Saturday 18 April 2020 0 comments

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (297) 'KEBAJIKANKU MOGA ADA PAHALA BUAT IBUKU' USTAZ EBIT LEW


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (297) 'KEBAJIKANKU MOGA ADA PAHALA BUAT IBUKU' USTAZ EBIT LEW 
Ebit Lew
Pohon doa semua yer..nak rehat dulu. Orang tanya saya kenapa ustaz buat semua ini. Syukur semuanya kerana Allah. Cuma nak Allah sayang. Allah sayang. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Dulu-dulu saya susah. Kadang ada orang selit rm2 dalam poket. Rasa happy sangat. Selalu lapar dan susah. Satu hari Allah beri rezeki saya mencurah-curah. Duit gaji pertama saya beri pada mak ayah saya. Setiap bulan saya beri pada mak semuanya di kampung. Mak ingat saya ada duit lain. Dulu selalu tidur masjid jer. Saya selalu menangis bila lapar tapi saya doa hidayah. Menangis kuat-kuat dalam doa minta hidayah. Best menangis dalam doa. Nikmat rasanya. Ubat bila sedih dan penat. Mak selalu cakap dulu ada orang sayang kita,sekarang giliran kita sayang orang lain. Takper orang buat kita, jangan kita buat orang
Masa kahwin pun susah. Duit beli susu anak pun selalu takde. Kasihan bidadari saya. Betul-betul susah. Terima kaseh bidadariku.
Satu hari Allah beri rezeki. Perniagaan Restoren Paramount Coffee House mencurah-curah rezeki. Dapat buka 3 cawangan. Tidaklah banyak tapi dah terlebih untuk saya. Banyak sangat dah saya rasa. Saya tulis 9 buah buku motivasi kekeluargaan dan doa-doa. Syukur semua buku tu laris bertahun-tahun. Ada buku walau dah 4 tahun masih dalam top 10 best seller. Begitu juga butik Jubah saya elews Design. Laku jer jubah. Begitu juga program Training Motivation dan seminar yang saya adakan. Boleh kata setiap hari ada program seminar. 3hari jer rehat duduk rumah dalam sebulan. Saya mula melabur sedikit sebanyak sana sini. Kini pun 56 kakitangan tetap saya semuanya cuti bergaji lagi.
Saya dari dulu buat kerja khidmat masyakat ini dari umur 12 tahun kerja dakwah dan khidmat masyarakat masuk pedalaman menyebarkan kasih sayang dan mengajak kepada kebaikan dan Jamu orang makan. Sabtu Ahad dan cuti sekolah tak pernah duduk rumah. Cuti sekolah sebulan duduk di pedalaman, hutan,gunung ya ng ada manusia. Berkongsi rezeki dan nasihat yang baik. Seronok masa tu baru benar-benar belajar Islam,solat dan akhlak Nabi saw. Menangis jer dengar cerita Nabi saw. Akhlak dan baiknya Nabi saw. Nabi saw nak semua manusia bahagia dan berjaya. Nabi benar-benar merasai setiap kesusahan orang lain.
Beberapa tahun ini lebih aktif dengan anak jalanan,club malam,anak muda motor, dan semua jenis golongan yang orang anggap teruk. Mereka cuma anak baik yang rindukan kasih sayang dan nasihat yang baik. Gembira buat semua tu. Itulah cita-cita saya semenjak kecil nak belajar akhlak Nabi saw. Cinta sayang pada Nabi saw. Nak sambung usaha Nabi saw.
Saat covid 19 ini pula betul-betul buat saya sebak risau. Rasa inilah waktunya gunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang Allah beri pada saya. Diri,harta,masa semuanya milik Allah. Mungkin cuma sekali ini peluang Allah beri pada saya. Siapa tahukan. Syukur ramai juga kawan-kawan dari merata tempat bersama saya dengan doa, sokongan, tenaga dan juga wang ringgit. Dari pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Biarlah kita semua menjadi sebuah keluarga da satu hati ini akan menarik rahmat Allah. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Semoga Allah angkat covid 19 ini.
Terima kaseh Allah. Berkat doa arwah mak yang saya cintai. Rindu dekat mak sangat. Rindu ayah dekat kampung lamanya tak jumpa. Bidadari saya dan mertua saya. Bidadari saya kini sentiasa ada bersama saya. I love u bidadariku sayang. Rindu anak-anak dekat rumah. Kasihan diaorang. Doa adik beradik dan doa semua sahabat di media ini. Sampai sekarang bila ada kebaikan selalu fikir ini mesti doa mak. Doa sesiapa yang baik. Jika sedih atau penat saya niatkan pahalanya untuk arwah mak yang saya rindui dan sayangi. Terima kaseh semua guru-guru saya yang selalu doakan saya
Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat-ebitlew

USTAZ EBIT LEW
Ustaz Ebit Lew
kau insan pilihanNya
berbakti tanpa lelah
tidak kira di mana-mana
terus berbakti
menghulurkan bantuan
pada mereka tanpa
mengira agama dan bangsa
pelbagai bangsa kau bantu
Ustaz Ebit Lew
bagimu semuanya saudara
yang kau sayang
kerana Allah Taala
bakti yang diberikan
bukan untuk dipuji
jauh sekali untuk dibalas
Ustaz Ebit Lew
menyapa ramah
bertanya kabar
memberi makanan
dan wang
sebagai hadiah
tanpa rasa kerugian
memberi terus memberi
kesusahan dan kesulitan
saudaramu ingin kau bantu
semampu daya
mereka menangis sendu
terharu terima bantuan ikhlasmu
bagaikan mimpi di siang hari
dengan kehadiranmu
meringankan beban yang ditanggung
Subhnallah
akhlakmu
akhlak Rasulullah
menyayangi semua
ikhlas kerana Allah
Ustaz Ebit Lew
moga jerih perihmu
segala pengorbananmu
dalam berdakwah
dibalas Syurga Firdaus tertinggi
oleh Robbul Izati
bersama ibu, ayah,
seluruh keluargamu tercinta
dan bersama muslimin muslimat
yang kau anggap saudaramu
menjadi penghuni Syurga
itulah matlamatmu dalam berdakwah
Ustaz Ebit Lew
moga segala niat suci murnimu
indah akhlakmu
seindah akhlak Rasulullah
berdakwah penuh
rasa kasih sayang sejati
setiap kata-katamu
butiran hikmah
untuk dijadikan pedoman
hidup di dunia dibawa ke akhirat
agar bersama menuju Jannah
Insha Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)


Sebak bila ramai pm saya tentang pakcik ini tengah malam. Tidur tepi jalan tiada duit dan tempat tinggal. Seorang adik Nazira baik hati jumpa dan belanja pakcik ini kfc dekat sunway putra mall. Pagi esoknya terus saya bergegas cari pakcik ini.
Pak Long selepas Isterinya meninggal, terus ke kl cuba mencari rezeki. Sewa bilik dekat kl. Dah lama tak mampu bayar. So dah takde bilik untuk tinggal. Sekarang tidur merata-rata dijalanan dan kadang menumpang rumah kawannya yang oku. Dia tak nak ke rumah gelandangan dan kebajikan. Katanya saya nak terus berusaha sendiri walau apapun.
Saya terus bawanya ke bilik yang dia berhutang lama tu dan tengok bilik tu. Tandas dekat luar. Ada bilik lain disitu. Saya terus call owner dan dia kata Pak Long tu baik. Tapi dah lama sangat. Saya faham yerlah kita semua cari rezeki. Saya pun minta no akaunnya dan bayarkan semua hutang bilik tu dan minta lepas ni saya bayarkan je bulan-bulan selagi pakcik nak duduk situ. Owner tu happy. Pak long terus menangis terharu masa saya cakap dengan owner tu.
Syukur pak long dah ada rumah. Saya dah beri belanja untuk berehat sampai habis tempoh pkp ini. Masa menangis pak long kata selalu orang tanya khabar simpati. Saya ingat dah takde orang boleh bantu saya. Saya malu rasa ustaz baik sangat tolong macam ni. Takper pak long. Allah yang sayang pak long. Jaga solat dan teruskan buat kebaikan. Masa tu saya pun sebak dan tahan je menangis. Senyuman tangisan itu buat saya rasa lega. Walau ada lagi beberapa kes lain nak tengok. Ya Allah terimalah semua ini.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb 8603546376
Tonton bersama dengan rakan atau dengan kumpulan
KEBAJIKANKU MOGA ADA PAHALA BUAT IBUKU
Sebak bila hantar sedikit bantuan. Ribuan nama saya dapat. Satu rumah saya pergi sampai-sampai tengok abang dan kakak ni oku. Terus menangis dapat jumpa mereka. Mereka kenal saya. Ustaz dah kurus. Selalu dengar ceramah ustaz. Mereka ajak bergambar. Ya Allah sebak. Terus balik tu saya minta senarai mereka yang susah senarai oku dari jawi. Macam manalah keadaan mereka sekarang yer. Yerlah bantuan zakat mesti ada tapi fahamlah dunia hari ini semuanya perlu belanja.
Excited 20 rider grab memang kerja hari-hari bawa motor. Upah adik-adik ini semua tolong hantar ke pintu rumah masing-masing. Seronok adik ini dapat buat kerja amal. Yang dah dapat semalam dengan hari ini katanya cepatnya sampai baru mesej tadi detail. Ya Allah tuhanku rasa sedih sangat sebab ramai memerlukan
Doakan yer nak cuba bantu setakat yang boleh dengan izin ALLAH. Dah dapat senarai dari jawi. Terima kasih. Doakan ye jangan biar satu keluarga pun lapar sampai tiada makanan asas. Jika kita tidur kenyang jiran lapar, apa nak jawab di akhirat nanti. Dah order banyak jika habis akan order lagi. Pohon doa semua ye.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb 8603546376

Komen
  • Zamilah Mat Yaman Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, moga Ustaz terus sihat utk berbakti je jalan Allah 😃😃
    1
  • Yusniszam Yussof Alhamdulillah..smoga ustaz sntiasa di limpahi rzki dri Allah..amiin
    1
  • Jurah Husin Alhamdulillah...trima kasih ya Allah ,moga team ustaz selalu di berkati ...
    1
  • Sen Niey Semoga murah rezeki ustaz ya
    1
  • Pak Dham Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, moga Ustaz terus sihat utk berbakti je jalan Allah 😃😃
    1
  • Azha Ha Subhanallah ustaz,, semoga ustaz di limpahi rezeki di panjangkan umur dan di hadiah Allah SWT syurga yg paling indah buat ustaz sekeluarga dan ibu bapa ustaz,,aamiin
    1
    • Suka
    • Balas
    • 15j
  • Narizan Jusoh subhanallah ustaz,bagusnya semugo dimurahkan rezeki



Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)








HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                             
19 April  2020 
 
;