SAYANGKU SAYANGMU - (121) - PEJUANG-PEJUANG SASTERA YANG DIKAGUMI OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA
PEJUANG-PEJUANG SASTERA/SASTRA YANG DIKAGUMI PUTRI RIMBA
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa, Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa; Bijak berkata indah berbahasa, Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara, Serata dunia memperkenalkan bahasa; Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa, Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu, Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku; Kudoakan kejayaan untuk dirimu, Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan; Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan, Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia, Mempelajari mereka tanpa berputus asa; Bahasa ibundamu diminati terasa bangga, Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu, Warga dunia mengenal juga negaramu; Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu, Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira, Disambut dengan sejambak bahasa; Bahasa cinta memukau jiwa, Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda, Begitu fasih indah tutur kata; Teruja rakyat Malaysia mendengarnya, Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari, Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari; Datang melancong ke Malaysia ini, Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai, Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati; Akan diungkap apabila sampai di sini, Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku, Dipelajari warga dunia tanpa jemu; Bahasa ibundaku jiwa terpukau, Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa, Ilmu dicurah di serata dunia; Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia, Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa, Mengungkap kata sepenuh rasa; Terpukau mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku, Keindahan alam mereka terpukau; Menjadi realiti di luar jangkau, Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya bersatu dalam berbahasa; Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja, Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu, Datang ke sini berbahasa Melayu; Apabila berbahasa bangga tanpa silu, Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah, Namun hatimu tak pernah bermegah; Kau seorang berhati tabah, Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan, Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan; Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan, Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi, Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai; Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai, Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa, Tidak kira siapa pun mereka; Bersatu hati demi Bahasa Ibunda, Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa, Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta; Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda, Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga, Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita; Bila berbahasa penuh bangga, Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa, Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa; Moga matlamat kalian akan berjaya, Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita, Warisan Seni yang perlu dibangga; Marilah kita membudayakannya, Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa, Dipersembahkan untuk Warga Dunia; Moga gembira dan sentiasa bahagia, Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya: Putri Rimba Niagara 3 Julai 2012 (SYAIR DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG. DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN KETUA PENGARAH DBP) Like · · Unfollow Post · Wednesday at 10:51pm 4 people like this. (PETIKAN DARIPADA GRUP WALL MEMBACA KARYA PN) 7 Julai 2012
PEJUANG SASTRA MELAYU NAGA PAMUNGKAS
Terima kasih saudara Naga Pamungkas kau seorang Pejuang Sastra Kukagumi tak kira berpenat berlelah tak kira masa dan waktu perjuanganmu di medan Sastra Melayu tak pernah jemu menyokong menghargai bakat setiap penulis tak kira siapa pun mereka dan tak pernah kau kenali pun mereka tapi kau tetap ingin mengenali mereka dan membawa karya-karya mereka bersama impian mereka ke puncak jaya tanpa memikirkan keuntungan untukmu
Aduhai! mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku moga perjuanganmu yang suci ikhlas ini dibalas Allah dengan sepenuh bumi kebaikan yang akan dikira di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara 6 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · 19 hours ago Haji Domeng likes this.ptions
PERMATA SASTERA MELAYU JAYA RAMBA WULAN
Sahabatku Jaya Ramba Wulan... Selagi kau bersangka baik Dengan semua manusia dan Tuhan Insya-Allah doamu termakbul Moga Tuhanku memberikan Sinar Nur Hidayah KasihNya padamu Duhai sahabatku Jaya Ramba Wulan!
Jaya Ramba Wulan... Kau adalah Permata Sastera Melayu... Nilai karyamu bak permata berharga Berkarya bukan mencipta nama Tapi mahu karyamu dihayati Difahami apa yang tersirat Dikalbumu yang sarat Dengan cinta kasih sayang Pada yang hidup di muka bumi ini...
Moga berbahagialah hidupmu Dengan bunga-bunga cinta Sebagai balasan Jiwa murnimu Seharum kasturi Semerbak mewangi Memenuhi segenap Pelosok bumi Yang mengerti Karyamu! Perjuanganmu!
Kau Antara Pejuang Sastera Melayu Yang kukagumi!
Karya Putri Rimba Niagara 6 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · 19 hours ago Haji Domeng likes this.
PAHLAWAN SASTERA MELAYU POUL NANGGANG
Poul Nanggang sahabatku, Kukagumi semangat mu; Di medan seni Sastera Nelayu, Kau bertarung tanpa jemu.
Kau bertarung tanpa jemu, Kaulah Pahlawan Sastera di mataku; Biarpun orang lain tak tahu, Tapi aku tahu siapa dirimu.
Bangkitlah Pahlawan Sasteraku, Bangkitlah dengan semangat juang; Membela kami rakyat sasteramu, Kerana kami telah mati semangat juang.
Telah lama kami mati semangat juang, Dalam serba kepayahan kami ingin berjuang juga; Berjuang bersama kamu dan pahlawan-pahlawan yang lainnya, Maafkan kami kerana tak dapat ikut serta kerana apalah daya.
