CUBA PENDEKKAN PUISI DENGAN MENGAGAIKAN PEMBOROSAN KATA PADATKAN ISINYA
CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI
Duhai cinta hatiku... Di wajahmu ada ketenangan Senyuman mu memukau kalbuku Duhai cinta hatiku... Di hatimu ada cinta Sesuci embun pagi Bicaramu selembut sutera Aman roh dan jasadku mendengar Setiap bait-bait katamu Tiada membuatkan hatiku rasa diguris-guris pilu
Kau membuka mata hatiku Tentang indahnya cinta kerana-Nya Kau memuja-Nya Aku memuja-Nya Saling cinta mencintai Ikhlas sepenuh hati kerana-Nya Kita sama-sama keasyikan memburu Cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya
Dalam kita bercinta Tiada sesaat pun kita melupakan-Nya Indahnya cinta kita Bagaikan berada di alam Syurga Bahasamu bahasaku Senada seirama Menenangkan jiwa Menenangkan roh Lalu kita terbuai dalam alunan Zikir pada-Nya tiada penghujung-Nya
Biarpun bumi terbelah dua Biarpun berbumbungkan langit Kita akan teruskan Percintaan ini dalam redha-Nya Agar kita sama-sama bercinta kerana-Nya Kerna kita berdua memahami Hakikat sebenar kenapa kita Diketemukan Bukan sia-sia Bukan tidak disengajakan Tapi disengajakan oleh-Nya Atas kehendak-Nya Kita bercinta kerana-Nya
Syukur Ya Allah Atas Kurniaan Yang Berharga ini Izinkan kubawa cinta pemberian-Mu ini Hingga ke Syurgawi-Mu Kerna aku mahu menjadi Bidadarinya di dunia jua di Syurga-Mu Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Terima kasih cinta hatiku Yang kudambakan kerana-Nya Kerana sudi menerima cintaku Untuk menaungi tulang rusuk kirimu Dengan izin-Nya kau menyempurnakan Cintaku yang membawa ke Syurga-Nya Makanya jika aku pergi dulu sebelummu ... Redhailah pemergianku nanti... Kerna dengan redhamu Syurga menantiku ... Dan aku menunggumu Di Pintu Syurga Kerna akulah bidadarimu Yang Allah catatkan Cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi Aamin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment