Sunday 1 January 2012

MOGA HIDAYAHNYA BERTERUSAN HINGGA KE AKHIR HAYAT BAPAMU


Kepada rakan2 FB yang menyambut hari ulang tahun pada hari ini 1 Januari 2012, diucapkan Selamat Hari Jadi semoga lanjut usia, murah rezeki dan sihat sejahtera hendaknya. Ucapan ini juga kutujukan istimewa buat bapaku Mohamed Lin Bin Mami yang menyambut hari ulang tahun beliau ke 82 hari ini. Selamat Hari jadi bapa. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati setiap amalan dan ibadah bapa dengan anugerah kesihatan yang baik. Amin.
· · 23 hours ago ·

  • You and 13 others like this.
    • Sarah Khan Aninn. Semoga bapa sis Lin selalu dalam keadaan sihat.
      17 hours ago · · 1
    • Lya Zam met tahun baru kk Lina Mohamad Lin
      16 hours ago · · 1
    • Putera Machoo happy birth day to uncle Mohd.Lin di kg Sembulan Tengah,semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta diberkati Allah Swt...amin...
      14 hours ago · · 1
    • Lina Mohamad Lin Sarah Khan: Amin. Terima kasih ats doa dan ingatanmu sis. Lya ZamSelamat Tahun Baharu juga wat Lya sekeluarga. Putera Machoo: Amin.Terima kasih atas doamu bro. Semoga bro sekeluarga diberkati Allah hendaknya selalu. Amin.
      13 hours ago · · 2
    • Rosnah Ag smga Allah lanjutkan usia dengan kesihatan yang baik kepada pakcik....... selamat ulang tahun ke 82 Alhamdulilah.....
      12 hours ago · · 1
    • Lina Mohamad Lin Dik Rosnah Ag: Amin3x..ya robbul alamiin. Terima kasih dik..semoga adik dan keluarga juga dilimpahi Allah SWT rezeki yang melimpah ruah. Amin.
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Moga Allah panjangkan usia bapamu dalam keimanan selagi hayatnya ada. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      48 minutes ago · · 1
    • Lina Mohamad Lin Amin3x ya rabbul alamin. Terima kasih sahabatku Rabeah Mohd Ali atas titipan doamu. Bapaku semasa zaman mudanya memang sangat aktif dalam bidang nyanyian dan bermain musik. Malah beliau pernah menyumbang suara dan tenaga dalam rancangan awal terbitan Radio Sabah (kini RTM Kota Kinabalu, Sabah) tapi bila dah bersara dari dunia seni hiburan, bapa telah memilih masjid sebagai tempatnya meluang waktu. Bapa juga sering melaungkan azan di masjid kampung dan memandikan jenazah semasa beliau masih punya kudrat. Kini bapaku, cuma banyak berehat di rumah setelah banyak kali keluar masuk wad hospital kerana sakit tua. Tapi semangat bapaku masih gagah malah beliau membaca al-quran tanpa guna cermin mata.
      41 minutes ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Subhanallah terharuku mendengarnya....pabila Allah inginkan hidayahNya diberikan kepada hambaNya yang terpilih tiada siapa yang dapat menghalangNya. Allahu Akhbar! Moga hidayahNya berterusan hingga ke akhir hayat bapamu dan sehingga ke akhir hayat kita semua. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      29 minutes ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL LINA MOHAMAD LIN)
    1 Januarai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;