Saturday, 30 July 2011 0 comments

KUTERUSKAN JUA PERJUANGAN INI

Rabeah Mohd Ali:

Biarpun ombak datang membadai,
Kuteruskan juga perjuangan ini;
Biarpun hati hancur berkecai,
Asalkan hidup matiku Allah redhai.
13 hours ago ·

Athaya Nabila, Bunga Seroja, Mai Az and 7 others like this.


Adie Adnan hidup perlu d teruskan...selagi nadi berdenyut
moga sukses .... amin

13 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Amin. Terima kasih sahabatku semua yang tak jemu-jemu menyokongku...
moga bulan Ramadhan yang berkat ini nanti memberi sinar hidayah kasihNya
yang tidak putus-putus kepada kita semua dan keluarga kita yang tersayang,
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

11 hours ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Assalamualaikum sahabatku Adie Adnan yang dihormati,

Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku;
Kudoakan kau sentiasa Di Rahmati,
Nak tanya ni sudah layari ke blogku itu.

10 hours ago · Like

Adie Adnan:

Waalaikummussalam..terima kasih kerana sudi juga bersahabat
dengan saya..untuk makluman belum lagi menerokainya lagi laman blong tu

10 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Tak sudi nak layari atau sibuk ye...kalau tak sudi nak baca saya
ni sini takkan berkecil hati ye....hehehe

10 hours ago · Like


Adie Adnan:

maaf banyak-banayak ya memang sibuk sejak kebelakangan ne Insyallah
kalau dah sya free sya akan layarinya juga tu..

10 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih ye atas kesudian saudara itu...nanti kalau dah layari
beritahulah pendapatmu tentang blogku itu ye...kirim salam kejayaanku
untuk rakan niagamu Datuk Jem ye...kisah perniagaannya juga kuabadikan
di blog tersebut sebagai tanda persahabatan ku dengannya.

10 hours ago · Like

Adie Adnan: InsyaAllah...akan di kabar jua sekiranya saya berjumpa
dengan beliau nanti.

10 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih untuk segalanya.

10 hours ago · Like


Adie Adnan sama-sama...sahabat..

10 hours ago · Like
       
Rabeah Mohd Ali

Terima kasih saudara Naga Pamungkas...kau seorang
Pejuang Sastra KuKagumi...Tak kira berpenat...
Berlelah...Tak kira masa dan waktu perjuanganmu
di medan Sastra Melayu tak pernah jemu.
Menyokong ... Menghargai bakat setiap penulis....
tak kira siapapun mereka dan tak pernah kau kenalipun mereka...
tapi kau tetap untuk mengenali mereka...
dan bawa karya-karya mereka bersama impian mereka kepuncak jaya
tanpa memikirkan keuntungan untukmu. Aduhai...
mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku.

Moga Perjuanganmu yang suci ikhlas ini dibalas Allah
dengan sepenuh bumi kebaikan yang akan dikira di akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

10 hours ago · Like · 3 people

Adie Adnan amin...

10 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011
0 comments

STEPHEN K NANGGANG

STEPHEN K NANGGANG:

Leleng -- salah satu lagu dayak kenyah yg terkenal
di Kalimantan Timur.

Leleng artinya berputar... utan along = nama......
Dalam upaya meluaskan pengetahuan t...


Yesterday at 9:36am · Unlike · · Share


you, Naga Pamungkas, Stephen K Nanggang and 3 others like this.


Rabeah Mohd Ali:

Apa kabar Stephen ...moga ceria selalu...terima kasih kerana sudi
berkawan denganku...nak tanyanya adakah kamu adik beradik kepada ,
"Pahlawan Sastera Melayuku" ye...kalau ya nampaknya kurasa kamu ni
juga berdarah pahlawan ye...aku amat kaguminya bah...hehehe

Yesterday at 10:50am · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Poul Nanggang tak mahu bersuara denganku lah Stephen...aku ada buat
salah padanya ke...kalau ada kuminta maaf ye...aku malulah bah...
tepuk sebelah tangan...hehehe

Yesterday at 10:56am · Like · 1 person


Stephen K Nanggang:

Jawapan nya adalah betul! Cuma my younger brother ini berjiwa sastera &
seni,puisi dan lain-lain.

Yesterday at 10:56am · Like


Stephen K Nanggang:

Saya cuma 'social activist' so to say..

Yesterday at 10:59am · Like


Rabeah Mohd Ali:

Nak buat macam mana ...kalau dia begitu...apapun dia telah mencetuskan
ilhamku untuk berkarya ye...terima kasih banyak atasnya...aku amat
kagumi semangatnya di bidang sastera yang berhati waja itu ye...

Yesterday at 11:02am · Like · 1 person


Stephen K Nanggang Teruskan brkarya dan semoga maju jaya.

Yesterday at 11:13am · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih sahabatku atas sokonganmu itu amat kuterharu sangat bah...

Yesterday at 11:18am · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
29 Julai 2011)
0 comments

PERKENALAN DENGAN JESSICA KEKASIH PAHLAWAN SASTERA MELAYU

POUL NANGGANG:

Selalunya kita "salah" memasang cita-cita atau "angan-angan"
sama seperti Mat Jenin. Apapun kita berusaha bah kata kawan baik saya,
lebih baik berusaha menyatakan dan mengusahakan hal itu daripada
sekadar menaruh hati dengan harapan menggunung tanpa usaha.
Kecewapun, kecewa bermakna, bukan sekadar ilusi atau mimpi sahaja.
Realitinya kita berusaha, apakan daya...... "orang tak suka".

Thursday at 11:46am · Like ·

aiee Driss, Asmira Suhadis and 13 others like this.
50 of 58

Ahmad Sarju:

memang ramai yang memasang cita-cita atau impian atau setengahnya
memasang angan-angan kalau tidak disertakan dengan usaha untuk
mencapainya ia tidak akan ke mana-mana.bermula dari tapak/langkah
pertama teruskanlah dengan semangat waja dan bersedia/berani
menhadapi/mengharungi segala cabaran/halangan..insyaAll?ah cita-cita
beroleh kejayaan.yang pentingnya jangan mudah putus asa.

Thursday at 12:32pm · Unlike · 2 people

Saiee Driss:

Ada orang namakannya angan-angan dan cita-cita, ada yang gunakan istilah
perancangan, strategi dan ada terbaru NKRA dan banyak lagi. Tapi hakikatnya
apa? Resipinya?

Thursday at 12:35pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Di kejauhan ini biarpun tak dapat bersama kamu berjuang,
Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang,
Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang,
Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.

Thursday at 12:36pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Bilamana kemenangan berada di pihakmu,
Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu,
Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu,
Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.

Thursday at 12:38pm · Like · 1 person


AZaidi Damha hebat pendekar Poul Nanggang ....

Thursday at 12:46pm · Unlike · 2 people

Poul Nanggang :

?AZaidi Damha, hai sahabat , i bukanlah pendekar hanya sekadar
"mencukupi bilangan di gelanggang untuk dimatikan lebih awal"
... ha ha....

Thursday at 1:36pm · Like

Saiee Driss:

orang macam kami yang di hujung usia amat berharap orang sasa
dan gagah dengan darah kencang muda jadi benteng pertahanan
kalau ada yang mengamuk, bukan untuk dimatikan lebih awal,
begitulah dalam sejarah dan sastera. Orang lama hanya
dijadikan petapa tempat bertanya petua dan ramuan aje

Thursday at 1:41pm · Unlike · 2 people

Poul Nanggang:

Saiee Driss, bng Saiee tkasih memberikan kata-kata semangat
kpd org muda spt saya.

Thursday at 1:43pm · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Kenapa Poul kau mahu dimatikan dalam gelanggang terlebih awal...
di mana kekuatanmu ye...macam ni penat je aku beri sokongan
kau sambut dengan semangat yang bukan seorang gaya perwira. Hihihi

Thursday at 1:56pm · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau kau masih lagi dengan penderian kau itu..terpaksaku undur diri
daripada memberi sokongan padamu lagi...biarlah kata-kataku menjadi
dorongan pada perwira yang lain pula...maafkan aku...

Thursday at 1:58pm · Like


Poul Nanggang:

Ha ha... Rabeah Mohd Ali, tak apalah bagi sokongan itu kepada yg berhak,
ilmu persilatan saya belum tangguh masih budak hingusan di tepi kolam sahaja.....
masuk gelanggang sekadar badut memeriahkan suasana.....

Thursday at 2:00pm · Like


Rabeah Mohd Ali:


Kenapa begitu merendah diri sekali Poul...akau tahu siapa kau...
seorang pejuang sastera melayu yang aku kagumi...orang lain nak
kata badut ke atau apa ke...yang penting matlamaatmu jelas di medan
perjuangan... kau tak mahu hargaiku pantun yang kukarangkan khas
untuk mu itu....ini...sampai sakit kepala aku tau...hihihi
kau bukan badut ok...kau pahlawan sastera melayu...kalau kau tak percaya...
tanyalah teman-teman fb mu yang ramai itu...ie ke tidak...
kalau mereka menafikan barulah aku percaya yang kau ni badut memeriahkan
suasana je hihihi jangan marah...

Thursday at 2:05pm · Like · 1 person


Saiee Driss Adui:

Seting macam bangsawan, kostum watak utama juga ala bangsawan tapi kenapa
heronya sengaja melenggokkan cerita mengikut pola Senario the Movies dan
Kumpulan Sepah Maharajalawak?

Thursday at 2:07pm · Like · 1 person

Poul Nanggang Rabeah Mohd Ali:

Tak marah pun.... biasa sahaja, tak apalah... hanya suara di FB sahaja.
Tkasih kalau "masih mempercayai kebolehan yang saya ada" tanpa rasa bangga....
akan anugerah dewata ini. Salam sastera.

Thursday at 2:07pm · Like

Poul Nanggang ?Saiee Driss:

ikut trendd zaman bang Saiee, maka skrip lucu dan dilawakkan supaya
auidens ghairah.... ha ha.... taklah serisu sangat.....

Thursday at 2:09pm · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Betul kata Saiee Driss tu...sekarang ni dah ada dua orang pahlawan
bangsawan...Poul Nanggang dan Saiee Driss..nanti kita cari lagi
siapa nak jadi hero bangsawan ,"Pahlawan Sastera Melayu,"
tajuk bangsawan ...ini tengah dok cari yang mana paling sesuai
memegang watak hero....hehehe..

Thursday at 2:12pm · Like


Jessica Imelda Alexander Mok sabar jak lah....

Thursday at 2:30pm · Unlike · 1 person

Saiee Driss Heroinnya siapa?

Thursday at 2:48pm · Unlike · 1 person

Saiee Driss Kalau bukan RMA I tak nak berlakon.

Thursday at 2:48pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Jessica ada cadangan ke tentang hero bangsawan tu ye...
kalau ada kita alu-alukan...

Thursday at 2:53pm · Like

Jessica Imelda Alexander Mok:

Hero tu tengah kecewa je bunyi dia...Rabeah..tak berani nak komen heeeee.....

Thursday at 2:57pm · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Kita geram sangat dengan si Poul tu...kita punyalah payah lantik
dia sebagai hore....ale..alee.. nak pegang watak badut je...
mana tak bengang di buatnya...si Saiee Driss pun satu ade ke patut
nak kita jadi heroin....nanti semua orang tak datang...tak lakulah
filem bangsawan kita nanti....kita jadi tukang beri idea je bolehlah...
tak pe...nanti kita fikirkan heroin yang cantik jelita bagi pahlawan
kita semangat sikit ye...hihihi

Thursday at 2:59pm · Like

Jessica Imelda Alexander Mok:

betul-betul jess setuju sangat tu Rabeah...heeeee

Thursday at 3:23pm · Unlike · 1 person

Norsiah Yusok:

Suka sangat dgn sharing mu pada hari ini, Poul. Terima kasih banyak...

Thursday at 4:04pm · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Tak pe kita bagi hero kita tu pikirin apa patut dia mahu pegang watak
hero ke atau badut...kalau dia senyap je tu...dia nak jadi hero le tu
kan jessica...jessica nak jadi heroinnya ke tak? Sebab heronya dua kita
buka peluang pada norsiah....norsiah setuju tak digandingkan dengan hero
abang Saiee Driss kita tu? Nampak senyumannya pun dah ngancam ..kan...!
Kan! Hihihihi

Thursday at 4:14pm · Like

Jessica Imelda Alexander Mok hahahahha..nak jadi heroinnya besar
tanggungjawab tu kena pikul...tak nak lah Rabeah..bagi peluang dgn orang
lain je lah...saya ni tak layak nak pegang watak heroin tu....heeee......
hero kita tu diam je dari tadi...makan hati berulam sambal lelapan kot
hheeeee...hero jgn marah gurauan semata mata....

Thursday at 4:18pm · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Tak ape kita tunggu jawapan darinya....kalau dia tak nak jawab kita tunggu
jugak...sampai setahun pun tak apa....alamak kalau macam ni...tak
dapatlah nak siapkan skrip pahlawan sastera melayu...rugilah lah...
kalau umur kita pendek...tak apalah ada orang lain nak ambil jawatan penulis
skirp ni...selamat istirehat pahlawanku...salam perkenalan jessicaku....

Thursday at 4:22pm · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

Ku sambut salam perkenalan dari mu wahai sahabat ku Rabeah....terima kasih....

Thursday at 4:26pm · Unlike · 1 pers

Rabeah Mohd Ali:

Kalau gitu napa tak mahu add je aku ye...aku nak kau layari blogku kalau
dah sah jadi kawanku ye jessica...hihihi itupun kalau kau sudi jessicaku...
tak tak memaksamu mencintaiku...hihihi (skrip hero pahlawan sastera melayu
tu...hihihi)

Thursday at 4:28pm · Unlike · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok dah lah baru je add tadi heee..sudi sangat  heheh

Thursday at 4:31pm · Unlike · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok:

Rabeah..cinta tu tak bole nak paksa paksa...ya lahir dari hati yg tulus
dan suci.....heeee..

Thursday at 4:32pm · Like · 1 person

Norsiah Yusok:

saja-saja nak menyampuk coz takde kerja nak dibuat. Tunggu Harimau Malaya
turun berentap dgn Singa, lama lagi. Aku buat muka seposen je masuk campur
share Poul nih, wlaupun kdg2 tak tersenarai dlm fav beliau hahahaha....
sorry bro....ampun bro...

Thursday at 4:38pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih jess...aku suka banget bah...cintamu kubalas dengan setulusnya
juga...kerana cintamu yang tulus mulus itu ku sanggup pertaruhkan nyawaku
demi cinta kita...ku akan jagamu dari segenap penjuru dari musuh untuk
merampas cinta kita....hihihi jadi tak skripnya jessica ku sayang...hihihi

Thursday at 4:39pm · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Aku suka aje norsiah...kalau kau sudi untuk bertarung di gelanggang
yang tanpa diundang ini apa salahnya...kankan...nanti kalau harimau
Malaya turun ke gelanggang kita lari aje lah...kan...kan! hihihi

Thursday at 4:41pm · Like · 2 people

Jessica Imelda Alexander Mok:

Lemah longlai jess baca skrip mu itu teman ku Rabeah Mohd Ali...heee....

Thursday at 4:46pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Jangan lemah longlai dalam dakapan hero sudahlah ye...nanti kena sakit
mimipikan sama heronya si Poul .. hehehe

Thursday at 4:49pm · Like · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok:

hahahahah....dalam dakapan Rabeah Mohd Ali...tu bolehkan....heee.
kalau dalam dakapan hero hero kita tu bahaya tu..huhuhu...

Thursday at 4:53pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Nanti kalau longlai dalam dakapan ku, ku takut kau tak boleh tidur
kerana aku akan lagukan syair cinta pahlawan Sastera Melayu dari pagi
hinggi ke subuh pening kau nanti jes ...hihihihehehehahaha gelak
hero Pahlawan Sastera Melayu tu....

Thursday at 5:35pm · Like · 1 person


Pauline J Manggie setuju bangat.


Thursday at 7:10pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Pauline ....adakah kau setuju si Poul menjdi hero Pahlawan Sastera Melayu
dan si Jessica sebagai heroinnya ye...kalau kau setuju si Poul dah tak boleh
jadi pegang watak badut..apa pendapatmu Pauline ye....

Thursday at 8:34pm · Like

Pauline J Manggie:

Setuju sebab si Poul kalau bab sastera ni sememangnya hebat sekali.

Thursday at 8:40pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ha...tu lah tapi...dia tak nak mengaku kebolehannya tu kan....!
Sedang ramai rakan mengiktirafkannya..boleh tak Pauline pujuk
dia pegang watak pahlawan sastera...ni sampai kering tekak kita
beri sokongan ....dia dari tadi tak beri jawapan...dah nak merajuk
kita ni...mana tahu dia nak pauline pujuk....hihihi

Thursday at 8:49pm · Like · 1 person

Pauline J Manggie:

Dia like aja tu bermakna sukalah tu, hanya dia malu untuk berterus terang.

Thursday at 10:24pm · Like

Sabin Talip Paul:

Bak kata orang putih Love and hopeful always despesses, detoreted adore to
universal, Scandle and befriend always hoax kan begitu kan kan

Thursday at 10:33pm · Like · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok:

Nape jess pula yang menjadi heroin nya ni..nape tak Rabeah saje...
bole bah kalo ko......heeee....

Thursday at 11:08pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Bukan aku tak mahu...sebab aku bisa jadi tukang beri idea je...
hehehe lagi pun kau muda dan cantik jess bagai pinang di belah dua
dengan Poul tu hehehe

Thursday at 11:43pm · Unlike · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok:

Rabeah Mohd Ali..muda dan cantik bukan ukurannya..apa yg penting
hati yang ikhlas dan jujur....jess tak layak utk semua itu..
kerja yang paling layak utk jess jadi tukang make up make down je..heeee

Friday at 4:04am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Hehehe kerana dikau jadi tukang make up aku bolehlah jadi heroin sebab...
wajahku yang sudah berkedut seribu ni bolehlah jadi muda kembali...
tapi aku tak mahu tipu hero ...kerana dia ingat aku cantik sebab itu
dia jatuh cinta dengan aku...hakikatnya aku ni hodoh tapi penangan make up
si jessica aku jadi cantik....tak mahulah jess...sekarang ni hero nak
yang cantik-cantik je ... apa kata kita minta jasa baik si Pauline
jadi heroin nak....aku tengok dia tu...cantik gile sesuai jadi heroin hehehe

Friday at 7:38am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali :

Jess kau tak pelik ke...hero kita tu...senyap je...langsung tak mahu
berberbicara , sedangkan ini wall dia...kita ni wujud macam dunia maya
kita punya kan...kan !kau agak dia merajuk ke atau sedang gelak besar...
janganlah dia pakai gigi palsukan takut asyik tergelak je...
tanggal gigi palsunya....hihihi

Friday at 7:51am · Like · 2 people

Gloria Theresa Eve:

Sabarrrr saudara... apa2pun hidup d dunia ini hanya sementara...
we look forward to spend eternity in Heaven...Amennn+

Friday at 9:41am · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
   
0 comments

JESSICA IMELDA ALEXANDER KEKASIH PAHLAWAN SASTERA MELAYU

JESSICA IMELDA ALEXANDE:

Every Child is Special...
12 hours ago via 0.facebook.com · Like ·

4 people like this.

Zuraini Kamarudin agree 100% jz...

12 hours ago · Like

Hannie Nieysah Annissa included with me..hahaha

12 hours ago · Like · 1 person

Winnie SJ:

Sempat ko ber fb jez...yes, its true, every child is special,
God made them special & we need to accept them with love... :)

12 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

Sempat eh..fb mobile hehe

12 hours ago · Like


Winnie SJ Hehehe...:) fb fb juak...ceramah iya mok dengar juak...
       
11 hours ago · Like

Jessica Imelda Alexander Mok Nangga movie dah tok..3 jam tok apu...


11 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Sahabatku Jessica yang senyumannya manis bagaikan gula...
kamu apa kabar ye ....aku kini sedang merinduimu bagai nak gile...
(Skrip Pahlawan Sastera Melayu) hehehe...ok tak kita karang...
ni tengah dok cari ilham kat tepian pantai yang amat aman damai
tenteram sekali....hehehehe

11 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Jess...kekasihku bagiku kaulah teman penglipur laraku yang selalu
bikin hatiku hilang gundah gulanaku...adakah kehadiranku membuatkan
kau juga senang dan suka pada padaku Jess...tolong beritahu samaku
kekasihku....(Sambungan Skrip , 'Pahlawan Sastera Melayu) Hehehehe

11 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau kau masih membisu begini...biarlah aku membawa cintaku yang tak
berbalas ini ke padang sahara dan kunangis semahunya agar kau tahu
betapa cintaku terlalu mendalam padaku Jess kekasihku....
(Faham-fahaml?ah ilham di panorama pantai yang damai di sini sedang
mencurah-curah untuk siapkan skrip Pahlawan Sastera Melayu di kala
dia sedang bercinta dengan heroin ye....hehehehe


11 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok Jes:

senyap je kerna jes dengar ceramah di Pustaka Negeri sayangku...
8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

O...gitu kekasihku...Jess ku sayang sepenuh hati...
kau tak rindukan aku ke ( Hehehe....skrip belum habis selagi
tak habis skirp Pahlawan Sastera Melayu...faham-faham ajelah ...hehhe)

8 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

Rindu juga..tapi sekarang ni tengah break 4 Lunch..lapar sangat
sangat..hehehee

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kekasihmu ni lapar jugak bah...kita sama pergi makan ye sayangku...
oh! baru teringat kau dan aku berjauhan tika ini... ngak bisa kusuap
makanan ke mulutmu yang manis itu hehehehe


8 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

Nak suapkan jes,hehe..tak apa lah tangan ini masih mampu untuk
ku gerakkan hehehe..

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Yelah tahu mentang-mentanglah bakal isteri si pahlawan dan bakal ibu
anak pahlawan mestilah kuatkan mana boleh lembik-lembik....hehehehe


7 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

eeeeeeeeeeeeeee.......hehe?heh...apa tu Rabeah Mohd Ali....jess insan
biasa je...belum sampai lagi ke medan pahlawan-pahlawan ni...tak layak
sama sekali tu....

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Ala...jess ni buat-buat tak faham lak...kata nak beri sokongan pada kita
nak buat skrip pahlawan sastera melayu...jessku sayang biarpun kita bukan
darah pahlawan setidak-tidaknya kita dapat menyumbangkan jasa secara tak
langsung kepada anak cucu kita setelah kita tiada nanti...alangkah bahagia
hidup kita kan semasa hidup disayangi dan setelah tiada pun disayangi ...
bila hidup dipenuhi dengan bunga-bunga kasih sayang..wajah pun berseri
seri macam senyuman jess kekasihku yang tak pernah kulupakan walaupun
sesaat...hehehehe

6 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

hahhahahaha.....lawak lah awak ni Rabeah Mohd Ali..

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Mestilah kena lawak...kalau tak lawak wajah kekasihku nanti asyik muncung je...
dah hilanglah manisnya lagi...dah hilang manis cepat tua...dah kedut nanti
macam mana nak pegang watak heroin tak gitu jess...oh! Cuma heroin percubaan
je...boleh tak jess...mulai sekarang jess pegang watak ...heroin tiruan...kalau
kita sebut aku cintakan mu jangan jangan salah faham pulak...saja nak bagi hidup
skrip pahlawan sastera melayu....hehehe...bukan senang nak cari ayat cintan-cintan
ni jess...jess sudikan jadi pelakon tiruan demi anak cucu kita...jasamu memegang
watak tiruan ni...sentiasa mewangi di hatiku di hati setiap anak yang dilahirkan
di dunia ini sememangnya istimewa ....hehehehe

6 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok: heee..watak tiruan....alamak...heeee..?.
       
6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Yelah nanti bagi pegang watak betul-betul jual mahal...kesihan
hero kita si Poul ...dia nak digandingkan dengan Jess...tapi kita
kata jess tak nak sebab malu kucing....dia gelak aje tapi kecewa tau...
kasihan dia...hehehe

6 hours ago · Like


Jessica Imelda Alexander Mok:

hahahha...seboleh-bolehnya jess tak nak pegang apa-apa watak...cukuplah
jess jadi pembaca yg setia sahaja....cakap kat hero kita tu jess bukan malu
tapi jess tak layak nak di gandingkan bersama hero kita yg jauh berpengalaman
tu berbanding dengan jess yang masih hingusan ni..heeeee

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Ala....jess ni ...malu tapi mau ...macamlah kita tak tahu bahasa hatimu jess
...hehehhe mesti hero kita tu sedang gelak besar...hehehe

5 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

KEKASIHKU JESSICA
(Puisi ini Kukarang Istimewa Untuk Kekasihku Jessica Tercinta)

Senyumanmu yang manis itu
Membuatkan aku tertawan
Hatiku telah terikat
Dengan tali jerami cinta
Tersimpul mati
Tak akan ada siapa yang berani merungkainya
Kecuali Tuhan

Kekasihku Jessica kau adalah sumber kekuatanku
Kau menyokong perjuanganku
Membela Warga Sastera Melayu
Tanpa jemu
Biarpun kau kesepian kerana
Selalu kutinggalkan berjauhan
Kau tetap sabar menunggu
Dengan kerinduanmu yang tak penah pudar
Kesungguhanmu membuatkan aku
Separuh mati mencintaimu sayangku

Siang dan malam aku
tak dapat melelapkan mata
Teringatkan betapa sucinya cintamu padaku

Dengan cintamu itulah aku besemangat
Berkobar-kobar untuk bangun dari
Lenaku yang panjang
Roh semangat cintamu itu
membuatkan aku membara-bara
meniupkan roh semangat
kepada seluruh warga Sastera Melayu
untuk bangun dari lena yang panjang
Mahu aku perjuangkan karya-karya
mereka agar dihargai bukan
untuk dinobatkan sebagai 'Sasterawan Terkenal'
tapi memadailah karya-karyanya ternama
di hati setiap lapisan masyarakat
di negaranya atau seluruh penghuni bumi ini!

Itulah:

Azamku!
Tekadku!
Janjiku!
Sumpahku!

Padamu Kekasihku Yang Kucinta Seumur Hidupku!


Karya: Rha NS
30 Julai 2011

5 hours ago · Like

Dennis Charles yup.very special.....hehe
5 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Dennis...jess kekasihku suka tak ye...
puisi karya kekasihmu ini ( konon-kononnya si Poul lah
yang hantar...hehehehe)

5 hours ago · Like


Mary Grace Frias Dan tes!!!!

3 hours ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
29 Julai 2011
0 comments

SKRIP PAHLAWAN MELAYU TERBINA (POUL NANGGANG)

POUL NANGGANG:

Pahlawan Melayu gagah perkasa,
hebat ilmu di medan laga,
apalah ada pada diri hamba,
rupa pun kurang darjat pun tiada.
[Menjawab kebisuan saya dalam beberapa posting
sahabatku Rabeah Mohd Ali].
10 hours ago · Like · · See Friendship · Remove Tag

Rans Romeo likes this.

Rabeah Mohd Ali:

Jangan merendah diri pahlawanku,
Sejak perkenalan kukagumimu;
Justeru hargailah sokonganku,
Agar kau dapat buktikan siapa dirimu pahlawanku.

10 hours ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Apa yang kubicarakan pada Jessica jangan diambil hati,
Menambah rencah gurauan persahatan,
Terima kasih keranamu kudapat mengenali,
Mengenali Jessica yang elok dijadikan rakan.

10 hours ago · Like · 1 person

Poul Nanggang:

Oklah, faham situasi di FB, "no hard feeling",
Im always ok all the time....

10 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Kami ketawa terbahak-bahak berair mata,
Walaupun tanpa melihat dan suara;
Hatiku terhibur menghasilkan karya,
Skrip Pahlawan Sastera Melayu pun tercipta.

10 hours ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Bila kau membacanya adakah kau ketawa juga,
Mungkin teman-teman fb mu gelak bersama;
Apa nak buat skrip spontan terbina,
Persahabatan amat harmoni terjalin amat kusuka.
(hehehe )

10 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Poul ..tengok tu...sahabatku si Romeo pun tumpang gelak
apabila aku berdrama dengan si jessica tau...ha itu belum
lagi dipentaskan ye..kalau dipentaskan mesti pecah panggung
bangsawan...hehehe

8 hours ago · Like · 1 person

Jessica Imelda Alexander Mok aik..ada nama saya pula ni heeee

7 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:


Heroin tiruaan (percubaan untuk menghidupkan skrip penulis
mestilah ada ye jess...jess pun mesti beri sokongan pada
skrip ni ye...) nanti heroin betul-betul senang nak menjiwai
watak sebenar....hehehe...maklum?lah hero si Poul tu pemalu
kucing...hehehe

6 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
0 comments

PAHLAWAN SASTERA MELAYU POUL NANGGANG

Poul Nanggang sahabatku,
Kukagumi semangat mu;
Di medan seni Sastera Nelayu,
Kau tertarung tanpa jemu.

Kau bertarung tanpa jemu,
Kaulah Pahlawan Sastera di mataku;
Biarpun orang lain tak tahu,
Tapi aku tahu siapa dirimu.

Bangkitlah Pahlawan Sasteraku,
Bangkitlah dengan semangat juang;
Membela kami rakyat sasteramu,
Kerana kami telah mati semangat juang.

Telah lama kami mati semangat juang,
Dalam serba kepayahan kami ingin berjuang juga;
Berjuang bersama kamu dan pahlawan-pahlawan yang lainnya,
Maafkan kami kerana tak dapat ikut serta kerana apalah daya.

Di kejauhan ini biar pun tak dapat bersama kamu berjuang,
Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang;
Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang,
Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.

Bilamana kemenangan berada di pihakmu,
Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu;
Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu,
Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.

Karya: Rha NS
29 Julai 2011
0 comments

KEKASIHKU (Puisi Yang Ditujukan Pahlawan Sastera Melayu Kepada Kekasihnya)

Senyumanmu yang manis itu
Membuatkan aku tertawan
Hatiku telah terikat
Dengan tali jerami cinta
Tersimpul mati
Tak akan ada siapa yang berani merungkainya
Kecuali Tuhanku Yang Maha Esa

Kekasihku
Kau adalah sumber kekuatanku
Kau menyokong perjuanganku
Membela Warga Sastera Melayu
Tanpa jemu
Biarpun kau kesepian kerana
Selalu kutinggalkan berjauhan
Kau tetap sabar menunggu
Dengan kerinduanmu yang tak penah pudar
Kesungguhanmu membuatkan aku
Separuh mati mencintaimu sayangku

Siang dan malam aku
tak dapat melelapkan mata
Teringatkan betapa sucinya cintamu padaku

Dengan cintamu itulah aku bersemangat
Berkobar-kobar bangun dari
Lenaku yang panjang

Roh semangat cintamu itu
membuatkan aku membara-bara
meniupkan roh semangat
kepada seluruh warga Sastera Melayu
bangun dari lena yang panjang

Mahu aku perjuangkan karya-karya
mereka agar dihargai bukan
untuk dinobatkan sebagai 'Sasterawan Terkenal'
tetapi memadailah karya-karyanya ternama
di hati setiap lapisan masyarakat
di negaranya atau seluruh penghuni bumi ini!

Itulah:
Azamku!
Tekadku!
Janjiku!
Sumpahku!

Padamu Kekasihku Yang Kucinta Seumur Hidupku!

Karya: Rha NS
30 Julai 2011
0 comments

CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN

Si Puteri bunian
gembira setiap hari
bermain di tepian Pantai Cinta Rindu
menyanyi lagu rindukan kekasih
yang dia sendiri tidak tahu
siapakah gerangan kekasihnya itu
tapi di hatinya asyik berbunga-bunga
kasih dan rindu yang tak terungkap

kata-kata yang diungkap
hanyalah  rindu dan cinta
cinta bertapak di hati
seolah dirasakan hatinya
sudah dimiliki cinta
tapi masih tidak tahu siapakah
gerangannya kekasih
misterinya itu 

Puteri Bunianku
Sebenarnya akulah kekasihmu
yang selalu mengekorimu
ke mana saja kau pergi
aku bahagia melihat
senyuman manismu
duhai kekasihku
aku wujud di sisimu
tapi kau tidak
diberi Khashaf Allah
untuk melihatku
duhai kekasih hatiku
cinta yang kau rasakan tika ini
adalah cintaku yang tak pernah
padam padamu duhai kekasihku
Si Puteri Bunian
Sifat kasih sayangmu
yang menyanyangi
semua makluk Tuhan
membuatkan aku jatuh cinta padamu
beruntunglah aku mencintaimu
kerana selama ini
aku tak pernah jatuh cinta
dan tak pernah pun
kenal apa itu erti cinta sebenarnya

Hakikatnya kekasihku
kaulah yang telah membuatkan
hatiku berbunga-bunga cinta
sejujurnya kukatakan
aku telah jatuh cinta padamu
cinta...cinta...cinta sepenuh hati
kau telah membuatkan aku taksub
dengan dunia cinta

Setiap waktu kau datang
ke Pantai Cinta Rindu ini
ku tunggumu dalam
rindu yang membara

Aku suka nyanyian syair-syair
karanganmu yang menghiburkan
hati seluruh penghuni lautan
cinta dan rinduku ini
terlalu membara-bara

Setiap kali syairmu kau lagukan
dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu
mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi
bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi
semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu
sebagaimana air matamu berjuraian
begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya
akulah yang menyapu air matamu
duhai kekasihku Si Puteri Bunian

Tak usahlah kau bersedih kekasihku
aku selalu menyokongmu
meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya
melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan
musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku
demi cinta suciku padamu duhai
kekasihku Si Puteri Bunian
yang kucintai seumur hidupku

Saat-saat paling gembira ketika
kau berlari-lari di gigi pantai
aku di lautan  mengekorimu
sehingga air di laut membiru berkocak
deras tapi tenang mengekori seiring
larianmu di gigi pantai
kau gembira
aku ceria
kau sedih
aku berduka
cintaku telah bertahta di hatimu
tanpa kau sedari tapi dapat merasakan
kehadiran cintaku
kasihan kau tidak dapat melihatku
tapi aku dapat melihatmu dengan jelas
sabarlah suatu masa nanti
jika Allah bukakan khashafNya padamu
kau akan dapat melihatku sejelasnya
tika itu cinta kita dalam RestuNya

Di pagi Jumaat itu
amat syahdu!
Si Puteri Bunian rasa tak tenteram
Pantai Cinta Rindu
Memanggil-manggilnya

"Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..."
tanya dayang istana dengan penuh hormat.

"Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu,"
jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.

"Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah
berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi
ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya,
Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi
ye Tuan Puteri,"

"Tidak beta mesti pergi juga walau apapun
terjadi...rahsiakan permergian beta ini
daripada pengetahuan ayahanda beta," kata
Si Puteri Bunian lalu terus menghilang
dalam sekelip mata.

Si Puteri  telah berada di Pantai Cinta Rindu
Dia melemparkan pandangannya ke
lautan yang terbentang luas
saujana mata memandang
sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih
misterinya yang tidak pernah dia kenali
asal usul kekasihnya tapi dia dapat
merasakan cinta yang terlalu amat mendalam
antaranya dengan kekasihnya
siapa namanya
bagaimana wajahnya
siapakah gerangannya itu
dia tak tahu
tapi hatinya benar-benar
merasai cintanya telah dimiliki
sedangkan ketika dia berfikir-fikir
siapakah gerangan kekasih misterinya itu
kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani
dengan pengawal istana

Duhai Si Puteri Bunian
Jika kau nak tahu
Usul asal kekasih misterimu itu
Dia adalah merupakan
seekor naga yang gagah perkasa
mempunyai kesaktian yang luar biasa
mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu
biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian
kepada seluruh penghuni lautan
kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat
dia tetap menghormati dan menyayangi
sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri
hinggakan semuanya penghuni laut menyayangi dia
Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka
dia menyanjungimu... melindungimu ...
menerimamu apa adanya
mencintaimu seumur hidupnya
sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian
Memandangmu dengan penuh kasih sayang

Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang
keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta
keluar seekor dinosaur rasaksa dari dasar lautan
ingin menyerang Si Puteri Bunian

Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan
cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian
dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup
cengkerang siput tersebut
setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan
berenang-renang dengan laju meluru ke arah
dinosaur rasaksa

Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput
dalam keterujaan dan kegembiraan melihat
segala haiwan dan karangan laut pelbagai
bentuk dan rupa timbul di permukaan laut
berenang-renang pantas meluru ke arah
dinosaur rasaksa
indahnya permandangan laut Cinta Rindu
di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu
tapi penuh debaran yang menakutkan
sesiapa yang melihatnya tapi tidak
dengan Si Puteri Bunian
dia suka dirasakan penghuni laut mengikuti
perintahnya....

Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara
penghuni lautan dengan dinosaur rasaksa
pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara
dan kocakan air laut amat dahsyat sekali
perlawanan berlarutan hingga ke petang
suara dinosaur bagaikan halilintar...
kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya
kalah ditewaskan oleh penghuni lautan
yang banyaknya tak terkira

Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian
melihat kekalahan dinosaur rasaksa
lautan bertukar menjadi merah
darah dinosaur rasaksa hanyir pekat
amat meloyakan Si Puteri Bunian

Si Puteri Bunian memejamkan mata
ketakutan melihat pemandangan
lautan yang dipenuhi darah memekat

Apabila dibukakan mata
alangkah terperanjat Si Puteri Bunian
apabila didapati lautan Cinta Rindu
telah menjadi sedia kala
indah aman tenang

Lagi memeranjatkan apabila
didapati di sebelahnya ada
seekor naga tersenyum
melemparkan senyumannya
"Sudikah kau menjadi suri hidupku
wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."

Si Puteri Bunian tidak menjawab.
Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,

"Ya..Allah siapalah aku untuk menolak
apa yang telah Kau telah takdirkan padaku
aku terima dengan redha apa saja aturanMu
kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan
padaMu sejak azali lagi."

"Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu
pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf
Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga
kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga
Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi
seorang teruna gagah perkasa.

Mereka berdua menadah tangan ke langit,
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong Lagi
Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang
Kau limpahkan kepada kami berdua berilah
kami peluang untuk melakukan amal kebaikan
yang kau redhai agar kami dapat sama-sama
menyambung percintaan suci ini hingga
ke SyurgawiMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
DiAminkan juga seluruh penghuni lautan
dengan rasa kesyukuran tidak terucap!
Bergema suara lautan yang menakjubkan
di kala itu!Membahagiakan!Subhanallah!
Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.

Karya:  Rha NS
29 Julai 2011

     


 
0 comments

PEJUANG SASTRA MELAYU NAGA PAMUNGKAS

Terima kasih saudara Naga Pamungkas
kau seorang Pejuang Sastra Kukagumi
tak kira berpenat
berlelah
tak kira masa
dan
waktu
perjuanganmu di medan
Sastra Melayu tak pernah jemu
menyokong
menghargai bakat setiap penulis
tak kira siapa pun mereka
dan
tak pernah kau kenali pun mereka
tapi kau tetap ingin mengenali mereka
dan
membawa karya-karya mereka bersama impian mereka
ke puncak jaya tanpa memikirkan keuntungan untukmu

Aduhai!
mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku
moga perjuanganmu yang suci ikhlas ini
dibalas Allah dengan sepenuh bumi kebaikan
yang akan dikira di akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
30 Julai 2011
Thursday, 28 July 2011 0 comments

BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

Indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad

moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi disatukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata
bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu

bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu.
bahagia...


Karya:  Rha NS
29 Julai 2011
0 comments

IZINKAN AKU BERBICARA DENGANMU SAHABAT DUNIA AKHIRATKU

Duhai para sahabat ku tersayang...

Bolehkah aku berbicara dengan kalian?
Biarpun kalian tidak pernah kutemui
apa tah lagi berkata-kata di alam realiti
Kalau difikir logik alam realiti sebenarnya
kalian tak wujud tapi wujud...lebih hebat
dari alam mimpikan? Itulah betapa hebatNya
Kuasa Allah menemukan kita di alam maya
wujud tapi tak wujud ...
tak wujud tapi wujud...
begitulah alam roh
wujud tapi tak nampak
tapi dipercayai adanya roh
kalau kita dah jadi roh
baru kita tahu apa maknanya roh

Begitulah kehadiran kalian di alam maya
kita saling bercerita
saling berkomunikasi
seolah kita dah lama kenal
dah tahu isi hati masing-masing
lucukan!
Semua perasaan ada dirasai:
marah
geram
menyampah
benci
sedih
hiba
suka
sayang

Yang peliknya kenapa kita ada perasaan macam tu?
Sedangkan mereka bukan pun wujud alam realiti kita?

Itulah dia hebatnya bahasa hati bahasa jiwa... bahasa kalbu...

Kerana kalian sudah faham bahasa hati, bahasa jiwa bahasa kalbu

Izinkan aku berbicara denganmu sahabatku,

Selama ini bertahun lamanya aku berbicara dengan
sahabat setiaku iaitu:

rohku
alam Ciptaan Tuhan
haiwan yang melata

Segala suka dukaku aku mengadu pada Alllah Tuhanku
Dia Maha Faham Dan Amat Mengerti isi hatiku...
Syukur Ya Allah Syukur tak terucap
Syukur berpanjangan tiada penghujung

Dengan Kasih SayangNya Sepenuh Alam Semesta CiptaanNya
Dengan Rahmat Kasih SayangNya
Dia kenalkan aku dengan sahabat-sahabat semua
Di luar kotak pemikiranku bahawa aku akan dikenalkan
dengan kalian hamba-hamba Allah yang hatinya sentiasa
mewangi dengan bunga-bunga cinta kasih sayang murni  
saling memahami
saling berkasih sayang
semuanya kerana Allah Taala
biarpun kalian:
berharta
berpangkat
berpelajaran
berbudi bahasa
beriman
berlainan benua
perkasa
rupawan
bahagia
semuanya serba sempurna hidup kalian
tapi itu semua tidak menghalang persahabatan kita
Masya-Allah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Menangis aku bila kenang KebesaranMu Tuhanku
siapalah aku untuk menjadi sahabat mereka itu Ya Allah
telah lama kuimpikan sahabat-sahabat sebaik mereka

Sedangkan selama ini watak-watak semurni mereka cumalah
di alam fantasiku saja...

Selama ini hidupku seperti sekuntum mawar yang
berada di padang pasir tandus berjuang bermati-matian
untuk meneruskan kehidupan ...

Dengan terjalinnya persahabatan yang suci ikhlas ini
mungkin ada hikmahnya hanya Allah saja yang Maha Tahu
alam ghaib, aku hambaNya wajib percaya apa saja yang
dikehendaki berlaku:
aku akur
aku pasrah
aku redha
apa saja aturan takdir yang ditentukan padaku


Ya Allah jika ditakdirkan aku dijemputMu di kala ini...

aku mesti disoal malaikat Munkar Nakir

kalau aku menerima azab kubur...
adakah aku sudah bersedia menanggung sakit
yang tak terperi itu?

aku rela Ya Allah... menerima azab kubur
bukan aku hambaMu yang sombong kerana berani
menerima seksaan kubur yang sekali pukulannya
saja boleh menghancurkan seluruh tubuh badan
menjadi abu ...kemudian dihidupkan kembali
begitulah seterusnya sehingga
dunia kiamat mendapat seksaan kubur...
aduh sanggupkah aku? Duhai jasad?

Tuhan...sebenarnya aku lebih teramat malu
denganMu jika aku tidak dapat
menjawab soalan di kubur
yang hanya lima soalan saja ditanya
aku gagal menjawabnya
sedang semasa aku hidup aku sudah
diberitahu apakah soalan-soalan kubur
yang akan bakal kujawab.
Allahu Akbar malunya aku Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allah

Sekarang Dengan Rahmat Kasih SayangMu Semesta Alam
Kau telah bukakan Khashaf Dzat CintaMu  padaku
Justeru kumerayu dengan belas kasihanMu
Peliharalah aku
Bimbinglah aku
Sinarlah Nur kasihMu
Padaku tanpa hentiNya
Agar aku tak malu lagi bila ditanya soalan kubur
aku dapat menjawab dengan lancarnya Ya Allah

Duhai sahabat izinkan aku berbicara lagi...

Jika rohku berada di tengah-tengah jurang antara Syurga dan neraka
tolong doakan untukku agar aku dapat diselamatkan dari jurang neraka

Mana tahu berkat doa-doa kalian...
berkat sedekah Al-Fatihah kalian
aku terselamat dari jurang api neraka

Jika ilmu-ilmu yang kutinggalkan boleh mendatangkan manfaat
untuk rohku kalian tolong sebar luaskan di merata tempat
di seluruh pelosok dunia hingga ke hujung dunia
agar tak tercicir satu pun

Jika ilmu-ilmu itu boleh ditukarkan menjadi wang ringgit...
kalian ambilah hasil itu dan gunakanlah untuk menyara hidup
keluarga kalian secukupnya dan selebihnya sedekahkanlah
kepada fakir miskin yang memerlukan dan anak-anak yatim
yang perlukan pembelaan hidup

Aku di sini tidak perlukan lagi harta benda
dan wang ringgit lagi cuma apa yang kupesankan
pada kalian itulah yang dapat membantuku di alam ini.

Duhai sahabatku... izinkan aku berbicara lagi:

Tolong pesankan kepada dua orang puteriku dan
seorang puteraku, kalau kalian berjumpa mereka
pesankan kepada mereka :

"Ibumu terlalu sayangkan kamu
seluruh hidup ibumu untuk kamu
ibu berpesan kalau kamu rindukan
ibu kamu bacalah semua pesanannya
di blog-blognya pasti hilang
rindu kalian pada ibumu
dan ibumu berpesan lagi
bukan sekadar baca untuk hilangkan rindu
tapi hayati dan amalkan apa yang baik
sebab segala yang baik itu semuanya
datang dari Allah ,

Ibu kalian berpesan lagi dia minta maaf
apa juga kesalahannya di sepanjang
dia mendidik dan membesarkan kalian
katanya dia gagal mendidik anak-anak
sepertimana yang dikehendaki Allah
dan  ibumu akan malu kepada Allah
jika kalian semua persalahkannya
kerana tak pandai mendidik kalian bertiga.
Dan ibumu telah memaafkan segala kesalahan
kalian bertiga samada secara sengaja atau
pun tidak biarpun dosa kalian padanya
tinggi menggunung...sebesar zarah dosa
kalian  pada ibu telah dimaafkannya di kala
ibu masih hidup lagi."

Jika kalian tidak berjumpa dengan puteri-puteri
dan puteraku tolonglah doakan bahawa terbuka
hati mereka untuk membaca semua yang kutulis
di blog-blogku duhai sahabat-sahabat yang
kukasihi dunia dan akhirat.

Moga persahabatan kita di dunia ini Insya-Allah
diteruskan hingga akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
              
Sebelum aku menamatkan bicara pesanan terakhirku ini...
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
ku mohon beribu ampun dan maaf kerana aku adalah
hamba yang tak sempurna untuk menjaga tutur kataku
dan perbuatanku pada kalian...
Selagi kalian tak maafkan aku ...
Allah juga tdiak akan maafkan aku
Justeru jika kalian sayangkan aku maafkan aku
duhai sahabat-sahabatku sayang dunia akhirat.

Moga diizinkan Allah kita bertemu di alam realiti di dunia
dan di akhirat hendaknya!
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya:  Rha NS
29 Julai 2011

 
 
  
Wednesday, 27 July 2011 0 comments

BUKAKAN KHASHAF CINTA DZATMU

Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.

MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.

Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.

Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.

Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.

Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.

Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.

Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.

Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Rha NS
26 Julai 2011
0 comments

AL-FATIHAH UNTUK AYAHANDA DAN NENDA YANG TERSAYANG

ABDUL RAZAK KHASBULLAH:


Alhamdulillah.....bersama putera kembar saya berkesempatan
membersihkan kawasan pusara ayahanda Khasbullah Haji Yunus yg
telah meninggal dunia pada 1973 dan nenda Hajah Aishah Binti Kasan
pada 1087 di tanah perluburan Kg Sijangkang.
Yesterday at 6:46pm · Like


Abdul Razak Khasbullah:


Nenda saya telah meninggal dunia pada 1987 ( RALAT )....
maaf. Al fatihah.
10 hours ago · Like


Delima Merah:

Tahniah ARK, terasa insaf saya.......al fatihah....amin.
8 hours ago · Like


Tengku Najihah Abdul Malik Al fatihah......amin.
8 hours ago · Like


Nur Qaseh Al fatihah.....amin. Syabas ARK.
8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Taburan bungaan memutih menyerikan kuburan,
Permandangan yang syahdu menusuk kalbu;
ARK anak dan cucu yang soleh lagi beriman,
Kami sedekahkan Al-Fatihah untuk keluargamu.
2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Gugur bertaburan bunga-bungaan putih,
Mengindahkan suasana kuburan;
Bertafakur ARK di pusara nenda Hajah Siti Aishah,
Moga dicucuri rahmat ke dalam roh-roh yang beriman.
2 hours ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

BUKAKAN HIDAYAH KHASHAF CINTAMU

BUKAKAN HIDAYAH KHASHAF CINTAMU

Suasana aman damai tenteram
Helaan tarikan nafas syahdu
Dalam kerinduan tak bertepi
Degupan jantung kencang bila mengingati
Hari mati apakah aku sudah bersedia bertemuMu
Ya Kekasihku berilah aku peluang membawa bekalan
Bekalan yang Kau terima
Barulah aku bersedia bertemuMu

Ya...Kekasihku
Bantulah aku dari segala sudut
Rahmat hidayah Nur KasihMu yang tak bertepi amat kuharapkan
Bukakan Hidayah Khashaf CintaMu
Agar cintaku mendapat balasan cintaMu

Berilah aku peluang melakukan segala
Amal Yang Kau Restu dan Redhai
Sebelum Kau menjemputku ke destinasi pasti
Barulah aku bersedia bertemu denganMu
Ya Kekasihku Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Perkenankan segala hajatku yang Kau Restu dan Redhai
Amin Ya Rabal A'Lamin

Karya: Rha NS
25 Julai 2011
12 hours ago · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead and 3 others like this.

Panggil Dinda Saja:

Ingat mati ... lalu ingat Allah SWT. Puisinya bagus
11 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih duhai dinda,
Kerana sudi menghargai karyaku:
Cintakan Allah mengatasi segalaNya,
Moga cintamu cintaku cinta teman fb cintaNya berpadu.

(Kalau sudi layarilah blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Segala pandanganmu amatlah kusanjung selagai hayatku ada!
11 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

DARI ALLAH AKU DATANG KEPADANYA AKU DIKEMBALIKAN

JAYA RAMBA WULAN:

Kepulangan semalam diigaui mimpi sang tanah bernyawa di Niah.
Katanya "Kau anak muda Iban Yang Terakhir. Selepas ini,
langkah kau akan jauh dan cabaran kau akan hebat. Kau akan
tunduk di dunia langit dan kau akan menang di bumi ini.
" Bangunku awal jam 4. Aku sempat mengucap 7 kali.
16 hours ago · Like ·

Naga Pamungkas and 12 others like this.


Mathew Silek Apa yg kau ucapkan Jaya?
14 hours ago · Like


Idrisboi Boiboi:

Hi Bro. Wow...that was superb J. Dalam maknanya.
Apa ungkapan dalam novel terbaru J? I like the poetry...
keep on with the great effort my friend.
14 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Saudaraku...jika kau mengucap 7 kali iaitu ucapan syahadah
akulah orang pertama yang mengucapkan syukur dalam sendu
pada Tuhanku kerana telah dibukakan hidayah khashaf padamu
tapi jika bukan hanya ucapan yang baik-baik untuk sebarluaskan
kepada teman fbmu itu juga telah mengagumkan aku kerana akan
menyubur rasa kemanusiaan di hati teman-teman fbmu. Apapun
terima kasih untuk segalanya atas kesudiaanmu untuk berkongsi
ilmu dan idea padaku.
14 hours ago · Like · 1 person


Jaya Ramba Wulan Mat, Idris b and Rabeah. Ini pengalaman aku
berdepan dengan suasana yang pelik sehingga ya betul-betul
diketemukan dengan aku. Ada perkara di sebaliknya..
11 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Kalau sudi boleh tak diketahui apakah dia perkara di sebaliknya
itu sahabatku...
10 hours ago · Like


Jaya Ramba Wulan:

Ya tentang tanah membesar, semalam saya ke sebuah rumah dan
melihat tanah boleh membesar dan memiliki kuasa tersendiri.
malam tadi saya termimpi seakan berbual dengan tanah berkenaan
10 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Maksud yang tersirat dari mimpi tersebut kepada diri saudara
sendiri bagaimana pula ye
10 hours ago · Like


Jaya Ramba Wulan:

Perjuangan yang belum selesai puan
10 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Moga pejuanganmu sentiasa berjaya dan akan selesai akhirnya.
10 hours ago · Like · 1 person


Idrisboi Boiboi:

Hi Bro,J. Nampaknya tugas anda sebagai penyair akan lebih berat.
Dengan kuasa minda dan penamu anad bisa menakluki dunia.
' When eats are assigned to passion and vison, on the day of
the great assembly, Do not reserve a poet's position,
It is dangerous, if not empty.
8 hours ago · Like



Idrisboi Boiboi:


Assalamualaikum Rabeah. Subhanallah. Anda benar-benar dianugerah
Allah berkebolehan mengungkap bait-biat yang cukup indah dan
menyentuh kalbu. Syair-syairnya sungguh luar biasa. Tahniah.
Pergunakan nikmat Allah ini sebaik mungkin untuk mengajak
manusia ke jalan yang diredhaiNya. Amin.
8 hours ago · Like



Rabeah Mohd Ali:


Waalaikummussalam saudara Idrisboi Boiboi...
Terima kasih atas sokonganmu itu. Di kala aku membaca kata-katamu
mengalir deras air mataku kesyahduan pilu bagai ditusuk sembilu...
jantungku bagaikan terhenti seketika...
Alhamdulillah yang tak terucap jika benarlah karya
yang dikarang boleh menyentuh kalbu. Anugerahan Allah itu lebih
berharga daripada segalanya. Itulah yang kuidamkan selama hidupku.
Syukurku dalam sujudku. Mana tahu berkat karya itu memberi manfaat
pada diriku, keluargaku, semua sahabat-sahabatku dan sesiapa saja
yang membaca karyaku di alam maya ketika aku hidup atau setelah matiku.
Jika kutiada di dunia ini nanti hadiahkan sepotong Al-Fatihah pun sudah
berharga daripada alam dan seisinya.
Dari Allah aku datang kepadaNya jugalah aku dikembalikan.
5 minutes ago · Like

Idrisboi Boiboi:

Assalamualaikaum. Insya'allah niat yang baik pasti Allah
akan balaskan dengan yang baik. Cuba kita renungi bersama
hadith Nabi s.a.w yang bernunyi," Bahawanya penuhnya
rongga seseorang di antara kamu dengan nanah sehingga
membusuk adalah lebih baik daripada penuhnya rongga
itu dengan syair."HR.Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira.
Dari Masruq bin Al-Ajda bersabda Nabi s.a.w: " Aku tidak
suka dalam lembaran amalku di hari kiamat nanti terdapat
satu syair. "Yang dimaksudkan di sini ialah syair yang
melalaikan tidak menepati kehendak al-Quran dan as-Sunah.
Tapi syair yang mengandungi nasihat'pujian asma Allah,
salawat pada rasul atau seruan jihad ia digalakan.
Rasulullah s.a.w bersabd, " Sesungguhnya dari sesuatu
syair itu ( boleh melahirkan sesuatu hikmah." Baginda s.a.w
telah menyuruh seorang sahabat Hasan bin Sabit al-Aysara
untuk menggubah beberapa syair bagi menyerang dan mematahkan
syair orang-orang kafir. Wallahua'alam.
2 hours ago · Like


Jaya Ramba Wulan terima kasih kawan... ini semakin memukau..
42 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Walaikummussalam IB moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...
kerana naluriku berkata kau hamba yang membesarkan Allah
di sebilang masa dan ketika ...apa yang dilakukan hanya
keranaNya semata ... amal yang kau perbuat bukan untuk
dibangga-banggakan kerana kau tahu amalan baik akan
terbakar hangus dengan amalan riak dan berbangga diri.
Moga kita dijauhkan daripada golongan yang suka berbangga.
Apapun segala sokongan, saranan,pengkongsiaan idea dan ilmu
amatku hargai dan tersanjung dikalbuku. Moga Allah sajalah
yang membalas budi baikmu itu sahabat alam mayaku yang
sentiasaku sanjung segala budi baikmu biarpun sebesar zarah.
31 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Kepada saudara Jaya Ramba Wulan sahabat alam mayaku terima
kasih kerana kehadiran ilmumu telah mencetuskan ilhamku untuk
berkarya biarpun secara tidak langsung. Terima kasih untuk
segalanya.Kuhargai persahabatan ini.
28 minutes ago · Like


Idrisboi Boiboi:

Assalamualaikam. Subhanallah. Wasiat buat diriku dan para
pencinta Allah dan rasulNya. Mari kita sama-sama selalu
berzikir, dan jadikanlah bacaan-bacaan ini sebagai zikir
atau wirid sebagai amalan mengisi waktu luang kita insya'Allah:
 " Aku memohon ampun kepada Allah. Mahasuci Allah, dan segala
puji bagi Allah. Allah Mahabesar. Tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah, limpahkan salawat dan salam kepada
Muhammad dan keluarganya. Tiada daya dan kekuatan selain
kerana Allah.
Wahai Dzat Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri...
Wahai Pemilik kebesaran dan kemuliaan...
Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Mahasuci Allah,
dan dengan memuji-Nya. Mahasuci Allah Yang Maha Agung.
Walhamdulillaahi Rabbil'Aalamin."
hours ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Waalaikummussalam. Rangkap syair untukmu teman alam mayaku yang
tersanjung budinya atas pengkongsian ilmu:



Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;


Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.


Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhia Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,


Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,


Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Aku berserah seluruh jiwa hanyalah kepadaNya.

Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

Kan kuperbaiki segala yang kurang,
Kulakukan demimu Ya Tuhan:
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Doaku sepenuh kalbu kumohon Kau malbulkan.

Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu,
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang;
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Serasa hidupku sentiasa dalam perhatianMu dengan penuh Kasih Sayang.


Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Rha NS
26 Julai 2011
5 hours ago · Like · 1 person


Idrisboi Boiboi:

Subhanallah. Cantik dan menyentuh kablu. Terima kasih untuknya
yang bagus bangat! " Cintaku kepadaMu dua: Cinta asmara dan
cinta hak. Hatiku penuh dengan asmara. Hijab terbuka melihat
Dikau. Itu semua aku tak berjasa. Engkaulah sendiri terpuji.
"Syair Robi'ah al Adawiyyah, wanita pencinta Allah.
5 hours ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Syukur kepada Allah atas kurniaanNya mengurniakan aku seorang
sahabat alam maya kerana perkenalan tanpa sengaja ini ...
telah mencetuskan ilhamku untuk mengarang syair ini dan akan
kusiarkan di blogku untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain
di dunia ini. Insya-Allah inilah hadiah untuk pencinta-pecinta Allah
di serata pelosok dunia. HanyaNya lah Dia Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib.
Aku cumalah hamba yang hina ingin mendapat balasan cinta dariNya dan kau
diutuskan untukku mencetuskan ilham bekarya tentang syair ini ...
untuk dikongsi bersama kepada para pecintaNya. Moga Allah membalas
segala kebaikanmu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

(Sudilah layari blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com
 Dan blog: mogaallahredha.blogspot.com )
 5 hours ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

DIALOG BORNEO-KALIMANTAN XI

REKOMENDASI

DIALOG BORNEO-KALIMANTAN XI

SAMARINDA, KALIMANTAN TIMUR, 13—15 JULI 2011

MENETAPKAN LABUAN SEBAGAI TUAN RUMAH DIALOG BORNEO
KALIMANTAN XII PADA TAHUN 2013 DAN SARAWAK SEBAGAI TUAN
RUMAH CADANGAN MEMPERLUAS CAKUPAN PESERTA UNDANGAN
DIALOG BORNEO-KALIMANTAN DENGAN MENGUNDANG SASTRAWAN
MINDANAU DAN INDONESIA TIMUR MENGADAKAN PEMBERIAN
“ANUGERAH SASTRA BORNEO-KALIMANTAN” SECARA BERKALA,
YANG PEMBIAYAANNYA DITANGGUNG OLEH SESIAPA PIHAK YANG
MENJADI TUAN RUMAH  DIALOG BORNEO-KALIMANTAN
AMIEN WANGSITALAJA:

MENERBITKAN ANTOLOGI KARYA BERSAMA PADA SETIAP
PENYELENGGARAAN DIALOG BORNEO-KALIMANTAN,
YANG DIUSAHAKAN OLEH SESIAPA PIHAK YANG MENJADI
TUAN RUMAH DIALOG BORNEO-KALIMANTAN MENGUPAYAKAN
TERBITNYA MEDIA PUBLIKASI BERSAMA, BAIK BERBENTUK
MEDIA CETAK MAUPUN LAMAN MENENTUKAN SEKRETARIAT
BERSAMA DIALOG BORNEO-KALIMANTAN, YAITU DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK UNTUK WILAYAH MALAYSIA
TIMUR DAN BRUNEI DARUSSALAM DAN RUMAH SASTRA KORRIE
LAYUN RAMPAN UNTUK WILAYAH KALIMANTAN

SAMARINDA, 15 JULI 2011

TIM PERUMUS REKOMENDASI:

Korrie Layun Rampan (Kaltim, Ketua)

Amien Wangsitalaja (Kaltim, Sekretaris)

Encik Haji Othman Mahali (Labuan, Anggota)

Abang Patdeli Abang Muhi (Sarawak, Anggota)

Jaya Ramba (Sarawak, Anggota)

Jamal T. Suryanata (Kalsel, Anggota)

Syarifuddin R (Kalsel, Anggota)

Hamdani (Kaltim, Anggota)

Abdul Rahim Hasibuan (Kaltim, Anggota)

Mizar Bazarvio (Kalbar, Anggota)

Ibnu HS (Kalteng, Anggota)
12 hours ago · Like · · Subscribe

Mahabbah El-ahMead and 4 others like this.

Amien Wangsitalaja:

Semoga bisa demikian, sehingga anugerah sastra bukan sekadar 'perayaan'
11 hours ago · Like · 2 people


Abdillah Syafei Mudahan saya diundang... hik hik hik
6 hours ago · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

NAGA PAMUNGKAS:

Amboi eloknya ... ingin lah aku terus terluka hehehe
BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU | Sasteraku Duniaku
sasterakuduniaku.blogspot.com
8 hours ago · Like · · Unsubscribe

Naga Pamungkas and Mahabbah El-ahMead like this.


Rabeah Mohd Ali:


Benang cintaku hanya menjahit luka-luka alam yang telah dikasari
oleh insan berhati durjana...hi3kali
7 hours ago · Like


Naga Pamungkas:


Kutunggu bulan purnama untuk melihat sebuah senyum yang indah,


Naga Pamungkas:

Malam, kucuri memandang bulan purnama untuk melihat sebuah
senyum yang indah
7 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Walaupun berlainan benua kita berkongsi bulan purnama yang sama...
6 hours ago · Like · 2 people


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

APABILA PUTERA DUYUNG DIHARGAI

Putera Duyung tajuk cerita,
Kisah percintaan penuh tragis;
Berlatarkan laut dan bulan purnama,
Berkorban nyawa demi cinta setulus ikhlas.

Mendapat ilham tika melancong,
Melancong sambil belajar ke Indonesia;
Berada di lautan fikiran terus melayang,
Maka tercetuslah ilham tanpa diduga.

Khazanah laut yang memukau,
Penghuninya tenteram dan harmoni;
Deruan ombak buat hati terpukau,
Alunan zikir yang tak pernah henti.

Mas Merah bertukar menjadi duyung,
Setelah menerima pendermaan hati Putera Duyung;
Terpikat dengan kehidupan alam duyung,
Hidup harmoni saling sayang menyayang.

(Kisah seterusnya ada di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com
Tajuk: Syair Putera Duyung, Sinopsis Putera Duyung, Lirik lagu:
Terlewat Aku Membalas Cinta, Lukaku Parah Cinta Berdarah -
PUTERA DUYUNG DALAM PROSES UNTUK DIPENTASKAN ARAHAN SAUDARA AWANG KARIM KADIR
Insya-Allah - mohon dapat sokongan daripada teman-teman seperjuangan seni
sastera di Malaysia , Indonesia dan Tak kira di mana berada - sebarang
pandangan dan cadangan amat diperlukan dan dihargai selagi hayatku ada)
10 hours ago · Like · · Unsubscribe

Naga Pamungkas, Mahabbah El-ahMead and 3 others like this.


Jaya Ramba Wulan pantun Beah
        9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:
     

Sudahkah saudara melayari blogku itu dan apa pendapatmu tentang cerita
Putera Duyung yang disyairkan leibh kurang 50 buah rangkap syair.
Segala pendapatmu mengenai syair tersebut amat dihargai kerana aku
bukanlah penulis yang ada nama ...menulis kerana minat yang terlalu
mendalam kerana karyaku duniaku sejak puluhan tahun...kini di alam maya
mahu berkongsi idea dan ilmu dengan teman-teman sastera melayu yang
ada di seluruh dunia. Harap teman-teman peminat sastra sudi menerimaku
sebagai rakan seperjuangan sastra tanpa ada rasa prejudis. Aku menyayangi
kalian keranaNya dan aku menulis keranaNya moga apa yang ditulis mendapat
nilaian di SisiNya. Amin.

8 hours ago · Like


Jaya Ramba Wulan memang kias dan berisi. penuh dengan cerita
8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih saudara Jaya Ramba Wulan kerana sudi melayari blogku dan
sudi memberi pendapat...dengan sokongan tersebut memberi kekuatan
padaku untuk terus berkarya selagi hayatku ada. Aku sentiasa mengalu-alukan
pandangan dan pendapat darimu dan teman-teman sastra yang lainnya.
Terima kasih untuk segalanya.

8 hours ago · Like


Naga Pamungkas:


Aku kagum. Dan terhibur. Aku ulang-ulang membaca syair putri duyung ini.
Perempuan penyair yg hebat. Pantas lah, Malaysia punya penyair seperti
rabeah mohd ali. Untuk sementara ini, syair ini belum mendapat kekurangan.

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Nangis aku dalam sendu , tak pantas aku menerima penghargaan darimu itu
kerana selama ini aku menulis dalam duniaku sendiri...mencipta...menghayati...
dan berbicara sendiri dengan karya-karyaku...berbicara dengan watak-watak
yang kubina dengan alam...haiwan yang melata...dan kepada Maha Pencipta
Semesta Alamlah kumohon ilhamkan padaku agar Dia merestui apa yang kutulis...
sejak puluhan tahun tersimpan karyaku dan kini dengan rasa rendah hati ingin
kukongsi segala ilham KurniaanNya sebelum aku dijemput pulang. Dan ia juga
tanda kasih sayang setulusnya dan kenangan abadi dariku untuk semua mereka
yang kusayang di alam ini. Apapun terima kasih saudara Naga Pamungkas
kerana sudi menghayati karyaku. Budimu sentiasa terjunjung di kalbuku.

7 hours ago · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
(25 Julai 2011)
0 comments

ITULAH AKU

Kalau aku hanya harapkan wang royalti
hasil penulisanku
Sudah lama aku jadi pengemis di jalanan

Mana tidaknya karyaku yang diterbit
Boleh dibilang dengan jari

Sudahlah boleh dibilang dengan jari
Dapat royaltinya pun tidak seberapa

Itu belum lagi dihantar ke meja penerbit
Awal-awal lagi sudah dibakul sampahkan

Sedangkan aku tertunggu-tunggu bilakah
Karyaku disiarkan di dada akhbar

Aku tak kisah kalau tak dapat wang hasil dari karyaku
Tapi yang aku mahukan karyaku dibaca oleh semua insan

Aku terus bersabar menantikan karyaku disiarkan
Biarpun puluhan tahun lamanya aku terus bersabar

Biarpun aku hampa karyaku tidak disiarkan
Aku redha kerana Allah mahu mengujiku

Aku terus berkarya dan terus
Sahabat setiaku adalah
Rohku sahabat setia yang ajak berbual dengannya
Alam teman bicaraku
Haiwan yang melata
Berbicara dengan malaikat

Kalam Allah
Zikir padaNya
Berdoa padaNya
Mengadu segala permasalahan padaNya
Membuat baik sesama insan
Semuanya itu menenangkan jiwaku

Aku tenang dan bahagia dengan hidupku begitu
Biarpun di kiri kananku cubaannya
Bagaikan tsunami datang membadai
Kutempuhi dengan air mata kecekalan
Asalkan Kekasihku tahu aku sabar dengan ujianNya.

Kerana dengan ujian yang pelbagai rupalah
Aku diKurniakan ilham yang mencurah-curah untuk menulis
Baru kini aku mengerti Duhai Kekasihku
Syukurku dalam sujudku
Menangis aku terharu dengan KurniaanMu yang amat berharga ini
Kalau nak difikir secara logik siapalah aku
Yang tak ada kelulusan apa dalam pelajaran
Bukan pelajar yang pintar
Cuma berbekalkan minat dan bakat Anugerah dariNya


Tanpa harapkan mana-mana penerbit lagi
Untuk menyiarkan karya-karyaku

Aku siarkan di Alam Maya
Di blogku kusiarkan apa saja yang terdetik di kalbu

Teman facebookku juru runding bahasaku
Pada merekalah tempat pengkritik karyaku yang sejati

Mereka semua sumber inspirasi untukku berkarya
Terima kasih teman-teman facebook semuanya

Sokongan daripada kalian yang tidak berbelah bagi
Aku hargai dan tersanjung di kalbu

Jika aku ditakdirkan menjadi penerbit buku
Akan kuberi royalti secukupnya pada penulisku

Jika karya yang dihasilkan tidak seberapa
Dana kepadanya akan kuberikan
Agar dia dapat berkarya semahunya

Jika karyanya tidak berkualiti
Akan kuajak teman-temanku yang pakar bahasa
Mengajarnya tentang bahasa indah bahasa puitis
Bahasa ilmu yang dimahukan pembaca

Kan kubimbing
Kan curahkan ilmu
Apa saja karyanya akan dibedah
Sebelum disiarkan pakar-pakar bahasa akan membantunya

Atau dia boleh siarkan di blognya
Sebanyak manapun mahunya
Asalkan dia penuh yakin karyanya itu

Kalau dia mahukan karyanya di jadikan Galeri
Akan kuturutkan kemahuannya
Akan kubangunkan sebuah istana indah untuk Galerinya
Agar dapat dipertontonkan kepada yang sudi datang

Aku akan berbangga kepada penulis tersebut
Kerana minatnya sama dengan minatku
Cita-citanya sama dengan cita-citaku
Dia tak ubah sepertiku
Bahagianya bahagiaku
Dan itulah aku.

Karya:  Rha NS
27 Julai 2011

  
0 comments

AKU MENULIS DENGAN AIR MATAKU

Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena

Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya
Barulah tenang jiwaku kini

Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya: Rha NS
26 Julai 2011
0 comments

MENULIS SELAGI ADA KUDRAT PEMIKIRAN

Urangbanjar Sedunia:

Aku ingin menulis puisi
Tapi aku takut Sama Polisi
Nanti aku dimasukkan dalam terali besi

Aku ingin menulis sajak
Selagi sajak belum kena pajak
Tentang sawah yang tak lagi bisa dibajak
6 hours ago · Like · · Unsubscribe
Urangbanjar Sedunia likes this.

Rabeah Mohd Ali:

Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena

Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya
Barulah tenang jiwaku kini

Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya: Rha NS
26 Julai 2011
5 hours ago · Like · 1 person

Urangbanjar Sedunia:

bagus puisinya, yang ditulis pakai air mata.
5 hours ago · Like

Urangbanjar Sedunia:

Penyair boleh congkak se-congkak matahari di atas kepala
5 hours ago · Unlike · 1 person

Urangbanjar Sedunia tapi Allah SWT lah Maha Penyair yang maha terbaik.
5 hours ago · Unlike · 1 person

Urangbanjar Sedunia:

Murid Allah SWT yang juga hebat adalah Nabi besar Muhammad SAW,
junjungan kita, yang telah menyusun Al Qur'an. Salam kepadamu
wahai rasulullah, pembawa kecerahan bagi ummat manusia di dunia
5 hours ago · Unlike · 2 people


Rabeah Mohd Ali:


Moga kau bukanlah penyair yang suka merendahkan penulis yang
tak pandai berkata puitis... terima kasih atas sokonganmu
itu setidak-tidaknya menghargai karya seniku .
5 hours ago · Like · 1 person

Urangbanjar Sedunia:

Oh Rabeah Mohd Ali, daku tak pernah membuat penilaian puisi
orang tuh baik. Semua puisi itu adalah baik.
Puisi adalah ungkapan hati. Apalagi bahasa hati
sama Sang Maha Pencipta, yaitu Allah SWT.
5 hours ago · Like


Urangbanjar Sedunia:


seperti puisi dikau itu lah Rabeah Mohd Ali, sangat indah,
aku terpesona, betapa dikau terutama hati dikau telah menyatu
dengan Sang Pencipta, yakni Allah SWT. Aku suka puisi dikau Rabeah.
Puisi dikau seperti air pelepas dahagaku. Teruslah berkarya Rabeah,
aku akan menunggu karya-karya dikau ...
5 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Maha Suci Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu. Biarpun dikau
tidak kukenali cuma di alam maya....aku amat menghargainya dengan
setulus hati. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi
itu tersanjung di hatiku .

Jika kau sudi membaca karya-karyaku layarilah blogku sahabatku:

sasterakuduniaku.blogspot.com
mogaallahredha.blogspot.com

Segala pandangan dan pendapat darimu amatlah kuharapkan duhai
sahabat yang kusanjung pengkongsian ilmumu. Dan Moga Allah membalas
segala budi baikmu .... baik didunia mahupun di akhirat. Amin.
5 hours ago · Like · 2 people

Urangbanjar Sedunia:

Insyaallah, wahai sahabatku. Aku akan melayari bahasa hatimu yang
harum semerbak, yang mengangung-agungkan-NYA dari bibir dikau yang indah.
Aku akan hayati kata-kata dikau untuk-Nya.
5 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih sahabatku...kutunggu pendapatmu mengenai karya-karyaku
duhai penyair tersohor Indonesia yang dikagumi seluruh rakyatnya!
Termasuk aku di sini...
5 hours ago · Like · 1 person

Jaya Ramba Wulan:

aku ingin tulis puisi, dengan hati semurni, mesti aku tulis sajak,
dengan amanat cerita bergerabak, menulislah jemari, dengan pasti,
dengan erti
4 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Kuingin menyampaikan serangkap pantun buatmu Saudara Jaya Ramba Wulan
mengenai buku karyamu dengar ye kalau sudi dengar:

Biarpun karyamu dalam Bahasa Dayak tapi mengujakan,
Bertambah hebat jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia;
Keranamu nama Malaysia dalam kehebatan,
Usahamu rakyat Malaysia akan berbangga.
3 hours ago · Like · 1 person

Jaya Ramba Wulan Ya rabeah yang kukenal, berkarya yang dicinta,
manusia jadi penyabar, baru kita boleh dipuja
3 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Sabar itu amalan yang terpuji,
Bila dipuja mengasyikkan diri;
Berbangga itu mahu dijauhi,
Akan termusnah amalan merosakkan hati.
about an hour ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011
0 comments

SYUKURKU ATAS KURNIAANNYA

NAGA PAMUNGKAS:

Penyair kebanggaan Malaysia, Insya-Allah Indonesia.
Penyair yg sudah matang
Moga ALLAH Redha: Yang Aku Cari
mogaallahredha.blogspot.com
8 hours ago · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead, Naga Pamungkas and 2 others like this.


Naga Pamungkas:

Untuk memberi coment terhadapi syair ini pun aku tak sanggup
8 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Tiada apa yang dapat kulafazkan hanya mengucapkan Syukur
kepadaNya yang telah menganugerahkan KurniaanNya yang amat
berharga dunia dan akhirat untuk dikongsi bersama pembaca
alam maya di serata dunia.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011
0 comments

MOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN PUTERI SULUNGKU

Setiap kali puteri sulungku keluar rumah mencari rezeki dia
akan salam tanganku dan mengucup dahiku.

"Ibu doakan Zana ye...ibu...mana tahu ada yang berminat mengambil
Takaful Etiqa dengan Zana," kata Zana bersungguh-sungguh.

"Ya Allah Kau berikan rezeki yang berkat melimpah ruah kepada anakku
dan dengan rezeki yang berkat itu dapat mendekatkan dirinya kepadaMu .
Insya-Allah kita sekeluarga dapat hidup bahagia di Syurga.
Amin Ya Rabbal A'Alamin."

Aku selalu berpesan kepada puteri sulungku.

"Zana...Tuhan itu Maha Kaya biarpun hari ini kita diuji dengan kemiskinan...
sabarlah ye...mana tahu esok lusa diberikan kekayaan tapi yang amat ibu
takuti jika Allah uji dengan kekayaan kita lupa diri macam mana?

"Ya Allah jika kekayaan itu membuatkan aku lupa padaMU... aku rela begini
sehingga ke hujung hayatku... biarlah kami sekeluarga dipandang hina
oleh manusia kerana tidak mempunyai apa-apa ...hidup sederhana. Yang paling
aku takuti apabila di akhirat nanti aku dipandang hina olehMu Ya ... Allah."

Dengan linangan air mata aku berkata dengan puteri sulungku.

"Biarpun Allah tidak memberi ibu harta yang banyak...tapi Allah itu Maha Kaya...
Dia berikan ibu rezeki ilham yang melimpah ruah...ibu amat mensyukuriNya kerana
apa yang ingin ibu dapatkan sesuatu ilham Dia akan beri dalam kadar yang segera,
nak ikutkan logik memang tak lojik kerana ilham yang datang itu selalunya di luar
batas kemampuan ibu untuk memikirkan. Bagi Allah tiada yang tak logik jika Dia
menginginkan sesuatu . Aku amat berterima kasih dan bersyukur kepadaMu atas
KurniaanMu padaku."

Zana kau anak yang baik...sanggup hidup susah senang bersama ibu. Memahami
apa yang ibu minat dalam hidup ini.

Yang lucunya bila pena ibu kehabisan dakwat dan kehabisan kertas untuk menulis ...
kau segera membelinya ..biarpun sumber kewanganmu amat terhad. Terima kasih anakku.
Bersyukur ibu dikurniakan Allah anak sebaikmu.

Kerana kebaikanmu itu...ibu amat terharu dan amat menyanjung tinggi...
Ibu doakan Allah akan membalas segala kebaikanmu itu dengan dimurahkan rezeki
melimpah ruah yang berkat-berkat, berjaya segala cita-citamu dan kita sekeluarga
mendapat balasan Syurga. Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Athaya Nabila, Mai Az, Abdul Razak Khasbullah and 3 others like this.


Poul Nanggang:

Doa dari seorang ibu.... pasti akan digenapi oleh yang ada di atas.
July 19 at 9:33am · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih kawanku atas perhatianmu. Kudoakan Tuhanku memberi
Nur Hidayah KasihNya padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 19 at 10:08am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Hatiku gembira dapat seorang kawan,
Namanya Poul Nanggang seorang budiman;
Kami mempunyai minat seiringan,
Penulis yang tak bernama tapi mahu menabur kebaktian.
July 19 at 10:16am · Like · 2 people     

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Bunga Seroja sahabat setiaku,
Kerana tidak jemu memberi sokongan padaku;
Biarpun di alam maya kita bertemu,
Moga hatimu hatiku Allah Merestu.
July 19 at 10:21am · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Rans Romeo sahabatku,
Kau pencetus ilhamku;
Sokongan darimu tak pernah jemu,
Moga Allah membalas segala kebaikanmu.
July 19 at 11:39am · Like


Abdul Razak Khasbullah Semoga sukses dan bahagia sekeluarga
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 19 at 12:15pm · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih YB Abdul Razak Khasbullah sahabatku,
Pemimpin berjiwa rakyat idola semua;
Kepimpinanmu menjadi inspirasi dalam karyaku,
Ilmu kepimpinanmu dapat dikongsi semua.
July 19 at 1:38pm · Like


Abdul Razak Khasbullah Amin yarabal alamin.....
July 19 at 4:51pm · Like

Bunga Seroja Amiiin.
July 19 at 10:41pm · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih Mai Az sahabatku,
Kerana sudi berkongsi rasa kalbuku;
Terkeduku membaca puisimu,
Moga persahabatan kita Allah Merestu.
July 20 at 12:14pm · Like · 1 person


Athaya Nabila:

semoga bunda sekeluarga selalu sehat dan bahagia,,,,
salam sayang nanda untuk bunda,,,
July 22 at 12:33am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih nanda Athaya Nabila,
Kerana sudi doakan bunda sekeluarga;
Sayang nanda disambut dengan air mata,
Terharu bunda dikurniakan nanda hatinya mulia.
July 22 at 4:16am · Like · 1 person

Athaya Nabila Terima kasih bunda..
July 22 at 9:07am · Like


Abdul Razak Khasbullah Anak yang solehah.....amin.
July 22 at 10:21am · Like


Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 22 at 10:24am · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
22 Julai 2011
0 comments

PANTUN TAKAFUL ETIQA INSANI

Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam  sejahtera para hadiran;
Saya  Zana perunding  Takaful Etiqa,
Moga  fahami saya terangkan.

Takaful Etiqa  sudah diyakini,
May Bank  rakan kongsi;
Jenama  Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.

Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.

Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.

Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.

Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.

Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.

Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.


Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik  daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.

Hari ini kita sihat,
Esok hari  kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.

Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.

Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat  adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.

Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka  menjadi ahli Etiqa.

Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.

Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna  menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.

Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.

Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding  Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.

Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.

Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.

Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda  terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim  tidak terhenti.


Karya:  Rha NS
        25 Mei 2011
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa
moga berjaya dunia akhirat.  Amin  Ya Rabbal A’ Lamin)



 
0 comments

KEJAYAAN EMPAYAR PERNIAGAAN DATUK JEM

DATUK JEM:

Salam..Atas sefahaman yang dijalinkn antara saya dan Datuk Md Jeffry,
akhirnya kami mendapat kata putus untuk memulakan Empayar perniagaan
atas nama Syarikat.Mustwin Steel Kitchen Equipment S.B Satu-satunya syarikat.
bumiputera yang akan memulakan operasinya di Tawau,Sabah Saya mengalu-alukan
dan mengutamakan belia warga Sabah yang berkemahiran bidang tersebut untuk
sama-sama memajukan MSKE
SB. Muga apa yang dirancang mendapat keberkatan
dari Allah swt dan sokongan dari anda semua.
6 hours ago · Like ·

Datuk Mohd Jeffry Rosman, Adie Adnan and 12 others like this.


Beby BebyBie Bieyana II Prniagaan apa? :)
6 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem:


Kilang membuat peralatan dapur berasas kan keluli tahan karat.
6 hours ago · Like · 2 people


Eda Ramly Whatever it is...aminnn,..congratulati?ons and all the best...
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Thanks Eda...
6 hours ago · Like · 1 person


Beby BebyBie Bieyana II oh good luck ya & welcome to tawau :)
Kampung saya tu..hehhe
6 hours ago · Like


Datuk Jem Thanks Beby...U tingal kat aisbox?
6 hours ago · Like
|

Eda Ramly you deserve it dato..


Beby BebyBie Bieyana II datuk :tidak :) saya tinggal kat tempat
lain tapi memang kat tawau..but now kat kk :)
6 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem Oh...Nanti lepas Raya tabur bakti kat tawau ya.
Tak payah dok jouh di kk.
6 hours ago · Like


Beby BebyBie Bieyana II alamak...mana bolehlah datuk..
demi mengejar cita-cita haruslah tinggalkan tawau
:)) mana tahu ada rezeki pergi kl lagi..heehhee
6 hours ago · Like · 1 person


Nur Cahaya Congratz ya..Semoga sukses selalu...
6 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem Thanks Nur...
6 hours ago · Like · 1 person


Nur Cahaya Camana lah agaknya Tawau sekang ye..Walaupun
Nur lahir kat Tawau tapi dah lebih 20 tahun tak melawat tawau...
6 hours ago · Like


Datuk Jem Tawau sudah maju Nur dan akan bertambah maju lagi
apa bila kilang keluli bertapak di tawau...Nur lahir kat kg aisbox ke?
6 hours ago · Like


Nur Cahaya Tak Datuk Jem..Nur lahir kat Tg Bt Darat Tawau..
Nur pernah sekolah dekat batu 4 tak jauh dri Kg aisbox tu..
6 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Tahniah! Datuk Jem dan Datuk Md Jeffry atas Empayar Perniagaan itu.
Didoakan moga berjalan lancar dan berjaya dengan cemerlangnya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

'KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU KEBAHAGIAN SEMUA WARGA BELIA
DI SABAH YANG BERKEMAHIRAN '
6 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem Saya lihat dan apa yang saya dengar perkampungan Aisbox
begitu unik,lebih-lebih lagi ada gado-gado resepi turun temurun begitu
sedap dn enak
6 hours ago · Like · 2 people


Datuk Jem Terima kasih Rabeah...Kerjaya untuk semua warga Sabah.
6 hours ago · Like


Kamariah Binti Abu Kassim:


Alhamdulillah, berkat usaha datuk selama ini telah menampakkan
hasil dan moga dengan perancangan meluaskan empayar steel di sabah
ni bisnes datuk bertmbah maju...amin.
6 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem Amin...Terima kasih Kamariah,saya akan membuktikan
anak kelahiran Teluk Intan Perak yang satu ketika dahulu yang
suka terjun sg perak akan dapat menabur bakti di Tawau setelah
saya jatuh cinta pandang pertama....
6 hours ago · Like · 1 person


Dato Seri Zaleey Jazz:

Salam datuk jem, saya amat berterima kasih banyak atas layanan datuk
terhadap saya dan datuk mohd jeffry dalam beberapa hari lepas....
Dan sya amat brsyukur dapat berkenalan dengan datuk jem saya
juga sebagai warga sabah biarpun sya bukan warga tawau amat mengalu-alukan
atas kerjasama datuk dan mmberi kepercayaan penuh terhadap bumiputra sekaligusnya
warga tawau untuk mnerajui empayar ke tawau dan insyallah sekiranya saya diberi
peluang untuk mnceburi bidang ini akan saya laksanakan sebaik mungkin
mudah-mudahan atas niat ikhlas dan usaha bersama moga sukses di sabah datuk jem...
6 hours ago · Like · 1 person


Kamariah Binti Abu Kassim:

Yer datuk, semangat yang kuat dapat membuktikan anak kampung seperti
datuk boleh maju dan terus maju. saya mendoakan kesejahteraan buat
datuk sekeluarga....sebagai ank teluk intan, saya juga tumpang gembira
dengan kejayaan datuk
6 hours ago · Like · 1 person


Salasiah Ibrahim congrats and well done
5 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem:

Waalaikumsalam Datuk Seri...Saya pun mengucapkan ribuan terima kasih
atas kesudian Datuk seri Dan Datuk Mohd Jeffry datang ke Kilang saya
di Kuala Selangor.Bagi saya apa yang sy terima layanan semasa saya
di Tawau tempohari tak sama dan tak dapat saya balas semasa
Dato Seri dan Datuk Mohd Jeffry masa Di KL...
5 hours ago · Like


Sofia Salleh Congratulations Datuk......semoga lebih maju dan berjaya
5 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem Terima kasih Sofia...
5 hours ago · Like



Rabeah Mohd Ali:

Bersyukurlah banyak-banyak Datuk Jem sahabatku,
Dikelilingi rakan-rakan dan rakan perniagaan yang menyokongmu:
Kukagumi usahamu yang tak pernah jemu,
Untuk majukan diri dan menabur budi kepada warga belia Tawau.

Perjuanganmu tak pernah terhenti,
Biarpun tsunami datang membadai:
Kau tetap berdiri teguh dengan berani,
Membina Empayar Perniagaan disegani ramai.

Pantaslah kau beroleh kejayaan,
Kerana usahamu tak kenal erti kalah;
Semangatmu penuh perjuangan,
Moga Empayar Perniagaanmu berdiri Megah!Gagah Teguh!

Ku yang jauh di sini tersenyum penuh kesyukuran,
Kerana meraikan kejayaan sahabatku;
Datuk Jem yang berhati budiman,
Seorang ahli perniagaan idolaku.
5 hours ago · Like · 1 person


Datuk Jem:


Alhamdulillah Rabeah kerana menyokong dna memberi penuh
semangat terhadap ku.Insya-Allah'Saya tetap perpegang dan memijak
pada bumi nyata.Hati dan seluruh tubuh ku tetap berpegang setiap
apa rezeki ku miliki adalah milik Allah, saya hanya meletakan
semua itu hanya amanah Allah yang Allah beri kepercayaan untuk
menjalankan amanahnya...
4 hours ago · Unlike · 1 person


Adie Adnan:

tahniah dan syabas datuk..mengorak langkah denan bija nya sekali..
saya doakan semoga usaha sama ini mendapat kebaikan bersama..amin
4 hours ago · Unlike · 2 people


Datuk Jem :

Terima kasih Tuan Adie...sokongan dari kawan-kawan penting bagi
saya kerana itu salah satu menaikan semangat saya lagi....
4 hours ago · Unlike · 2 people


Jeliha Mohd Hassan amin.....tahniah DJ....semoga d berkati allah selalu...
4 hours ago · Unlike · 2 people


Datuk Jem Terima kasih jeliha....Sama2 kita berdoa.
4 hours ago · Unlike · 1 person


Adie Adnan:

Sama-sama Datukk...saya pun turut bangga kerana saya berada
di MVSB secara tidak langsung MVSB melangkah 1 tapak lagi
kehadapan dengan ada kerjasama dengan syarikat datuk..
insyallah saya akan cuba membantu pemasarannya d sdkn pulak
 kerna perkara ini telah pun d maklumkan dgn sya semasa
DMJR dtg ke sdkn baru2 ini kemungkinan besar sdkn buat
showroom utk proudak tersebut...
4 hours ago · Unlike · 1 person

Datuk Jem Ya,sy pun sudah dimaklum kan hal ni oleh DMJR semasa
DMJR di KL semalam.Bukan di sdkn shj kemungkinan di Lahat
Datu,KK dn beberapa tempat lagi...
4 hours ago · Like


Adie Adnan :

ya dtuk itu perancangan DMJR semasa kami sembang d sdkn baru2
ini sebelum beliau ke KL bertemu dgn dtuk...so sya memang terasa
teruja dgn khabar baik ini sya juga mengucapakan terima kasih
yg tak terhingga dgn dtuk kerna memberi kepercayaan kepada
DMJR serta peluang ini secara tidak langsung kepada belia2
d sabah...insyallah sya hanya menunggu arahan dari DMJR utk
pengambilan printis belia2 d sdkn utk d htr kursus ke kl
dlm bidang ini...
4 hours ago · Like · 1 person


Xela Staillox tahniah datuk,sy blh tlg cr pekerjanya datuk..........
4 hours ago · Like


Datuk Mohd Jeffry Rosman:


Salam Datuk, amin ya rabbil alamin..semoga semua kita mendapat
hidayah dan petunjuk kebaikan bersama ...terima kasih Datuk Jem
kerana sudi berkalobarasi dalam usaha baik ini..
3 hours ago · Like · 2 people


Datuk Jem Wa'salam Datuk...Sama2 kita mengapai 1impian dlm bidang
keluli di Tawau....
3 hours ago · Like · 1 person



Rabeah Mohd Ali:

Syabas! Kukagumi...kalian semua memanglah berjiwa usahawan
yang dermawan, budiman ,kreatif dan patriotik! Jiwa-jiwa usahawan
beginilah yang akan menaikkan nama negara ke persada antarabangga
Insya-Allah! Malaysia pasti berbangga dengan usahawan yang
terbilang berjiwa patriotik!

'KEJAYAANMU KEJAYAAN UNTUK MALAYSIA'
3 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011
 
;