SAYANGKU SAYANGMU (15) - TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN
PEJUANG BANGSA MELAYU KHAI NOOR
Duhai pejuang bangsaku Bangsa melayu Khai Noor Kau pejuang bangsa melayu Melayu...melayu...melayu.. Itu yang kau perjuangkan
Raja melayu Bangsa melayu Bahasa melayu Hak melayu
Kau tak suka Bangsa melayu Dihina dan Direndahkan martabatnya
Bangsa melayu mesti kuat berani kerana benar berjiwa pahlawan bijaksana beramal beriman berbudi bahasa tinggi
Itu mahumu Itu cita-citamu Itu yang kau perjuangkan Pagi petang Siang dan malam
Dan kau cukup tak suka Pabila bangsamu cepat Putus asa Berdengki hati Memusuhi sesama sendiri Pentingkan diri sendiri
Kau mendiamkan diri Bukan bererti kau kalah Tapi diammu Penuh strategi Penuh azam Membara-bara Dan akan Kau buktikan Bangsa Melayumu Akan megah Berada di puncak jaya Dalam Redha Ilahi
Itulah cita-citamu Pada bangsa melayumu Dan akan kau buktikan nanti!
Sifat kau yang beginilah Memang patut anak cucu melayu Menghargaimu dunia akhirat Dan mendoakanmu Semasa kau hidup Mahupun kau telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 11 Jun 2012 (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KHAI NOOR PEJUANG BANGSA MELAYU RAKAN SEPERJUANGAN PUTRI RIMBA NIAGARA MOGA PERJUANGANMU BERJAYA AAMIIN )
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!
Aku anak melayu... Engkau anak melayu Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri Makanya marilah kita ke tengah gelanggang Beradu kepahlawanan melayu Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...
Engkau janganlah bersandiwara... Engkau kata engkau anak melayu Apa bukti engkau sokong melayu? Ada anak bangsa engkau Yang engkau bela? Bilang sama aku? Mana buktinya? Aku pantang orang pandai berkata-kata Tapi tak mahu buktikan!!!!
Apa kuasa aku mahu aku buktikan? Engkau yang patut buktikan... Engkau yang ada kuasa Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu Engkau leka dengan pujian pangkat engkau Dengan kuasa yang engkau ada Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke? Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!
Ciss bedebah engkau...!!! Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku... Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!
Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau! Harta rakyat...hak rakyat....!!!! Apa engkau tak rasa bersalah? Kerna engkau tak rasa bersalah .... Marilah kita bertarung tenaga.... Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...
Ciss anak melayu pantang dicabar!!
Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!! Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!
PULAU RUPAT INDAH PERMAI, SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG; KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI, PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.
KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH, KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH; ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH, MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 30 Mac 2012
AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA
"Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!" "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!" "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja." "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?" "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..." "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?" "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!" "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?" "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ." "Kenapa engkau kata macam tu?" "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...." "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?" "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah? "Rakyatlah!" "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..." "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?" "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka." "Hehehehehe" "Sukalah tu!" "Pastilah suka...." "Kenapa suka?" "Perjuangan kau sudah tercapai" "Maksud engkau?" "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja." "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"
Karya Putri Rimba Niagara 23 Mac 2012
KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU!
Keris lambang kepahlawanan melayu, Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu; Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu, Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.
Tak akan hilang melayu di dunia, Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah; Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia, Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.
Ilmu persilatan diminati sejak dahulu, Diperturunkan hingga ke generasi baru; Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu, Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.
Pahlawan melayu sudah terbilang, Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara; Ilmu persilatan tak akan hilang, Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.
Salam silaturrahim salam kepahlawanan, Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati; Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan, Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.
AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU
Aku bersyukur karena aku MELAYU Aku redho karena aku MELAYU Aku gembira karena aku MELAYU Aku bangga karena aku MELAYU Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)
Takkan hilang melayu di dunia, Ini sumpah pahlawan Hang Tuah; Melayu bersatu bermuafakat bersama, Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.
Berjuang tetaplah berjuang jua, Pantang undur sebelum berjuang; Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia, Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA) 3 April 2012
SKRIP HANG JEBAT DAN HANG TUAH ERA MODEN
HANG JEBAT :
Apa salahnya kita bermaaf-maafan... kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.
HANG TUAH :
Ya...betul katamu Jebat... kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita. Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka! Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi! Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ... Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.
HANG JEBAT:
Betul ke Tuah.
HANG TUAH :
Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri. Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.
HANG JEBAT:
Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
HANG TUAH :
Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini. Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
HANG TUAH/HANG JEBAT:
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
RAJA:
SAYANG RAKYAT!
Karya: Putri Rimba Niagara 30 Jun 2011
(PETIKAN DARIPADA WALLPUTRI RIMBA NIAGARA) 3 April 2012
0 comments:
Post a Comment