BIARKAN MOYANG PERTARUHKAN DARAH DAN AIRMATA MOYANG SEBAGAI TINTA!
ANDAI KATA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR KITA BERHIDUP DI BUMI INI
Duhai rakanku semua... Biar siapa pun kita Kita akan bergelar moyang Kita akan dijemput pulang bila sampai masanya Bila ajal sudah sampai Tidak dicepatkan tidak dilewatkan... Malaikat maut mematuhi perintah Tuhan yang Mencipta kita Kerna sudah sampai waktu Tuhan mahu bertemu dengan kita Adakah kita sudah bersedia? Bersedia atau tidak Allah SWT sudah bersedia untuk berjumpa kita Tika di dunia kita berjumpa Tuhan pabila kita solat Tapi kalau kita bukan ahli solat dan lalaikan solat gimana? Adakah kita layak bertemuNya apabila sudah bergelar roh?
Di masa alam kandungan ibu... tika roh ditiupkan pada kita Kita telah bersumpah setia untuk menjadi hambaNya yang patuh Kerna kita mengaku kita hambaNya Makanya kita ditiupkan roh dan lahirlah kita ke dunia ini Untuk menjadi seorang khalifah yang akan memikul tanggungjawab Dan akan membawa pulang tanggungjawab itu untuk dipertanggungjawabkan Makanya adakah kita sudah bersedia bertemu Pencipta kita?
Allahu Akhbar Aku yakin semuanya tak sabar bertemu denganNya Tapi aku yakin kita akan malu dan tak mahu bertemuNya Selagi tidak membawa apa-apa amalan agar Allah SWT redho pada kita Pastinya kita mahu bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redho pada kita
Andaikata hari ini adalah hari terakhir kita berhidup di dunia ini Apakah kata-kata terakhir yang mahu kamu ucapkan kepada Penghuni dunia ini? Mana tahu kata-katamu itu akan dikenang oleh anak cucu Mana tahu kata-katamu itu membuatkan anak cucu mendoakan moyang mereka Mana tahu kata-katamu itu mengundang Nur Rahmat KasihNya padamu
Andai kata hari ini adalah hari terkahirku bernafas di bumi ini Aku memohon agar Allah SWT ampunkan atas segala kesalahanku Aku memohon maaf kepada semua orang yang kukenali di alam realiti atau di alam maya di atas segala kesalahanku samada sengaja atau tidak Aku memohon maaf kepada semua pembaca yang membaca karya-karyaku jika ada yang tidak berkenan di hati mereka makanya maafkanlah aku kerna aku adalah insan yang tidak sempurna bagi memuaskan hati semua pembaca. Aku memohon maaf kepada anak cucuku jika ada karyaku yang menyinggung hati mereka samada secara sengaja atau tidak.
Kepada anak cucu cicitku Inilah moyangmu Biarpun moyang tidak mengenalimu Percayalah moyang sayang padamu Sayang sangat-sangat Sudilah baca karya-karya moyangmu Sudilah hargai karya-karya moyangmu Khazanah sastra moyang ini untuk kalian semua Tanda moyang kasih dan sayang pada kalian Biarpun semasa hayat moyang karya moyang tidak dihargai Tidak mengapa...tapi demi kalian Moyang tidak kisah itu semua Kerna moyang menulis adalah keranaNYa Kerna moyang sayangkan kalian Jika kalian juga tidak mahu menghargainya Tapi tolong hargai apa mesej yang hendak moyang sampaikan Dalam semua karya-karya moyang Tapi moyang yakin kalian akan menjaganya sebaik mungkin Sepertimana moyang sanggup pertaruhkan darah moyang sebagai tinta Begitulah juga kalian menjaga karya moyang agar tidak disepikan...
Moyang merayu pada semua anak cucu cicit moyang Jagailah khazanah sastra karya-karya moyangmu ini Sebaik-baiknya .... Moyang wariskan pada kalian
Tiada apa yang moyang harapkan pada kalian Jika sudi membalas kasih sayang moyang Kirimkan sepotong ayat Fatehah pun sudah memadai
Senyuman anak cucu Adalah senyuman moyangmu
Karya Putri Rimba Niagara 10 April 2012 . SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK MEMBERI SOKONGAN PADA SASTERAKU DUNIAKU:
LAKSAMANA MAS PANGLIMA SASTRA RUMPUN MELAYU SEDUNIA, PENGERAN SAMUDRA PANGLIMA RUMPUN MELAYU SENUSANTARA PUTRA RIMBA PANGLIMA RUMPUN MELAYU SEMALAYSIA PRABU SRI NARAYANA KUSUMAKUNINGAN PAHLAWAN KHAZANAH BANGSA TUAN AHMAD TAJUDDIN WIRA NEGARA SEMALAYSIA DATO' SRI JAMHURI ABD RAHMAN PAHLAWAN BANGSA MELAYU SEMELAYSIA ZAIRI ERIE MAHA GURU PAHLAWAN MELAYU TARMIZI YUSUF PANGLIMA SASTRA SENUSANTARA NAGA PAMUNGKAS HULUBALANG SASTRA SENUSANTARA ABANG PATDELI ABANG MUHI PANGLIMA SASTERA SEMALAYSIA ANDY PERKASA MEDAN SENUSANTARA KHAI NOOR PAHLAWAN JIWA MELAYU JEFFRY AI BC PEJUANG RAKYAT BERANI MATI PRADITA FIA SRI KANDI SENUSANTARA
TG PENGERAN ASSYARIFF PENGERAN JAYA LAPPUNG WAHYU UTAMA TENGKU SYAWAL TENGKU AZIZ TEUNGKU SAYYID DEQY YM TENGKU DIN SEGHAYO SUTTAN PESIRAH DIPUNCAK NUR KESULTANAN MATARAM KESULTANAN INDRAPURA RADEN ABDURRAHMAN RAHMAN DEN MAT MANGKUBUMI MASYARAKAT ADAT MATARAM
TUAN ZULKAFLI MAS IMAN EDDY CHANDRA BINTORO TOUR BINO BUJAL WAHYU YUDI NORAWI HJ KATA WIDIANTO SUNYOTO HASRUL PANE ACHMAD ZOELHAM ATHAYA NABILA
RAKAN FB DAN MEREKA YANG MENY0KONG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM PERJUANGAN SASTERA DUNIAKU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:
1. PUISI CINTA ILLAHI 2. MELAYU ISLAM BERSATU 3. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA 4. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA 5. FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT 6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA 7. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO 8. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR 9. MELAYU AYU RADIO ONLINE 10. SSL. fm 11. OMBAK RINDU
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA KERABAT DIRAJA INDONESIA PEMIMPIN MALAYSIA PEMERINTAH INDONESIA RAKYAT MALAYSIA RAKYAT INDONESIA BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA PECINTA BAHASA MELAYU PECINTA SASTRA MELAYU PECINTA SASTERAKU DUNIAKU WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RABEAH MOHD ALI PUTRI RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA 11 APRIL 2012
0 comments:
Post a Comment