MOGA KITA TERPILIH MENJADI HAMBA YANG DIREDHOI ALLAH KETIKA HIDUP DAN MATI AAMIN
BERTALISIRATURRAHIM HANYALAH MAHUKAN REDHA-MU
Ya Allah talisiraturrahim itu sesuatu yang amat Kau sukai makanya jika ada dalam bertalisiraturrahim itu tidak sewangi hatiku hatinya makanya wangikan dengan sinar Nur Iman agar persahabatan kami sentiasa berbaur keimanan bukan mengundang prasangka yang mengheret kami ke lembah kehinaan-Mu aku tak mahu Ya Allah aku tak mahu setelah bertalisiraturrahim kerna berprasangka antara kami akhirnya menjadi kebencian dan akhirnya menjadi dendam yang tidak kesudahan... jika itu wujud Ya Allah ampunkan aku ampunkan dia ampunkan semua kerna kami jahil dalam menjaga hubungan bertalisiraturrahim kerana-Mu
Jika terjalin talisiraturrahim jagakan lidah kami daripada saling menyakiti saling menfitnah saling berdengki hati saling cemburu saling merendahkan saling menghina saling berbangga diri dengan ilmu yang setitis cuma saling sepi menyepi saling tidak bertanya kabar saling tidak berkomunikasi hanya mementingkan diri sendiri kedekut ilmu yang ada sibuk mengejar dunia sibuk dengan kerja dunia
Jauhkan kami dari persahabatan yang saling mementingkan diri sendiri dan hati yang penuh kebusukan mahu memusnahkan hidup dunia dan akhirat kami...jauhkanlah Ya Allah...jauhkanlah Ya Allah
Cuma yang ada dalam persahabatan kami.... Saling sokong menyokong Saling berbagi ilmu dunia akhirat Saling berbelas kasihan Saling sayang menyayangi Saling faham memahami Saling hormat menghormati Saling bantu membantu Dengan terjalin talisiraturrahimi yang ikhlas kerana-Mu Mengundang rahmat dari-Mu Moga keberkatan kami bertalisiraurrahim kerana-Mu Pabila sampai masanya nanti Kau redhai di hari kematian kami Itulah yang kami dambakan dalam bertalisiraturrahim Moga Kau Perkenankanlah Ya Allah Menghadirkan sahabat bertalisiraturrahimi Hanya untuk mendapat keredhaan-Mu Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment