KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK AWLIYA ALLAH SWT ALMARHUM RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH (28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Sesungguhnya kami yakin bahawa Pemergian Tuanku Sheikh Raja Awliya-Nya tidaklah mangkat Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana Berehat sambil menikmati keindahan Taman-taman Syurga Yang mengasyikkan Yang mengujakan Disamping dikelilingi dengan Bidadari-bidadari Syurga SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Balasan setiap awliya-Nya
Semoga kita ketemu lagi di Syurga Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012
AL FATIHAH UNTUKMU TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi... Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu Pulang ke pangkuan-Nya...
Hujan renyai pun mulai turun Seolah-olah bumi menangisi permergian Seorang putera soleh
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh... Kalimah Allah nampak jelas dan cerah.... SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan Nur Illahi mengiringi pemergian Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012
ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja... Beruntung rohmu Cintamu telah dibalas-Nya Tika kau hidup Tika kau mati Syurga menanti Syurga dinikmati Pertemuan di kala itu Pasti kau Menangis syahdu Kerna Kekasih Yang dirindui dan dicintai Meredhai rohmu Indahnya pertemuan Di kala itu Hanya kau memahami Betapa indahnya saat itu Sebagai balasan cinta-Nya Roh sucimu dimasukkan Ke Syurga-Nya Kau tenang penuh syukur Menikmati alam Syurga Dengan rezeki tidak putus-putus Dikelilingi bidadari Syurga Yang sedia berbakti padamu Keindahan dan kenikmatan Syurga Abadi selama-Nya Inilah balasan cintamu tika di dunia Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia Tapi mohon redha-Nya Ilahi Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012 (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK AWLIYA ALLAH SWT ALMARHUM RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH (28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
BERIBADAT SEMATA KERANA-NYA
Halib KiLah moga dirahmati.. tapi jangan pesongkan persepsi masyarakat. dengan awan yan terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.. saya bibamg pada orang yang jahil akan menganggap si mati memiliki beberapa kelebihan sehgga menyebabkan pemujaan kepadNya.. ini soal aqidah umat islam buktinya cuba anda baca sejarah umat islam yan tersasar dari agama disebabkan apa????.. Yesterday at 3:11am · Like · 2
الآنسة مريم العزباء الماليزية sebab apa?? Yesterday at 3:17am · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wr wb
Kepada Halib Kilah...kenapa kamu kata pesongkan persepsi masyarakat dengan awan yang terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.
Ketahuilah oleh mu dalam membuktikan Kebesaran Allah Azzajawallah kepada semua makhluk alam semesta ini tiada secara kebetulan Kalimah Allah adalah bukti Kebesaran Allah SWT
Memang wajarlah Almarhum Tuanku Sheikh mendapat pembalasan cintanya daripada Kekasih-Nya kerana sepanjang Almarhum hidup hanya untuk diabadikan kepada Allah SWT hinggalah ke nafas terakhir.
Bukti Kebesaran Allah SWT , di hari pemakaman Almarhum terukir nama Allah SWT di langit bertentangan dengan pemakaman Almarhum Tuanku Sheikh Raja . SUBHANALLAH ! Ini bukan satu kebetulan ...ini adalah bukti cinta Allah SWT kepada setiap hamba pilihan-Nya. DIA memilih bukan kerana banyaknya ibadat setiap hamba-Nya tapi dengan Rahmat-Nya kerna keikhlasan hati hamba-Nya dalam melakukan ibadat tanpa niat untuk berbangga diri ...apa lagi untuk mendapat sanjungan daripada manusia.
Jika difikirkan secara lojik ...memang lojiklah baginda tuanku Sheikh mendapat sanjungan dan berbangga dengan darjatnya sebagai seorang kerabat diRaja Yang Mulia pada pandangan masyarakat. Tapi itu tidak difikirkan oleh baginda Tuanku Sheikh Raja...yang difikirkan mahu menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Hidup baginda zuhud hingga ke nafas terakhir .ALLAHU AKHBAR! Memang patutlah baginda menjadi hamba Allah yang terpilih dengan diberi Rahmat Kasih-Nya ketika di hari pemakaman Almarhum Tuanku Shiekh dengan diiringi dengan Kalimah Allah SWT di langit yang terbentang luas... tika itu roh Tuanku Sheikh sudah bertemu Allah SWT dan mendapat balasan Syurga...Wallahualam
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Ini bukan satu kebetulan ...ini satu kebuktian cinta Allah kepada hamba-Nya yang dibalas cinta di hari bertemu denga-Nya Ini bukan satu pemujaan kepada Almarhum Tuanku Sheikh Raja Ini adalah satu motivasi bagi kita hamba-Nya bahawa hidup ini perlu membuat persiapan membawa bekalan-bekalan amalan yang diterima-Nya.
KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK
KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada, Rabeah Mohd Ali 7 Mei 2012
SIAPAPUN KAU SIAPAPUN KITA TETAP SAMA DI SISI ALLAH SWT YANG MEMBEDAKAN CUMA KETAQWAAN
BERTEMU DI SYURGA-NYA
Kau adalah kau Kau tak boleh berubah menjadi orang lain Tika kau ditiupkan roh suci di alam kandungan ibumu Telah dicatatkan segala takdir untukmu Sepanjang kau berhidup hinggalah nafas terakhirmu Makanya kau adalah kau Kau yang memilih hala tujumu Di dunia ini Ke Syurga atau ke neraka Adalah pilihanmu Tapi aku yakin kau akan Pilih jalan-jalan ke Syurga-Nya Seperti hamba-hamba-Nya yang lain juga Moga kau , aku dan semua muslimin muslimat Bertemu di Syurga-Nya Berkat tika hidup Percaya kewujudan Syurga Dan fisabilillah jalan-jalan ke Syurga-Nya Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara 4 Mei 2012
MOGA ALLAH MEMBANTU KITA KE JALAN-JALAN-NYA
Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi hamba-Nya yang sempurna Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya Aamin
Like · · Friday at 11:43am · Prabu Sri Narayana KusumaKuningan and Ahmad Tajuddin like this.
KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI
Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya Yang kurang itu daripada saya Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu... Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .
JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
Karya Putri Rimba. 4 Mei 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat... Biarpun nyawa kita sudah habis Tapi roh kita masih hidup Hidup dan terus hidup Tika jasadmu hidup... Kita tahu wujudnya roh Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita selama kita hidup Pabila kita solat bertemu Tuhan Allah nampak kita Dan kita rasakan kehadiran Tuhan Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh Bukan manusia lagi yang hidup Mereka yang hidup tak nampak kita Tapi kita nampak mereka Sedang meratapi kematian kita Kita ...bercakap-cakap dengan mereka Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan ... semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang... Bekalan yang di bawa... Ye bekalan... Allahu Akhbar .... Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku Yang menciptakan aku... Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia Ya Allah berkat aku bersangka baik denga-Mu Ya Allah Terimalah segala bekalan yang kubawa ini Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan pada-Mu Serasa mahu aku dihidupkan semula Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula Masa untukku sudah tamat Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku Berhidup di bumi Tuhan. Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redha kerna redha itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja. Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia.... Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa Kau sentiasa mengikut prasangka hamba-Mu...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini Sebagai roh-roh di kalangan hamba-Mu yang beramal soleh. Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba. 16 April 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI) 7 Mei 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL ANDA BUAT ANDA DAPAT) 7 Mei 2012 Like · · Unfollow Post · May 7 at 11:11am Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur likes this. (PETIKAN DARIPADA GROUP KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA) 10 Mei 2012
0 comments:
Post a Comment