Monday 31 December 2018 0 comments

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (4) KEJAYAAN DI DUNIA MEMBAWA KEJAYAAN KE AKHIRAT

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (4) KEJAYAAN DI DUNIA MEMBAWA KEJAYAAN  KE AKHIRAT
Barcelona-based photographer Xavi Bou making the invisible, visible.
Perihal laman web ini
NATIONALGEOGRAPHIC.COM
A photographer captures the paths that birds make across the sky.

KENANGAN SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK RATU RIMBA NIAGARA
"Kunta Kunte setiap pagi memberi sekuntum bunga kepada Ratu Rimba Niagara agar sentiasa semangat untuk berkarya. "
setiap pagi hulubalangku
si kunta si kunte
memetik mawar merah
di taman istana
Ratu Rimba Niagara
mereka berdua berebut-rebut
memberikan mawar merah padaku
katanya
"Ratu....kami akan setiap pagi
memberikan mawar merah untuk ratu...
sebagaimana wanginya mawar merah ini
begitu jugalah ikatan rakyat rimba dan ratu
sentiasa mewangi di hati
bahasa yang wangi
hati yang wangi
sewangi Syurgawi
andai suatu saat nanti kami tidak dapat
memberikan mawar merah lagi
ratu tetap juga sayangkan kami ya
jangan lupakan kami ya...
kenapa tuan hamba kata begitu
duhai hulubalangku
kunta kinte yang sentiasa menyayangi beta...
tidakkah ratu tahu
setiap yang hidup pasti akan mati
hari ini kita hidup
besok belum tentu hidup
mati itu pasti
tapi tak tahu bila
bila-bila boleh mati
mati itu seperti di balik tabir
begitu dekatnya kematian bagi kita yang berhidup
andai kami tiada lagi di dunia ini
ratu jangan bersedih ya...
percayalah kasih sayang dan rindu ratu pada kami
akan kami bawa bersama....
Dengan tangisan hiba Ratu Rimba Niagara berkata...
Duhai hulubalangku yang kukasihi dunia akhirat...
kasih sayang kita tak akan berpisah
hanya kematian memisahkan kita
andai disuruh buat pilihan
kekayaan dan kuasa dengan kasih sayang kalian
kan kupilih kasih sayang kalian
kerana kasih sayang kalian
tak dapat dibandingkan dengan harta, kuasa atau darjat
kasih sayang kalian setulus ikhlas
tanpa ada pendustaan dalam berkasih sayang...
kerana teralalu kasih dan sayang
pada kalian berdua
biarlah beta yang mati dulu
agar beta tak terseksa
menanggung rindu atas
kehilangan kalian berdua nanti...
andai itu takdirnya beta redha
moga Allah memberikan kekuataan untuk menerima
kenyataan ketiadaan kalian ...
Si kunta si kunte tidak tahan sebak di hati...
Ratu...hidup kita ini semuanya sudah ditentukan...
sudah ditentukan kita ditemukan
walaupun kita berlainan takdir
tapi bila Allah Kehendaki
Allah tentukan kita bertemu
walaupun Ratu manusia kami haiwan
Atas Rahmat Kasih-Nya Allah
kita ditemukan ratu....
pasti ada hikmah-Nya...
maka dengan rasa saling mensyukuri
Kurniaan Allah ...kita hidup dalam berkasih sayang sejati
seluhur ketinggian budi
seindah bahasa-bahasa
yang menenangkan roh dan jiwa
komunikasi yang indah
membuatkan kita sentiasa hidup
dalam bersemangat
untuk saling berkorban
menabur bakti kepada semua rakyat rimba niagara ini
tanpa tiada sesiapa pun yang dilupakan
semuanya dihargai dan disanjungi setulus hati
saling berkasih sayang
saling berkorban untuk membalas kebaikan
sentiasa berbakti seolah esok hendak mati
itulah yang membuatkan hati kita sentiasa hidup ratu...
itulah falsafah membuatkan
sentiasa menjaga hati
agar tak terlara hati
yang ada
sayang...sayang...sayang...
kasih...kasih...kasih...
sayang dan kasih sepenuh hati sampai ke mati
dengan niat dan harapan
kasih nan suci murni ini
ingin di bawa sampai ke Syurga...
doakan kami ya ratu
moga kita dapat bertemu di Syurga...
kami yakin di Syurga nanti
apa-apa saja bisa
walaupun di dunia ini kami haiwan
atas kehendak Tuhan kami boleh menjadi
bidadara atas fisabilillah kami membantu ratu tika di dunia dulu...
kami yakin itu ratu...
ratu juga yang ajar kami
ilmu fasakkan tauhid kepada-Nya
terima kasih ya ratuku
ratu pujangga dunia akhiratku
yang dikasiihi dunia akhirat...
Mendengar kata-kata si kunta si kunte
serasa terkunci mulutku
hujahannya dalam ilmu tauhid
begitu tinggi hingga aku terkedu
andai benarlah mereka yang akan pergi dulu
daripadaku...moga Allah berikan kekuatan aku
menerima takdir dengan redha atas kematian mereka nanti...
Sudah sepurnama mereka hilang
di lautan cinta ombak rindu
tika mencari mahkotaku yang hilang
di pukul ombak ....
hari-hari aku berendam air mata
seolah tidak menerima hakikat kehilangan mereka berdua
tanpa dikesan...
puas dicari namun tidak juga ketemu
duniaku yang dulunya berpelangi cinta
bertukar menjadi gerhana duka
hatiku pilu bagaikan kaca terhempas di batu
Kerana percaya ini semua atas Ketentuan-Nya...
kuterima dengan redha...
ini semua adalah qada dan qadar
Seluas mana dan sedalam mana lautan hindi
seluas itulah kasih sayangku pada mereka berdua
moga dengan Rahmat Kasih-Nya Allah...
aku dapat bertemu mereka Di Syurgawi...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin...
Yang Sentiasa Menyayangi Hulubalang Sasteraku,
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL'AWAL 1436H
4 MAC 2015
PAHLAWAN-PAHLAWAN RIMBA PUTERI ARNAB YANG BERJASA
Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit. Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
Sampai di pertengahan bukit si Monggel terjatuh. Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untuk sampai ke kemuncak bukit gagal.
Si Monggel tidak dapat bangun. Dia cedera parah. Cengkerangnya pecah.
“Tolong! Tolong!” jeritnya dalam kesakitan.
Secara kebetulan Noni dan Mona sedang bersiar-siar di situ menghirup udara nyaman.
“Eh! Engkau dengar tak suara meminta tolong?” tanya Noni kepada Mona.
“Iyelah… suara itu di bukit sana!” jawab Mona.
“Mari kita pergi tengok?”
“Aku tak mahulah, kalau engkau nak… kau pergilah,” kata Mona lalu beredar dari situ.
Noni pergi mencari-cari di manakah arah suara yang meminta tolong. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati seekor kura-kura cedera parah.
“Kasihannya… baik aku tolong rawat lukanya,” kata hati kecil Noni.
“Aduh! Sakitnya!” jerit Monggel apabila Noni mencabut cengkerangnya.
“Maafkan aku cengkerang kau ni dah pecah, aku terpaksa menanggalkannya,” kata Noni sambil mengambil sehelai daun lalu ditutup luka yang terdedah.
Noni membawa Monggel di sebuah gua. Noni tinggal bersama rakannya Mona.
“Siapa yang kau bawa ni Noni? Eh! Gelinya aku tengok lukanya tu, nak loya aku,” kata Mona dengan sombongnya.
“Dia perlukan bantuan kita. Biarlah dia berehat di sini sementara lukanya sembuh. Kau jaga dia sekejap ya… aku nak panggil doktor.”
“Eh! Engkau ni buang masa aku aje. Lebih baik aku bersiar-siar daripada menjaga si hodoh ni,” kata Mona.
“Engkau ni… memang tak boleh tolong sikit. Ini hari dia malang… esok mana tahu kita pulak? Jadi kita harus tolong menolong,” nasihat Noni.
“Engkau ni memang dari dulu lagi suka tolong kawan. Engkau susah ada ke kawan-kawan tolong?”
“Aku menolong kawan bukanlah harapkan balasan. Tak macam engkau, ada ubi ada batas, ada hari pasti dibalas.”
“Zaman sekarang ni… kalau tak harap balasan…hai sampai bilapun menanggung rugi.”
“Malas aku nak layan kau ni! Dari dulu lagi asyik dengan ego kau aje. Baik aku pergi panggil doktor.”
Noni pergi memanggil doktor untuk merawat Monggel.
“Lukanya parah… kalau tidak dirawat, dia akan lumpuh buat selamanya.”
“Habis macam mana untuk meyelamatkannya?” tanya Noni.
“Untuk tumbuhkan semula kulit cengkerangnya, sedikit bulu biri-biri kau tu hendaklah ditampalkan ke kulit yang luka,” jelas doktor Marina seekor monyet betina yang mempunyai ijazah kedoktoran.
“Berilah saya tempuh dua hari untuk saya berbincang dengan kawan saya.”
“Kalau kamu sudah buat keputusan datanglah ke klinik saya. Saya harap jangan terlalu lama, dikhuatiri kura-kura ini akan mati nanti.”
“Baiklah doktor.”
Malam itu Noni berbincang dengan Mona.
“Mona aku nak minta tolong dengan kau sikit boleh tak?”
“Cakap ajelah!” kata Mona.
“Begini… aku sebenarnya hendak mendermakan bulu aku kepada kawan kita yang malang ni, tapi aku tak boleh berikan kerana bulu-buluku tidak akan tumbuh semula malah akan mengidap sakit kulit yang berpanjangan. Apa kata kau derma sedikit bulu kau tu kepadanya?”
“Kau sedar ke apa yang kau cakap ni?” tengking Mona.
“Tak boleh ke kau berkorban sedikit demi seorang kawan? Kau takkan rugi kalau kau berbuat baik sesama kita.”
“Walau apa pun yang kau kata, aku tetap dengan keputusan aku, jangan haraplah aku nak derma, walau sehelai bulu pun,” kata Mona dengan sombongnya.
Noni kecewa dengan sikap tamak sahabatnya Mona yang sedikitpun tidak rasa belas kasihan terhadap si Monggel yang malang itu.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan terpaksa menanggung sakit kulit yang berpanjangan, Noni mendermakan sedikit bulunya kepada si Monggel.
Setelah luka yang ditampal dengan bulu biri-biri, si Monggel kian hari kian sembuh. Dia boleh berjalan semula. Cengkerangnya tumbuh semula tetapi lebih cantik daripada dahulu. Kalau dahulu warnanya kehitaman tetapi sekarang berwarna kelabu seperti warna bulu si Noni.
“Wah! Sekarang kau dan sihat dan cengkerang kau pun dah tumbuh semula. Bertambah cantik dari dulu,” kata Noni dengan penuh gembira.
“Kalau tak kerana engkau, aku tak sesihat dan secantik ini Noni,” kata Monggel mengingatkan tragedi malang yang menimpanya dahulu.
Semenjak Monggel sihat dan cantik barulah Mona ingin berkawan dengan Monggel.
“Monggel mari kita pergi bersiar-siar di rimba sana. Hari ni ada pesta besar-besaran. Semua penghuni rimba bersuka ria,” kata Mona dengan suara yang lembut.
“Tak boleh aku dah janji dengan Noni, nan temankan Noni pergi menziarahi saudaranya yang sakit,” kata Monggel.
“Ala… biarlah dia pergi sendiri. Pergi tengok keluarganya sakit bukannya seronok… pergi pesta lagi seronok dapat bersuka ria.”
“Betul juga kata kau tu.”
“Jom kita pergi.” Mereka berdua pergi tanpa memberitahu Noni.
Semua yang hadir di pesta memuji Mona kerana bertuah memiliki Monggel yang cantik. Pujian yang melimpah ruah membuatkan Mona dan Monggel lupa daratan.
Mereka berdua hendak berpindah ke gua lain kerana tidak mahu tinggal bersama Noni yang mengidap sakit kulit.
“Kau juga nak pindah Monggel?”Tanya Noni menahan sebak di dadanya.
“Siapa nak tinggal dengan engkau? Nanti penyakit kulit kau tu menjangkit dengan kami pulak!” kata Monggel penuh angkuh.
“Betul kata engkau tu Monggel.”
“Engkau tahu tak Monggel kenapa aku jadi macam ni? Kerana nak menyelamatkan nyawa engkau. Aku sedih! Kecewa! Ini rupanya balasan engkau terhadap aku akhirnya. Kau tahu masa kau sakit dulu, adakah si Mona yang cantik ni menolong engkau? Aku tak sangka, begini rupanya budi kau terhadap aku!” Noni menangis semahunya.
“Ah! Jangan layan si gila ni, mari kita pergi!” kata Mona. Mereka berdua pergi meninggalkan Noni yang dalam kesedihan dan kesakitan.
• * * ************
Tersebutlah kisah seekor biri-biri berbulu emas tersesat di sebuah gua. Gua itu tempat tinggal Noni.
“Hai kawan… boleh aku tumpang berteduh di sini?”
“Boleh apa salahnya.”
“Kau ni macam tak sihat je? Kau sakit ke?” Tanya biri-biri berbulu emas sambil mendekati Noni.
“Jangan dekati aku! Nanti kau menjangkit,” kata Noni dengan nada lemah.
“O…rupanya kau sakit kulit. Sakit kau ni dah teruk? Kenapa kau biarkan?”
“Aku ubat macam mana pun tak akan sembuh.”
“Bukankah setiap penyakit itu ada penawarnya? Kau ni terlalu cepat putus asa…belum usaha lagi sudah mengalah.”
“Engkau fak faham kawan, sakit kulitku ini disebabkan aku langgar pantang larang nenek moyangku iaitu bulu biri-biriku tidak boleh di potong tapi kerana hendak menyelamatkan nyawa kawanku, aku korbankan sedikit buluku untuk menyembuhkan penyakitnya.”
“Sungguh baik hati engkau… mana perginya kawan engkau yang bertuah tu?”
“Dia dah pindah dari sini.” Noni menangis tidak dapat menahan sedih yang bukan kepalang.
“Tak patut dia buat kau macam tu… sepatutnya dialah yang menjaga dalam keadaan engkau yang sakit macam ni? Engkau ni nampak kurus… kau tak makan ke?”
“Aku terpaksa berlapar kerana aku tidak dapat mencari rezeki. Aku tak boleh terkena pancaran cahaya matahari. Nasib baiklah ada sahabatku sang tupai dialah yang bermurah hati memberiku makanan, biarpun dia sendiri juga susah. Apabila dia dapat rezeki lebih… dia beri lebih, budinya tak dapat hendak kubalas.”
“Beruntung kau dapat kawan sebaik Sang Tupai. Zaman sekarang ni… susah hendak cari kawan macam dia. Dah berapa lama kau menanggung sakit ni?”
“Baru enam tahun.”
“Enam tahun kau kata baru?”
“Iyelah hidup aku di gua, apa terjadi di luar rimba sana aku tak tahu.”
“Kasihan kau kerana nak menolong kawan, kau yang menanggung derita.”
“Salah kah aku berbuat baik sesama kita?”
“Salah tak salah tapi sampai diri sendiri merana susahlah, lagipun sahabat yang kau tolong tu tak mengenang budi. Kawan… kerana kejujuranmu sudikah kau menjadi sahabatku? Aku suka berkawan macam kau ni. Dah lama aku mencari kawan yang jujur dan berhati mulia,”
“Aku tak sangka…aku yang berpenyakit ni, ada yang sudi nak berkawan denganku,” kata Noni terharu dengan pengakuan kawan yang baru dikenalinya.
Mulai hari itu biri-biri berbulu emas bersahabat baik dengan Noni. Biri-biri emas bermurah hati mendermakan sedikit bulu emasnya kepada Noni yang mengidap sakit kulit akibat melanggar sumpah.
“Kau tak rasa rugi ke menderma bulu mu yang cantik?”
“Aku suka menderma kerana semakin aku menderma semakin cantik buluku.”
Semenjak menerima bulu sahabatnya itu penyakit yang dihidapi oleh Noni beransur sembuh. Yang anehnya bulu Noni turut bertukar menjadi warna emas seperti warna sahabatnya.
“Marilah kita bersiar-siar, lagi pun kau dah lama tak keluar dari gua ni tentu sekali kau rindukan kehijauan rimba dengan cahaya matahari,” kata biri-biri emas.
Ketika mereka hendak keluar, datang Sang tupai membawa makan untuk Noni.
“Sugi… kau tak kenal aku lagi ke?” Tanya Noni.
“Kau siapa?”
“Takkanlah sahabat baikmu kau tak kenal?”
“Aku manalah ada sahabat secantik dan sewangi engkau? Setahu aku sahabat setiaku hanyalah Noni. Ha… ini makanan yang aku bawakan untuknya. Dah empat hari aku tak datang… kasihan dia.”
“Kenapa kau tak datang?”
“Tempat biasa yang aku cari makan telah terbakar disebabkan kelalaian manusia membuang putung rokok ke rimba. Mujurlah semua penghuni rimba bergotong royong memadamkan api,kalau tidak habislah rimba ini terbakar dan penghuni rimba mati terbakar, kelaparan dan tak ada tempat mencari makan. Sungguh kejam manusia ni. Mereka tidak langsung mempunyai perasaan kasihan belas kepada penghuni rimba. Mereka tak tahu ke yang kita ni sebahagian daripada hidup mereka. Tanpa kehadiran kita tidak lengkaplah hidup mereka. Kalaulah kita bermuafakat untuk membuat serangan kepada mereka tak sampai satu hari matilah mereka,” kata Sang tupai panjang lebar.
“Tak sangka saya awak ni mempunyai pemikiran yang tinggi tapi bagaimana penghuni rimba nak serang manusia dalam masa satu hari?” sampuk biri-biri emas.
“Senang saja kitakan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang ganas, besar, kecil, berbisa waima sebesar hama pun.”
“Bagaimana mereka nak buat?”
“Si Harimau boleh menerkam, si ular mematuk, si monyet boleh membaling, si gajah boleh memijak … itu belum termasuk jenis kecil,” jelas tupai sungguh-sungguh.
“Manusia mempunyai senjata canggih… boleh ke kamu melawan mereka, aku rasa kita yang musnah,” kata Noni ingin menduga sejauh mana kepintaran sahabatnya Sang Tupai.
“Sebelum senjata canggih mereka memusnahkan kita, kawan-kawan kita si tebuan, unggas, kumbang kecil masuk ke lubang telinga manusia. Aku yakin kalau kita muafakat kepada semua penghuni rimba tidak terkecualipun dalam sekelip mata saja manusia akan mati. Tapi kita ada rasa pertimbangan dan kita tidaklah sezalim mereka.”
“Yelah kau ni memang bijak tak sangka aku selama ini sang tupai sebijiak ini. Bertuah aku mempunyai sahabat seperti kau. Idea kau tu memang boleh diguna pakai dan jika manusia masih lagi tidak mahu mengubah sikapnya untuk memusnahkan kita, kita akan bertindak. Mereka ingat mereka bijak tapi kita lebih bijak daripada mereka,” kata Noni penuh semangat.
“Cuba kau terus terang dengan aku kau ni siapa sebenarnya? Kau macam kenal aku je?” Tanya Sang tupai kehairanan.
“Kan aku dah kata tadi ….aku ni Noni sahabatmu.”
“Aku tak percayalah.”
“Iye Sugi… dialah Noni sahabat setiamu…” kata biri-biri emas lalu menceritakan apa yang telah terjadi.
“Sekarang baru aku percaya, Noni syukurlah kau dah sembuh dan secantik ini pulak. Tuhan sudah memakbulkan doaku,” Sugi menangis kegembiraan.
Hari itu mereka bertiga bersiar-siar, menikmati kehijauan dan kedamaian rimba hingga ke petang. Tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong.
“Sugi … kau dengar tak suara tu… aku rasa aku pernah dengar,” kata Noni.
“Iyelah tak silap aku suara itu…. suara si Monggel. Kenapa dia ya… macam suara menahan sakit aje… mari kita pergi tengok.”
Mereka terperanjat apabila mendapati Monggel mengalami cedera parah. Cengkerangnya yang cantik itu pecah. Dia menangis kesakitan.
“Kau Sugi… tolonglah aku Sugi, aku tak boleh bergerak lagi.”
“Sekarang baru nak minta tolong? Mana kawan kau Mona?”
“Dia dah lari… dia tidak mahu berkawan dengan aku. Barulah aku tahu siapa dia sebenarnya. Masa aku gagah dan cantik, dia sukakan aku tapi bila aku dit mpa kesusahan dia lari. Inilah balasan yang aku terima, aku bersikap zalim terhadap Noni. Aku biarkan dia hidup dalam kesusahan sedangkan dia bersusah payah kerana hendak menyelamatkan nyawaku,” rintih Monggel.
“Itulah kau tak tahu membalas budi… sekarang terimalah akibatnya,” sampuk biri-biri emas.
“Kau ni sapa?”
“Akulah sahabat Noni.”
“Kau tahu tak kerana hendak menyelamatkan engkau, dia menderita menanggung sakit selama enam tahun hanya mengurungkan diri di dalam gua. Mujurlah ada Sugi, dialah mencari makanan untuk Noni. Kalau tidak… tak tahulah apa akan jadi pada Noni. Tak sangka aku, kau sezalim itu.”
“Iye… aku memang zalim padanya sebab itulah aku dihempap batu besar sebagai membalas kezalimanku.” Monggel menangis tersedu-sedu tanda keinsafan.
“Noni yang sejak tadi mendengar perbualan mereka tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menangis sambil menghampiri Monggel.
“Monggel aku maafkan engkau.”
“Engkau siapa?”
“Aku Noni.”
“Noni?” Tanya Monggel terperanjat.
“Iye…aku sahabat setiamu… yang sudah… sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mari kurawat lukamu itu. Biarkan kujahit lukamu dengan benang kasihku,” kata Noni dengan penuh kasih sayang.
“Aku tak mahu! Tak mahu! Budimu yang dulu pun belum aku balas.”
“Setiap budi yang kuberi bukanlah harap balasan, yang penting kau dapat menerimaku sebagai sahabat dunia akhirat.
”Begitu tinggi budimu Noni.” Monggel menangis keinsafan.
Monggel dibawa ke gua. Luka Monggel dirawat. Noni mendermakan bulunya kepada Monggel bagi menggantikan cengkerangnya yang pecah. Mereka bertiga bergilir-gilir menjaga Monggel.
Hari demi hari luka Monggel sembuh dan cengkerangnya mula tumbuh tetapi cengkerang yang tumbuh tidak secantik dulu , hodoh dan menggerunkan sesiapa yang melihat.
“Maafkan aku Monggel, aku tak sangka cengkerang kau jadi hodoh macam ni.”
“Tak apalah Noni, nanti kalau cantik aku lupa diri, ini pun aku bersyukur kerana cengkerangku tumbuh semula, dapat juga aku melindungi daripada bahaya yang datang.
“Baguslah kau dah sedar,” kata Sugi
“Sekarang kita berempat menjadi sahabat baik. Mulai hari ini … kita akan tinggal di gua ini, kita akan mulakan hidup baru,” kata biri-biri emas.
Hari yang cerah itu mereka berempat bersiar-siar meredah rimba hinggalah sampai di sebuah istana.
“Itulah Istana Raja Rimba. Di istana itulah ada Puteri Arnab yang bernasib malang.”
“Puteri Arnab? Bernasib malang… kenapa?”
“Ceritanya begini. Puteri Arnab merupakan puteri yang cantik jelita. Bukan saja cantik dia mempunyai sifat penyayang. Dia suka membantu penghuni rimba yang bernasib malang. Di atas kebaikannya semua penghuni rimba sukakannya. Mereka menggelarkan Puteri Arnab, “Ratu Rimba” tetapi malang sikapnya itu dicemburui oleh Raja Rimba, dia menuduh Puteri Rimba ingin merampas kuasanya dengan menjadi Ratu Rimba.
Untuk mengelakkan Puteri Arnab menjadi ratu segala gerak geri Puteri Arnab disekat. Puteri Arnab menghadapi tekanan yang amat sangat… dia bukanlah hendak menjadi ratu…memadailah menjadi ratu di hati penghuni rimba,” cerita biri-biri emas.
“Kasihan aku mendengar cerita Puteri Arnab. Hatinya sungguh baik. Biarpun Raja Rimba menghalangnya menjadi ratu tapi bagiku dialah ratu yang dinanti-nantikan oleh penghuni rimba. Kau boleh tolong aku tak?”
“Boleh apa dia?” tanya biri-biri emas.
“Aku nak potong buluku ini dan jahitkan sehelai baju untuknya. Baju ini nanti hendak kuhadiahkan kepadanya, aku tahu Puteri Arnab perlukan semangat. Setidak-tidaknya baju ini nanti dapat memberikan semangat kepadanya untuk berhadapan dengan penghuni rimba yang sudah hilang keyakinan terhadapnya. Mungkin Raja Rimba telah memburuk-burukkan nama Puteri Arnab.
“Kau tak menyesal?”
“Demi Puteri Arnab aku rela, kau carilah tukang jahit yang terkenal.”
“Baiklah,” kata biri-biri emas.
Tidak sampai satu minggu , baju yang hendak dihadiahkan kepada Puteri Arnab siap .
“Monggel boleh kau tolong aku?” Tanya Noni.
“Boleh.”
“Kau tolong sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.”
“Tapi istana itu dikawal ketat.”
“Aku boleh bawakan kau Monggel,” jawab Sugi.
“Macam mana?”
“Sungguh pun aku kecil tapi aku kuat. Engkau janganlah takut. Boleh kita berjumpa Puteri Arnab.
“Engkau agak Puteri Arnab tu… takut tak dengan aku? Iyelah siapa yang tengok cengkarang aku ni…pasti cabut lari.”
“Aku agak Puteri Arnab tak macak tu, dia sayangkan semua penghuni rimba, tidak kira siapapun mereka. Kau percayalah cakap aku.
“Bila kita nak pergi?”
“Malam nanti selamat sikit sebab pengawal-pengawal di istana mengantuk.”
Malam itu Sugi dan Monggel Berjaya masuk ke dalam istana.
“Puteri Arnab… Puteri Arnab… bangun patik datang ni,” bisik sugi ke telinga Puteri Arnab yang sedang lena tidur.
“Kamu ni siapa?” tanya Puteri Arnab dengan nada yang lembut.
“ Patik Sugi, ini kawan patik Monggel.”
Puteri Arnab menyalam tangan Sugi dan Monggel sambil tersenyum.
“Selamat berkenalan, bertuah patik dapat berkenalan dengan ratu kami Puteri Arnab,” kata Monggel dengan gembiranya.
“Silakan duduk… tentu kamu berdua penat.” Puteri Arnab menuangkan air ke dalam cawan.
“Jemputlah minum.”
“Terima kasih ,” kata Monggel dan Sugi Serentak. Mereka meneguk air.
“Maafkan patik kerana mengganggu Puteri Arnab. Sebenarnya patik datang ke sini mempunyai hajat yang besar,” kata Monggel.”
“Apa hajatnya tu?”
“Sahabat patik Noni minta sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab. Harap Puteri Arnab sudi menerimanya.”
“Terima kasih banyak-banyak, beta ucapkan terima kasih kepada sahabat kamu tu. Tak sangka beta dalam saat-saat beta bersedih begini, ada yang sudi memberi hadiah pada beta,” kata Puteri Arnab terharu bercampur gembira yang amat sangat. Hadiah itu dibuka. Alangkah terperanjat apabila didapati sehelai baju bulu biri-biri emas yang sangat cantik.
“Cantiknya …siapa nama sahabat kamu?”
“Noni… kata Noni apabila Tuan Puteri pakai baju ni dapatlah membangkitkan semula semangat Tuan Puteri kepada penghuni rimba. Cubalah pakai.”
Sugi dan Monggel terperanjat apabila mendapati Puteri Arnab hilang daripada pandangan setelah memakai baju hadiah daripada Noni.
“Di mana tuan Puteri?”
“Beta di sini? Kamu tak nampak beta tapi beta nampak kamu berdua.” Puteri Arnab ketawa gembira. Dia menanggalkan semula baju ajaib itu.
“Ha… ini pun tuan Puteri!” jerit Monggel. “Ajaib sungguh Tuan Puteri.”
“Iyelah sekarang beta boleh keluar dari istana ini.”
“Kalau macam tu marilah kita pergi dari sini segera.”
Puteri Arnab memakai semula baju ajaib. Dengan serta merta dia hilang daripada pandangan mata. Dia mengekori Sugi dan Monggel.
Tiba-tiba suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Sugi dan Monggel telah berjaya ditangkap oleh pengawal istana. Mereka dimasukkan ke penjara bawah tanah.
“Macam mana kita nak keluar ni?” kata Puteri Arnab cemas.
“Berdoalah semoga kita selamat,” kata Sugi sambil memandang Monggel.
“Esok pagi kita akan dihadapkan kepada Raja Rimba,” kata Puteri Arnab.
“Walau apapun terjadi Tuan Puteri jangan menampakkan diri.”
“Tapi beta tidak sanggup melihat kamu dianiayai.”
“Tuan Puteri jangan risaukan kami, yang pentingnya tuan Puteri selamat dan dapat keluar dari sini. Di luar istana penghuni rimba di serata pelosok dunia menantikan kedatangan ratu mereka. Mereka rindukan Ratu Rimba mereka.”
Pagi itu Sugi dan Monggel dihadapkan ke Raja Rimba.
“Berani kamu menceroboh di istana beta?” tengking Raja Rimba. Sugi dan Monggel hanya mendiamkan diri. “Kamu tahu tak apa hukumnya penceroboh istana? Kamu berdua akan dipancung tapi beta akan lepaskan kamu jika kamu beritahu apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
Monggel dan Sugi saling berpandangan.
“Cakaplah nanti kamu akan dilepaskan,” bisik Puteri Arnab ke telinga Sugi dan Monggel. Monggel dan Sugi menggelengkan kepala. Kerana kedegilan mereka Sugi dan Monggel dihukum pancung. Matilah Sugi dan Monggel. Puteri Arnab menangis kesedihan kerana melihat pengorbanan Sugi dan Monggel.
Mayat mereka berdua yang dicampakkan ke dalam gaung telah selamat disemadikan. Puteri Arnab meminta kerjasama daripada ular sawa untuk mengambil mayat Sugi dan Monggel.
Pusara mereka disemadikan di lereng bukit. Jasa mereka dikenang sebagai Hulubalang Ratu iRimba. Bertaburan bunga-bunga di kubur mereka. Kubur mereka sentiasa wangi.
“Kubur siapa di lereng bukit tu?” tanya Noni kepada Sang Kancil.
“Itulah kuburHulubalang Ratu Rimba. Sudah seminggu dikebumikan.”
“Mari kita pergi tengok kubur Hulubalang Ratu Rimba. Bertuah mereka mati sebagai pahlawan. Tentu jasa mereka besar terhadap warga rimba,” kata Noni kepada sahabatnya biri-biri emas.
Alangkah terperanjatnya Noni apabila didapati kubur itu adalah kubur Sugi dan Monggel. Berdekatan dengan batu nehsan Puteri Arnab sedang bertafakur.
“Kenapa kamu menangis? Wahai arnab ?” tanya Noni.
“Macam mana beta tak menangis, mereka berdua sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan beta,” kata Puteri Arnab dengan nada yang hiba.
“O… inilah Puteri Arnab?” tanya Noni.
“Iye… kamu siapa?”
“Patiklah Noni dan ini sahabat patik Saiful.”
“Jadi…kamulah Noni yang men ghadiahkan pada beta baju ajaib itu?”
“Patik sungguh terhutang budi kepada mereka berdua kerana telah berjaya menyampaikan hasrat patik, walaupun nyawa mereka sendiri tergadai,” kata Noni penuh terharu.
“Sebab keberanian mereka itulah semua penghuni rimba menggelar mereka, "PAHLAWAN-PAHLAWAN RIMBA PUTERI ARNAB YANG BERJASA"
Karya: Ratu Rimba Niagara
12 Disember 2012
.
WARKAH UNTUK PUTERI DIANA
"PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA"
Puteri Diana...
Begitu lama kau tinggalkan kami
Kami begitu merinduimu
Budi baikmu pada
Rakyat dunia
Masih segar dalam ingatan
Lirikan matamu menawan kasih
Senyumanmu setulus murni hati
Kau sentiasa di hati kami
Budi pekertimu
Menawan semua rakyat jelata
Kasih sayangmu pada kami
Kami hargai
Di lubuk jiwa yang dalam
Wajahmu rupawan
Buat hati tertawan
Budi bahasa mu
Menawan hati
Wajahmu ayu
Mendamaikan
Melihat wajahmu
Seperti melihat
Permandangan nan indah
Amat mempesonakan
Kecantikanmu
Seiring dengan budi bahasa mu nan santun
Lagi dipandang
Rasa tak jemu
Kebaikan yang ditaburkan
Bagaikan permata-permata Syurga
Budimu pada rakyat jelata sedunia
Sentiasa mengharum mewangi di hati kami
Puteri Diana...
Biarpun cintamu
Berada di dalam bara gelombang ombak mengganas
Tapi kau masih tabah
Tapi kau masih senyum
Tapi itu semua tidak menghalang untukmu
Berbakti pada rakyat jelata
Budi dan jasamu
Sentiasa mengharum
Mewangi di hati rakyat jelata sedunia
Menyayangimu
Kami mengagumimu
Kami terpesona
Dengan keayuan wajahmu bak bidadari Syurga
Kami bersyukur Tuhan kurniakan
Insan sebaik kamu
Sentiasa menabur bakti
Di setiap pelosok bumi bertuah ini
Puteri Diana...
Kau sumber inspirasiku
Kerana aku terlalu teruja
Dengan kebaikanmu pada rakayat jelata sedunia
Kukarangkan sebuah kisahmu
Bertajuk,
"PUTERI ARNAB DAN PAHLAWAN-PAHLAWAN RIMBA"
Moga cerita yang kukarangkan
Istimewa untukmu itu
Menjadi cerita kanak-kanak sedunia
Paling popular
Yang dibaca tanpa jemu
Berulang-ulang kali
Hingga mereka teruja
Menjadi seperti
Seorang pahlawan rimba
Yang ingin sentiasa
Menyokong perjuanganmu
Membela rakyat jelata
Mempertahankanmu
Biarpun nyawa jadi taruhan
Lambang kasihnya rakyat
Padamu Puteri Diana...
Kasih kami padamu
Abadi selamanya
Puteri Diana...
Yang dicintai sepenuh jiwa ...
Kehadiranmu ke dunia ini
Kami syukuri
Dan di setiap kali
Menatap bulan purnama mengambang penuh
Kulihat senyuman ayumu
Sambil tanganmu
Memberi ucapan cinta
Kasihmu yang abadi
Untuk kami
Terasa syahdu ...
Kami tenggelam dalam syahdunya
Cintamu pada kami
Yang kau tinggalkan
Untuk kami balasi
Dengan doa restu
Agar Syurga sebagai
Balasan cinta kasih sayangmu pada kami...
Aameen
Yang Setulus Ikhlas Kasih Padamu
Selagi nafasku ada...
Duhai Puteri Diana
Kesayangan rakyat sedunia...
Peminat Setiamu Dari Rimba Niagara,
Ratu Rimba Niagara @ Puteri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
31 July 2013
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
Ratu Rimba Niagaraposted toKesatria Kemuliaan
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toKumbang Segak

