Saturday, 18 June 2011 0 comments

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI SULUNG ABDUL RAZAK KHASBULLAH

Lailatul Fatehah puteri sulung Abdul Razak Khasbullah,
Cantik rupawan membuatkan Zaki Sanawi tertawan;
Apabila berkata sentiasa merendah,
Kedua orang tuanya dihormati tak pernah melawan.

Lailatul Fatehah dididik dengan kasih sayang,
Kedua orang tuanya dihormati lagi disayangi;
Hidup sekeluarga saling sayang menyayang;
Sudah bergelar isteri kedua ibubapa tidak dilupai.

Lailatul Fatehah puteri kesayangan ayahanda bonda,
Kesolehan anakanda membuatkan ketenangan keluarga;
Esok bergelarlah anakanda isteri soleha,
Menjadi pula isteri soleha buat ketenangan suami tercinta.

Zaki Sanawi pilihan hati Lailatul Fatehah,
Hati terpikat kerana keimanan Zaki Sanawi;
Bercinta atas dasar keikhlasan bukan untuk bermegah,
Kerana kemegahan harta dan kuasa bukan yang diingini.

Ikatan percintaan direstui keluarga,
Zaki Sanawi menghantar rombongan peminangan;
Pinangan diterima dengan hati terbuka,
Ikatan keluargaan terus berpanjangan.

Majlis peminangan berjalan penuh meriah,
Kata sepakat membawa berkat;
Cincin berlian disarung ke jari manis Lailatul Fatehah;
Gembiranya Lailatul Fatehah cintanya sudah terikat.

17 Rejab 1432H bersamaan 19 Jun 2011 diadakan majlis perkahwinan,
Lailatul Fatehah Binti Abdul Razak dengan Zaki Sanawi bin Hashim;
Seisi keluarga mengundang tetamu penuh harapan,
Acara majlis di adakan penuh bermacam.

Rakyat dijemput dengan segala hormatnya,
Ke majlis kenduri kahwin puteri sulung kesayangan;
Tak sabar mereka datang meraikannya,
Pasti disambut hormat keluarga pengantin.

Membuat persiapan menyambut menantu,
Kad undangan dilayang menjemput rakyat;
Moga bahagia dunia akhirat anak menantu,
YB ARK pemimpin kesayangan rakyat.

Pelamin dihias indah serba putih,
Seputih hati YB ARK dengan rakyat;
Hidup bahagia dipenuhi dengan bunga-bunga kasih,
YB ARK berkorban apa sahaja demi rakyat.

Saudara mara berkumpul di rumah pengantin,
Yang jauh terus didekatkan;
Usik mengusik penuh kemesraan;
Kegembiraan keluarga pengantin menjadi kenangan.

Lembu dan kambing ditumbangkan,
Dibuat lauk pauk kenduri kahwin;
Bergotong royong menyediakan persiapan pengantin,
Majlis disambut penuh kesyukuran.

Berpusu-pusu tetamu yang datang,
Meraikan perkahwinan pengantin kesayangan;
Pelbagai juadah dijamu kepada tetamu yang datang,
Tetamu terharu mendapat layanan.

Tetamu datang membawa hadiah,
Hadiah untuk pengantin kesayangan;
Majlis perkahwinan disambut penuh meriah,
Kemeriahan majlis pengantin sentiasa dalam ingatan.

YB ARK dan Puan Norizan berpakaian cantik,
Berpakaian sedondon  menyambut tetamu;
Tetamu yang datang semuanya cantik,
Senyuman ARK dan isteri sentiasa tak jemu.

Paluan kompang mengiringi pengantin,
Pengantin tak lekang mengukir senyuman;
Tetamu melihat penuh ketaksupan,
Kejelitaan pengantin Lailatul Fatehah penuh keanggunan.

Pelamin dihias indah menyambut pengantin,
Pengantin bersanding mengukir senyuman;
Tetamu memandang rasa tak bosan,
Melihat persandingan pasangan pengantin.

Tetamu diundang merenjis pengantin,
Pengantin direnjis dengan wangian mawar;
Tersenyum manis kedua pengantin,
Apabila direnjis wangian mawar.

Kemerihan majlis perkahwinan sentiasa dalam ingatan,
Di hati pengantin dan tetamu yang datang;
Terima kasih kepada semua undangan,
Sejambak kasih sayang diberikan kepada semua yang datang.

Terima kasih Zaki Ecan,
Kerana sudi bersahabat denganku;
Selamat pengantin baru Zaki Ecan,
Didoakan kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Kirim salam bahagia buat isterimu,
Salam sayang seorang hamba;
Sejambak bunga kasih pengganti diriku,
Moga keredhaan Allah kekal sentiasa.

Kukarangkan pantun majlis perkahwinan pengantin,
Sebagai tanda kasih sayang setulusnya dariku,
Kemeriahan majlis perkahwinanmu menjadi kenangan,
Kusiarkan di blogku: sasterakuduniaku.


Karya: Rha NS
19 Jun 2011
(Diilhamkan khas untuk keluarga Abdul Razak Khasbullah
Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa dan Sambutan Majlis
Perkahwinan Puteri Sulung YB Abdul Razak Khasbullah iaitu
Lailatul Fatehah dan Zaki Sanawi semoga mahligai cinta
dibina kekal hingga ke Syurgawi - Amin Ya Rabbal A'Lamin)     
0 comments

KARYA CETUSAN MINDA BERDASARKAN GAMBAR

Karya cetusan minda berdasarkan gambar
yang dikirimkan Bahram Mikaeil berasal
dari Iran Teman Facebook Rabeah Mohd Ali.
Terima kasih Bahram Mikaeil keranamu
telah mencetuskan mindaku untuk berkarya.
Moga Allah membalas budi baikmu.


TOLONG REDAKAN KESEDIHAN KAMI

Macam mana ni dik?
Ayah dan ibu sudah tiada...
Kita nak pergi ke mana?
Kenapa mereka kejam?
Membunuh ayah dan ibu kita?
Apa salah ayah dan ibu?
Ayah dan ibu kita tak salah...
Tolong...!Tolonglah ...
Redakan kesedihan kami.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


DUHAI SI DURJANA

Duhai si durjana...
Walaupun kami di pagar dawai berduri
lalu tertusuk duri
kami rela menahan kesakitan.

Duhai si durjana...
Kami bersumpah akan menuntut bela
kematian ibubapa kami
yang telah  kamu bunuh kejam!

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


ANAKKU SAYANG

Anakku sayang...
Walaupun ibu tak tahu ke mana hendak dituju
bersabarlah ye sayang
moga Allah memberi pertunjuk jalan
ke mana kita selepas ini
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri.

Ke manapun ibu pergi
kau tetap akan kubawa pergi
ibu sanggup berkorban demi masa depanmu
berjanjilah pada ibu menjadi anak bertanggungjawab
pada agama, bangsa dan negara.

Anakku sayang...
Biarpun kehidupan kemiskinan kita mencengkam
kita akan teruskan  kehidupan ini.


Karya :  Rha NS
18 Jun 2011



KESUSAHAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA

Inilah yang mampu
kumasakkan untuk keluargaku tercinta
kumasak dengan penuh kasih sayang
moga menjadi kekuatan keluargaku
beribadah kepadaNya.

Kesusahan di dunia ini
tidak seberat kesusahan di akhirat kelak
moga kesusahan yang diuji ini
dibalas Allah dengan Syurga
untuk kita sekeluarga nikmati dalam kesyukuran.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011
 

SYUKUR APA ADANYA

Biarpun kau diduga
bagaimana beratpun dugaanmu
kau tetap tersenyum dalam redha
bersyukurlah kau dipilih menjadi
hamba yang sentiasa bersyukur
dengan nikmatNya yang tak terhitung
walau apa adanya.

