Sunday 1 January 2012

PERSAHABATAN KERANANYA TERLALU INDAH UNTUK KUSIMPUL MATIKAN DALAM HATIKU KERANA SEWANGI AMBAR KASTURI



KEIKHLASAN ibarat kembang mengharum mekar di jambangan HATI. Ketulusan akan terpancar di wajah tanpa perlu mengucapkannya. Berapa ramaikah antara kita yang benar-benar tulus pada DIRI dan orang lain? dan berapa banyak bibir manis yang mengukir senyuman palsu. Pokok pangkalnya, hati mesti mahu baik baa...Salam Jumaat sewangi ambar kasturi buat semua sahabat FB (muslimin & muslimat) dan salam mesra kasih untuk seisi benua...
· · December 23, 2011 at 7:27am ·

  • You, Awang Karim Kadir and 23 others like this.
    • Lina Mohamad Lin Tq Ernie Fazliana Ernee & Rosie Yen for ur 'Likes'.
      December 23, 2011 at 7:40am · · 1
    • Rosie Yen Most welcome kak...., moga kakak di berkati Allah pd hari Jumaat yg mulia ini..Penghulu segala hari :)
      December 23, 2011 at 7:43am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Senyummu sewangi hatimu... sentiasa sewangi ambar kasturi...dan dapat kuhidu hingga melekat di hatiku...duhai sahabatku....Lina Mohamad Lin....
      December 23, 2011 at 8:22am · · 1
    • Lina Mohamad Lin Rosie Yen; Amin...Sis Rabeah Mohd Ali; terima kasih penghargaanmu...dikau sahabat nan sejati...semoga harum wangi ambar kasturi..sentiasa melekat mesra di hati kita.
      December 23, 2011 at 8:28am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali SEDEKAH IKHLAS SENYUMAN IKHLAS

      Senyumlah biarpun pahit asalkan ikhlas
      Sedekahlah biarpun sedikit asalkan ikhlas

      Orang Kaya Syurga
      Kaya sedekah ikhlas
      Kaya senyuman ikhlas
      Kaya amalan ikhlas
      Syurga akan dibalas
      Berkatnya ikhlas
      Moga Allah membalas
      Segala amalan yang ikhlas.

      Karya: Rha NS
      23 Disember 2011
      December 23, 2011 at 8:38am · · 1
    • Haji Salim Ibrahim hebat kata kata mutiara Jumaat. salam
      December 23, 2011 at 9:01am · · 2
    • Rabeah Mohd Ali MOGA KITA DILIMPAHI NUR HIDAYAH KASIHNYA TANPA BATAS

      Semua sahabatmu sepertimu ...
      ingin menjadi lebih baik daripada semalam.
      Biarpun kita bukanlah baik mana tapi apa salahnya
      untuk bercita-cita menjadi baik kan!
      Mana tahu kita dipilih untuk menjadi di kalangan
      hambaNya yang terbaik melakukan sebanyak mana
      amalan yang mampu...
      seolah kita hendak bertemuNya...
      berbuat baik kepada semua makhlukNya
      tanpa mengira siapapun mereka...
      beramal dan berdoa.
      Moga kita dilimpahi Nur Hidayah KasihNya tanpa batas
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      Karya Rha NS
      23 Disember 2011
      December 23, 2011 at 9:17am · · 1
    • Halimah Abdullah amin
      December 23, 2011 at 9:44am · · 2
    • Lina Mohamad Lin Haji Salim Ibrahim: Walaikumsalam Hji..terima kasih komennya. Sis Halimah Abdullah: Amin3x..
      December 23, 2011 at 11:35am · · 1
    • Lina Mohamad Lin Sis Rabeah Mohd Ali: Amin3x, ya robbualamiin...terima kasih kiriman madah2 puisinya yang muluk indah. Semoga kita semua tulus dan ikhlas menjalin ikatan silaturrahim setia kawan.
      December 23, 2011 at 11:37am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Persahabatan keranaNya terlalu indah untuk kusimpul matikan dalam hatiku kerana sewangi ambar kasturi.
      December 23, 2011 at 11:54am · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL LINA MOHAMAD LIN)
    1 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;