Sunday 1 January 2012

MENTELUSI WARNA-WARNI PELANGI SENJA


MENTELUSI WARNA-WARNI PELANGI SENJA

Di kala senja cintaku hilang
Namun kucuba mencari-cari di manakah cintaku itu
aku hampa kerana cintaku hilang mentelusi warna senja yang kian padam ditelan malam

Namun kutunggu lagi senja datang esoknya
Tapi malangnya senja yang ditunggu itu datang tapi tanpa warna indahnya kerana senja mendung dituruni hujan
aku gagal lagi mencari cintaku yang menyorok entah di mana

Esoknya kutunggu lagi tanpa berputus asa menunggu dan mencari cintaku itu...tapi kali ini aku menangis dalam sujudku pabila panaroma senja indah seiring alunan azan mendayu-dayu mentelusi  warna- warni pelangi senja ...cinta yang kutunggu datang membuka pintu Hidayah Nur KasihNya untuk aku terus menerima cintanya keranaNya!

Karya Rha NS
30 Disember 2011
· · · Friday at 9:26pm near Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

 
;