'PUISI ADA 7 UNSUR IAITU: TEMA, SUASANA, IMAJINASI, AMANAT, NADA, SUARA DAN PERASAAN, WERDYS KALBARY
SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA
Masya Allah thumma Masya-Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat disertai hujan renyai-renyai mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Sesungguhnya kami yakin bahawa Pemergian Tuanku Sheikh Raja Awliya-Nya tidaklah mangkat Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana Berehat sambil menikmati keindahan Taman-taman Syurga Yang mengasyikkan Yang mengujakan Disamping dikelilingi dengan Bidadari-bidadari Syurga SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Balasan setiap awliya-Nya
Tika di dunia Tuanku Sheikh Raja Puluhan tahun tidak tidur.. Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu Kini berehatlah Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...
Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja Guru yang kami sayangi dunia akhirat
Selamat menikmati Syurga di alam sana.....
Semoga kita ketemu lagi di Syurga Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012
KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi... Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu Pulang ke pangkuan-Nya...
Kami dikejutkan di zawiyah Berita menggemparkan Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja... Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai Terletak kesunyian di satu penjuru..
Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan. 3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....
Hujan renyai pun mulai turun Seolah-olah bumi menangisi permergian Seorang putera soleh
Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...
Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...
Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..
Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.
Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya... Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh... Kalimah Allah nampak jelas dan cerah.... SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan Nur Illahi mengiringi pemergian Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012
MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja... Beruntung rohmu Cintamu telah dibalas-Nya Tika kau hidup Tika kau mati Syurga menanti Syurga dinikmati Pertemuan di kala itu Pasti kau Menangis syahdu Kerna Kekasih Yang dirindui dan dicintai Meredhai rohmu Indahnya pertemuan Di kala itu Hanya kau memahami Betapa indahnya saat itu Sebagai balasan cinta-Nya Roh sucimu dimasukkan Ke Syurga-Nya Kau tenang penuh syukur Menikmati alam Syurga Dengan rezeki tidak putus-putus Dikelilingi bidadari Syurga Yang sedia berbakti padamu Keindahan dan kenikmatan Syurga Abadi selama-Nya Inilah balasan cintamu tika di dunia Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia Tapi mohon redha-Nya Ilahi Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei
DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK TEMAN FBKU & GROUPKU YANG DISANJUNGI & DISAYANGI:
PUISI ILAHI MELAYU ISLAM BERSATU KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA MASYARAKAT ADAT MATARAM PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA MEMBACA KARYA PN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR MELA AYU RADIO ONLINE SSLfm AKU DIA PUISI CINTA DAN LAGU PUISI LOVERS (INDONESIA) OMBAK RINDU
SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA & INDONESIA SEMUA RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA SEMUA PENGHUNI BUMI DAN LANGIT YANG TERCINTA
MOGA ROH RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBANYA YANG BERIMAN DAN DENGAN LIMPAH DAN RAHMAT DARI-NYA DIMASUKKAN KE SYURGAWI AAMIN YA RABBAL A'LAMIN
RABEAH MOHD ALI PUTRI RIMBA NIAGARA MALAYSIA 5 Mei 2012
0 comments:
Post a Comment