Duhai kanda yang disanjungi Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu Aku cuba pertahankan kesetiaan Untuk setia selamanya denganmu Tapi tak tahu entah badai mana Yang datang hingga aku tak tega Mempertahankan kesetiaan
Ketahuilah kanda Sekali tangan berjabat salam Selamanya akan setia Sesetia ombak pada pantai
Aku tak tega terjangan ombak Teramat dahsyat Hingga aku dilambungkan tinggi Lalu dihempaskan Tanpa ehsan
Kecederaan di tubuhku Masih lagi aku boleh bertahan Tapi luka parah di hatiku Bagaikan ditoreh-toreh Hancur berkecai Hingga aku tak mampu Untuk mengungkapkan Kata-kata bermadah Pujangga padamu
Aku tak tahu Apa khilafku Hingga ombak Yang mengaku setia pada awalnya Telah berubah Madu yang kuberi Racun yang dibalas
Ombak bicaralah padaku.... Apa salahku padamu?
Kenapa kau mengundangku Untuk merinduimu Tapi setelah kuberikan hati setulusnya Ini balasan yang kau berikan padaku? Bilang samaku? Bilang? Bilang?
Jikalah terjanganmu itu boleh Memuaskan hatimu Kerna ingin membalas dendam Tapi kenapa aku????
Apa dosaku padamu? Jahat sangat ke aku Hinggga kau lukakan Hatiku sebegini rupa
Air mataku yang mengalir deras ini Lukaku yang parah ini... Boleh membuatkan kau ketawa puas Silakan... Jika kau rasa tak bersalah silakan
Kerna aku tak tahu apa salah aku Padamu... Biarlah pena bisu ini menjadi saksi Yang aku telah buangkan namamu Di ombak rindu Biarpun hatiku menafikan Aku kena akur Yang kau bukanlah kawan Yang boleh menjanjikan bahagia Untuk aku berkarya bersamamu...
Ketiadaan aku berkaryalah semahumu Percayalah dari jauh aku sentiasa Menyokong kamu berkarya Kerna dunia karyamu adalah duniaku
Maafkan aku kanda Kerna terpaksa berpisah denganmu Tanpa pintaku Moga kanda bahagia di samping Teman-teman kanda yang hebat Berpuisi... Apapun dinda ucapkan terima kasih Pada kanda yang telah mengundang dinda Ke grup kanda berkarya... Salam kemaafan puisi Salam perpisahan untukmu kanda Cuma satu harapanku kanda sudi doakan dinda Kebahagiaan dunia akhirat untuk dinda Setiap karya kanda sentiasa Tersemat di hati dinda Biarlah dinda selamanya menjadi Pungguk rindukan rang bulan Di ombak rindu kan ku nantikan Karyamu kanda...
0 comments:
Post a Comment