Sunday 1 January 2012

JIKA SUDAH TERCATAT CINTA KITA DI LAUHMAHFUZ

  • JIKA SUDAH TERCATAT CINTA KITA DI LAUHMAHFUZ

    Memang dia takdir cintamu
    Sudah tercipta dia untuk kamu
    Tapi kau hadir dalam cintaku
    ...
    Ku cuba lari dari cintamu
    Makin kulari bayangan cintamu mengejarku
    Hingga ke hujung dunia kau jejakiku

    Kerna tiada mahu merampas cintanya ke kamu
    Aku lari hingga ke kaki langit biarpun
    bayangan cintamu hilang ditelan senja
    Namun pabila terbitnya mentari cintamu datang lagi
    dan aku tak tahu gimana lagi kubawa diri

    Sampai bila aku harus begini
    Cinta bayanganmu di siang hari
    Cinta bayanganmu hilang di malam hari
    Sampai kapan bila aku harus begini
    Dan aku pasrah
    Aku redha
    Jika sudah tercatat cinta kita di Luhmahfuz
    aku terima kamu apa adanya
    biarpun kau telah memiliki dia

    Maafkan aku kerana mencintaimu
    yang telah ditakdirkan untuk bersamamu
    mencintaimu seumur hidupku

    Karya Rha NS
    16 Disember 2011
    · · December 16, 2011 at 2:17pm

    • Athaya Nabila likes this.
      • Athaya Nabila hemmmm i like this bunda...hehee gambaran arti dari ketulusan cinta..memberi tanpa meminta dan menuntut ...semoga semuanya ikhlas karena Allah...
        December 16, 2011 at 4:58pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Aku mewakili luahan rasa pecinta-pecinta yang mencintai dia keranaNya...apa pandanganmu tentang ini duhai nanda Nabilaku...hihihi
        December 16, 2011 at 5:40pm ·
      • Athaya Nabila tentang pengorbanan cinta tanpa bisa memiliki cinta seutuhnya...menerima takdir cinta dengan ikhlas..lainnya seperti komen yang diatas.
        December 16, 2011 at 6:19pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Nanda seorang wanita yang faham apa itu takdir cinta...bersyukurlah suami nanda memiliki cinta nanda yang sebenarnya seutuh cintamu padaNya.
        December 16, 2011 at 6:31pm · · 1
      • Athaya Nabila hehhe pembelajaran 2 hidup dan cinta yang telah mengajari nanda untuk selalu ikhlas menjalanin apa yang telah tersurat olehNYa..dan alhamdulillah atas ujianNya
        December 16, 2011 at 6:36pm · · 1
      • Athaya Nabila Alhamudlillah jg atas semua anugrah sampai detik ini ...hehe jadi curhat dunk!
        December 16, 2011 at 6:41pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah Allah telah Sinarkan Nur Hidayah KasihNya padamu...duhai nandaku...apalah ada cinta yang cuma sementara di dunia ini makin kita tamak memilikinya makin kita akan terlepas cinta dariNya yang abadi selamaNya...yakinlah cinta yang kau korbankan itu akan kau bawa hingga ke SyurgaNya bersamanya nanti. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        December 16, 2011 at 6:44pm · · 1
      • Athaya Nabila Insyaallah Amin Yaa Rabbal A'lamain...terima kasih akan doannya..semoga..
        December 16, 2011 at 6:59pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Semoga semua wanita-wanita di luar sana sepertimu sentiasa redha dan pasrah jika diuji dengan takdir cinta dariNya.
        December 16, 2011 at 7:05pm ·
      • Rabeah Mohd Ali ‎'Kaulah Idola Takdir Cinta' Dan ' Kaulah Idola Pengabdi CintaNya Tanpa Memikirkan Cintamu Yang Terluka' Dan Takkan Terluka Demi Meraih CintaNya!'
        December 16, 2011 at 7:07pm · · 1
      • Athaya Nabila Amiiiinnn!tapi kadang kan nanda jg wanita yang lemah masih cengeng jg..tapi semuanya membuat kita semakin kuat!
        December 16, 2011 at 7:27pm · · 1
      • Athaya Nabila Tapi..Idola Takdir Cintanya boleh jg tu bunda hehhe
        December 16, 2011 at 7:29pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kau seperti memahami lirik lagu yang ingin kukarangkan dan jika siap nanti ku perdengarkan padamu dulu untuk mendapat kelulusan darimu samaada enak didengar dan enak juga dihayati oleh pendengar nanti....hihihi...moga apa yang kita bicarakan ini ada nilaian di SisiNya dan moga juga setiap butir kata-kata kita adalah mutiara yang berharga untuk kita duhai Nabilaku dan bertambah bahagia jika kata-kata kita dapat dikongsi bersama mereka yang sudi membacanya dan terpulanglah kepada mereka untuk menerimanya atau ngak...kan...kan...kan...
        December 16, 2011 at 7:37pm ·
      • Athaya Nabila siiiippp betul bunda..
        December 17, 2011 at 12:48am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Ya Allah datangkanlah ilham padaku
        Agar aku dapat menulis dengan lancar
        Moga karyaku nanti dapat dikongsi bersama demi meraih cintaMu yang didambakan oleh para pecintaMu
        Amin Ya Rabbal A'Lamin
        December 17, 2011 at 12:54am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali TAKDIR CINTA

