya...
Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu... dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKKAN KEMEGAHAN TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA! BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?
Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan Ayuh....sempena Hari Malaysia ini
Laungkan Kami Mahu Hak Kami! Kami mahukan pembelaan untuk kami! Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!
Karya Ratu Rimba Niagara 16 September 2012 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
JIKA BENARLAH KAMU ANAK CUCU-CICIT DATU MUHAMMAD SALEH
Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh... Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak Memperjuangkan hak pewarismu Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu Sia-sialah kau menjadi anak jantan!
Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu
Aku yakin kamu akan berjaya Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!
Justeru tunggu apa lagi ... Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri
Ketahuilah kau...moyang kamu Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia Menempa kejayaan Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan Menjadi hak milik kekal negara Tiba-tiba jadi begini?
Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia Kau pertaruhkan apa? Jangan pandai mengeluh Tapi pandailah melaung... Melaunglah semahumu ... Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut launganmu itu dan ketahuilah kau tika ini Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh bersemangat itu.... Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu...setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku pertumpahan darah....
Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"
Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!
Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya! Barulah bererti erti, "HARI MALAYSIA YANG DISAMBUT PADA HARI INI 16 SEPTEMBER 2012!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 16 September 2012 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT! DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'
Darahku yang mengalir adalah hak rakyat Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'
Aku adalah hak Allah Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun! Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Justeru siapapun mereka Takkanku hiraukan Biarpun berpenat berlelah Biarpun jasadku Dihujani peluru di setiap penjuru Namun kuberundur tidak sekali!
Pantang Pahlawan Melayu tewas Sebelum turun ke gelanggang!
Dulu kini dan selamanya Aku telah pun bersedia Membela nasib rakyat Yang harus dibela Biarpun aku dicerca! Dipandang sebelah mata Bagi mereka yang tidak berpuas hati Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku Dan kau dengan cara kau Biarpun kita berbeza pendapat Tapi matlamatnya tetap sama Iaitu membela rakyat yang harus dibela
Dalam perjuangan Mesti ada yang tidak berpuas hati Mesti ada mengumpat mengeji Mesti ada iri hati Mesti ada dengki mendengki Mesti ada tikam menikam Jatuh menjatuh Hingga tersungkur! Kekuasaan menjadi rakus Sampai memakan diri!
Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah' Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah" Nyawaku telah kupertaruhkan untuk: Allah Rakyat Bangsa dan negaraku tercinta!
ALLAHU AKHBAR! BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA 16 SEPTEMBER 2012 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)
PEMBELAAN UNTUK RAKYAT SABAH ADALAH ROH PERJUANGANMU!
Pemimpin dekat di hati rakyat... Bagaikan aur dengan tebing Rakyat belum bersuara Sudah faham Rakyat bersuara Lagi terlebih faham Lalu difikir Di benak hati Di Luar kotak pemikiran Bagaimana mahu diselesaikan Setiap masalah yang ditanggung rakyat Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran Demi rakyat untuk rakyat Rela dia berhujan berpanas berpenat berlelah dihina dikutuk dilalui dengan hati yang tabah dan redha
Yang menjadi tanda tanya Kenapa dia sanggup Bersusah payah demi rakyat? Sedangkan dia telah miliki segalanya! Tak perlu berpening memikirkan Masalah rakyat? Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?
Itulah yang mengagumkan aku Bila dia jawab Itu adalah tanggungjawabnya Dan akan dipertanggungjawabkan Di akhirat kelak Dan dia jawab lagi Mahu menjadi khalifah Alllah Yang mati dalam perjuangan Kerana perjuangannya adalah 'Fisabilillah' Aduh! Terkedu aku mendengarnya
Moga apa yang dicitakan oleh pemimpin berjiwa rakyat itu dipermudahkan segala urusan apabila dia berurusan mengenai rakyat dan negaranya moga dimakbulkan Allah segala hajat dan cita-citanya dan Allah membalas segala baktinya dengan balasan Syurga kerana hidup matinya semuanya kerana Allah bukan kerana manusia bukan untuk mengejar kuasa dunia bukan untuk mencipta nama bukan untuk kepentingan sendiri makanya ditempuh onak dan duri biarpun hati hancur berkecai! biarpun ombak tsunami datang membadai! biarpun dihujani peluru di setiap penjuru demi rakyat dia rela begitu moga Allah sentiasamu di setiap langkah dan helaan nafas di setiap denyut nadi di setiap degupan jantung memikirkan rakyat adalah tanggungjawab itulah roh perjuangannya akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir sehingga terhenti tarikan nafas degupan jantung denyutan nadi Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar Itulah lafaz dari rakyat untukmu seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi! di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu pergilah dikau dengan aman dan tenteram kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi setiamu yang sudah sebati dalam jiwa apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
Pemergianmu diredhai Kerana Syurga tempatmu Pergimu Senyuman Syurga! Allahu Akhbar!
Karya Ratu Rimba Niagara 16 September 2012 (Diilhamkan Khas Untuk Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman Bersempena Menyambut Hari Malaysia Ke-49 pada 16 Sept 2012)
KAMI SAYANG SABAH KAMI SARAWAK KAMI SAYANG 1MALAYSIA
Kami Sayang Sabah Kami sayang Sarawak Kami Sayang 1Malaysia, Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati; Moga 1Malaysia aman sejahtera, Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.
Nampak gembira di wajah masing-masing, Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah; Menjadi kenangan untuk dikenang, Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah. DILAKSANAKAN PLKN ALA MALAYSIA
SARAWAK TERUS MEMBANGUN
Negeri Sarawak terus membangun, Bajet pembangunan dibuat telus; Nasib rakyat tidak dibiarkan, Biar cemerlang terus menerus.
Dilaksanakan PLKN ala Malaysia, Bermatlamat mencapai keperluan Negara; Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia, Disemai dan diamalkan bersemangat membara.
Karya: Ratu Rimba Niagara 16 Sept 2012 PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012
SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI
Selamat Hari Malaysia ke-49 Duhai rakan seperjuanganku Perjuanganmu terbayar kini Penat lelahmu tertunai kini Lauangan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi Kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan Yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi
Sempena Hari Malaysia Ke -49 ini Semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak Kerana semua janji ditepati Makanya senyumlah dalam syukur pada-Nya Kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan Kerana janji telah ditepati
Hari Malaysia ke- 49 ini Amat berarti bagi moyangmu DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH Kau bahagia Rakyat Sabah bahagia Rakyat Malaysia Bahagia Pemimpin 1 Malaysia Bahagia BAHAGIA HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI! SEMUANYA BAHAGIA MERAIKAN HARI MALAYSIA PADA HARI INI PADA 16 SEPTEMBER 2012 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH & SARAWAK
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 16 Sept 2012 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH. dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH.. sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 ))) insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 juta, wassalam. dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri.... Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan. Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya, Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil. Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%. Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-
1 comments:
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-
Post a Comment