SAYANGKU SAYANGMU (115) - JIKA TALI JIWAMU PUTUS PUTUSLAH CINTAKU
CINTA KETENTUAN ILAHI
Jika kau tiupkan seruling rindu Jantungku pasti berhenti berdegup Karena kau sudah kuhanyutkan diombak rindu Kerana rindu mu sudah tidak bermakna lagi bagiku
Dan aku tak suka hijab yang tak berwajah Dan aku tak suka bicara bak sembilu pilu Dan aku tak suka bicara yang tak punya hati dan perasaan
Biarpun kau kaitkan lagumu beribu puisi indah Takkan gugur setetespun cinta ku padamu Kerana kau adalah hijab yang tak berwajah
Cuma yang aku mahu wajah Semurni hati Bicara sejujur hati Sentiasa memamahami apa maknanya CINTA KETENTUAN ILAHI
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 27 Jun 2012 Unlike · · Unfollow Post · 16 minutes ago You and Zetty Endless Love like this.
MERINDUI-NYA MENCINTAI-NYA
Duhai ombak rindu.... Ramainya yang merinduimu Dia sudah kemaruk rindu Rindu dendam yang terpendam Membara-bara merinduimu Bara yang menjadi dendam Dendam yang memakan diri sendiri
Jika kau sudi membalas rindunya Silakan..tak akan cemburu secebis kuman pun! Kerana dia cintakanmu Kurela undur diri Kerana apalah sangat dengan cinta dunia ini Belum memiliki cinta yang pasti sudah Berebutan musuh memusuhi Ahh! Suntuknya fikir kalau begitu
Putus cinta dengan mu aku relakan Demi dia yang ketandusan rindu Balaslah rindunya itu Tak tega aku melihat Rindunya tak terbalas rindu Kasihan dia...balaslah Aku tak cemburu Kerana cemburu pasti Mengheretku kebinasaan Pasti akan memakan diriku Kerana jiwaku hatiku Akan sentiasa sakit Akan sentiasa ingin membalas dendam Yang membara-bara Sehingga aku rasa puas jika Melihat kemusnahan dia Jika aku begitu lebih baik aku mati Daripada berhati kejam sesama manusia Berhati kejam semata rindu yang tak terrbalas rindu Ahh!Aku tak mahu menjadi manusia begitu... Moga Allah selamatkan aku dari jadi begitu Dan selamatkan aku menusia yang berhati begitu kejam Kerana secebis rindu tak berbalas rindu...
Duhai ombak rindu.... Aku tahu hatimu Selembut salju Bertabahlah hatimu Menghadapi dugaan ini... Jangan kerana rindu dan cinta Kegalauan hatimu mencengkam jiwa
Rindu yang layak bagimu Hanyalah pada Tuhan-Mu Pasti rindumu akan dibalas dengan cinta-Nya Rindu dan cinta-Nya Akan membuatkan Jiwa mu tenang Setenang air di kali Syurga
Semua yang hidup akan mati Tapi rindu dan cinta-Nya Tak akan mati Biarpun kau sudah mati Cinta dan rindumu Akan terus hidup Tanpa noktah Pasti tika itu Kau rasa betapa Bersyukurnya di kala hidupmu Mencintai-Nya Merindui-Nya Sesuatu yang indah Cinta dan rindumu Dibalas dengan Syurga-Nya Hanya yang kau lafazkan Pabila Kekasih-Mu membalas cinta dan rindumu SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 27 Jun 2012 KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 27 Jun 2012 13 minutes ago · Like · 1
MUHASABAH DIRI
ketawalah...selagi boleh ketawa... lanjutkan hingga ke kubur nanti baru tahu suntuk fikir atau tak... akibat cinta tak terbalas rindu membara jadi suntuk fikir... fikir-fikirkanlah alam barzah adalah tempat kesedihan yang akan sedih selamanya jika dendam membara-bara tidak dipadamkan tika nyawa masih ada hilangkanlah sifat dengki mendengki tamak haloba dendam mendendam... baru ketawamu pun terpadam... kalau tak terpadam juga siap-siapkan kain kafan sebagai musahabah dirimu diriku diri semua yang ingin mati dalam tenang tika bertemu dengan-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 27 Jun 2012 11 minutes ago · Like · 1
BERDOSAKAH AKU MENCINTAINYA
Engkau hamba aku pun hamba Aku sentiasa cermin diriku Yang tak sehebatmu bila berpuisi Yang tak secantikmu yang boleh bertukar wajah Berwajah kanak-kanak untuk melampiaskan dendam membara Kalau betul kau mahu teruskan berkomunikasi denganku Munculkanlah wajahmu yang rupawan itu Agar aku dapat lebih mengenalimu Aku tak suka yang berpura-pura Membaling batu sembunyikan tangan Setahu aku yang tak mahu memunculkan dirinya Menggunakan objek lain sebagai pengganti diri berkata-kata Pasti ada niat jahat untuk melemparkan kata sesuka hati Menghina sesuka hati Agar orang tak mengenalinya Adakah ini yang dikatakan manusia Jika kau benar manusia Munculkan dirimu Agar boleh kita berkomunikasi Cara berhikmah Mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya Aamiin Sebelum aku mengundurkan diri Tangan dijabat memohon maaf Kerana melukakan hatimu Percayalah tiada niat dihatiku Untuk melukakan hatimu Kerana kekasihmu si ombak rindu itu Insya-Allah aku akan memujukknya kembali kepadamu Kalau... itu boleh meredakan dendam membaramu Padaku yang tak tahu berdosakah aku mencintainya? Duhai kanda werdys... Balaslah cinta dan rindu kekasihmu itu Aku tak tega menjadi tempat melampiaskan Marahnya dendamnya yang membara-bara padaku... Tolonglah...lupakan aku... Balaslas cintanya Demi kebahagiaanmu dan dia Aku relakan Kerana aku faham CINTA ADALAH ATAS KETENTUAN-NYA
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 27 Jun 2012
CINTA ATAS KETENTUAN-NYA
Cinta yang didambakan Oleh dua insan untuk Mematrikan cinta Dalam redha Ilahi Membawa tragedi yang menyayat hati
Entah apa dosanya Mencintai yang dicintai Saling cinta mencintai Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya
"Berdosakah aku mencintainya," Itulah Yang selalu diungkapkan berulang kali Berkali-kali sambil memandang cincin Bertahtakan permata dari Syurga dari Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.