Karya: Rha NS
18 Jun 2011


KECERIAAN TERPANCAR DI WAJAHMU

Keceriaanmu terpancar di wajahmu
senyumanmu membuatkan aku juga turut tersenyum
cerialah sayangku
ceriamu ceriaku
biarpun dugaanmu maha hebat
namun kau masih mampu tersenyum
senyuman setulus ikhlas
senyuman dalam redha.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


USAHA SEORANG NENEK

Duhai nenek kesayangan...
Biarpun usiamu melangkaui zaman
dan kemiskinan masih mencengkam
namun kau tak pernah berputus asa
kau teruskan usahamu penuh tekun dan sabar
kau tak pernah mengenal erti kalah
Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya yang berputus asa
berusahalah selagi nafasmu ada
untuk meneruskan perjuangan hidup ini
moga satu hari nanti kejayaan menyebelahimu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
18 Jun 2011


SELAMAT TINGGAL KECANTIKAN

Selamat tinggal kecantikan...
Aku tak boleh bertahan
menjadi muda selamanya
kerana sudah Tuhan aturkan
yang muda mesti tua
yang hidup mesti mati.

Karya :  Rha NS
18 Jun 2011


PENANTIAN CINTA

Penantian satu penyeksaan...
Biarpun berhujan berpanas
kutetap menantimu
di laman kasih
yang tandus dan gersang ini.
Kunantikan cintamu seiring
usiaku yang senja ini
menunggumu dengan penuh harapan
mengharapkan kau datang membalas
cintaku yang lama kudambakan
balaslah cintaku ini
duhai kekasihku.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


ANAI-ANAI YANG BERJASA

Dedaunan kering berguguran di bumi
akan dikitar semula oleh anai-anai
jika tiada jasa anai-anai
bumi kita ditimbuni dedaunan kering
anai-anai pun berjasa
kenapa tidak kita turut berjasa?


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


JUTAAN KEDUTAN

Jutaan kedutan ini...
Tidak akan menghalang
untuk aku terus
MencintaiMu
MemujiMu
MengangungkanMu
MensyukuriMu
di sebilang masa dan ketika
hingga terhenti nafas
justeru terimalah aku menjadi kekasihMu
dan izinkanku mengucapkan kalimah
Laaillaahaillaallah sebagai akhir kalamku
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


MUSIM SALJI TELAH TIBA

Musim salji telah tiba
kedinginan salji sedingin hati
ditunggu juga kekasih datang
namun tidak juga kunjung tiba.

Karya: rha NS
18 Jun 2011


MAWAR PUTIH

Cantik sungguh mawar putih
diserikan sinar cahaya bulan
wangian semerbak memenuhi taman
taman hati berbunga kasih
kelopakmu cantik tersusun indah
kukagumi Kebesaran Tuhan.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011



SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH

Biarpun sehelai daun
gugur ke bumi
semuanya dalam pengetahuan Allah
Tuhanku Maha Mengetahui
segala yang ada di bumi dan di langit
Yang ghaib mahupun yang nyata.
 

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


LILIN

Lilin menerangi orang lain
tapi membakar diri sendiri
Apabila cahaya lilin bertukar air
biarpun tidak menerangi orang lain
tetapi masih berjasa
dengan menyejukkan hati-hati
yang kepanasan kerana marah!


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


BUNGA PUTIH BERMATA BIRU

Menghayati bunga putih bermata biru
amat mengasyikkan
aman...
damai...
tenteram...
mengujakan aku memetikmu
lalu kuhias di meja tulisku
agar menjadi inspirasiku
untuk berkarya.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011

MESIN JAHIT ANTIK

Mesin jahit usang ini
di bawa arus sungai
dipenuhi sampah sarap
tetapi masih boleh digunakan lagi
dibersihkan dan diperbaiki semula
pasti menjadi bahan antik
memukau mata memandang!

