Saturday 29 December 2012 0 comments

TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,' YA RIJARUL GHAIB SIR AL ISRAR ILMULLAH'



Ampun Tuanku RAJA AGONG RAJA KAYANGAN, DARI MASA YANG DIBERIKAN KEPADA ANAKANADA..HANYA MENUNGGU TITAH TUANKU BERMULANYA KERAJAAN INDERA KAYANGAN DARI LANGIT SEDANG TURUN KE BUMI.. HANYA MENUNGGU MASA BERSILIH GANTI.. DEMI MASA .. DAULAT TUANKU PASTI BERMULA.. SESIAPA YANG MELAWAN KERAJAAN ALLAH.. MAKA BINASA SEMUA PENGKHIANAT RAJA-RAJA YANG MENENTANG ATURAN RAJA DARI KAYANGAN.. AMPUN TUANKU..

By: Ina Zwan
Ampun Tuanku RAJA AGONG RAJA KAYANGAN, DARI MASA YANG DIBERIKAN KEPADA ANAKANADA..HANYA MENUNGGU TITAH TUANKU BERMULANYA KERAJAAN INDERA KAYANGAN DARI LANGIT SEDANG TURUN KE BUMI..  HANYA MENUNGGU MASA BERSILIH GANTI.. DEMI MASA .. DAULAT TUANKU PASTI BERMULA.. SESIAPA YANG MELAWAN KERAJAAN ALLAH.. MAKA BINASA SEMUA PENGKHIANAT RAJA-RAJA YANG MENENTANG ATURAN RAJA DARI KAYANGAN.. AMPUN TUANKU..
Like · · · Friday at 3:55pm

  • MaharajaPancung Pancar Temasik Another 1000years?..we still have time then?...
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Suppose,just suppose the word is given by this King now...let's see what happens then..me?all ready to do battle to protect the chosen kingdom
  • Kawa Mazz Cara seru macam pernah berdepan dengan Ya Rijalul Ghaib..pernah ke?
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Transit pass only..intercom calls..not the real thing
  • Kawa Mazz lets see...ermm, nope..mine is a 1st class ticket..
  • Ina Zwan RAHSIA DIRI ADA DALAM RAHSIA DIRI.. BELUM MANDI LETAKKAN DIRI.. USAH BERTEKA TEKI.. PADA DIRI SENDIRI..
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Bila sampai masa tersepak batu maka terasa sakitnya
    Cari ubatnya
  • Kawa Mazz Mandi? dh mandi dh. Raja Kayangan itu Rijalul Ghaib yakni raja segala Dewa, atas pd itu RAJA segala Raja, Yg Maha Esa..Nk jumpa Yg Maha Esa kne lepas Rijalul Ghaib dlu..Soalan sy, dh jumpe Rijalul Ghaib ke belum..?
  • Pangeran Adipati Agong soalan cepu emas dr saudara kawa mazz..
    Perlukah berdalik.?
    berselindung..?
    Muslihat..?
    agenda peribadi..?

    Nilai kebenaran..?
    Nilai keyakinan..?
    Kata2 kawa mazz tu terliti baik2..jngn menyombong diri
    wslm
  • Ina Zwan DAULAT TUANKU
  • Pangeran Adipati Agong walhamdulillah walailahailallah
    allahhuakhbar
  • Kawa Mazz sy hanya inginkan kepastian, klu tuan dh brjumpa, Alhamdulillah....habuan la.
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Dalam cari tiada muslihat hati
    Tiada selindung diri
    Tiada agenda peribadi
    Tiada sombong diri
    Hanya kosong diri

    Hanya ALLAH yg dihati
    ALLAH MAHA SUCI
    Sesungguhnya insan zalimi diri sendiri
    Sepuloh jari ku susun dihati
    Agar kemaafan dari sesiapa sedia diberi
  • Ratu Rimba Niagara Setiap nawaitu yang baik semua dalam pengetahuan Allah swt.
  • Ramli Johor saya merasakan..biasa kita semua yang berada didunia...dewa atau prabu sakti atau apa apa gelaran....semua tiada di dalam alquran..cuma dinyatakan malaikat, jin dan manusia...
  • Ratu Rimba Niagara dari gambar yang tertera cuma dirasakan dalam dunia Putri Taj Mahal.
    Istana Shah Jehan. Istana Kayangan cuma bayangan . Tapi yang ada dalam al-Quran Kisah Nabi Allah Sulaiman dengan Putri Balqis.
  • Ratu Rimba Niagara Nabi Allah Sulaiman menitahkan jin untuk membawa Istana Putri Balqis kepadanya tak sampai sekelip mata sudah sampai. Putri Balqis berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Itu kisah benar yang ada tercatat dalam Al-Quran. Selain dari itu tak ada...cuma hayalan manusia belaka.
  • Ramli Johor sememangnya manusia membayangkan indah dan molek...
  • Ratu Rimba Niagara membayangkan yang indah untuk meningkatkan keyakinan kepada Meng-Esa-kan Allah swt tak apa kerana Syurga teramatlah indah tak dapat dibayangkan atau dihayalkan dengan apa pun ..keindahan Syurga tidak terjangkau pemikiran manusia membayangkannya. Kita sebagai manusia biasa hanyalah percaya wujud-Nya Syurga balasan bagi hamba-Nya yang bertakwa. Moga kita tergolong kepada hamba-Nya yang bertakwa. Insya-Allah Aamiin.
  • Ramli Johor setuju...
  • Pangeran Adipati Agong yaBathinul Haq yaQadimul Usro
    yaRijarul Ghaib
    sir al israr ilmullah
  • Ramli Johor saya mohon bantuan dan penjelasan apa itu yaBathinul Haq yaQadimul Usro yaRijarul Ghaib sir al israr ilmullah......?
  • Pangeran Adipati Agong hanya yg faham lg memahami...


  • NABI SULAIMAN & RATU SABA BILQIS

    Sulaiman (bahasa Arab:سليمان; bahasa Ibrani: שְׁלֹמֹה; bahasa Ibrani Standar: Šəlomo; bahasa Ibrani Tiberia: Šəlōmōh, bermakna "damai") (sekitar 975-935 SM). merupakan seorang raja Israel, dan anak Raja Daud. Namanya disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Sejak kecil ia telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman pikirannya. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM.[rujukan?] Ia wafat di Rahbaam, Baitul Maqdis-Palestina. Sulaiman diagungkan sebagai salah satu dari empat raja yang berhasil menaklukkan sebagian besar bumi, diantaranya adalah Dzul Qarnain, Bukhtanasar dan Namrudz.

    NASAB NABI SULAIMAN
    1. Nabi Adam
    2. Nabi Syits bin Nabi Adam,
    3. Anwas bin Nabi Syits
    4. Qinan bin Anwas
    5. Mahlail bin Qinan
    6. Yarid bin Mahlail
    7. Nabi Idris (Khunukh) bin Yarid
    8. Matushalikh bin Nabi Idris
    9. Lamik bin Matushalikh
    10. Nabi Nuh bin Lamik
    11. Sam bin Nabi Nuh
    12. Arfakhsyad bin Sam
    13. Syâlih bin Arfakhsyad
    14. Nabi Hud (‘Âbir) bin Syâlih
    15. Fâligh bin ‘Âbir
    16. Râgu bin Fâligh
    17. Sârugh bin Râgu
    18. Nâhûr bin Sârugh
    19. Târikh bin Nâhûr
    20. Nabi Ibrahim bin Târikh
    21. Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim
    22. Nabi Ya’qub bin Nabi Ishaq
    23. Yahudza bin Nabi Ya’qub
    24. Farish bin Yahudza
    25. Hashrûn bin Fârish
    26. Aram bin Hashrûn
    27. ‘Uwainâdib bin Aram
    28. Nahsyûn bin ‘Uwainâdib
    29. Salmûn bin Nahsyûn
    30. Âmir bin Salmûn
    31. ‘Uwaid bin Âmir
    32. Îsyâ bin‘Uwaid
    33. Nabi Daud bin Îsyâ
    34. Nabi Sulaiman bin Nabi Daud

    NABI SULAIMAN ADALAH RAJA SEGALA MAKHLUK
    Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan Israil. Ia berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga atas binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang

    Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan, berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

    INTERAKSI NABI SULAIMAN DENGAN JIN, BINATANG DAN LAINNYA

    Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja. Ia juga memiliki berbagai keistimewaan, termasuk mampu berbicara dan memahami bahasa hewan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

    Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”

    Ia juga dapat menundukkan jin dan angin, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga cair yang selalu keluar dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan, bangunan istana, benteng, piring-piring besar dan tungku-tungku.

    Firman Allah bermaksud: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”

    KEBIJAKSANAAN & KEADILAN NABI SULAIMAN
    Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui berbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau coba mengetengahkan ide kepada bapaknya, Nabi Daud a.s bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, yaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing.

    Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik kambing supaya menyerahkan ternaknya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternaknya memasuki dan merusakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar keputusan bapaknya menyelanya: “Wahai bapakku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah kambingnya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. “Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada pemilik kambing untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya.” Pendapat yang dikemukakan Sulaiman disetujui kedua pihak. Malah khalayak ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.

    SULAIMAN NAIK TAHTA
    Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin tersebar dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak merelakan beliau melangkah lebih jauh dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik sebagai putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan tidak berpengalaman. Absyalum mau mendapatkan tahta itu dari bapak dan adiknya. Justru, dia mulai menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.

    Sampai satu ketika, Absyalum mengistiharkan dirinya sebagai raja, sekaligus merampas kekuasaan bapaknya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitul Maqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mau mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtul Maqdis daripada dimusnahkan anaknya yang durhaka itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, yaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulai peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tentaranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mau bertarung dengan tentara bapaknya.

    Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitul Maqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah

    RATU BILQIS TUNDUK KEPADA NABI SULAIMAN
    Setelah membangunkan Baitul Muqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis pelatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."

    Firman Allah, bermaksud: "Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

    "Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah..."

    Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: "Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?

    "Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

    "Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."

    Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis untuk datang itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu. Beliau segera memerintahkan seluruh tentaranya yang terdiri dari manusia, hewan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman kemudian menitahkan untuk memindahkan singasana Ratu Balqis ke istana beliau.

    Surah An-Naml

    38. Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri."

    39. Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya."

    40. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

    41. Dia berkata: "Robahlah baginya singgasananya; maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenal(nya)."

    Manakala Ratu Balqis tiba, ia ditanya oleh Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu?" Dengan terperanjat, Ratu Balqis menjawab: "Seakan-akan singgasana ini singgasanaku" Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, karena menyangka lantai istana Sulaiman terbuat dari air, sehingga ia menyingkap kainnya.

    Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.

    Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."

    Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyadari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

    WAFATNYA NABI SULAIMAN
    Kisah Sulaiman dan tentaranya yang terdiri daripada manusia, hewan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kursi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memperhatikan jin yang bekerja.

    Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."
    — with Leyly Ajah and 24 others in Palestine.
    24Like · ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA ISLAM MELAYU NUSANTARA & WALL  SULAIMAN DAWUD)
    30 Disember 2012
 
;