Selalu yang dilafakan , " I love u darling & I miss u darling " Suasana kehidupan bagaikan di Syurga Berkata-kata bak penghuni Syurga Beribadat bersama-sama Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi Moga diterima segala amalan itu Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari Yang faham apa itu Takdir Atas Ketentuan-Nya
Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku' Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban Bidadara yang hidup serba sederhana... Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas! Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga Berdarah....berdarah...darah... Sampai separuh mati...dikerjakannya.... Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan "Tolonglah fahami keadaan aku... Berdosakan aku mencintainya...aku cumalah redha atas ketentuan-Nya Cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau Itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah Redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja... LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH" Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya ...tubuhnya Yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam Cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"
Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari Kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love u n miss u forever n ever kanda...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 29 Jun 2012
SAAT LANGIT MELAMBAI RINDU
saat langit melambai rindu hatiku tak keharuan bayangan rindumu ada di mana-mana di setiap langkahku sentiasa mengekoriku aku rindu serindu rindunya rindukanmu
rindu bayangan rupanya aku lagi dikejar lagi menghilang entah di mana kucari kemana-mana tak ditemui rupanya bayanganmu hilang ditelan kabus senja aku merindu lagi dan lagi terus merindu
aku pergi ke ombak rindu berlagu rindu bersyair rindu rindukan kamu duhai bayangan cinta yang tidak sudi mengekoriku lagi
dalam tangisan hiba mengenangkan rindu bayangan yang tak terbalas rindu ombak menderu-deru memujukku
"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara... Kenapa kekasih yang cuma bayangan saja yang tuan putri rindu....kenapa tak rindu pada yang lebih berhak dirindu?
"Apa maksudmu?"
"Cuba Tuan Putri fikir...sekadar bayangannya Tuan Putri rindu lepas itu bayangannya hilang...maknanya itu cuma sementara rindu rindu yang tak terbalas rindu ....rindu yang tak kekal ...yang tak bawa ke Syurga Cinta.."
"Apa maksud mu ...hamba tak faham...beritahulah hamba agar hamba faham rindu yang berbalas Syurga Cinta."
"Rindulah pada Pencipta Alam Semesta ini yang mencipta Tuan Putri dan hamba juga..termasuk kekasih Tuan Putri... Tuan Putri rindu cuma bayangannya saja tapi jika Tuhan yang dirindui rindu Tuan Putri pasti akan dibalas rindu dan cinta-Nya SUBHANALLAH Tuan Putri jikalah rindu dan cinta tuan putri telah dibalas-Nya ALLAHU AKHBAR tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan Redha dan Cinta-Nya....Syurga adalah balasan cinta suci Tuan Putri tak mahu ke tuan putri? Bukan itu saja...jikalah Tuan Putri yakin cinta Tuan Putri yang utuh padu pada-Nya...kekasih yang cuma bayangan itu pun akan dikurniakan kepada tuan putri tapi bukan bayangan... realiti tuan putri tak perlu dirindu sudah ada di depan mata untuk cinta dan rindu dalam redha-Nya...dan dengan Rahmat Kasih-Nya cinta tuan putri bukan sekadar di dunia saja akan diteruskan hingga ke Syurga-Nya dengan syarat saling mencintai kerana-Nya dan mencari jalan-jalan ke Syurga dengan hati yang ikhlas kerana-Nya."
Setelah habis berkata-kata ....kata-kata permata daripada deruan ombak rindu hilang entah di mana....
Putri Rimba Niagara menangis hiba dan mendongak ke langit Dan di langit amat indah diindahkan dengan warna warni pelangi memancar ke laut ombak rindu... ke seluruhan ombak rindu berwarna warni pelangi ALLAHU AKHBAR AMAT INDAH
Melihat kejadian yang amat menakjubkan itu tak henti-henti Putri Rimba berzikir dan bermunajat pada-Nya... didongak ke langit lambang cinta yang berkalimah Allah Azzawajallah tertera dengan jelas dan bawah cinta kalimah Allah tuan putri rimba dan kekasihnya bergandingan menjadi pasangan pengantin yang diredhai Allah dan diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
SEMUA ALAM GHAIB ADALAH DALAM RAHSIA ALLAH AZZAWAJALLAH CINTA DALAM KETENTUANNYA
Karya Putri Rimba Niagara 9 Jun 2012 2 minutes ago · Like
TALI JIWAMU
Tali jiwamu telah tersimpul mati Di kalbuku Hanya kematian memisahkan cinta kita
Duhai kasih yang terkasih Jika tali jiwamu putus Putuslah cintaku
Biarpun putus Aku tak setega itu Melepaskan cinta itu Kerana tali jiwamu Telah tersimpul mati Di hatiku Hanya kematian memisahkan kita
Moga tali jiwamu kusimpul matikan hingga ke Syurga Izinkan aku bawakan ke Syurga dengan redha cintamu Cinta-Nya Kerana kasih kita Telah tercatat di Lauhmahfuz Hanya DIA yang tahu Akan Tali jiwamu tali jiwaku Dan aku sentiasa bersangka baik pada-Nya
0 comments:
Post a Comment