Karya: Rha NS
18 Jun 2011


ALLAH MAHA PENGAMPUN

Biar macam mana berat dugaanmu
tempuhilah dengan tabah
jangan memilih jalan yang salah
membunuh diri bukan jalan penyelesaian
gunakan fikiranmu yang waras
pulang ke pangkal jalan
bertaubatlah sebanyaknya
kerana Allah Maha Pengampun Dan Penyayang
Pasti taubatmu diterima
asalkan ikhlas semua amalan.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


DI RIMBUNAN HUTAN BELANTARA

Masya-Allah
di rimbunan hutan belantara
yang suram dan sepi
diselubungi kabus
masih boleh kelihatan
keindahan matahari terbenam
melabuhkan tirainya
di ufuk senja.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


SEJAMBAK BUNGA KASIH

Masih tergenggam erat di tangannya
sejambak bunga kasih
biarpun sudah tiga hari menanti
kekasih tak kunjung tiba
jambangan bunga kasih layu
tapi kasihnya pada kekasih
tidak pernah layu
dia menunggu terus menunggu
penuh harapan
penuh cinta dan kasih sayang
sejambak bunga kasih yang dah layu
bukti cinta kepada kekasihnya.

KARYA:  Rha NS
18 Jun 2011


MERAIKAN KEJAYAAN

Kau terjun dari tempat tinggi
penuh yakin tanpa cedera
kegembiraan meraikan kejayaan
yang kau perjuangkan sejak bertahun
akhirnya terbalas berkat kesabaranmu.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


KITA SELAMANYA BERSAMA

Kanda usahlah menangis lagi
kusapukan air matanyamu dengan cinta suciku
kita takkan berpisah lagi
Tuhan yang menjodohkan kita
Tuhan juga yang memisahkan kita
di dunia hidup bersama
moga di akhirat juga hidup bersama
menikmati Syurga selamanya bersama.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


KEINDAHAN TERBENAM MATAHARI

Keindahan matahari terbenam
tak terungkap dengan kata-kata
hanya Subhanallah yang terucap.

Bunga-bunga merah melambai-lambai
mengucapkan selamat tinggal kepada matahari
moga esok diberi kesempatan Tuhan
berjumpa lagi.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


SAHABATKU

Sahabatku pergimu tanpa pesan
kau kurindui dalam sendu
kenangan bersamamu segar dalam ingatan
moga kau tenang di alam sana
menikmati Syurga bersama teman-teman barumu
terimalah sejambak bunga kasih dariku
usahlah risau
ku juga akan menyusulmu nanti
tapi bila dan di mana ku tak tahu.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011
Friday, 17 June 2011 0 comments

MENGENAL RAHSIA (AWANG KARIM KADIR)

AWANG KARIM KADIR:

Apakah yang kita cari dalam belantara mimpi ini: kasih,
hanya bayang dan warna-warni pelangi di sini.  Apakah
yang kita dambakan dari hidup ini; kasih.  Selain kasih
sayang penuh keredhaanNya yang abadi.  Apakah makna hidup
penuh nikmat dan keindahan ini; kasih. Jikalau tidak
kerana cintanya pada kebenaran ilmu yang hakiki. Apakah
rahsianya sesudah hidup ini; kasih.  Jikalau bukan
pernyataan rahsia antara wajah kebenaran dan kasih sayang.
Apakah rahsia di dalam rahsianya; kasih.  Harus mengenal
ilmunya dan mengenal rahsia dalam rahsiaNya.

MOHD RAFFIE RMG:  IlmuNya adalah rahsiaNya dalam rahsiaNya
ada ilmuNya: Kasih dan sayangNya itulah ilmuNya yang wajib
kita cari.

AWANG KARIM KADIR:  Ya, dekat sudah itu, kita dengan takbir
rahsia itu... sesiapa yang ikhlas mencari melainkan dia akan
mendapat juga mengungkapkan rahsia itu.

ONY LATIFAH:  Suaramu mendekam dik... jauh ke dalam.