Di kejauhan ini biar pun tak dapat bersama kamu berjuang, Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang; Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang, Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.
Bilamana kemenangan berada di pihakmu, Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu; Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu, Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.
Karya Putri Rimba Niagara 4 Julai 2012 Like · · Unfollow Post · Wednesday at 10:53pm 3 people like this. Poul Nanggang Jgnlah terlalu memuja muji saya setinggi langit. Sy hanya biasa-biasa berbakti kpd manusia melalui bahasa, sasteta dan budaya. Slm, tkasih di atad dedikasi itu. 20 hours ago via mobile · Unlike · 2
Rabeah Mohd Ali Duhai sahabat sasteraku.... Semua yang bergelar penulis yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya....amatlah aku kagumi...sahabatku...tengok tu...pakaian pun sudah mencerminkan dirimu itu sebagai seorang pahlawan....kayak Pahlawan Hang Tuah gitu.... 20 hours ago · Like
YB PAKAR BAHASA ABANG PATDELI ABANG MUHI
Yang Berhormat Yang Disanjungi YB Pakar Bahasa Ku hormatimu sejak dulu lagi Kuyakin dengan bakat pemimpinanmu yang ada Di jiwamu Semangatmu membela rakyat 1Malaysia tak pernah Terkubur di hatimu Kau memperjuangkan tanpa mengira siapa mereka Asalkan rakyat Malaysia Bara kata-kata yang kau ucapkan Di khalayak ramai Penuh semangat Berkobar-kobar Hingga naik semangat Sesiapa yang mendengarnya
Kau melontarkan setiap hujah Penuh fakta dan bernas Hingga pihak lawan tak berani Nak cantas Sebelum mereka cantas Sudah kau cantas dari awal
Dengan kelebihanmu berbahasa Melayu Lagilah memantapkan setiap hujahanmu Kau terus berhujah membela rakyat Malaysia Hingga rakyat rasa dihargai Kerana mereka dibela semampu dayamu Dan hasil pembelaanmu itu Mereka melafazkan Syukur sebanyak-Nya kerana mereka dilahirkan Di bumi Malaysia yang bertuah ini
Dengan mencalonkanmu sebagai YB Tak sia-sialah rakyat menobatkan kau Sebagai YB Pakar Bahasa
Kutabik hormat padamu duhai YB Pakar Bahasa YB ABANG PATDELI ABANG MUHI Moga kau beroleh kejayaan dunia dan akhirat Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 23 Mei 2012 Yesterday at 8:42pm · Like · 3
Jangan kau harapkan mereka, bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri jadilah kau pahlawan menghunus mata penamu bertarung di gelanggang alam maya bertarunglah semahumu membela penulis dan sastera menepis musuh dengan berpandukan minda akalmu membela penulis membela sastera berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.
Dengan ketajaman mata pena dengan kebijaksaan mindamu bisa kau menakluki dunia sasteramu! dunia sasteraku! dan dunia pecinta sastera.
Namamu mewangi sewangi jiwa kepahlawananmu membela kami pecinta sastera sudah lama kami nantikan akan berlaku revolusi sastera itu adalah kau Pahlawan Sasteraku.
Kepahlawananmu membela kami tidaklah kami terpencil sendiri dalam dunia sastera yang diminati hilang bersama pena unik tapi masih berdakwat untuk berkarya dan terus berkarya hingga terhenti nafas justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku siapalah kami peminat sastera hingga ke mati!
Karya Putri Rimba Niagara 7 Julai 2011 CERIA DAN DUKA DIGABUNGKAN MENJADI PELANGI CINTA
Duhai Kanjeng Gusti... Duhai Laksamana Mas ... Duhai anak bangsa Rumpun Melayu Berpisah dengan kalian aku nggak tega Kalian adalah sebahagian daripada hidupku Ceriamu cerialah aku Dukamu dukalah aku Adakalanya ceria menjadi penawar Setelah adanya duka Ceria...ceria...ceria...bak pelangi hati Duka...duka...duka.. bak gerhana hati Ceria dan duka digabungkan menjadi pelangi cinta Cinta demi negara dan Demi senyuman anak cucu Rumpun Melayu
Karya Putri Rimba Niagara 30 Mac 2012
Like · · Unfollow Post · 2 hours ago near Kuala Lumpur
Laksamana Mas and 3 others like this.
Laksamana Mas Tersanjung sangat aku duhai Pahlawan sastra melayu, mudah2an semua yang menjadi cita2 mu mendapatkan ridho dariNYa,..amin. 30 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Sanjung menyanjungi adat melayu, Budi bahasa budaya melayu; Pusaka bangsa junjungan melayu, Sama berjuang demi anak cucu rumpun melayu.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS) 7 Julai 2012 Like · · a few seconds ago · (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MEMBACA KARYA PN) 7 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment