SAYANGKU SAYANGMU - (20) MOGA ALLAH ROBBUL IZZATI MERAHMATIMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
MOGA ALLAH ROBBUL IZZATI MERAHMATIMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
SAHAM AKHIRAT SEHINGGA KIAMAT
Ya Allah Dengan izin-Mu Yang Maha Berkuasa Kami Kau pilih untuk berkarya Tanpa izin-Mu kami jadi kaku Jemari kami kaku bisu tak akan Seiring dengan ilham dari-Mu Kau Pengurnia Ilham Ilhamkanlah pada kami Ilham yang Setiap baris satu kata Ada nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
Jika ada satu kata Yang bikin Pembaca sakit hati Lalu terluka Jauhkanlah Ya Allah
Jika hatiku yang terluka Atas tulisan kata mereka Aku maafkan mereka Ya Allah
Begitu juga mereka Hendaknya jika ada Satu kata yang bisa Membuat mereka sakit hati Bukakan mata hati mereka Untuk memaafkan aku Ya Allah
Ya Allah ... Niat aku berpena Bukan mahu Menimbulkan permusuhan Ya Allah Bukan mahu Terbitkan sakit menyakitkan hati Ya Allah Bukan mahu sengaja sindir menyindir Seolah akulah yang sempurna iman Ya Allah
Jauhkan penulisan Yang mendatangkan murka-Mu Yang mendatangkan sakit hati manusia kepadaku Ya Allah
Jikalah penulisanku Membuatkan Kau murka Membuatkan manusia sakit hati Aku rela bisukan penulisan ini Buat selamanya Ya Allah Kerana bukan itu tujuan Asalku Ya Allah
Yang aku dambakan Penulisanku ada Nilaian di Sisi-Mu Ya Allah Menenangkan hati mereka yang membacanya
Penulisanku memberi motivasi kepada Diriku sendiri dan kepada mereka yang sudi membacanya Dan sama-sama berbagi ilmu dunia akhirat yang mereka miliki Agar penulisan kami dikira Sebagai sedekah jariah Saham Akhirat Sehingga Kiamat Setelah kami tiada di dunia ini nanti Ya Allah Aamiin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA 8 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 8 at 5:12pm Werdys Kalbary and 2 others like this.
Gaurav Oberoi hi June 8 at 5:19pm · Unlike · 1
Gaurav Oberoi thnks for lykin rubab 3 hours ago · Unlike · 1
Sahabatku Yang Bernama Gaurav Oberoi... Yang Dihormati Lagi Disanjungi Sepenuh Hati.... Terima kasih kerana sudi hadir Dalam bicara puisiku Kehadiranmu buatkan hatiku terharu sendu sedan Biarpun hanya cuma satu perkataan Kau sambut doa puisiku Sejujurnya aku Terharu pilu sendu Kau faham apa yang ingin kusampaikan Inilah yang membuatkan aku Benar-benar terharu .... Mengingatkan aku Pada seorang rakanku Tuan Brad Steven Tika itu aku sedang bicara puisi Tentang roh seorang kerabat diRaja bertemu Tuhan-Nya Tika aku mengarangkan puisi tersebut Kumohon pada-NYa agar dihadirkan ilham Dengan izin-Nya akan berkarya puisi tentang Pertemuan hamba-NYa dengan Pencipta-Nya SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Sesuatu yang amat berharga bagiku untuk dikongsi Kepada semua teman-teman Yang mengangumkan aku Tuan Brad Steven Benar-benar faham apa yang kutulis Aku tulis dalam Bahasa Melayu ... Dia jawab dalam Bahasa Inggeris Aku sangkakan dia tak faham apa yang kutulis Kerana mesejnya terlalu berat untuk diterima akal mereka yang biasa Dalam pegangan tauhidnya Tapi ternyata Tuan Brad Steven faham... SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Moga Nur Hidayah Kasih Illahi Dilimpahi pada Tuan Brad Steven Dan Moga Nur Hidayah Kasih-Nya juga dilimpahi padamu juga .Aamin.
Nanti kusiarkan puisi yang disukai oleh Tuan Brad Steven itu Untuk dikongsikan bersamamu Gaurav Oberoi .
Akhir kata...ucapan terima kasihku padamu Kerana sudi membaca puisiku Terima kasih... Terima kasih...Terima kasih... Moga Rahmat Kasih-Nya DiLimpahi ke atasmu GAURAV OBEROI Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 19 Jun 2012
SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA
Masya Allah thumma Masya-Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat disertai hujan renyai-renyai mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Sesungguhnya kami yakin bahawa Pemergian Tuanku Sheikh Raja Awliya-Nya tidaklah mangkat Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana Berehat sambil menikmati keindahan Taman-taman Syurga Yang mengasyikkan Yang mengujakan Disamping dikelilingi dengan Bidadari-bidadari Syurga SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Balasan setiap awliya-Nya
Tika di dunia Tuanku Sheikh Raja Puluhan tahun tidak tidur.. Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu Kini berehatlah Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...
Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja Guru yang kami sayangi dunia akhirat
Selamat menikmati Syurga di alam sana.....
Semoga kita ketemu lagi di Syurga Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012 Yesterday at 8:57am · Like · 3
KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi... Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu Pulang ke pangkuan-Nya...
Kami dikejutkan di zawiyah Berita menggemparkan Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja... Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai Terletak kesunyian di satu penjuru..
Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan. 3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....
Hujan renyai pun mulai turun Seolah-olah bumi menangisi permergian Seorang putera soleh
Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...
Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...
Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..
Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.
Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya... Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh... Kalimah Allah nampak jelas dan cerah.... SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan Nur Illahi mengiringi pemergian Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei 2012 Yesterday at 8:59am · Like · 3
MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja... Beruntung rohmu Cintamu telah dibalas-Nya Tika kau hidup Tika kau mati Syurga menanti Syurga dinikmati Pertemuan di kala itu Pasti kau Menangis syahdu Kerna Kekasih Yang dirindui dan dicintai Meredhai rohmu Indahnya pertemuan Di kala itu Hanya kau memahami Betapa indahnya saat itu Sebagai balasan cinta-Nya Roh sucimu dimasukkan Ke Syurga-Nya Kau tenang penuh syukur Menikmati alam Syurga Dengan rezeki tidak putus-putus Dikelilingi bidadari Syurga Yang sedia berbakti padamu Keindahan dan kenikmatan Syurga Abadi selama-Nya Inilah balasan cintamu tika di dunia Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia Tapi mohon redha-Nya Ilahi Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 5 Mei Yesterday at 9:00am · Like · 2
PERCAYALAH SAYA TETAP KAWAN MU TUAN BRAD STEVENS
TERIMA KASIH TUAN BRAD STEVENS
Tuan Yang Di Hormati Dan Disanjungi... Senyumanmu ceria seceria pelangi cinta Senyumanmu penuh kasih sayang
Sampai saat ini saya ketawa Tuan Brad Sevens Lucu...sememangnya lucu Tuanlah orang yang pertama di kalangan Mat Saleh... Yang suka dan meminati karya saya... Yang lucunya ... saya menulis dalam Bahasa Melayu Tapi Tuan faham... Pelbagai tema yang saya tulis Tuan tak jemu , 'like' dan memberi kata-kata Perangsang untuk saya terus menulis dan menulis
Yang menjadi pelik bin ajaibnya saya Tuan seakan faham apa yang saya tulis Tulis mengenai roh Tulis mengenai Ketuhanan Tulis mengenai Keagungan dan Kebesaran Allah Azzawajallah ALLAHU AKHBAR Menangis saya Tuan Brad Stevens Betapa hati Tuan Selembut salju Selembut sutera Bagaikan hati Tuan ... Ditembusi cahaya Nur Illahi ALLAHU AKHBAR Jikalah hatinya Benar-benar ikhlas mahu mengenali-Mu Bukakanlah hatinya untuk Jatuh cinta pada-Mu Ya Allah Mahu mengenali-Mu Dan akhirnya mencintai-Mu Mengamalkan Islam dalam kehidupannya Tiada siapa yang dapat menghalang-Mu Jika Kau mahu memberikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu Pada sesiapa saja yang Kau pilih...