RABEAH MOHD ALI:

Apabila pelangi menjelma
ingin kugapai
pelangi senyum padaku
melambaikan tangan
gembira tak terkata
pelangi sudi bersahabat denganku
bicaranya indah membuai mimpiku
bibirku tak lekang mengukirkan senyuman
biarpun dia pergi berlalu dalam mimpiku
namun indah tutur kata pelangi
masih tak kulupa!
Esoknya hidupku dipenuhi pelangi cinta
dalam redhaNya yang abadi.


AWANG KARIM KADIR: Alhamdulillah, kita sama pencinta
keindahan dan makna.


RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih AKK sajak kukarang ada
bunyi sikit ke macam  seorang penyair seperti kamu?
Siapalah aku ini hanya penulis Teks SMS tiada pandai
bermadah puitis seperti penyair ternama.

AWANG KARIM KADIR:

Puisi adalah nafas cinta, nilai kemanusiaan dan makna
derita, setiap ungkapan ada puisi yang memberi erti;
cuma ia kadang seperti pelangi, indah dan harus dilihat
dari pelbagai sisi.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih kerana memahami apa yang tersirat diqalbuku
duhai sahabat seni yang kukagumi.  Moga setiap bait yang
dikarang adalah mutiara akhirat yang menjadi bekalan ke
destinasi pasti yang ada nilaian di sisiNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.



(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
17 Jun 2011

  
0 comments

PASTI

Perjalanan ini...
pasti menemukan satu tujuan pasti
kematian adalah pasti

kehidupan terlalu bermakna
tutur kata bermakna
amalan bermakna
barulah semuanya terlaksana
untuk ke negeri Sana
yang pastinya kekal abadi
Negeri Akhirat
kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
untuk hambaNya
dinilai untung nasib
samada Syurga atau Neraka!
Balasan setiap hambaNya
adalah pasti!


Karya: Rha NS
       16 Jun 2011
0 comments

ROH PERLUKAN AMALAN YANG DITERIMA ALLAH

Apabila kita bercakap tentang roh
sebenarnya roh sesama roh
sedang berkomunikasi
walaupun pada  ketika itu
kita berada  dalam keadaan normal.

Kenapa harus takut apabila  bicara tentang roh?
Mahu tak mahu kita akan bergelar roh!
Cuma tak tahu bilakah
tarikhnya,
harinya,
saatnya dan detik bila?

Pabila bercakap tentang roh…
Dikatakan seram sejuk… takut!
Seram sejuk takut di dunia ini
boleh diselimuti….
Tapi seram sejuk di alam kubur?
Jawapannya roh perlu diselimuti
amalan yang diterima Allah.



Karya:  Rha NS
             17 Jun 2011
Thursday, 16 June 2011 0 comments

SEDEKAH IKHLAS SENYUMAN IKHLAS

Senyumlah biarpun pahit asalkan ikhlas
Sedekahlah biarpun sedikit asalkan ikhlas

Orang Kaya Syurga
Kaya sedekah ikhlas
Kaya senyuman ikhlas
Kaya amalan ikhlas
Syurga akan dibalas
Berkatnya ikhlas
Moga Allah membalas
Segala amalan yang ikhlas.


Karya:  Rha NS
        16 Jun 2011
0 comments

MOHON KURNIAAN DARINYA UNTUK BEKALAN KE DESTINASI PASTI

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau temukan aku dengan sahabat-sahabat ahli
perniagaan yang ahli bidang masing-masing.
Keuntungan bakal banyaknya tak terhitung
itupun dengan izinMu.
Sebelum keuntungan Kau limpahkan kepada kami
semua jauhkan sifat tamak haloba di antara kami,
perselisihan faham di antara kami akibat sifat
tamak dan sifat riak yang akan memakan segala
amalan kami.

Jadikanlah keuntungan itu nanti membuatkan kami
semua  bertambah bersyukur atas nikmat kurniaanMu
mendekatkan diri kepadaMu walau sesibuk mana sekali
pun.  Jadikanlah hamba-hambaMu ini yang kaya dengan
sedekah dan amal jariah sebagai bekalan ke destinasi
yang pasti.

