Sunday 1 January 2012

KALAU ITU TAKDIRNYA AKU PASRAH DAN REDHA


HAWA DIWUJUDKAN KERANA ADAM PERLUKAN CINTA

Ada kalanya aku trauma untuk membincangkan topik cinta
Kerana cinta itu perlu dibincangkan secara yang berhemah
Agar tidak menyakiti dan disakiti
Makanya aku gagahi juga demiNya
Dengan dugaanku diduga dengan cinta
Seperti dilambung ombak tsunami gamaknya
Kerana itu mahu kupadamkan saja kamus cinta
Tak mahu difikirkan lagi
Biarkan kusendiri di pulau sepi ini tanpa berpenghuni
Biarkan kumenjeruk hati atas cinta yang ku sendiri tidak pinta jadi begini
Semua orang perlukan cinta
Hawa diwujudkan kerana Adam perlukan cinta
Saling perlu memerlukan cinta
Cinta yang dibajai kasih sayang semurni hati
Bukan cinta kepura-puraan
Bukan cinta yang membuatkan mereka membenci cinta selamanya
Bukan....bukan....bukan...
Tapi kalau takdir dia bukan milik yang ku cinta
Ku Redha dan Pasrah
Kerana siapalah aku untuk menolak takdir
Dan apa juga takdir yang ditentukanNya
Ku pohon pada Allah berilah padaku
Kekuatan Ketabahan untuk menempuh segala ujianNya
Kerana aku mahu Allah mengerti cintaku padaNya mengatasi segalaNya

Karya Rha NS
18 Disember 2011
· · December 18, 2011 at 11:55am

0 comments:

Post a Comment

 
;