SELAMAT HARI BAPA ...HORMATILAH DAN SAYANGILAH BAPA....TIKA IA MASIH ADA....SESIBUK MANA PUN LUANGKAN MASA UNTUK JENGOK BAPA.... · By Khai Noor 16 Jun 2012
PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA
Anakanda yang disayangi dunia akhirat, Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda; Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat, Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.
Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan, Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran; Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan, Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.
Ayahanda akan terus memimpin anakanda, Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis; Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda, Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.
Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi, Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan; Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi, Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.
Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan, Ayahanda akan terus membimbingmu; Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan, Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.
Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin, Memburu impian menggapai cita-cita; Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan, Agar menjadi realiti segala yang dicita.
Capai setinggi mana mungkin cita-citamu, Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu; Kegagalan tidak akan pernah bertamu, Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.
Dalam menuju segala kejayaan, Cahaya keimanan amat diperlukan; Allah jangan sekali dilupakan, Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.
Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur, Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu; Asalkan anakanda cekal dan sabar, Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.
Apabila segala ilmu terpasak di dada, Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda; Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga, Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.
Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung, Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini; Jadilah anak soleh berjiwa pejuang, Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.
Ayahanda dan bonda tersayang, Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan; Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang, Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.
Anakanda hargai pengorbanan ayahanda , Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda; Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda, Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.
Ayahanda dan bonda yang disayangi, Anakanda akan berazam mencapai cita-cita; Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni, Membela agama bangsa dan Negara tercinta.
Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda, Ayahanda pemimpin idola anakanda; Membela agama dan bangsa walau di mana, Hatimu putih bersih bak mutiara.
Perjuangan ayahanda tepat dan jelas, Rela berkorban demi rakyat tercinta; Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas, Demi kerana Allah tercinta.
Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang, Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru; Moga sentiasa berjaya ketika berjuang, Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.
Doakan anakanda menjadi pejuang sejati, Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta; Kita berjuang hingga ke mati, Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.
Syukur anakanda setiap hari, Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya; Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai, Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.
Anakanda tersayang ayahanda tercinta, Kasih berpadu bersama bonda dicintai; Hidup berkeluarga sakinah tercipta, Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.
Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith, Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh; Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah, Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.
Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda, Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan; Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda, Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.
Karya: Putri Rimba Niagara 16 Jun 2012 (Sempena Sambutan Hari Bapa ) (Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Semua Bapa Di Dunia Yang Masih Hidup Dan Yang Telah Meninggal Dunia Disedekahkan Al-Fatehah Moga Dimasuk Roh Bapa Kedalam Hamba-Nya Yang Beramal Soleh Aamiin)
0 comments:
Post a Comment