        Kini baru kutahu
        Erti ketulusan cinta
        Memberi tanpa meminta
        Semuanya ikhlas keranaNya

        Kau korbankan cinta
        Demi meraih cintaNya
        Menerima takdir cinta dengan seikhlas
        Demi seutuh cintamu padaNya

        Menerima apa yang telah tersurat
        Ujian takdir cinta
        Kau terima dengan pasrah dan redha

        Apalah ada pada cinta yang sementara ini

        Air mata bukan tanda kau tidak suka dengan takdir cinta
        Air mata bukan untuk membasuh lukamu yang terpendam di lubuk hati
        Itu semua bukti cintamu padanya dan pada Pengurnia Cinta
        Yang mengurniakan cinta untuk dia yang kau cinta
        Ujian takdir cinta kau terima dengan pasrah dan redha
        Dalam kamus cinta milikku dan dia selamanya telah kau
        padamkan setelah kau memahami takdir cinta
        kerana cinta bukan milikmu seorang jika Allah menduga tahap cintamu denganNya
        bila mana cintaNya melebihi segalaNya
        Cinta kepada yang kau cinta hanya sementara di dunia tapi berkekalan di Syurga
        Itulah bukti cintamu pada yang kau cinta
        Itulah bukti cintamu pada Yang Maha Pengurnia Cinta Tuhanmu Allah S.W.T

        Dan dia begitu juga
        Bukan sengaja untuk menjadi penghalang cintamu
        Dia juga ditakdirkan untuk mencintai lelaki yang kau cinta
        Yang tak ada dalam diari cintanya
        Dia diuji sama sepertimu
        Kalau itu sudah tercatat dalam takdir cintanya
        Dia terima dengan pasrah dan redha

        Dia sama sepertimu
        Saling berkorban kasih
        Demi meraih CintaNya Yang Abadi SelamaNya

        Karya Rha NS
        21 Muharram 1433H
        17 Disember 2011
        December 17, 2011 at 6:29pm ·
      • Rabeah Mohd Ali Duhai Nanda Nabilaku Sayang....
        Apa pendapatmu mengenai karya ,'Takdir Cinta'
        Kutunggu pendapat darimu
        Moga berkenan di hatimu mewakili wanita di luar sana...
        Kalau kau tidak menerimanya bererti wanita di luar sana pun sama
        (Hihihi)
        Jangan salahkah aku...kerna aku cumalah si pengarang yang
        dengan izin dariNya aku dapat menghasilkan karya ini...
        tanpa izinNya aku nggak bisa...
        Yang baik dariNya
        Yang tidak sempurna adalah dariiku..
        December 17, 2011 at 6:39pm · · 1
      • Athaya Nabila iya bunda pasti nanda baca!nanda yakin pasti mengharu biru .hehhe
        December 17, 2011 at 7:15pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kepada nanda atas segala kerjasama dalam menjayakan Puisi .'Takdir Cinta' kalau kerna tidak ada kerjasama dari nanda... bunda tidak dapat dapat menghasilkan karya , Takdir Cinta yang begitu terkesan di hati semua para wanita yang benar-benar faham erti , Takdir Kententuan dariNya dengan pasrah dan redha tanpa mohon dipisahkan cinta yang dimiliki.
        Setiap yang baik itu semua dariNya
        Siapalah aku tanpa pertunjuk dariNya
        Moga Allah membalas segala budi baik nanda yang amat memahami kerjaya bunda dalam dunia penulisan
        Ingin menulis tanpa ada melukakan hati sesiapa
        Kalau ada tersalah ungkapan kopohon maaf!
        Ku menulis semata ungin mendapat redhaNya
        Ingin mendapat Hidayah Nur KasihNya selagi aku menumpang hidup di muka bumi CiptanNya.
        December 18, 2011 at 10:18am ·


    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      1 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;