Sunday 1 January 2012

DIA JUGA DITAKDIRKAN UNTUK MENCINTAI LELAKI YANG KAU CINTA


TAKDIR CINTA

Kini baru kutahu
Erti ketulusan cinta
Memberi tanpa meminta
Semuanya ikhlas keranaNya

Kau korbankan cinta
Demi meraih cintaNya
Menerima takdir cinta dengan seikhlas
Demi seutuh cintamu padaNya

Menerima apa yang telah tersurat
Ujian takdir cinta
Kau terima dengan pasrah dan redha

Apalah ada pada cinta yang sementara ini

Air mata bukan tanda kau tidak suka dengan takdir cinta
Air mata bukan untuk membasuh lukamu yang terpendam di lubuk hati
Itu semua bukti cintamu padanya dan pada Pengurnia Cinta
Yang mengurniakan cinta untuk dia yang kau cinta
Ujian takdir cinta kau terima dengan pasrah dan redha
Dalam kamus cinta milikku dan dia selamanya telah kau
padamkan setelah kau memahami takdir cinta
kerana cinta bukan milikmu seorang jika Allah menduga tahap cintamu denganNya
bila mana cintaNya melebihi segalaNya
Cinta kepada yang kau cinta hanya sementara di dunia tapi berkekalan di Syurga
Itulah bukti cintamu pada yang kau cinta
Itulah bukti cintamu pada Yang Maha Pengurnia Cinta Tuhanmu Allah S.W.T

Dan dia begitu juga
Bukan sengaja untuk menjadi penghalang cintamu
Dia juga ditakdirkan untuk mencintai lelaki yang kau cinta
Yang tak ada dalam diari cintanya
Dia diuji sama sepertimu
Kalau itu sudah tercatat dalam takdir cintanya
Dia terima dengan pasrah dan redha

Dia sama sepertimu
Saling berkorban kasih
Demi meraih CintaNya Yang Abadi SelamaNya

Karya Rha NS
21 Muharram 1433H
17 Disember 2011
· · December 17, 2011 at 6:32pm


    • Athaya Nabila hemmmm betul kan!sangat mengharu kan!bunda bener _ bener tiada tandingannya..bahasanya mudah dipahami dan dihayati..bisa meraung2 nih nanda membacanya..hehehe
      December 17, 2011 at 7:29pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Dari malam semalam bunda fikirin...tapi buntu..berkat berdoa apa Allah....Allah Amat Memahami Apa Yang Ingin Bunda Tulis...Benarlah Dia Maha Pemurah Maha Penyayang Tidak Pernah Mengecewakan Bunda untuk menghasilkan karya walau apapun tajuk yang terdetik....diberi dalam kadar cepat ...bunda sendiri tidak menyangkaNya....Inilah yang membuatkan bunda selalu menangis...terharu...betapa Allah Maha Pemberi Allah Maha Penyayang ...Lagi banyak bunda siarkan karya bunda...lagi banyak ilham yand Dia datangkan...Allahu Akhbar! Ya Allah Berilah aku kekuatan untuk terus menulis dan menulis selagi tgerhenti nafas terhentilah pena...Amin Ya Rabbal A'Lamin
      December 17, 2011 at 7:37pm ·

    • Athaya Nabila Amin Amin Amin Yaa Rabbal A'lamin..nanda tunggu karya bunda..
      December 17, 2011 at 7:40pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Pabila nanda membaca puisi , "Takdir Cinta" apakah betul nanda meraung2 nangis ....atau gimik je....hihi
      December 17, 2011 at 7:55pm · · 1

    • Athaya Nabila hehhe nanda terharu bunda..setiap mengulang membacanya menetes lg menetes lg hemmm qiqiqi kalau meraung2 berarti kurang ikhlas ya bunda..hehhe
      December 17, 2011 at 8:41pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Nanda...raungan mu di dengari 7 petala langit dan 7 lapisan bumi asalkan ikhlas dan redha.... tak gitu nanda?
      December 17, 2011 at 8:43pm · · 1

    • Athaya Nabila hehehe berarti boleh ya bunda!qiqiqi
      December 18, 2011 at 6:18am · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Asalkan ikhlas semuanya keranaNya.
      December 18, 2011 at 6:35am · · 1

    • Athaya Nabila insyaallah...
      December 18, 2011 at 6:46am · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Allahu Akhbar semoga Allah melimpahi RahmatNya yang tanpa batas padamu dan keluargamu duhai nanda Nabilaku Sayang.
      Bilamana Allah menguji kau pasrah dan redha
      Itulah tandanya kau faham erti takdir ujian dariNya
      Aku tabik...padamu
      Duhai wanita idola 'Takdir Cinta'
      Moga bunga-bunga Syurga Cinta Dunia kau miliki dan berkekalan hingga membawa cintamu dan dia ke Syurga.
      'CINTA DUNIA MEMBAWA KE SYURGA ITULAH YANG DIIDAMI OLEH SEMUA PASANGAN YANG BERCINTA DALAM REDHANYA'
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      December 18, 2011 at 6:55am ·

    • Athaya Nabila Amin Amin Amin Yaa RabbalA'lamin.terima kasih bunda atas semua doanya
      December 18, 2011 at 7:52am · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Cinta seutuhnya adalah cinta yang saling
      1. Menyayangi keranaNya
      2. Menghargai
      3. Memahami
      4. Mempercayai
      5. Manis tutur kata semurni hati
      6. Pasrah dan redha apabila didugaNya

      Moga nanda nabila pasangan bahagia dan bisa tahan pabila diuji dengan, 'Takdir Cinta'

      Raungan tangisan kalbumu dalam pasrah dan redha menjadi saksi kaulah Idola , 'Takdir Cinta' semua wanita di luar sana agar tabah apabila diuji dengan ujian , 'Takdir Cinta'

      December 18, 2011 at 8:18am · · 1

    • Athaya Nabila SIAP LAKSANAKAN BUNDA!HEHE
      December 18, 2011 at 3:51pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Waduh....terharuku! Hihihihi
      December 18, 2011 at 4:06pm ·

    • Athaya Nabila hehehehe ...
      December 18, 2011 at 4:08pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali hehehe ngak apa-apa kan? hihihi
      December 18, 2011 at 4:09pm ·

    • Athaya Nabila hehehe boleh lah bunda...
      December 18, 2011 at 4:12pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali hihihi boleh ? Terus kaget jadinya aku....hihihihi
      December 18, 2011 at 4:13pm · · 1


  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    1 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;