Ratu Rimba Niagaraposted toAhmad Tajuddin
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toPangeran Itoe Oely'x
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toKesultanan Indrapura
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toAnaknda PuteraRaja Bongsu
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toStar Samu Samu
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toRusdal Fajr St Inayatsyah
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
Ratu Rimba Niagaraposted toRubianto Tanoto
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DIANA I MISS YOU SO MUCH Rinaldi Rizal likes a photo. RELATED POST Like Page Prince Harry You and 32,794 others like this. 715 shares Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK PUTERI DIANA "PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA" Puteri Diana... Begitu lama kau tinggalkan kami Ka...
"คลังพลอย เอื้อวิทยาศุภร Princess Diana so kind to everyone on Earth.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
22 Disember 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH)
15 Rabiualawwal 1424H
27 Januari 2014M
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & PRINCE HARRY)
22 Ramadhan 1434H
31 July 2013M
"คลังพลอย เอื้อวิทยาศุภร Princess Diana so kind to everyone on Earth."
(KARYA,'PUTERI ARNAB DAN PAHLAWAN-PAHLAWAN RIMBA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI PAHLAWAN MALAYSIA PADA 31 Julai 2013 DAN MEMPERINGATI JASA PUTERI DIANA KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA)
22 Ramadhan 1434H
31 July 2013M
PUTERI DIANA SENYUMMU DIHERET OMBAK RINDU
Senyumanmu ayu memukau...
lirikan matamu diheret ombak rindu
di perdu rindu semua merinduimu Lady Diana
kesayangan rakyat seluruh dunia
sekalipun cintamu dihayutkan di ombak rindu
kau tetap tersenyum manja
menutupi gerhana di hatimu....
"Cintaku berada dalam gulungan bara ombak mengganas,"
Pelangi indah yang ingin kau bina
bersemadi bersama cintamu sesuci embun pagi...
Senyuman yang kau tinggalkan masih berbekas di hati
semua yang menyayangimu ...
PUTERI ARNAB, PUTERI DIANA & PUTRI RIMBA NIAGARA.
PUTERI DIANA SENYUMMU DIHERET OMBAK RINDU
Senyumanmu ayu memukau...
lirikan matamu diheret ombak rindu
di perdu rindu semua merinduimu Putri Diana
kesayangan rakyat seluruh dunia
sekalipun cintamu dihayutkan di ombak rindu
kau tetap tersenyum manja
menutupi gerhana di hatimu....
"Cintaku berada dalam gulungan bara ombak mengganas,"
Pelangi indah yang ingin kau bina
bersemadi bersama cintamu sesuci embun pagi...
Senyuman yang kau tinggalkan masih berbekas di hati
semua yang menyayangimu ...
Karya Putri Rimba Niagara,
8 Zulhijjah 1437H
10 September 2016
TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRI RIMBA NIAGARA
MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH
Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik Tuan Putri sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.
Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik Tuan Putri.
Putri Rimba Niagara shared her own photo.
PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE
Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini...
Gambar yang kau lihat itu tak dirancang..
Aku memegang watak Putri Rimba Niagara untuk
Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan
Satu masa nanti dipentaskan....
Yang mekapkan aku pun
Si kunta si kunte dayang Istana Rimba
Mereka berdua sebagai penasihat aku juga...
Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang
Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu
Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri
Aku malulah dan ingin padam tapi si kunta si kunte marah
Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan
Kepada pembaca setia karya-karya aku
Katanya apa nak dimalukan...
Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan
Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ..
Itulah kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu
Agar kau tak salah faham ye...
Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu
Seorang yang sudah ditarik kecantikan...
Cuma yang berbaki ini saja yang ingin dihargai...itu saja...
Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok...
Nanti bila habis skrip puteri rimba
Kutukar gambar lain...
Moga si kunta si kunte benarkan....
Moga kau gembira mendengar cerita aku ini...
Salam kemaafan untuk kalian berdua...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
BERMULANYA KISAH PUTRI RIMBA NIAGARA
Maka tersebutlah kisahnya
Di mana bermulanya kisah
Putri Rimba Niagara
Disebuah pantai yang terpencil
Sekujur tubuh terdampar
Dibawa arus ombak
Lautan asid bergelora
Seluruh tubuh
Melecur tiada berkulit
Tiada bergerak
Tapi masih bernyawa
Sekumpulan penghuni rimba
Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi
Terjumpa si Putri Rimba...
Dibawa ke rimba
Dirawat Putri Rimba
Menggunakan sumber-sumber asli
Yang diperolehi dari rimba
Sudah hampir
Tiga purnama koma
Barulah putri rimba sedar
Dari koma dan pulih seperti sediakala
Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi
"Di manakah hamba?"
"Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar
Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma
Kami adalah penghuni Rimba Niagara
Menjumpai tuanku putri
Terdampar di pantai dengan lecuran
Keseluruhan tubuh
Kami bergotong royong merawat
Dan mengubati Tuanku Putri
Di samping berusaha kami
Membuat sembahyang hajat bermunajat
Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan
Kecederaan Tuanku Putri
Dengan izin Allah
Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma
Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu
Putri Rimba menangis hiba
Lama putri rimba menangis
Penghuni rimba juga menangis
"Tuanku Putri hiba benar kami semua
Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri
Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri
Diselubungi dengan gerhana mendung
Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...
Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta
Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh
Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas
Luka di hati tuanku putri
Kami jahit dengan benang cinta
Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi
Buat selamanya Insya-Allah Aamin"
Putri rimba menangis hiba
Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba
Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya
Hatinya bagaikan disayat-sayat
Seolah tidak percaya
Seolah berada di alam fantasi tapi realiti
"Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba
Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega...
Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan
Daunan kasih."
Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan
Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi
Dan senyum meleret
"Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama
Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami....
Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri
Suka tak?"
"Suka banget...unik dan fantastik!
Hamba amat hargai seumur hidup hamba."
Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba
Amat membahagiakan...
Saling menyayangi
Saling menghormati
Saling memahami
Saling berkorban
Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah
Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati
Tiada rasa sedikitpun cemburu
Cuma yang ada
Sayang....sayang...sayang...
Kasih...kasih...kasih....
Kasih demi-Nya
Inilah dunia yang diimpikan putri rimba
Tuhan memakbulkan doa putri rimba
Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang
Karena telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa
Setiap kata-kata yang diluahkan adalah
Suara-suara hati semurni kasih
Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun
Setiap kali putri rimba berkarya
Penghuni rimba akan terharu
Mereka sama-sama menangis hiba
Bersama Putri Rimba ....
Putri Rimba menulis menggunakan
Bulu burung garuda diRaja
Tinta pula adalah campuran
Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba
Setiap kali berkarya
Putri Rimba menulis dengan
Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang
Menulis diiringi dengan tangisan hiba
Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih
Setelah dibaca penghuni rimba
Disimpan rapi serapinya
Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan
Khazanah Rimba Niagara
Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba
Bergelar Putri Rimba Niagara
PUTRI RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
11 Mei 2012
KENANGAN SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK RATU RIMBA NIAGARA
"Kunta Kunte setiap pagi memberi sekuntum bunga kepada Ratu Rimba Niagara agar sentiasa semangat untuk berkarya. "
setiap pagi hulubalangku
si kunta si kunte
memetik mawar merah
di taman istana
Ratu Rimba Niagara
mereka berdua berebut-rebut
memberikan mawar merah padaku
katanya
"Ratu....kami akan setiap pagi
memberikan mawar merah untuk ratu...
sebagaimana wanginya mawar merah ini
begitu jugalah ikatan rakyat rimba dan ratu
sentiasa mewangi di hati
bahasa yang wangi
hati yang wangi
sewangi Syurgawi
andai suatu saat nanti kami tidak dapat
memberikan mawar merah lagi
ratu tetap juga sayangkan kami ya
jangan lupakan kami ya...
kenapa tuan hamba kata begitu
duhai hulubalangku
kunta kinte yang sentiasa menyayangi beta...
tidakkah ratu tahu
setiap yang hidup pasti akan mati
hari ini kita hidup
besok belum tentu hidup
mati itu pasti
tapi tak tahu bila
bila-bila boleh mati
mati itu seperti di balik tabir
begitu dekatnya kematian bagi kita yang berhidup
andai kami tiada lagi di dunia ini
ratu jangan bersedih ya...
percayalah kasih sayang dan rindu ratu pada kami
akan kami bawa bersama....
Dengan tangisan hiba Ratu Rimba Niagara berkata...
Duhai hulubalangku yang kukasihi dunia akhirat...
kasih sayang kita tak akan berpisah
hanya kematian memisahkan kita
andai disuruh buat pilihan
kekayaan dan kuasa dengan kasih sayang kalian
kan kupilih kasih sayang kalian
kerana kasih sayang kalian
tak dapat dibandingkan dengan harta, kuasa atau darjat
kasih sayang kalian setulus ikhlas
tanpa ada pendustaan dalam berkasih sayang...
kerana teralalu kasih dan sayang
pada kalian berdua
biarlah beta yang mati dulu
agar beta tak terseksa
menanggung rindu atas
kehilangan kalian berdua nanti...
andai itu takdirnya beta redha
moga Allah memberikan kekuataan untuk menerima
kenyataan ketiadaan kalian ...
Si kunta si kunte tidak tahan sebak di hati...
Ratu...hidup kita ini semuanya sudah ditentukan...
sudah ditentukan kita ditemukan
walaupun kita berlainan takdir
tapi bila Allah Kehendaki
Allah tentukan kita bertemu
walaupun Ratu manusia kami haiwan
Atas Rahmat Kasih-Nya Allah
kita ditemukan ratu....
pasti ada hikmah-Nya...
maka dengan rasa saling mensyukuri
Kurniaan Allah ...kita hidup dalam berkasih sayang sejati
seluhur ketinggian budi
seindah bahasa-bahasa
yang menenangkan roh dan jiwa
komunikasi yang indah
membuatkan kita sentiasa hidup
dalam bersemangat
untuk saling berkorban
menabur bakti kepada semua rakyat rimba niagara ini
tanpa tiada sesiapa pun yang dilupakan
semuanya dihargai dan disanjungi setulus hati
saling berkasih sayang
saling berkorban untuk membalas kebaikan
sentiasa berbakti seolah esok hendak mati
itulah yang membuatkan hati kita sentiasa hidup ratu...
itulah falsafah membuatkan
sentiasa menjaga hati
agar tak terlara hati
yang ada
sayang...sayang...sayang...
kasih...kasih...kasih...
sayang dan kasih sepenuh hati sampai ke mati
dengan niat dan harapan
kasih nan suci murni ini
ingin di bawa sampai ke Syurga...
doakan kami ya ratu
moga kita dapat bertemu di Syurga...
kami yakin di Syurga nanti
apa-apa saja bisa
walaupun di dunia ini kami haiwan
atas kehendak Tuhan kami boleh menjadi
bidadara atas fisabilillah kami membantu ratu tika di dunia dulu...
kami yakin itu ratu...
ratu juga yang ajar kami
ilmu fasakkan tauhid kepada-Nya
terima kasih ya ratuku
ratu pujangga dunia akhiratku
yang dikasiihi dunia akhirat...
Mendengar kata-kata si kunta si kunte
serasa terkunci mulutku
hujahannya dalam ilmu tauhid
begitu tinggi hingga aku terkedu
andai benarlah mereka yang akan pergi dulu
daripadaku...moga Allah berikan kekuatan aku
menerima takdir dengan redha atas kematian mereka nanti...
Sudah sepurnama mereka hilang
di lautan cinta ombak rindu
tika mencari mahkotaku yang hilang
di pukul ombak ....
hari-hari aku berendam air mata
seolah tidak menerima hakikat kehilangan mereka berdua
tanpa dikesan...
puas dicari namun tidak juga ketemu
duniaku yang dulunya berpelangi cinta
bertukar menjadi gerhana duka
hatiku pilu bagaikan kaca terhempas di batu
Kerana percaya ini semua atas Ketentuan-Nya...
kuterima dengan redha...
ini semua adalah qada dan qadar
Seluas mana dan sedalam mana lautan hindi
seluas itulah kasih sayangku pada mereka berdua
moga dengan Rahmat Kasih-Nya Allah...
aku dapat bertemu mereka Di Syurgawi...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin...
Yang Sentiasa Menyayangi Hulubalang Sasteraku,
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL'AWAL 1436H
4 MAC 2015

YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH
JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN
YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALING
BERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH
MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU
DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH
RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN
PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
YA ALLAH KUMERAYU PADA-MU JADIKANLAH LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN, BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG
NUR HIDAYAH KASIH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'KUSAYANGMU DEMI-NYA'
RATU RIMBA NIAGARA
1.1.2013
APABILA PINTU TAUBAT TELAH TERTUTUP
Kerana tidak mahu dia dilamar oleh cinta ustaz,
dia telah menerima cinta seorang lelaki pengedar dan penagih dadah.
"Sekarang tak payahlah kau bercita-cita hendak melamar cintaku lagi
kerana aku baru saja bernikah dengan orang yang sefahaman dengan aku."
"Aku doakan moga kau bahagia dan sentiasa diberi Allah pertunjuk pada kau dan dia."
"Aku tak perlukan doakan engkau ustaz...untuk pengetahuan engkau aku gembira sangat terlepas dari terikat dengan cinta engkau tu...hahahaha"
"Apabila aku sudah serahkan hidup dan mati aku pada Allah apa pun perancangan Allah untuk hidup aku aku sudah pasrah dan redha."
Kini sudah hampir 5 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan si penagih dadah. Kehidupan rumahtangga mereka aman kerana saling sefahaman ....hidup mereka bertentangan dengan kehendak Allah.
"Bekalan dadah kita sudah habis macam mana ni sayang...." kata si suami
"Apa kata engkau merompak aje....nak mengedar dadah pun sudah tidak selamat lagi..."
"Betul jugak idea sayang."
Malam itu si suami pergi merompak untuk meneruskan kehidupan . Nasibnya malang kerana tidak berjaya meluluskan diri untuk masuk ke rumah yang dikunci oleh penghuni rumah. Cuma satu rumah sahaja yang tidak berkunci....dia masuk tapi tidak ada apa yang dapat hendak dicuri dan dia memerhatikan seorang lelaki soleh sedang berdoa ,"Ya Allah aku tiada apa-apa harta yang hendak aku sedekahkan pada mereka yang memerlukan...jika ada hambaMu yang memerlukan kau murahkanlah rezekinya...berilah dia pertunjuk dan hidayah kepadanya...Amin Ya Rabbal A'Lamin"
Dia bergegas keluar dari rumah ulama tersebut. Sepanjang perjalanan dia menangis...rasa terharu sangat mendengar doa ulama tersebut. Dia ingin bertaubat nasuha...kerana terlalu sedih dia dilanggar sebuah kereta. Mujurlah cedera ringan.
"Saya tidak sengaja melanggar saudara....tiba-tiba aje saudara melintas jalan...."
tanyanya penuh sopan.
"Tuan tak salah saya tak saya...kehidupan saya terlalu mendesak sehingga saya ingin mencuri tapi gagal....sekarang ni saya hendak bertaubat tuan...."
"Kalau macam tu...awak bekerja dengan saya....saya pun sedang mencari pekerja untuk menjadi pemandu saya...."
"Syukur Alhamdulillah." Doa ulama telah dimakbulkan Allah
Selepas solat subuh berjemaah di masjid bersama hamba Allah yang melanggarnya itu. Dia pulang ke rumah untuk menyampaikan berita gembira kepada isterinya.
Dia mahu mengajak isterinya ke jalanjalan yang diredhai Allah.
"Kenapa dengan engkau ni ha...sudahlah malam tadi tak balik...tiba-tiba berubah peragai macam ustaz.....dah buang tebiat ke?" tengkingnya.
"Sayang....kita sebenarnya sudah lama terpesong...marilah kita sama-sama berubah untuk menjadi hamba Allah yang beramal soleh...."
"Sudah.....sudah....pekak telinga aku mendengarnya....aku memang cukup tak suka mendengar ceramah ustaz ni...selama ni aku lari dari cinta ustaz sekarang engkau nak jadi ustaz pulak? Sekarang ni kau pilih antara dua nak jadi ustaz ke atau jadi macam yang aku inginkan...?"
"Aku nak jadi hamba Allah yang beriman...marilah sayang....kita bertaubat sesungguhnya Allah suka orang yang bertaubat..."
"Kalau itu kata engkau...aku tak boleh buat apa...mulai saat ini dan detik ini kau tinggalkan aku....aku tak mahu tengok muka engkau lagi...!!!"
"Ya Allah ya..Tuhanku engkau berilah hidayah pada isteriku...." Selepas suaminya berdoa....si isteri rebah menyembah bumi. Dia nazak....Si suami memangku isterinya dan menyuruh isterinya bertaubat......"Bertaubat sayang....Allah Maha Penyayang sebelum nyawa sampai di kerongkong Allah masih menerima taubat...dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan akhirnya mati dalam keadaan yang tidak mahu bertaubat.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Januari 2012
YANG TAK TAHU MENILAI ERTI CINTA SYURGA
Setiap hari dia meratap nasib diri.
Cinta yang datang semuanya yang bergelar ustaz.
Bukan dia tidak suka lelaki yang bergelar ustaz tapi dia trauma.
Katanya ...itu tak boleh! Ini tak boleh naik rimas dia...selalu saja ada pertelingkahan fikiran pendapat dan perbuatan.
Dia suka ke arah kelalaian tapi ustaz mengajak kebaikan amal soleh
Amat bertentangan dari segala aspek
Dia ingin jauh dari cinta ustaz
Tapi cinta ustaz juga yang datang
Dia tak tahu bagaimana hendak melarikan diri dari cinta ustaz
"Jika awak terima cinta saya....saya akan bawa cinta awak ke jalan-jalan Syurga
Saya boleh bimbing awak mana yang awak tak faham tentang agama...."
"Maaflah ustaz.... saya tak boleh terima cinta ustaz kerana saya suka dengan hidup saya sekarang ini....pemikiran ustaz dengan saya bagaikan langit dengan bumi....
jadinya mulai saat ini dan detik ini jangan cuba melamar cinta saya lagi kerana saya sedang menunggu cinta yang boleh mengheret saya ke neraka titik"
"Ya Allah Kau berilah hidayah kepada wanita yang kucintai ini....
Kau hadirkan dia untuk menguji tahap keimananku...berilah kesabaran untuk aku membimbingnya ke jalan-jalan SyurgaMu. Aku ingin mengawininya kerana percaya inilah dugaan yang Kau berikan ke atasku.....aku terima dengan Redha Ya Allah kalau ini telah tersurat qadak dan qadarku."
"Untuk pengetahuanmu ustaz....sampai kapan pun aku akan menolak lamaran cintamu....sia-sia ajelah kau berdoa...."
"Apapun katamu aku akan berdoa dan tetap berdoa agar Allah memberikan Nur Hidayah KasihNya padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin."
AGAR EFA TIDAK DIKECEWAKAN
Kasihan dengan Efa.
Dia merungut-rungut pabila panggilannya tidak dijawab oleh bakal suaminya.
"Tak nak jawab panggilan takutkan binilah tu," rungut Efa.
"Nak berkongsi suami biasalah tu...Efa....orang yang takut bini ... ada
hati nak berkahwin lagi...alamat Efa menempah nasib malang...percayalah kata akak...belum kahwin pun dah rasa sakit hati....apa tah lagi dah kahwin...jangan tak ada penyakit cari penyakit Efa...akak sayangkan Efa....jadinya akak tak mahu melihat Efa tak bahagia...berilah perluang hidup Efa bahagia ....sudahlah perkahwinan dulu tak bahagia....cukup-cukuplah tu....bukan akak menghalang niat Efa....lainlah kalau dia tu takutkan Tuhan....bukan takutkan bini....cuma lelaki yang takutkan Tuhan layak untuk berkahwin lagi satu....Insya-Allah Efa tidak akan dipersiakan."
"Entah....lah kalau hati dah suka nak buat macam mana?"
"Kalau cintamu dah tahap empat tak dapat nak diselamatkan lagi....tapi sebelum berkahwin dengannya...suruhlah dia minta kebenaran dengan isterinya....kalau tidak payah nanti...."
"Katanya setelah berkahwin baru beritahu...."
"Kalau dah kahwin...boleh potong jarilah dia nak beritahu isterinya kerana dia takutkan bini..."
"Ini nak kena fikir dua kali ...."
"Bukan fikir dua kali Efa....fikir banyak-banyak kali agar Efa tidak dikecewakan."

Lidah ini suka berjanji
Tetapi suka memungkiri janji
Pabila memungkiri janji termasuk orang yang munafik
Allah tidak suka begitu
Moga kita dijauhi daripada sikap begitu
Setiap konsep yang baru akan mengwujudkan jutawan baru
Bila orang lain tak faham dia faham akan apa yang sedang dilakukan
Bila orang lain tak sedar
Dia sedar akan apa yang sedang dilakukan
Bila orang lain mula faham
Dia sudah jauh ke hadapan
Bila orang mula sedar
Dia sudah berjaya
PETIKAN DARIPADA ORANG CINA PALING KAYA DI DUNIA
99 peratus kegagalan akan menimpa orang2 yang memiliki kebiasaan membuat2 alasan
PETIKAN G WASHINGTON
HATI KITALAH RAJA
Hati kitalah raja
Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
Malanglah kita sepanjang di alam barzah
Sepanjang menempuh alam akhirat
Samalah kita saling muhasabah diri
Memperingati saat-saat sakaratul maut...
Ikutlah kata hati kita
Yang baik kita ikutkan
Yang tak baik diketepikan
Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
In Shaa Allah Aameen.
SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
1 Januari 2013
5 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting
Dalam sebuah kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
"SEBAB ITU ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG JUJUR''

TOLONGLAH AKU DEMI AKHIRATKU!
Duhai manusia di luar sana...
beruntunglah kamu kerana diberi peluang masih hidup lagi
aku di sini sedang diazab dalam kawah api neraka
panas ....sakit...terpekik terlolong aku tiada siapa
yang boleh menolong aku....
sedangkan ketika aku masih hidup di dunia dulu
ramai kawan-kawanku bersumpah setia
mahu tolong aku di kala aku susah atau senang
sekarang aku benar-benar azab lagi diazabkan
bukan Allah yang mengazabkan aku
tapi aku yang mengazabkan diriku sendiri
kerana menjadi hamba-Nya yang sombong
tidak mahu tunduk dan patuh kepada perintah-Nya
sekarang aku tanggung sendiri kekhilafanku
kekhilafan yang sudah tak tertebus lagi
dan penyesalan yang sudah tak berarti lagi
tika di dunia dulu
wangku punyalah banyak tak terkira
aku mati pun masih banyak lagi tak luak-luak
bertambah ada lagi kerana perniagaan aku
diwarisi oleh pewaris aku
siapa yang kawan dengan aku
daripada miskin terus jadi kaya raya
sudah kaya raya terus tinggalkan aku
tapi aku tak kisah...hilang satu kawan
akan ramai lagi yang suka berkawan dengan aku...
hari...hari...gelak ketawa...
hendak saja beli apa...
semuanya dapat tak payah diimpi-impikan
begitulah hebatnya dunia orang kaya seperti aku
Rupanya aku silap memilih kawan....
sepatutnya aku memilih kawan akhirat
pastinya kawan akhiratku akan menolong aku
jika aku jatuh di dalam gaung sekalipun dia pasti
akan cuba sedaya upaya menyelamatkan aku
akan diberikan tali untuk keluarkan aku dari gaung tersebut
dia pasti akan bersyukur dan aku pun bertaubat
tidak mahu lagi terlalai
dan pasti aku mahu membawa bekalan untuk akhiratku
pasti bekalan akhiratku itu dapat menyelamatkan aku
daripada azab sengsara api neraka ini
apa hendak buat aku sudah terlambat untuk
membuat segala amalan soleh untuk kubawa pulang
yang mana sebesar zarahpun amal amat berharga di sini
alangkah bahagianya jika pewarisku terbuka hatinya
untuk menginfakkan harta yang kutinggalkan kepada mereka
lalu diniatkan sedekahkan kepadaku...pasti akan dapat
meredakan aku dari kepanasan api neraka yang membahang-bahang ini....hanya Tuhan saja yang tahu aku penuh mengharap
sesuatu yang tak pasti pewarisku lakukan demi akhiratku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1.1.2013
HATI KITALAH RAJA
Hati kitalah raja
Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
Malanglah kita sepanjang di alam barzah
Sepanjang menempuh alam akhirat
Samalah kita saling muhasabah diri
Memperingati saat-saat sakaratul maut...
Ikutlah kata hati kita
Yang baik kita ikutkan
Yang tak baik diketepikan
Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
In Shaa Allah Aameen.
SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
1 Januari 2013
HIDUPLAH KITA SEPERTI POHON YANG BERBUAH LEBAT
Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
hidup di tepi jalan dan ketika di lempari orang
dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".
By: Muhammad Agus Shafii
Tengku Ali Indra Jaya like this.
Ratu Rimba Niagara:
PUISI PEPOHON IMAN
Ingin kusemai bunga-bunga cinta
agar apabila bertunas nanti
segar disinari cahaya iman
akarnya menjadi pasakkan
iman yang kukuh bercambah
akarnya merata tempat.
Merimbunlah dikau tunas-tunas
cinta keimanan
menjadi pepohon rendang
dewasa dalam keindahan iman
rimbunan dedaun menghijau
saujana mata memandang
dedaunanmu merimbun
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
melentok-lentok sambil mengalunkan
zikir munajat memuji Tuhannya.
Alunan zikirmu padaNya
membuatkan aku terkesima
dalam rindu mendalam padaNya
dan aku mencemburuimu
kerana hidupmu...
tiada lain kecuali
berbakti kepada Tuhanmu
dan menabur jasa kepada
penghuni bumi.
Bertambah mengindahkan lagi
pepohon iman itu berbunga
gugusan kuntum bunga
memukau panorama...
Wangian bunga pepohon iman
dapat dihidu di seluruh benua
tiada apa yang dapat diucapkan
melainkan SUBHANALLAH.
Setelah habis musim bunga
tiba masanya pepohon iman berbuah
gugusan buah melebat
memenuhi pepohon iman
terkesima mata memandangnya.
Apabila gugusan buah pepohon iman
sudah ranum daripada tangkainya
sedia dipetik penghuni bumi
lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
Moga... Cahaya keimanan meresap
dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”
Setelah penghuni bumi
makan buah pepohon iman itu...
Sisa buah pepohon iman tersebut
dilemparkan ke sungai deras mengikut
kederasan air terjun
lalu terdampar ke hutan belantara
di situlah bermulanya penghidupan
baru kepada pepohon iman
meneruskan kelangsungan hidup baru
pasrah dan redha
dengan asal kejadiannya!

4
5 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting
Dalam sebuah kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
"SEBAB ITU ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG JUJUR''
Petikan Daripada Carian Efa
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Aamin Ya Rabbal ALamiin.
Karya Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
16 Jun 2012
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1.1.2013
PEMERGIAAN SHEIKH RAJA DITEMPATKAN PARA-PARA SYUHADA DAN PARA-PARA WALI ALLAH. IN SHAA ALLAH AAMIIN
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS
DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK AWLIYA ALLAH SWT ALMARHUM RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH
(28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
Gambarfoto Fotographer al-fatihah
BERIBADAT SEMATA KERANA-NYA
Halib KiLah moga dirahmati.. tapi jangan pesongkan persepsi masyarakat. dengan awan yan terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.. saya bibamg pada orang yang jahil akan menganggap si mati memiliki beberapa kelebihan sehgga menyebabkan pemujaan kepadNya.. ini soal aqidah umat islam buktinya cuba anda baca sejarah umat islam yan tersasar dari agama disebabkan apa????..
Yesterday at 3:11am · Like · 2
الآنسة مريم العزباء الماليزية sebab apa??
Yesterday at 3:17am · Like · 1
Putri Rimba Niagara:
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wr wb
Kepada Halib Kilah...kenapa kamu kata pesongkan persepsi masyarakat dengan awan yang terukir nama Allah dan mungkin awan
tersebut secara kebetulan saja.
Ketahuilah oleh mu dalam membuktikan Kebesaran Allah Azzajawallah
kepada semua makhluk alam semesta ini tiada secara kebetulan
Kalimah Allah adalah bukti Kebesaran Allah SWT
Memang wajarlah Almarhum Tuanku Sheikh mendapat pembalasan cintanya daripada Kekasih-Nya kerana sepanjang Almarhum hidup hanya untuk diabadikan kepada Allah SWT hinggalah ke nafas terakhir.
Bukti Kebesaran Allah SWT , di hari pemakaman Almarhum terukir nama Allah SWT di langit bertentangan dengan pemakaman Almarhum Tuanku Sheikh Raja . SUBHANALLAH ! Ini bukan satu kebetulan ...ini adalah bukti cinta Allah SWT kepada setiap hamba pilihan-Nya.
DIA memilih bukan kerana banyaknya ibadat setiap hamba-Nya tapi dengan Rahmat-Nya kerna keikhlasan hati hamba-Nya dalam melakukan ibadat tanpa niat untuk berbangga diri ...apa lagi untuk mendapat sanjungan daripada manusia.
Jika difikirkan secara lojik ...memang lojiklah baginda tuanku Sheikh mendapat sanjungan dan berbangga dengan darjatnya sebagai seorang kerabat diRaja Yang Mulia pada pandangan masyarakat.
Tapi itu tidak difikirkan oleh baginda Tuanku Sheikh Raja...yang difikirkan mahu menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Hidup baginda zuhud hingga ke nafas terakhir .ALLAHU AKHBAR!
Memang patutlah baginda menjadi hamba Allah yang terpilih dengan diberi Rahmat Kasih-Nya ketika di hari pemakaman Almarhum Tuanku Shiekh dengan diiringi dengan Kalimah Allah SWT di langit yang terbentang luas... tika itu roh Tuanku Sheikh sudah bertemu Allah SWT dan mendapat balasan Syurga...Wallahualam
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Ini bukan satu kebetulan ...ini satu kebuktian cinta Allah SWT kepada hamba-Nya yang dibalas cinta di hari bertemu denga-Nya
Ini bukan satu pemujaan kepada Almarhum Tuanku Sheikh Raja
Ini adalah satu motivasi bagi kita hamba-Nya bahawa hidup ini perlu membuat persiapan membawa bekalan-bekalan amalan yang diterima-Nya.
KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK
KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Ratu Rimba Niagara
7 Mei 2012
SIAPAPUN KAU SIAPAPUN KITA TETAP SAMA DI SISI ALLAH SWT
YANG MEMBEDAKAN CUMA KETAQWAAN
BERTEMU DI SYURGA-NYA
Kau adalah kau
Kau tak boleh berubah menjadi orang lain
Tika kau ditiupkan roh suci di alam kandungan ibumu
Telah dicatatkan segala takdir untukmu
Sepanjang kau berhidup hinggalah nafas terakhirmu
Makanya kau adalah kau
Kau yang memilih hala tujumu
Di dunia ini
Ke Syurga atau ke neraka
Adalah pilihanmu
Tapi aku yakin kau akan
Pilih jalan-jalan ke Syurga-Nya
Seperti hamba-hamba-Nya yang lain juga
Moga kau , aku dan semua muslimin muslimat
Bertemu di Syurga-Nya
Berkat tika hidup
Percaya kewujudan Syurga
Dan fisabilillah jalan-jalan ke Syurga-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
4 Mei 2012
MOGA ALLAH MEMBANTU KITA KE JALAN-JALAN-NYA
Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi hamba-Nya yang sempurna
Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
Aamin
KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI
Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
Yang kurang itu daripada saya
Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri
kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati
kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .
JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
Karya Putri Rimba.
4 Mei 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawa kita sudah habis
Tapi roh kita masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan ...
semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik denga-Mu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan pada-Mu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redha kerna redha itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hamba-Mu...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hamba-Mu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara
16 April 2012
7 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL ANDA BUAT ANDA DAPAT)
7 Mei 2012
Affendy Fen Inya a'allah pemergian sheikh Raja di tempat para-para suhadah dan para-para wali allah. amin
Ratu Rimba Niagara AAmin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELAYU ISLAM BERSATU)
7 Mei 2012
Sulaiman Dawud Karya-karya dari para pujangga Nusantara merupakan awal untuk kebangkitan TAMADDUN KHAZANAH KEARIFAN MELAYU yang kaya akan mutiara ilmu, hikmah dan peradaban
(PETIKAN DARIPADA WALL SULAIMAN DAWUD &
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1.1.2013

SULTAN HASSANAL BOLKIAH RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH DISAYANGI ALLAH DISAYANGI RAKYAT MOGA DIRAHMATI ALLAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN.

AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN
Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat
aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail
aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai
aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa
aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi
aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil
aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah
aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan
aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini
baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai
salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.
Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.
Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!
Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.
Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.
Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kesian rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.
Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
Ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Rabi'ul Awwal 1437H
1 Januari 2016
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

PANTUN SELAMAT TAHUN BARU 2016 DR TUAH
Selamat tahun baru dr tuah,
Moga 2016 bertuah semuanya,
Berkat mendapat ilmu dr tuah,
Berjaya dunia akhirat semuanya.
Mengenali dirimu sesuatu yang indah,
Seindah pelangi di malam hari,
Ilmu disampaikan bermadah-madah,
Hingga terkesan di sanubari.
Ilmu disampaikan penuh ceria,
Seceria pelangi di malam hari,
Semua yang mendengar beria-ia,
Sukanya hati tak terperi.
Terima kasih dr tuah,
Mencurahkan ilmu tak rasa rugi,
Moga kita sama-sama bertuah,
Bahagia di dunia bahagia di Syurgawi.
(Insya-Allah Aamiin)
Karya Ratu Rimba Niagara.
20 Rabiul Awal 1437H
1 Januari 2016
(Pantun Puisi Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabat Dunia Akhiratku Dr Tuah Moga Persahabatan Nan Ini Dapat Diteruskan Sampai Syurga Aamiin)
drtuah
SELAMAT TAHUN BARU 2016 MASIHI
"Apa salah kita jadikan kepulangan kita dinanti-nanti bukan yang didoakan janganlah datang lagi." - dr. hm tuah iskandar al-haj

PANTUN SELAMAT TAHUN BAHARU DR TUAH
Selamat tahun baharu dr tuah,
Moga 2016 bertuah semuanya,
Berkat mendapat ilmu dr tuah,...
Teruskan Membaca
drtuah
Hari ini drtuah di LANGKAWI FM dengan satu lagi cerita yang membangkitkan GERGASI ANDA.
ada kawan selalu ditatak, 
kawan merajuk lalu hilang, 
jaga diri jagalah otak, 
badan sihat otak cemerlang.

3 tahun yang lepas
Hati luka kerana ditetak,
Luka dijahit parut tak hilang,
Bila bercakap tak guna otak,
Tak ada harapan jadi cemerlang.
(hehehe)
drtuah
Hari ini drtuah di LANGKAWI FM dengan satu lagi cerita yang membangkitkan GERGASI ANDA.
ada kawan selalu ditatak,
kawan merajuk lalu hilang,
jaga diri jagalah otak,
badan sihat otak cemerlang.

SEKUNTUM MAWAR MERAHMU MEMBAWA CINTA KE SYURGA
Kekasihku...
Terimakan kasih sekuntum mawar merahmu
Terima kasih karena sudi mencintaiku
Setulus hatimu kerana-Nya...
Cintamu cintaku
Disirami dengan
Setanggi dari Syurga
Agar kewangiannya
Meresapi kalbumu kalbuku
Tak akan ada pendustaan cinta
Tak akan ada penyelewengan cinta
Melainkan cinta ke arah
Kebahagiaan dunia akhirat
Di dunia kita adalah
Penghuni Syurga cinta dalam redho Ilahi
Di akhirat kita adalah kekasih
Bidara bidadari
Yang bercinta
Tanpa ada perpisahan
Tanpa ada nokhtah permisahan
Bersama selamanya
Itulah cinta
Seindah-indah cinta
Bagi pasangan kekasih
Syurga dunia
Syurga akhirat
Bahagia cinta abadi tanpa nokhtah
Hebatnya cinta karena- Nya...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR
Terima kasih kekasih..
Sekuntum mawar merahmu membawa cinta ke Syurga
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
Thursday at 3:24pm ·
KEKASIHKU SI PUTERI RIMBA NIAGARA
Sewaktu ombak hadir membadai
duyung akan pergi jauh meninggalkan pantai
terpaksa berpisah dengan kekasihnya
si Puteri Rimba Niagara
Bukan
tak cinta
tak rindu
tak sayang
tapi apa nak buat
bercinta antara dua alam
alam duyung alam manusia
manakan sama
tapi hatimu hatiku
telah berpadu cinta
makanya usahlah kau
bimbang dan ragu
biarpun kita
berlainan alam
kau tetap
kucinta seumur hidupku
percayalah
lafaz ini lahir
dari lubuk hatiku yang dalam
Lihatlah keindahan pantai itu
airnya tenang membiru
ombak kecil tak jemu
mengheret pepasir putih
di persisir pantai
Bagimana ombak tak jemu mengheret
pepasir putih di persisir pantai nan indah
begitulah cintaku pada mu duhai kekasihku Puteri Rimba Niagara
begitu jugalah aku tak jemu-jemu merinduimu dan
mencintaimu seumur hidupku
Indah deretan pepohon kelapa di persisir pantai
melambai-lambai dituip angin sepoi-sepoi bahasa
begitulah indahnya cintaku padamu
duhai Puteri Rimba Niagara
Setialah menantiku
di persisir pantai pasirnya yang memutih itu
bila sampai waku dengan izin-Nya jua
aku akan melamarmu
menjadi bidadari dunia akhiratku
pasti cincin permata Syurga
yang kau impikan itu
menjadi milikmu
Insya-Allah sayang
kekasihku Si Puteri Rimba Niagara
yang cantik jelita mempesonakan imanku
cantiknya kamu bak Bidadari Syurga
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
.
KASIH SAYANG KERANA-NYA
andai simpatimu semakin gersang
andai katamu semakin usang
percayalah cintaku padamu tak pernah gersang
dan rinduku padamu tak pernah usang
sentiasa semakin sayang
tak akan hilang
bila hati dah sayang
mengundang rindu
mengundang cinta
berkasih sayang
kerana-Nya
mohon redha Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Disember 2012
MAYBE
maybe...
dia yang kau cinta
maybe...
dia yang kau puja dalam senyap
maybe dia jua mencintaimu
tapi malu untuk meluahkan isi hatinya
maybe bila dia yakin
kau setulus hati mencintainya
pasti cintamu akan dibalasnya
makanya tiada maybe lagi
karena cinta berbalas cinta
itu yang kau nantikan
betulkan?
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
TERIMA KASIH CINTA
Terima kasih cinta
Karna sudi mencintaiku
Ku yakin cintamu suci murni
Sesuci mawar putih
Yang kau kirimkan di awan biru
Cintamu penuh dengan keimanan
Membuatkan aku bertambah
Rindu dan cinta pada
Pencipta cinta Tuhanku
Mengurniakan cinta kamu ke aku
Syukur Tuhan
Di atas pemberian cinta hamba-Mu
Dari-Mu padaku
Selagi hayat ku ada
Kuabdikan diriku
Hanya untuk-Mu Tuhan
Bersama dia hamba-Mu
Yang juga mendambakan Cinta-Mu
Bahagia hidup ini
Saling cinta mencintai hanya kerana-Mu
Hidup yang singkat ini
Rasa hidup di alam Syurgawi
Di mana-mana ada
Bunga-bunga Syurga
Untuk dijadikan bekalan
Di Negeri Abadi....
Di situ juga
Cinta kita terpatri hingga Ke Syurgawi
Hebatnya cinta kerana-Mu
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Disember
DITELAN KABUS MALAM
Kicauan burung menyanyi-nyanyi
Lagu rindu lagu cinta
Memanggil kekasih hati
Yang dirindu
Dalam sepi
Tanpa jawapan rindu terluka
Sinaran mentari tak berarti lagi
Yang ada rinduku terluka
Kusimpan dalam hati
Biar ombak rindu tahu
Kutunggu bayangan
Di perdu senja
Bayangan pun hilang
Ditelan kabus malam
Bertambah luka yang cuka
Melumat sunyi malam
Tiada arti!
Putri Rimba Niagara
23 Disember 2012
GURINDAM PUISI QALBU
Salam puisi untuk kanda yang dikasihi dunia akhirat
Terima kasih karena sudi memahami apa yang tersirat di hati dinda
Lukanya terlalu parah dalam cinta puisi terluka
Hingga kini lukanya masih sukar untuk diobati
Selagi dinda ingati selagi itulah airmata mengalir deras
Mujurlah ada penghuni rimba yang setia
Selalu memujuk dinda pabila dinda menangis hiba...
Kenapa manusia begitu kanda?
Setelah diberi hati dikecewakan
Kenapa tak seperti Putera Duyung
Sanggup memberi hati pada Mas Merah ...
Manusia yang tidak pernah dikenalinya
Alam yang berbeda tapi masih punya hati ehsan
Kenapa manusia tak begitu kanda?
Kenapa mesti ada cemburu dan sakit hati kanda?
Memikirkan hal ini
Dinda rindukan suasana duyung lautan
Yang hidup saling
Hormat menghormati
Berkoban ...biarpun nyawa jadi taruhan
Demi mempertahankan sebuah kasih sayang nan suci murni
Alangkah bahagianya jika hidup ini
Penuh dengan kasih sayang yang bersih
Jiwa raga
Tiada niat lain selain niat yang membahagiakan
Roh dan jasad
Berkasih sayang selari dengan Cinta Ilahi
Setiap kali dinda pergi
Ke pantai cinta ombak rindu
Dinda selalu membayangkan putera duyung
Menjelma dengan senyumannya yang berbunga pelangi cinta
Menjemput dinda ke istana lautannya
Dan dinda dilayan seperti Tuan Puteri oleh semua penghuni
Lautan....Penghuni lautan ...menyayangi dinda ....
Dinda rasakan inilah dunia yang dinda dambakan...
Ah! Itu cuma dunia illusi dinda saja tak akan jadi kenyataan!
Tapi kehadiran mu kanda dalam hidup dinda
Seolah sinar kebahagiaan pelangi cinta suci kerana-Nya
Mula bertapak di hati...
Mula keyakinan bunga-bunga Cinta Syurga
Mewarnai cinta yang damai mendamai
Yang indah mengindahkan suasana cinta bagaikan di alam Syurga
Bahasa yang dituturkan nan indah tanpa ada hati terluka dilukai
Percayalah kanda ...
Cinta itu indah
Bahasa puisi itu indah
Kerana bahasa puisi adalah bahasa qalbu
Bahasa qalbu datang dari Tuhan
Makanya berjanjilah pada dinda
Kanda akan selalu bertutur dalam bahasa puisi qalbu
Jiwa kanda sesuci bahasa puisi qalbu
Kanda...
Dinda bukanlah insan yang sempurna baik
Tapi tak salahkan jika dinda ingin menjadi hamba-Nya yang baik
Karena Allah Azzawajallah suka yang baik-baik
Makanya marilah kita bersama
Berkata yang baik-baik
Berpuisi nan indah-indah
Seindah pelangi di malam hari
Seindah bunga sakura
Seindah bunga Cinta Syurga
Indah....indah...indah....terlalu indah!
Indah-Nya Hanya Allah Taala saja yang tahu
Kanda....
Mulai saat ini dan detik ini
Kita sama-sama berjanji
Untuk menjadi hamba-Nya yang baik
Berpuisi nan indah-indah
Puisi qalbu yang ada nilaian di Sisi-Nya
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
LUAHAN HATI DARIPADA DINDA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
· · ·
PATRIKAN CINTA KAMI HINGGA KE SYURGAWI
Duhai bakal bidadariku...
Kau kata
Padaku
Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
Setiap hari kau akan menyediakan aku
Secawan kopi cinta
Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
Semakin hari semakin cinta
Semakin hari semakin sayang
Semakin hari semakin rindu
Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
Setiap kata-katamu membuatkan
Aku teruja untuk memilikimu
Menyangimu mencintaimu seumur hidupku
Andai kata aku tidak memilikimu
Mahu rasanya kopi cinta itu
Terbayang-bayang wajahmu
Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
Tapi kau bilang...
Jika ingin memiliki cintamu...
Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
Barulah kau akan terima cintaku
Kau bilang cinta mu ada ke aku
Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
Tersyahdu aku terkedu aku
Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
Mengatasi segalaNya
Cintamu sekadar apa adanya...
Dan kau mencintai aku lebih adanya
Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
Aku muhasabah diriku
Apakah selama ini
Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
Ya Allah aku bersyukur padaMu
Kau Kurniakan
CintaMu dengan
Hadirnya dia
Untuk kami terus-terusan mencintaiMu
Mencari jalan-jalan redhoMu
Hingga ke akhir hayat kami
Dan patrikan cinta kami
Hingga ke Syurgawi
Aamin
Karya Ratu Rimba Niagara
23 Disember 2012

GURINDAM UNTUK KANDA TUANKU
Kanda...oh kanda...
kanda buah hati dinda
kanda cinta pertama dan terakhir dinda
Kanda...oh...kanda...
terima kasih kerana sudi mencintai dinda keranaNya
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
Kanda...oh...kanda...
moga cinta kita sentiasa membara
tak jemu dan tak bosan
cinta kita bukan kerana harta atau darjat
cinta kita lahir dari hati nan tulus dan ikhlas
tiada apa yang dapat mengubah cinta kita
kecuali kematian memisahkan kita
Kanda...oh kanda...
kanda cinta dinda
dinda cinta kanda
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
moga ikatan kita
terpatri selamanya
di dunia hingga ke Syurgawi
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
23 Disember2012
Posted by Sasteraku Duniaku at 21:49

INDAHNYA TAMAN BUNGA CINTA SYURGA
Oh! Indahnya Taman Bunga Cinta Syurga
Harum mewangi Bunga-Bunga Cinta Syurga
Bunga-bunga Cinta Syurga tak jemu dipandang mata
Subhanallah indahnya ciptaan-Mu Tuhan
Adakah ini permandangan yang Kau perlihatkan
Pada semua hamba-Mu yang mahu berfikir
Betapa indahnya di taman-taman Bunga Cinta Syurga nanti...
Allahu Akhbar aku terpesona
Aku terpukau betapa indah-Nya
Taman-taman Bunga Cinta Syurga nanti
Bunga-bunga Cinta Syurga harum mewangi sewangi ambar kasturi
Memukau lalu terpukau dalam keterujaan memuji-Mu
Dan mencintai-Mu tanpa henti
Selagi memandang betapa indah-Nya taman-taman bunga
Cinta Syurga di dunia ini...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Kau perlihatkan pada semua penghuni bumi
Cuma yang memahami
Betapa indah-Nya taman-taman bunga Cinta Syurga
Ya Allah sebagaimana indahnya taman-taman Bunga Cinta Syurga
Begitu jugalah cinta-cinta hamba-Mu yang berdasarkan
Saling menyintai kerana-Mu
Bahagiakanlah cinta semua hamba-Mu yang bercinta kerana-Mu
Dan sama-sama mencari jalan-jalan cinta hanyalah untuk-Mu
Dan berkat keikhlasan cinta kerana-Mu
Sambungkanlah percintaan mereka hingga ke Syurgawi
Taman-taman Bunga Cinta Syurga
Memadu kasih cinta rindu sentiasa membara dari dunia
Hingga ke Syurga-Mu
Kau Maha Pengasih
Kau Maha Penyayang
Daripada segala kekasih
Patrikanlah kasih para kekasih-Mu
Hingga ke Syurgawi
Hanya Engkau Yang Maha Memahami
Maha Memakbulkan Doa
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
19 Mei 2012
May 20 at 8:42am · · 1
SYUKURLAH PADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN CINTA HAWA
Teman...
Tahukah kau...
Sehebat mana pun aku
Aku tetap kaum Hawa yang lemah
Kerana aku dijadikan Allah Azzawajallah daripada
Tulang rusuk kiri kaum Adam
Jadi kau tak perlu bimbang
Malah kau harus berbangga
Asal usul kejadianmu
Yang sememangnya gagah perkasa
Makanya syukurlah pada Allah Azzawajallah
Mengurniakanmu cinta Hawa padamu
Haruslah kamu menghargainya
Dan bersamanya
Mencari jalan-jalan redha Ilahi
Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Mei 2012
May 20 at 9:07am · · 1
ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Mei 2012
May 20 at 9:15am · · 1
YAKINLAH DENGAN KALIMAH SYURGA
Duhai yang dikasihi dunia akhirat...
Kita akan ke akhirat juga
Alam akhirat kekal abadi
Sebelum melangkah ke alam akhirat
Kita sama-sama usahakan agar pabila sampai waktu nanti
Dijemput Ilahi ke alam akhirat
Kita bisa tenang
Setenang air di kali Syurga
Kita bisa senyum
Hasil usaha kita dibalas-Nya Insya-Allah Aamin
Makanya kita bayangkanlah
Betapa indah-Nya suasana di kala itu nanti
Bila kita bayangkan
Secara tidak langsung
Roh dan jasad kita
Selari berlumba ke arah akhirat
Negeri yang kekal abadi
Indah-Nya taman-taman Syurga
Dan betapa indah lagi
Kita dalam Syurga bersama dengan
Orang yang kita sayangi
Ketika di alam dunia...
Jika kau terpukau membaca puisi ku
Aku teruja penuh syahdu tika mengarangnya
Indah...indah....indah-Nya alam di Syurga
Itu yang aku bayangkan....
Syurga yang nyata asli
Tak dapat hendak dilafazkan dengan kata-kata melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Mana tahu berkat kita yakin ada-Nya
Pecipta Syurga iaitu Allah Azzawajallah
Kita berpeluang mendiami Syurga
Insya-Allah Aamin
Makanya yang dikasihi...
Kita padamkanlah segala kesangsian
Yang membuatkan kita sangsi
Tentang takdir Allah SWT pada kita
Tentang balasan amalan kerana Allah SWT
Mulai detik ini
Dan saat ini
Kita semangat ye
Untuk jatuh cinta dengan Allah SWT
Mempasakkan kalimah Syurga di qalbu
LAAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADDAR RASULULLAH
Hingga ke hujung nyawa kita
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012

O
Posted by Sasteraku Duniaku at 08:46
SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA
Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga
Hadirlah rindu dari Syurga
Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
Hadirlah bahasa-bahasa Syurga
Mengundang rindu
Mengundang kasih sayang Ilahi
Ke kalbu hati
Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
Akan KeAgungan Cinta-Nya
Bila mati baru mengerti
Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
Ada masa lagi untukmu mencair
Cairkanlah dengan sinar keimanan
Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
Agar dia mengerti
Bawa cinta dan redha Allah itu
Yang mahu didambakan dalam hidup ini
Agar bila bertemu-Nya
Redha lagi DiRredhai
Duhai jiwa yang tenang....
Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
· · · 8 hours ago
OLDER POSTS
Options
KAWAN SEJATI...
Kawan sejati...
Dia takkan pernah biarkan kawannya
Diinjak-ijak sesuka hati
Kawan sejati...
Dia sentiasa
Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya
Kawan sejati sentiasa berbahasa
Nan indah-indah
Bahasa Syurga
Bahasa akhirat
Mengajak ke Syurga
Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
Yang ada kasih dan sayang demi-Nya
Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
Aku sudi menjadi kawan sejatimu
Sampai kapanpun!
Jika tiada maafkan aku
Bukan aku tak sudi
Karna aku tak tega disepikan
Aku wujud seperti tak wujud
Yang kumahu bukanmu
Yang kumahu hatimu
Sesuci embunan pagi
Yang tetesannya
Mewangikan imankan
Agar sempurna
Sebelum pulang
Ke Pangkuan Ilahi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Disember 2012
· ·
YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI
Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
Agar hatiku hanya tertumpu pada zat cinta-Mu
Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
Hanya KAU menjadi keutamaanku
Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
Di kala hidup dan mati
Yang ada di hati kami
Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
Ikatan kami bukan karena pesona dunia
Tapi ikatan kami ikhlas
Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
Di setiap perkataan dan perbuatan
Seiring dengan keredhaan-Mu
Suburkanlah hati kami
Bicara-bicara Syurga
Suara-suara akhirat
Yang tak lelah
Mengajak kami
Ke jalan Syurga-Mu
Meraih cinta dan redha-Mu
Andai kata kami punya harta
Bukakan hati kami
Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
Karena kami sentiasa faham harta yang
Kami miliki adalah datang daripada-Mu
Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
Kikiskanlah Ya Allah
Kikiskan sifat bakhil kami
Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
Jika harta itu kami bakhilkan
Yang kami mahu harta kami
Diinfakkan ke jalan-Mu
Antara harta dan cinta-Mu
Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
Harta biarpun sepenuh bumi
Tak akan dapat menebus kami
Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
Maka-Nya Ya Allah
Di dunia ini harta yang
Kau dilimpahkan pada kami mahu
Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
Karna kami mahu mati
Dalam ketenangan dan kedamaian
Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
Begitulah tenangnya kami
Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah
Berkat berkasih sayang kami
Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
Di dunia ini yang semuanya mahu
Ke jalan-jalan-Mu
Temukan kami di Syurga-Mu
Agar bahasa-bahasa Syurga
Yang selalu kami amalkan di dunia
Dibawa ke Syurga-Mu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Bahagia roh dan jasad kami
Bahagia abadi dunia jua akhirat
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA
DARIPADA ADA KEPADA TIADA
HIDUP DAN KEMUDIAN MATI
DARIPADA TIADA KEPADA ADA
MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH
ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH
Karya Ratu Rimba Niagara
23 Disember 2012
·
"Cinta Adalah Kasih Sayang" Pada setiap pendar purnamamu ingin kulabuhkan cinta selamanya tidurlah kau dalam jubah kasihku sampai malam kan mengantarmu pada binar fajar karna pada pagi pun aku selalu menunggumu tahukah kau.... ketika mimpi malam tengah menemani lelapmu sewaktu angin berhembus dingin dan menggigilkan tulang-tulangku pada saat itu embun mulai berjatuhan tirta bening pun telah mengalir dari pelupuk sunyiku tahukah kau.... kita adalah sepasang cinta yang bernyanyi bersama air mata jiwa kita telah dicuci dalam setiap lirik ditembangnya dan hanya kita yang mengerti tentang senandungnya dengarlah sayang.... Jiwa yang mengenal cinta tak perna berharap untuk dicinta karna cinta sejati tak perna terikat dengan dirinya yang menginginkan pertemuan akan berpisah yang menginginkan bahagia kelak menderita karna harapan dan keinginan adalah palsu belaka yang ditimbulkan nafsu serta perasaan hiba akan dirinya maka cintailah cinta sewajarnya dengarlah sayang.... cinta itu tak mengenal pertemuan jua perpisahan tak mengenal kata bahagia dan derita karna cinta adalah kasih sayang yang akan selalu ada selamanya walaupun takdir membuat cinta tak perna bisa bersama ¤Indra Signora¤
"Cinta Adalah Kasih Sayang"
Ratu Rimba Niagara
GELOMBANG DI LAUHMAHFUZ
Duhai bulan nan indah...
aku selalu merinduimu
lagi aku ingin mendekatimu lagi kau menjauh
kau selalu bilang...
tunggulah dinda...
kanda akan menjemputmu
kanda ada urusan paling mustahak untuk dilunasi....
itulah janji-janji yang pernah kanda lafazkan pada dinda
tapi dinda tunggu penuh harap
kanda wujud
seperti melihat bulan di sana...
ingin dinda gapai tapi tak sampai
gaun pengantin yang kanda kirimkan
beserta warkah cinta kanda untuk melamar dinda
setiap malam ada bersama dinda
setiap malam purnama dinda
pakai gaun pengantin
menunggu kanda menjemput dinda
penuh pengharapan...
dinda nyanyikan syair indah
yang kanda suka dengar
sambil dinda baca si pungguk yang menangis
sambil memujuk dinda
"Tuan Putri Alam Nilam Purnama..."
bersabar lah tuan putri tapi patik
amat simpati dengan tuan putri
setiap malam purnama datang
dengan pakaian pengantin ratu
menunggu Tuanku diRaja Istana Kayangan
yang telah lupakan tuan putri....lupakan saja
tuan putri...cintanya palsu...kalau benar cinta
dia pasti akan datang...pasti akan menepati janji...."
"Duhai pungguk peneman setiaku....engkau manalah tahu
akan arti cinta sejati...cinta hamba...cinta kerna-Nya
DIA yang kurniakan cinta pada hamba...makanya hamba
amat percaya akan janji-Nya ...janjiNya pasti..."
"Begitu kuat tauhid cinta tuan putri kepada Tuhan....beruntunglah
Tuanku diRaja Merak Kayangan memiliki cinta Tuan Putri ...apa yang membuatkan tuan putri percaya cinta kerana-Nya ...hamba kurang memahaminya, sebab hamba tak sampai ke tahap itu..."
"Duhai pungguk...gelombong di Lauh Mahfuz terdengar di kalbu beta...buktinya pakaian pengantin ini sudah Tuanku diRaja kirimkan ..cuma menunggu kedatangan Tuanku DiRaja mengambil hamba
menjadi bidadari Tuanku diRaja...."
"Tuan putri andainya tiada juga Tuanku diRaja datang gimana Tuan Putri...tak akan tuan putri asyik begini menanti dan menunggu tanpa jemu.... tak sampai hati hamba melihat keadaan tuan putri merindu begini....
"Duhai pungguk....janganlah dikau risau....hamba sudah sandarkan
cinta hamba pada Tuhan tempat yang teratas makanya hamba redha jika Tuanku diRaja tak juga datang-datang."
"Tuan Putri Alam Nilam Purnama hamba doakan moga cinta tuan putri dengan Tuanku DiRaja Merak Kayangan dimakbulkan Tuhan. Aamiin"
"Aamiin Ya Rabbal A'Lamin, terima kasih pungguk kerana sudi mendoakan hamba. Moga Allah membalas segala kebaikanmu pada hamba."
"AAmiin Ya Rabbal A'Lamin"
Karya Ratu Rimba Niagara
1.1.2013
SAAT LANGIT MELAMBAI RINDU
saat langit melambai rindu
hatiku tak keharuan
bayangan rindumu
ada di mana-mana
di setiap langkahku
sentiasa mengekoriku
aku rindu serindu rindunya
rindukanmu
rindu bayangan
rupanya aku
lagi dikejar
lagi menghilang
entah di mana
kucari kemana-mana
tak ditemui
rupanya
bayanganmu hilang
ditelan kabus senja
aku merindu lagi dan lagi terus merindu
aku pergi ke ombak rindu
berlagu rindu
bersyair rindu
rindukan kamu
duhai bayangan cinta
yang tidak sudi
mengekoriku lagi
dalam tangisan hiba
mengenangkan rindu bayangan
yang tak terbalas rindu
ombak menderu-deru
memujukku
"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara
siapalah yang Tuan Putri rindu itu..."
"Bayangan kekasih hamba..menghilang
ditelan kabus senja...hamba rindukannya
rindu serindu..."
"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara...
Kenapa kekasih yang cuma bayangan saja
yang tuan putri rindu....kenapa tak rindu pada
yang lebih berhak dirindu?
"Apa maksudmu?"
"Cuba Tuan Putri fikir...sekadar bayangannya Tuan Putri rindu
lepas itu bayangannya hilang...maknanya itu cuma sementara rindu
rindu yang tak terbalas rindu ....rindu yang tak kekal ...yang tak bawa
ke Syurga Cinta.."
"Apa maksud mu ...hamba tak faham...beritahulah hamba agar
hamba faham rindu yang berbalas Syurga Cinta."
"Rindulah pada Pencipta Alam Semesta ini yang mencipta Tuan Putri
dan hamba juga..termasuk kekasih Tuan Putri...
Tuan Putri rindu cuma bayangannya saja tapi jika Tuhan yang dirindui
rindu Tuan Putri pasti akan dibalas rindu dan cinta-Nya SUBHANALLAH
Tuan Putri jikalah rindu dan cinta tuan putri telah dibalas-Nya
ALLAHU AKHBAR tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan
Redha dan Cinta-Nya....Syurga adalah balasan cinta suci Tuan Putri
tak mahu ke tuan putri? Bukan itu saja...jikalah Tuan Putri yakin
cinta Tuan Putri yang utuh padu pada-Nya...kekasih yang cuma
bayangan itu pun akan dikurniakan kepada tuan putri tapi bukan
bayangan... realiti tuan putri tak perlu dirindu sudah ada di depan mata untuk cinta dan rindu dalam redha-Nya...dan dengan Rahmat Kasih-Nya cinta tuan putri bukan sekadar di dunia saja akan diteruskan hingga ke Syurga-Nya dengan syarat saling mencintai kerana-Nya dan mencari jalan-jalan ke Syurga dengan hati yang ikhlas kerana-Nya."
Setelah habis berkata-kata ....kata-kata permata daripada deruan ombak rindu hilang entah di mana....
Putri Rimba Niagara menangis hiba dan mendongak ke langit
Dan di langit amat indah diindahkan dengan warna warni pelangi memancar ke laut ombak rindu... ke seluruhan ombak rindu berwarna warni pelangi ALLAHU AKHBAR AMAT INDAH
Melihat kejadian yang amat menakjubkan itu tak henti-henti Putri Rimba
berzikir dan bermunajat pada-Nya... didongak ke langit lambang cinta yang berkalimah Allah Azzawajallah tertera dengan jelas dan bawah cinta kalimah Allah
tuan putri rimba dan kekasihnya bergandingan menjadi pasangan pengantin yang diredhai Allah dan diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
SEMUA ALAM GHAIB ADALAH DALAM RAHSIA ALLAH AZZAWAJALLAH
CINTA DALAM KETENTUANNYA
Karya Ratu Rimba Niagara
1.1.2013

YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH
JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN
YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALING
BERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH
MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU
DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH
RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA
JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA
SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA
DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS
KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN
PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
YA ALLAH KUMERAYU PADA-MU JADIKANLAH LAMAN FBKU
SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA
BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN
BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG
NUR HIDAYAH KASIH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'KUSAYANGMU DEMI-NYA'
RATU RIMBA NIAGARA
1.1.2013

SEINDAH CINTA ADAM & HAWA
Duhai mimpi
hadirlah dalam mimpiku
mimpi indah
mimpi tentang bidadara Syurga
mimpi tentang Adam yang setia menantiku
duhai Adam hadirlah dalam mimpiku
kesetiaanmu pada Hawa amat kukagumi
kau mencintai Hawa bermula di Syurga
kerana kesepianmu Allah kurniakan Hawa untukmu
dan kau Syukuri
dalam leka menjalinkan cinta
kerana terlalu cintakan Hawa
kalian makan buah larangan di Syurga
kerana termakan hasutan iblis
yang tak senang dengan percintaan Adam dan Hawa
lantaran itu Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga
dan terpisah di dunia
Adam mencari Hawa
Hawa menanti kedatangan Adam
Adam merindui Hawa
Hawa merindui Adam
mereka saling cinta dalam rindu yang membara
berkat kesabaran dalam pencarian Adam
dan berkat kesabaran penantian Hawa
Allah temukan Adam dan Hawa di Jabbar Rahmah
Di Jabbar Rahmah pertemuan Adam & Hawa
menjadi saksi kesetiaan cinta yang setulus ikhlas kerana-Nya
Hawa diciptakan untuk Adam
Adam mencintai Hawa sepenuh iman
Cinta Adam dan Hawa menjadi idola cinta
Bagi mereka yang memahami arti hakikat
Cinta kerana-Nya...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
11 minutes ago ·
BERCINTA DI SYURGA
TERPATRI DI SYURGA
Kadang2 aku tertanya-tanya?
Adakah kekasih sesetiamu?
Adakah kekasih sejujurmu?
Adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
Adakah kau idola cinta Hawa dan Adam?
Makanya kudoakan moga kau
DiKurniakan cinta sesuci Adam & Hawa...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Diciptakan Hawa untuk Adam...
Untuk Adam cintai
Untuk Hawa syukuri
DiKurniakan cinta Adam...
Saling cinta mencintai
Ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi menyatukan hati
Hingga ke hujung nyawa
Dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
Hingga ke Syurga Adam dan Hawa ..
Mematrikan cinta
Sungguh suci cinta Adam & Hawa...
Sungguh indah....indah...indah...
Mungkin ini skrip Adam kepada Hawa...
"Hawa kau bidadariku...
Untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
Untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku,"
SUBHANALLAH
Indah....indah...indah...
Cinta Adam & Hawa ...
Cinta Idola....
Bagi semua pasangan
Yang bercinta kerana-Nya
Bercinta di Syurga
Berakhir di Syurga
Cinta abadi selamanya
Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu
Si pemburu cinta Adam & Hawa
Inilah madah cinta
Inilah puisi cinta
Inilah cerpen cinta
Yang dinanti-nanti abad ini
Moga memberi manfaat
Dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
Assalamualaikum Cinta
by: D'ya Kesuma
~Assalamualaikum cinta
dirimu selalu dalam ingatanku
sudah tentu bayanganmu mendamaikanku
kerana kita disimpulkan sebuah rasa yang serupa
assalamualaikum cinta
genggamlah hatiku
hingga ku tak berpaling jauh darimu
kerana ku ingin selalu bersamamu
bahagia bersama keindahanmu
seolah-olah apa saja yang menimpa kita
tidak pernah mencuit cinta kita...~
By: D'ya Kesuma

CINTA KITA TULUS IKHLAS KERANA-NYA
Waalaikummussalam cinta...
Terima kasih kerana sudi mencintaiku
Percayalah dengan takdir ketentuan-Nya
Kau ditemukan denganku
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Percayalah kau ditemukan denganku
Bukan untuk berpisah
Tapi untuk mematrikan cinta hingga ke Syurga-Nya
Jika kau faham dengan takdir apa itu cinta kerana-Nya
Cinta kita akan terus mewangi
Wangiannya dari dunia
Terpatri hingga ke Syurga
Moga kau yakin dengan cinta kita ini...
Cinta kita setulus ikhlas kerana-Nya
Itulah makna cinta sayang
Maka hargailah cintaku padamu sayangku...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
5 hours
IZINKAN CINTAMU BERTAHTA DI HATIKU
jangan sekali kau persalahkan dirimu
aku yang bersalah
meninggalkanmu tanpa ucapkan selamat tinggal
bukan sengaja aku mahu tinggalkanmu yang setia
terlalu banyak onak dan duri yang harus kutempuhi
untuk meraih cintamu
demi kebahagiaanmu
aku lepaskan cinta
dan kudoakan kau bahagia tuk selamanya
biarpun tanpa aku di sisimu
terimalah dengan redha
aku yakin kau yang setia cinta
tidak sepertiku yang tak setia padamu
akan Allah hadirkan cinta suci murni untukmu
maafkan aku
bukan sengajaku jadi begini
melupakanmu adalah mustahil
berpisah denganmu amat memedihkan hati
berpisah dalam terpaksa
berpisah tanpa relamu tanpa relaku
pedih memedihkan
hatimu hatiku terlara dalam sepi menyepikan
maafkan aku kerana begini
moga Allah menyembuhkan segala yang duka
dukamu dukaku
kebahagiaanmu sentiasa kudoakan
kerana kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku...
izinkan aku pergi dari hatimu...
izinkan cintamu bertahta di hatiku
biarpun kita sudah berpisah kasih
tanda kau masih kucinta dan sayang...
cinta tak semestinya memiliki
kerana takdir cinta adalah Ketentuan-Nya
kau dan aku harus terima dalam kepasrahan...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
·
Persahabatan sejati seperti irama dan lagu
Adanya irama merdulah lagu
Begitu juga sahabat sejati
Adanya dia cerialah hati
INDAHNYA TAMAN SYURGA
OH! MARIA MARGANI
Maria...
Membaca setiap baris bicaramu
Hatiku pasti jadi sayu syahdu jatuh kasih
Mahu kukucup tanganmu
Agar sudi menjadi rakan alam mayaku
Biar kita jadikan laman taman fb kita
Seperti taman-taman penghuni Syurga
Bercanda bergurau senda sambil
Berkejar-kejaran di kali Syurga
Tiada rasa penat
Kita duduk berbual di pohonan Syurga
Yang rendang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
Syurga..SUBHANALLAH...bahagia di kala itu kita dapat berbual mengenai persahabatan kita tika di dunia dulu...sambil bercerita kita memerhatikan permandangan Taman Syurga
yang indah-Nya tak terjangkau oleh pemikiran kita untuk nak laafazkan melainkan SUBHANALLAH! Rezeki yang Allah beri tak putus-putus kita perolehi. Kita tak perlu susah payah lagi semuanya ada dalam sekelip mata sahaja. tika di dunia dulu umur kita berbeza..di Syurga umur kita sebaya sentiasa cantik dan muda. Setiap kali kita bertemu kau pasti melihatku bertambah cantik dan kau juga bertambah cantik. Segala kenikmatan dunia ada di Syurga. Dan nikmat segala nikmat apabila kita dapat melihat wajah Kekasih kita Allah Azzawajallah SUBHANALLAH! INDAH-NYA ALLAH INDAH-NYA SYURGA!
Moga Allah kurniakan kita Cinta-Nya
Moga Allah kurniakan kita Syurga-Nya
Untuk mendapat Cinta-Nya dan Syurga-Nya
Kita pasti diuji tanda DIA cintakan kita
Moga kita tabah dan sabar menghadapi
Ujian-Nya itu tanda kita membalas Cinta-Nya
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Ramadan 2012
4 Ogos 1413H
7 hours ago · Like · 1
Maria Margani Temanku.. Putri Rimba Niagara..Tiada kata secantik bahasa nak ku ucapkan selain terima kasehku atas warkahmu yang mencuit hatiku..tiap patah perkataan menyentuh sanubariku.. tidak dapat ku balas dengan segala keindahan bicara..hanya hati berkata semuga Allah perkenankan doa kita, agar kita kan jadi teman yang paling akrab walau cuma di alam maya.. Amin3x,
7 hours ago · Unlike · 1
MOGA KITA SERING BERTEMU DI SINI
Aamin Aamin Aamin
Duhai Maria kusayang
Kuingin sekali menjadi sahabatmu
Tapi ku takut dengan bayang-bayangku sendiri
KU amat takut kehilangan mu
Kerana sebelum ini rakan-rakan yang kucintai
Dan kukasihi banyak yang telah kulepaskan
Berlalu pergi...
Bukan aku tak mahu setia
Tapi demi kebahagiaan semua
Kulepaskan kasih demi-Nya
Biar hatiku yang terluka
Biar hatiku remuk redam
Asalkan rakan yang kulepaskan itu bahagia
Kerana setiap rakan-rakan fbku
Mula suka hendak berkawan denganku
Tapi lama-lama jadi tak suka denganku
Dia diam...aku diam
Dia sepi aku sepi...
Awalnya sayang terus hilang ditelan ombak rindu..
Biarpun sudah ditelan ombak rindu
Bayang-bayang bekas rakan-rakan fbku sentiasa ada di hatiku sebab sekali aku berjabat tangan walaupun sekadar di alam maya akan abadi selamanya. Biarpun cuma bayangan
Biarpun tak pernah ketemu di alam realiti namun hati ini masih mahu berkawan dan berharap akan menjadi sahabatnya di Syurga nanti. Aamiin.
Mungkin ini adalah dugaan bagiku
Maria....kerana ku tak mahu kehilangan kasihmu
Harap kau sudi memahami keadaan sengsara jiwaku dan sudi memaafkan aku bila mana aku ada menguriskan hatimu...kerana biarpun di sini kita berkenalan...aku tak kehilangan kasihmu...
moga Allah selalu ketemukan kita di sini...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
'KU SAYANG KAMU DEMI-NYA'
PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Ogos 2012
15 Ramadan 1413H
6 hours ago · Like · 1
Maria Margani http://youtu.be/WdNSM0bIS28 khas buatmu temanku RATU RIMBA NIAGARA Dengarkan lah...
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
www.youtube.com
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
6 hours ago · Edited · Unlike
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
www.youtube.com
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
3 hours ago ·
Putri Rimba Niagara:
Maria...kusayang kamu
Biarpun ku tinggal di rimba jauh dari hiruk pikuk kota
Kau masih sudi berkawan denganku...
Terima kasih maria...
Terharu aku...Terujaku pada keluhuruan hatimu
Moga Allah SWT membalas kebaikanmu padaku. Aamiin.
6 hours ago · Like · 1
Maria Margani :
Putri Rimba Niagara..
Aku hanya insan biasa sejenismu..
punya hati walau sering terluka..
punya perasaan walau sering terguris..
punya senyuman walau terkadang hambar..
namun ku tak punya kekuatan..
aku sering tergoda kata manis..
aku sering terpedaya olih kata cinta..
aku tiada berdaya menolak asmara...
terima kasehku andai ada kesudianmu..
menjadikan aku sahabatmu..temanmu..
harapanku agar tiada sengketa antara kita..
kerana bagiku didunia ini ku tak punya sapa..
melainkan teman2ku dialam maya mahupun nyata..
Semuga persahabatan ini kan berkekalan...
hingga akhir nanti.. biarlah kau dan aku maseh bersahabat,
Amin Ya Rabbal Alamin...
aku tak pandai berbicara sepertimu..
bahasaku mungkin tak seindah bahasamu...
andai mengguris hatimu..maafkan aku sahabatku... 
6 hours ago · Unlike · 2
Putri Rimba Niagara:
Duhai maria...
Aku tak terdaya menolak kata cinta dan asmaramu
hehehe kerana kata asmaramu tidak memperdayakan aku untuk jatuh cinta padamu tapi membuatkan aku percaya kaulah sebaik teman yang sudi susah senang bersamaku yang sentiasa sudi membalut lukaku dengan benang cintamu dan sentiasa sudi menyapu air mataku di kala aku menangis pilu dan sudi menyokong dunia sastera yang kudambakan seperti sikunta si kunte rakan baikku yang telah mati ditelan ombak rindu demi membahagiakan aku mereka rela pertaruhkan nyawa untukku. Semenjak ketiadaan mereka yang selalu menghiburkan aku di kala duka ...aku menjadi seorang pemurung dalam derita sepi yang mencengkam jiwa...aku amat sengsara Maria...jika kau sudi mengambil tempat si kunta si kunte ku Insya-Allah kita boleh teruskan persahabatan ini..sudi ke dikau Maria...kerana yang kudambakan kawan-kawan seperti si Kunta si Kunte...maafkan aku jika kataku ini ada yang membuat hatimu terguris...
5 hours ago · Like · 1
Maria Margani:
Terima kaseh sahabatku Putri Rimba Niagara..
Semuga persahabatan antara kita kan berpanjangan...
4 hours ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL MARIA MARGANI & PUTRI RIMBA NIAGARA)
4 Ogos 2012
15 Ramadan 1433H
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
www.youtube.com
Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
Yesterday at 12:30am ·
BAYANGMU HILANG AKU BOSAN
Puas sudah kumencarimu,
Kamu berlindung di tengah terang;
Jika benarlah kau sahabat sejatiku,
Menjelmalah dikau waktu sekarang.
Kau laksana kilat dan bayang,
Aku laksana bulan keemasan;
Keranamu aku gila bayang,
Tapi bayangmu hilang aku bosan.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Ogos 2012

PEMERGIAAN SHEIKH RAJA DITEMPATKAN PARA-PARA SYUHADA DAN PARA-PARA WALI ALLAH. IN SHAA ALLAH AAMEEN
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS
DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK AWLIYA ALLAH SWT
ALMARHUM RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH
(28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
40 minutes ago · Like
Gambarfoto Fotographer al-fatihah
30 minutes ago · Like
BERIBADAT SEMATA KERANA-NYA
Halib KiLah moga dirahmati.. tapi jangan pesongkan persepsi masyarakat. dengan awan yan terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.. saya bibamg pada orang yang jahil akan menganggap si mati memiliki beberapa kelebihan sehgga menyebabkan pemujaan kepadNya.. ini soal aqidah umat islam buktinya cuba anda baca sejarah umat islam yan tersasar dari agama disebabkan apa????..
Yesterday at 3:11am · Like · 2
الآنسة مريم العزباء الماليزية sebab apa??
Yesterday at 3:17am · Like · 1
Putri Rimba Niagara:
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wr wb
Kepada Halib Kilah...kenapa kamu kata pesongkan persepsi masyarakat dengan awan yang terukir nama Allah dan mungkin awan
tersebut secara kebetulan saja.
Ketahuilah oleh mu dalam membuktikan Kebesaran Allah Azzajawallah
kepada semua makhluk alam semesta ini tiada secara kebetulan
Kalimah Allah adalah bukti Kebesaran Allah SWT
Memang wajarlah Almarhum Tuanku Sheikh mendapat pembalasan cintanya daripada Kekasih-Nya kerana sepanjang Almarhum hidup hanya untuk diabadikan kepada Allah SWT hinggalah ke nafas terakhir.
Bukti Kebesaran Allah SWT , di hari pemakaman Almarhum terukir nama Allah SWT di langit bertentangan dengan pemakaman Almarhum Tuanku Sheikh Raja . SUBHANALLAH ! Ini bukan satu kebetulan ...ini adalah bukti cinta Allah SWT kepada setiap hamba pilihan-Nya.
DIA memilih bukan kerana banyaknya ibadat setiap hamba-Nya tapi dengan Rahmat-Nya kerna keikhlasan hati hamba-Nya dalam melakukan ibadat tanpa niat untuk berbangga diri ...apa lagi untuk mendapat sanjungan daripada manusia.
Jika difikirkan secara lojik ...memang lojiklah baginda tuanku Sheikh mendapat sanjungan dan berbangga dengan darjatnya sebagai seorang kerabat diRaja Yang Mulia pada pandangan masyarakat.
Tapi itu tidak difikirkan oleh baginda Tuanku Sheikh Raja...yang difikirkan mahu menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Hidup baginda zuhud hingga ke nafas terakhir .ALLAHU AKHBAR!
Memang patutlah baginda menjadi hamba Allah yang terpilih dengan diberi Rahmat Kasih-Nya ketika di hari pemakaman Almarhum Tuanku Shiekh dengan diiringi dengan Kalimah Allah SWT di langit yang terbentang luas... tika itu roh Tuanku Sheikh sudah bertemu Allah SWT dan mendapat balasan Syurga...Wallahualam
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Ini bukan satu kebetulan ...ini satu kebuktian cinta Allah SWT kepada hamba-Nya yang dibalas cinta di hari bertemu denga-Nya
Ini bukan satu pemujaan kepada Almarhum Tuanku Sheikh Raja
Ini adalah satu motivasi bagi kita hamba-Nya bahawa hidup ini perlu membuat persiapan membawa bekalan-bekalan amalan yang diterima-Nya.
KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK
KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Ratu Rimba Niagara
7 Mei 2012
SIAPAPUN KAU SIAPAPUN KITA TETAP SAMA DI SISI ALLAH SWT
YANG MEMBEDAKAN CUMA KETAQWAAN
BERTEMU DI SYURGA-NYA
Kau adalah kau
Kau tak boleh berubah menjadi orang lain
Tika kau ditiupkan roh suci di alam kandungan ibumu
Telah dicatatkan segala takdir untukmu
Sepanjang kau berhidup hinggalah nafas terakhirmu
Makanya kau adalah kau
Kau yang memilih hala tujumu
Di dunia ini
Ke Syurga atau ke neraka
Adalah pilihanmu
Tapi aku yakin kau akan
Pilih jalan-jalan ke Syurga-Nya
Seperti hamba-hamba-Nya yang lain juga
Moga kau , aku dan semua muslimin muslimat
Bertemu di Syurga-Nya
Berkat tika hidup
Percaya kewujudan Syurga
Dan fisabilillah jalan-jalan ke Syurga-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
4 Mei 2012
MOGA ALLAH MEMBANTU KITA KE JALAN-JALAN-NYA
Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi hamba-Nya yang sempurna
Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
Aamin
Like · · Friday at 11:43am ·
Prabu Sri Narayana KusumaKuningan and Ahmad Tajuddin like this.
KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI
Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
Yang kurang itu daripada saya
Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri
kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati
kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .
JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
Karya Putri Rimba.
4 Mei 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawa kita sudah habis
Tapi roh kita masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan ...
semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik denga-Mu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan pada-Mu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redha kerna redha itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hamba-Mu...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hamba-Mu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara
16 April 2012
7 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL ANDA BUAT ANDA DAPAT)
7 Mei 2012
· · · 6 hours ago
2 people like this.
Affendy Fen Inya a'allah pemergian sheikh Raja di tempat para-para suhadah dan para-para wali allah. amin
about an hour ago · · 1
Ratu Rimba Niagara AAmin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
28 minutes ago ·
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELAYU ISLAM BERSATU)
7 Mei 2012
Like · · Promote · Share
Sulaiman Dawud likes this.
Sulaiman Dawud Karya-karya dari para pujangga Nusantara merupakan awal untuk kebangkitan TAMADDUN KHAZANAH KEARIFAN MELAYU yang kaya akan mutiara ilmu, hikmah dan peradaban
December 6, 2012 at 10:29am · Unlike · 2
(PETIKAN DARIPADA WALL SULAIMAN DAWUD &
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1.1.2013

PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
Yesterday at 11:45am ·
SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
Unlike · · about a minute ago ·
You and Khai Noor like this.
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
16 Jun 2012
Yesterday at 11:47am ·
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1.1.2013

HATI KITALAH RAJA
Hati kitalah raja
Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
Malanglah kita sepanjang di alam barzah
Sepanjang menempuh alam akhirat
Samalah kita saling muhasabah diri
Memperingati saat-saat sakaratul maut...
Ikutlah kata hati kita
Yang baik kita ikutkan
Yang tak baik diketepikan
Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
In Shaa Allah Aameen.
SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
1 Januari 2013
9 minutes ago · Like
HIDUPLAH KITA SEPERTI POHON YANG BERBUAH LEBAT
Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
hidup di tepi jalan dan ketika di lempari orang
dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".
By: Muhammad Agus Shafii
Tengku Ali Indra Jaya like this.
Ratu Rimba Niagara:
PUISI PEPOHON IMAN
Ingin kusemai bunga-bunga cinta
agar apabila bertunas nanti
segar disinari cahaya iman
akarnya menjadi pasakkan
iman yang kukuh bercambah
akarnya merata tempat.
Merimbunlah dikau tunas-tunas
cinta keimanan
menjadi pepohon rendang
dewasa dalam keindahan iman
rimbunan dedaun menghijau
saujana mata memandang
dedaunanmu merimbun
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
melentok-lentok sambil mengalunkan
zikir munajat memuji Tuhannya.
Alunan zikirmu padaNya
membuatkan aku terkesima
dalam rindu mendalam padaNya
dan aku mencemburuimu
kerana hidupmu...
tiada lain kecuali
berbakti kepada Tuhanmu
dan menabur jasa kepada
penghuni bumi.
Bertambah mengindahkan lagi
pepohon iman itu berbunga
gugusan kuntum bunga
memukau panorama...
Wangian bunga pepohon iman
dapat dihidu di seluruh benua
tiada apa yang dapat diucapkan
melainkan SUBHANALLAH.
Setelah habis musim bunga
tiba masanya pepohon iman berbuah
gugusan buah melebat
memenuhi pepohon iman
terkesima mata memandangnya.
Apabila gugusan buah pepohon iman
sudah ranum daripada tangkainya
sedia dipetik penghuni bumi
lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
Moga... Cahaya keimanan meresap
dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”
Setelah penghuni bumi
makan buah pepohon iman itu...
Sisa buah pepohon iman tersebut
dilemparkan ke sungai deras mengikut
kederasan air terjun
lalu terdampar ke hutan belantara
di situlah bermulanya penghidupan
baru kepada pepohon iman
meneruskan kelangsungan hidup baru
pasrah dan redha
dengan asal kejadiannya!
Karya: Ratu Rimba Niagara
1.1.2013
Komen
Muhammad Jefrey
Muhammad Jefrey amin ... ya allah. semoga kita mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat .wasalam

HATI KITALAH RAJA
Hati kitalah raja
Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
Malanglah kita sepanjang di alam barzah
Sepanjang menempuh alam akhirat
Samalah kita saling muhasabah diri
Memperingati saat-saat sakaratul maut...
Ikutlah kata hati kita
Yang baik kita ikutkan
Yang tak baik diketepikan
Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
In Shaa Allah Aameen.
SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
1 Januari 2013
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting
Dalam sebuah kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
"SEBAB ITU ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG JUJUR''
Petikan Daripada Carian Efa

PABILA PINTU TAUBAT TELAH TERTUTUP
Kerana tidak mahu dia dilamar oleh cinta ustaz,
dia telah menerima cinta seorang lelaki pengedar dan penagih dadah.
"Sekarang tak payahlah kau bercita-cita hendak melamar cintaku lagi
kerana aku baru saja bernikah dengan orang yang sefahaman dengan aku."
"Aku doakan moga kau bahagia dan sentiasa diberi Allah pertunjuk pada kau dan dia."
"Aku tak perlukan doakan engkau ustaz...untuk pengetahuan engkau aku gembira sangat terlepas dari terikat dengan cinta engkau tu...hahahaha"
"Apabila aku sudah serahkan hidup dan mati aku pada Allah apa pun perancangan Allah untuk hidup aku aku sudah pasrah dan redha."
Kini sudah hampir 5 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan si penagih dadah. Kehidupan rumahtangga mereka aman kerana saling sefahaman ....hidup mereka bertentangan dengan kehendak Allah.
"Bekalan dadah kita sudah habis macam mana ni sayang...." kata si suami
"Apa kata engkau merompak aje....nak mengedar dadah pun sudah tidak selamat lagi..."
"Betul jugak idea sayang."
Malam itu si suami pergi merompak untuk meneruskan kehidupan . Nasibnya malang kerana tidak berjaya meluluskan diri untuk masuk ke rumah yang dikunci oleh penghuni rumah. Cuma satu rumah sahaja yang tidak berkunci....dia masuk tapi tidak ada apa yang dapat hendak dicuri dan dia memerhatikan seorang lelaki soleh sedang berdoa ,"Ya Allah aku tiada apa-apa harta yang hendak aku sedekahkan pada mereka yang memerlukan...jika ada hambaMu yang memerlukan kau murahkanlah rezekinya...berilah dia pertunjuk dan hidayah kepadanya...Amin Ya Rabbal A'Lamin"
Dia bergegas keluar dari rumah ulama tersebut. Sepanjang perjalanan dia menangis...rasa terharu sangat mendengar doa ulama tersebut. Dia ingin bertaubat nasuha...kerana terlalu sedih dia dilanggar sebuah kereta. Mujurlah cedera ringan.
"Saya tidak sengaja melanggar saudara....tiba-tiba aje saudara melintas jalan...."
tanyanya penuh sopan.
"Tuan tak salah saya tak saya...kehidupan saya terlalu mendesak sehingga saya ingin mencuri tapi gagal....sekarang ni saya hendak bertaubat tuan...."
"Kalau macam tu...awak bekerja dengan saya....saya pun sedang mencari pekerja untuk menjadi pemandu saya...."
"Syukur Alhamdulillah." Doa ulama telah dimakbulkan Allah
Selepas solat subuh berjemaah di masjid bersama hamba Allah yang melanggarnya itu. Dia pulang ke rumah untuk menyampaikan berita gembira kepada isterinya.
Dia mahu mengajak isterinya ke jalanjalan yang diredhai Allah.
"Kenapa dengan engkau ni ha...sudahlah malam tadi tak balik...tiba-tiba berubah peragai macam ustaz.....dah buang tebiat ke?" tengkingnya.
"Sayang....kita sebenarnya sudah lama terpesong...marilah kita sama-sama berubah untuk menjadi hamba Allah yang beramal soleh...."
"Sudah.....sudah....pekak telinga aku mendengarnya....aku memang cukup tak suka mendengar ceramah ustaz ni...selama ni aku lari dari cinta ustaz sekarang engkau nak jadi ustaz pulak? Sekarang ni kau pilih antara dua nak jadi ustaz ke atau jadi macam yang aku inginkan...?"
"Aku nak jadi hamba Allah yang beriman...marilah sayang....kita bertaubat sesungguhnya Allah suka orang yang bertaubat..."
"Kalau itu kata engkau...aku tak boleh buat apa...mulai saat ini dan detik ini kau tinggalkan aku....aku tak mahu tengok muka engkau lagi...!!!"
"Ya Allah ya..Tuhanku engkau berilah hidayah pada isteriku...." Selepas suaminya berdoa....si isteri rebah menyembah bumi. Dia nazak....Si suami memangku isterinya dan menyuruh isterinya bertaubat......"Bertaubat sayang....Allah Maha Penyayang sebelum nyawa sampai di kerongkong Allah masih menerima taubat...dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan akhirnya mati dalam keadaan yang tidak mahu bertaubat.
Karya Rha NS
1 Januari 2012

YANG TAK TAHU MENILAI ERTI CINTA SYURGA
Setiap hari dia meratap nasib diri.
Cinta yang datang semuanya yang bergelar ustaz.
Bukan dia tidak suka lelaki yang bergelar ustaz tapi dia trauma.
Katanya ...itu tak boleh! Ini tak boleh naik rimas dia...selalu saja ada pertelingkahan fikiran pendapat dan perbuatan.
Dia suka ke arah kelalaian tapi ustaz mengajak kebaikan amal soleh
Amat bertentangan dari segala aspek
Dia ingin jauh dari cinta ustaz
Tapi cinta ustaz juga yang datang
Dia tak tahu bagaimana hendak melarikan diri dari cinta ustaz
"Jika awak terima cinta saya....saya akan bawa cinta awak ke jalan-jalan Syurga
Saya boleh bimbing awak mana yang awak tak faham tentang agama...."
"Maaflah ustaz.... saya tak boleh terima cinta ustaz kerana saya suka dengan hidup saya sekarang ini....pemikiran ustaz dengan saya bagaikan langit dengan bumi....
jadinya mulai saat ini dan detik ini jangan cuba melamar cinta saya lagi kerana saya sedang menunggu cinta yang boleh mengheret saya ke neraka titik"
"Ya Allah Kau berilah hidayah kepada wanita yang kucintai ini....
Kau hadirkan dia untuk menguji tahap keimananku...berilah kesabaran untuk aku membimbingnya ke jalan-jalan SyurgaMu. Aku ingin mengawininya kerana percaya inilah dugaan yang Kau berikan ke atasku.....aku terima dengan Redha Ya Allah kalau ini telah tersurat qadak dan qadarku."
"Untuk pengetahuanmu ustaz....sampai kapan pun aku akan menolak lamaran cintamu....sia-sia ajelah kau berdoa...."
"Apapun katamu aku akan berdoa dan tetap berdoa agar Allah memberikan Nur Hidayah KasihNya padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin."
AGAR EFA TIDAK DIKECEWAKAN
Kasihan dengan Efa.
Dia merungut-rungut pabila panggilannya tidak dijawab oleh bakal suaminya.
"Tak nak jawab panggilan takutkan binilah tu," rungut Efa.
"Nak berkongsi suami biasalah tu...Efa....orang yang takut bini ... ada
hati nak berkahwin lagi...alamat Efa menempah nasib malang...percayalah kata akak...belum kahwin pun dah rasa sakit hati....apa tah lagi dah kahwin...jangan tak ada penyakit cari penyakit Efa...akak sayangkan Efa....jadinya akak tak mahu melihat Efa tak bahagia...berilah perluang hidup Efa bahagia ....sudahlah perkahwinan dulu tak bahagia....cukup-cukuplah tu....bukan akak menghalang niat Efa....lainlah kalau dia tu takutkan Tuhan....bukan takutkan bini....cuma lelaki yang takutkan Tuhan layak untuk berkahwin lagi satu....Insya-Allah Efa tidak akan dipersiakan."
"Entah....lah kalau hati dah suka nak buat macam mana?"
"Kalau cintamu dah tahap empat tak dapat nak diselamatkan lagi....tapi sebelum berkahwin dengannya...suruhlah dia minta kebenaran dengan isterinya....kalau tidak payah nanti...."
"Katanya setelah berkahwin baru beritahu...."
"Kalau dah kahwin...boleh potong jarilah dia nak beritahu isterinya kerana dia takutkan bini..."
"Ini nak kena fikir dua kali ...."
"Bukan fikir dua kali Efa....fikir banyak-banyak kali agar Efa tidak dikecewakan."

Lidah ini suka berjanji
Tetapi suka memungkiri janji
Pabila memungkiri janji termasuk orang yang munafik
Allah tidak suka begitu
Moga kita dijauhi daripada sikap begitu

INDAHNYA TAMAN SYURGA
OH! MARIA MARGANI
Maria...
Membaca setiap baris bicaramu
Hatiku pasti jadi sayu syahdu jatuh kasih
Mahu kukucup tanganmu
Agar sudi menjadi rakan alam mayaku
Kita jadikan laman taman fb kita
Bagaikan berada di taman-taman Syurga
Bercanda bergurau senda sambil
Berkejar-kejaran di kali Syurga
Tiada rasa penat
Kita duduk berbual di pohonan Syurga
Yang rendang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa Syurga
Subhanallah bahagia di kala itu kita dapat berbual mengenai persahabatan kita tika di dunia dulu sambil bercerita kita
memerhatikan pemandangan Taman Syurga
yang indahNya tak terjangkau oleh pemikiran kita lafazkan melainkan Subhanallah! Rezeki yang Allah kurniakan tak putus-putus kita perolehi. Kita tak perlu susah payah lagi semuanya ada dalam sekelip mata sahaja. Tika di dunia dulu umur kita berbeza, di Syurga umur kita sebaya sentiasa cantik dan muda. Setiap kali kita bertemu kau pasti melihatku bertambah cantik dan kau juga bertambah cantik. Segala kenikmatan dunia ada di Syurga. Dan nikmat segala nikmat apabila kita dapat melihat wajah kekasih kita Allah Azzawajalla
Subhanallah indah Allah indahnya Syurga!
Moga Allah kurniakan kita Cinta-Nya
Moga Allah kurniakan kita Syurga-Nya
Untuk mendapat Cinta-Nya dan Syurga-Nya
Kita pasti diuji tanda DIA cintakan kita
Moga kita tabah dan sabar menghadapi
Ujian-Nya itu tanda kita membalas Cinta-Nya
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Ramadan 2012
4 Ogos 1413H
Suka
KomenKongsi
Moga persahabatan kita mewangi sampai ke Jannah. Aamiin.

Kini dia tak memiliki apa apa lagi,setelah banjir menyapu tendanya akibat hujan yg tak henti sejak beberapa hari lalu,di kamp pengungsian di Utara Sy...
Lihat Lagi
Komen
Tuliskan komen...

Selamat tinggal 2018 
Selamat datang 2019
Moga 2019 kita menempa kejayaan dunia membawa kejayaan akhirat . Aamiin

AZAMKU AZAMMU 2019

LEWAT BICARA INI MAAFKAN AKU

~~LaMan CinTa~~ sedang bersama Ahmad Tajuddin dan 35 yang lain.
Kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji.
KONSEP MENGWUJUDKAN JUTAWAN BARU

Setiap konsep yang baru akan mengwujudkan jutawan baru
Bila orang lain tak faham dia faham akan apa yang sedang dilakukan
Bila orang lain tak sedar
Dia sedar akan apa yang sedang dilakukan
Bila orang lain mula faham
Dia sudah jauh ke hadapan
Bila orang mula sedar
Dia sudah berjaya
PETIKAN DARIPADA ORANG CINA PALING KAYA DI DUNIA

99 peratus kegagalan akan menimpa orang-orang yang memiliki kebiasaan membuat alasan
PETIKAN G WASHINGTON

Hajat di hati jika izinNya 1,000 tajuk buku diterbitkan menjelang 2020
jika tak dapat 100 tajuk buku pun sudah membahagiakan saya maka sokongan rakan-rakan alam maya amatlah dihargai dan disanjung tinggi
akan dikenang sehingga akhir hayat. Berminat boleh whatsapp  ke nombor  017 - 2559582 
Ratu Rimba Niagara
Saya mencari sukarelawan bagi jayakan karya Ratu Rimba Niagara di alam maya dibukukan sebanyak mungkin yang sudi wassp no anda
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Hamidah Dinan Wassupp. 0175384677
Uruskan
Balasan15j
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabat nanti kita sama usahakan Allah tentukan Aamiin.

HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 RABIUL'AKHIR 1440H
1 JANUARI 2019
 
;