SAYA SENANG KOK DENGAN KARYA-KARYAMU, INDAH DAN PENUH MAKNA . SUKSES SELALU YA!
MEMBURU HIDAYAH ALLAH MENGUNDANG REDHA ALLAH
Duhai...teman... Aku selalu berangan-angan Agar aku memiliki teman-teman budi bahasanya semurni hati Bersih kalbunya seperti bayi baru dilahirkan ke dunia... Bukan bermaksud mengatakan aku insan yang terlalu baik Tapi niat di hatiku hanyalah mahukan kebaikan Baik tutur kata semurni hati... Aku impikan bahasa-bahasa Syurga... Aku impikan berurusan dengan insan yang berhati murni Insan yang impikan hidup di dunia bagaikan Syurga Sebelum melangkah ke Syurga sebenar ..Aamin
Kalau mahu masuk Syurga Mesti ikhlas Ikhlas bermakna segala yang dilakukan kerana Allah Bukan kerna mahu mendapatkan balasan Syurga Syurga adalah tempat yang paling istimewa yang dikhususkan kepada semua hamba-Nya yang diredhoi-Nya
Makanya jika mahu redho Allah Hidayah perlu ada dalam diri Hidayah tak datang sendiri Perlu dicari dan diusahakan bersungguh-sungguh Bukan sambil lewa Kalau sambil lewa ... Tahu-tahu sudah ada di alam kubur Menyesal pun sudah tak guna lagi
Makanya semasa ada usia yang tersisa ini Dan masih ada peluang Kita usahakan sungguh-sungguh Untuk mencari hidayah Allah Jika hidayah Allah Tersirna di qalbu Insya-Allah Redha Allah dikabulkan Allah Itulah yang kita dambakan Dalam hidup ini Pulang ke negeri abadi Dalam redha Ilahi Sebuah negeri yang tiada penamatnya Yang tiada kematian selepas itu Hidup sampai bila....bila....tiada noktah Dengan DiKurniakan nikmat Syurga Akan tiada penderitaan ujian selepas itu Yang ada bahagia abadi selama-Nya Dan nikmat paling nikmat di Syurga kelak Apabila dapat melihat Allah Azzawajallah SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Moga kita terpilih menjadi hamba yang DiRedhoi Allah di kala hidup dan mati Aamin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment