Ratu Rimba Niagara shared Hasmy Shaari's photo.
- You like this.
- Ratu Rimba Niagara BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA
Bunga-bunga cinta Syurga...
Sentiasa mewangi
Menyegarkan iman
Mendekatkan ketakwaan
Antara hamba dengan Pencipta-Nya
Bunga-bunga cinta Syurga
Dilerai-leraikan kelopak bunganya
Lalu diagih-agihkan kepada
Mereka yang tersayang kerana-Nya
Dibahagi-bahagikan wangian Cinta-Nya
Agar terus meresap ke kalbu hati
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Mencintai-Nya
Rasa tak jemu-jemu
Memuji-Nya Memuja-Nya
Rasa dunia ini tersenyum indah
Semakin Memuji-Nya semakin rindu
Semakin Memuja-Nya semakin cinta
Rasa masa cepatnya berlalu
Aku sesungguhnya cinta
Aku terpana dzat cinta-Nya
Allahu Akbar...
Tiada apa lagi yang hendak kusandarkan cinta
KECUALI-MU
Janganlah Kau pergi dariku...
Aku bersujud pada-Mu tanda aku cinta
Aku berzikir pada-Mu tanda aku rindu
Aku karangkan puisi rindu
Aku karangkan puisi cinta
Tanda rindu dan cintaku hanyalah untuk-MU
Dalam aku rindu aku cinta pada-Mu
KAU hadirkan bidadara Syurga padaku
Allahu Akbar
Begitu KAU amat memahamiku
Mengurniakan aku hamba-MU
Agar aku lebih dekat dengan-Mu
Agar aku dan dia mencintai-Mu
Mengatasi segala-Nya
Hanya Engkau yang kami cinta
Kerana kami cinta
Kami redha cinta kami disatukan dalam redha-MU
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012 Ratu Rimba Nigarashared Emma Lieza's photo.
Ratu Rimba Niagara shared
PUISI ALAM MAKRIFAH's photo.
Ratu Rimba Niagara shared PUISI ALAM MAKRIFAH's photo.
No comments:
Post a Comment