Ya Allah... Tumpahan tinta yang kutulis Adalah dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa izin-Mu Aku tak dapat menulis biarpun sebaris ayat
Dengan Belas Ehsan Dan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...Tanpa Had Kau Sinarkanlah Nur Hidayah Kasih-Mu Padaku dan kepada semua yang membaca karya-karyaku Dan tempatkanlah kami di kalangan roh-roh para hamba-Mu Yang solehin yang diterima amal ibadatnya Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA 7 Mei 2012 (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN GROUPKU YANG DISANJUNGI LAGI DIHORMATI TUAN BRAD STEVENS, MOGA ALLAH MELIMPAHKAN NUR HIDAYAH KASIH-NYA PADAMU TUAN BRAD STEVENS AAMIN)
about an hour ago · Like · 1
Brad Stevens May GOD BLESS YOU!~~~ DEAR Rabeah Mohd Ali~~~ YOU ARE Radiant & Brilliant~~~ OUR Precious SISTER~~~ Touched By GOD~ YOU ARE!~~~ TRUE L1GHTWorker~ YOU ARE!!~~~ Golden~White Winged ANGEL~ YOU ARE!!!~~~ **********7777~8********** about an hour ago · Unlike · 1
SENYUMANMU SECERIA PELANGI CINTA
Terima kasih Tuan Brad Stevens Kata-katamu memberi semangat Padaku untuk terus menulis dan menulis Kutahu kau amat memahami Bahasa Melayu Kalau tidak mana mungkin kau memahami Apa sahaja yang kutulis Dan memahami apa mesej yang ingin kusampaikan Aku amat terharu sekali Kau begitu prihatin Sekali dengan apa yang kutulis Adakah kau peminat sastra melayu? Kalau begitu akulah orang pertama Yang memberi tabik hormat padamu 10 kali Terima kasih banyak-banyak Budi dan jasamu Sentiasa kukenang Buat selamanya Moga kau tak jemu Memberi sokongan padaku Untuk terus-terusan menulis Senyumanmu sumber inspirasiku Senyumanmu seceria pelangi cinta Terima kasih kuucapkan sampai kapan pun! Pada mu Brad Stevens Sebagaimana kau suka karyaku Makanya akupun suka kamu.... Sebagaimana kau setia pada karyaku Ku juga sudi menjadi kawanmu yang setia....
PUTRI RIMBA. 7 Mei 2012
MAAFKAN KU TUAN BRAD STEVENS
Kau memanglah seorang yang amat baik Sentiasa menyokong dunia sasteraku Biarpun kau bukanlah orang sastera orang melayu orang islam sedangkan mereka yang orang sastera orang melayu orang islam tak like pun karyaku apa tah lagi memberi pendapat bernas
aku terharu... benar terharu.... rasanya aku suka sangat berkawan denganmu tapi bila kufikir sedalamnya lagi kau baca karyaku lagi kau berikan aku sanjungan dan pujian padaku aku kuatir aku tenggelam dengan pujianmu dan aku akan merasakan akulah yang hebat dan ini akan membuatkan Tuhanku murka lantas ditarik semula anugerah-Nya dan aku tak mahu juga rakan-rakan yang lain jadi meluat denganku atas pujian yang kau berikan padaku makanya aku mengambil keputusan untuk berpisah denganmu... maafkan aku Tuan Brad Stevens harap kau mengerti akan aku karna tidak dapat meneruskan persahabatan kita tapi percayalah aku masih suka dan sayang padamu atas kebaikan hatimu memberi sokongan padaku dalam dunia karyaku terima kasih Tuan Brand Stevens maafkan aku harap kau mengerti duhai kawan baikku Tuan Brad Stevens Moga kau selalu ceria dan bahagia bersama teman-temanmu... Seceria pelangi cinta.... Percayalah aku tetap kawan baikmu sampai kapanpun!
Karya : Putri Rimba Niagara 15 Mei 2012 Like · · Unfollow Post · about an hour ago 2 people like this.
Puisi Dari Rimba the best.. 14 minutes ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih Puisi Dari Rimba ...kerana sudi memberi semangat padaku...doakan moga Tuan Brad Stevens masuk Islam ye. Aamiin
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI CINTA ILAHI) 18 Jun 2012
0 comments:
Post a Comment