Sunday 1 January 2012

AKU KOMA DALAM LUKA YANG PANJANG

CINTA SETULUSNYA CINTA KERANANYA

Saat cintaku mula berbunga-bunga
Kau...musnahkan impianku untuk hidup bersamamu
Lalu cintaku parah terluka
Bak dipanah petir talu bertalu ke jantungku
Hinggakan jantungku berhenti berdetak
Aku koma dalam luka yang panjang
Dalam air mata darah yang tiada ertinya lagi bagimu
Sudah kubuktikan cintaku setulusnya padamu
Tapi kau menafikan kataku itu
Kerna dia yang kau puja dia yang kau cinta
Cintaku kau biarkan sepi
dan kau perukkan di penjuru hatimu yang tiada erti

Aku sedar siapa aku
Tak setanding dia
Dan siapalah aku di hatimu
jika dibandingkan dengan dia yang kau cinta

Aku nggak bisa memaksamu mencintai aku
Demi kebahagiaanmu dan dia
Ku rela undur diri
Biarlah aku pergi jauh darimu
Dan jangan aku dirayu lagi untuk kembali
Kerna hatiku sudah remuk
Tak bisa diobati lagi

Aku pasrah dan redha takdir dariNya
Kau bukan cinta yang ditentukanNya

Namun izinkan aku mengabdikan namamu di hatiku
Tanda kau pernah kucintai

Dan pabila pelangi menjelma untuk melamar cintaku
Kan kupadam namamu di hatiku
Kerana aku tak mahu berbagi cinta
Dan ku bersumpah setia cintaku padanya
Dan mensyukuri atas apa adanya
Cinta setulusnya Cinta KeranaNya

Karya Rha NS
18 Disember 2011
· · December 18, 2011 at 8:54am

  • Athaya Nabila likes this.
    • Athaya Nabila heeeemmm !menyedihkan bunda..aduh!hehee
      December 18, 2011 at 4:20pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Takdir cinta...dipelbagai perasaan nye dong...kata ngerti....hihihi
      December 18, 2011 at 4:34pm · · 1
    • Athaya Nabila betul betul betul!
      December 18, 2011 at 4:42pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Nanda seorang wanita yang amat memahami segala pergolakan perasaan yang dialami oleh semua wanita....cayalah...hihihi
      December 18, 2011 at 7:36pm ·
    • Athaya Nabila hehehe mungkin karena kita pernah mengalami ya bunda shga selalu hanyut dalam setiap tulisan bunda..
      December 18, 2011 at 9:10pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Apa yang hanyut tu...duhai nandaku hihihi
      December 18, 2011 at 9:18pm ·
    • Athaya Nabila hehehe hati dan perasaan nanda yang hanyut dan masuk dalm alur cerita di dalam tulisan bunda!heeemmm
      December 19, 2011 at 12:25am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Sampai gitu sekali loo...kamu dihanyutkan perasaan...nanti kuiringikan muzik bersama puisi sekali agar kamu lebih hanyut sampai tak sedar kamu sudah dihanyutkan ombak ...tau-taunya terdampar di tepian pantai...(Hihihi)
      December 19, 2011 at 8:38am · · 1
    • Athaya Nabila hahahahahahaha betul itu bunda saking hanyutnya oleh alunan musik syahdu diiringi puisi indah dari bunda,,,
      December 19, 2011 at 9:50am ·
    • Rabeah Mohd Ali Hihihi...kali ni ku takkan biarkan hanyut ..kusediakan perahu.... agar kau selamat sampai ke pulau cinta syahdu...kerana rinduku rindumu ada di sana...dan kita sama-sama nyanyikan lagu puisi indah...tentang kita tentang cinta terluka...dan tidak akan terluka kerna kita ngak berpisah lagi ...dan hidup bersama selamanya dalam restunya dalam redhaNya...bahagia milikmu bahagia milikku...
      December 19, 2011 at 9:58am · · 1
    • Athaya Nabila Amiiiiiiiiiiiiiiiinnnn,,insyaallah,,heehhe
      December 19, 2011 at 10:01am ·
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      December 19, 2011 at 10:02am ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    1 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;