Jika kekayaan yang dimiliki itu nanti akan memecah
belahkan hati-hati kami dan menjauhkan diri kami
dari mengingatiMu maka lebih baik kami begini
hidup dalam kemiskinan tapi ada sedikit Nur KasihMu
untuk kami mengingatiMu itu adalah lebih baik daripada
kekayaan yang Kau limpahkan.
Kami redha kalau itu takdirNya.
Kami syukur kalau itu adalah kurniaanMu pada kami.
Segalanya kami serahkan kepadaMu Tuhan Yang Maha Tahu
Segala Yang Ghaib.
Murahkan rezeki kami yang mengharap ini agar bertambahnya
bekalan kami untuk menuju ke destinasi yang pasti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
        16 Jun 2011 
0 comments

GERHANA BULAN

Setiap kali gerhana bulan
hatiku turut dilanda gerhana
hatiku pilu dalam syahdu
yang kutakuti apabila
datang melanda
gerhana iman
pasti aku nangis deras
yang kemahu dariNya
Nur Iman yang indah
sentiasa bercahaya
seindah cahaya
bulan purnama
sinarnya menyimbahi bumi!
Pasti kusyukur
di sebilang masa dan ketika.


Karya:  Rha NS
        16 Mei 2011
0 comments

KHASHAF CINTA

Duhai hamba
kulihat
di anak mata kananmu
ada kalimah Allah
di anak mata kirimu
ada kalimah Muhammad
di dahimu
ada kalimah
Laaillahaillaallah
di wajahmu memancar cahaya
nur keikhlasan
berkat keimananmu

Masya-Allah
hamba inilah
yang diidami
roh dan jasadku

cinta keranaNya
balas cintaku keranaNya
dalam khashafNya
kita bercinta
kita bersatu
dalam restuNya

Subhanallah
kusyukur dalam sujudku!


Karya: Rha NS
       16 Jun 2011    
0 comments

CINTA TIGA SEGI

SHUHAIMI MOHAMED:

Sepanjang aku bercuti dan berada di oversea...
tiba-tiba timbul satu perasaan kerinduan kepada
dua orang gadis... adakah ini yang dinamakan
cinta tiga segi...elok juga kuhadiahkan cincin
berlian kepada mereka... bagaimana pendapat
anda? Sebarang pendapat dan cadangan amatlah
dialu-alukan...ikhlas dari luahan hati seorang
lelaki.


RABEAH MOHD ALI:

Bila rindu datang menerpa,
Tak dapat kunafikan hati,
Hanya cinta suci yang ada,
Kubelikan cincin untuk si jantung hati.

Ada satu hati dua cinta,
Keduanya kusayang dan kurindu,
Adakah mereka sanggup berbagi kasih,
Kalau sudi kusarung cincin berlian ke jari manismu.

(Moga Shuhaimi suka cadangan dan moga kedua cinta
hatimu tak marahkan akak ye)


PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
16 Jun 2011
0 comments

APABILA TIADA CINTA DI LAMAN HATI

Apabila tiada cinta di laman hati
hidup suram hati dilanda gerhana
hidup tidak bermaya
lemah minda
suara tenggelam
keputus asaan
akibat gagal bercinta
justeru
hidupkan cinta
di laman hatimu
dengan cintakan Allah
kasihkan hambaNya keranaNya
barulah dirimu
berbunga-bunga cinta
subur di laman hati
dalam restuNya.


Karya: Rha NS
       16 Jun 2011
0 comments

MENGUTIP MUTIARA-MUTIARA AKHIRAT

BUNGA SEROJA:

Hari demi hari telah kita lalui...
Bulan demi bulan telah kita jalani...
Tahun demi tahun kita telah lalui...
Apakah perjalanan ini menemukan
satu ujian yang pasti? Akankah
kita dapat makna hidup yang kita
cari? Wallahhua'alam.

RABEAH MOHD ALI:

PASTI

Perjalanan ini...
Menemukan satu tujuan pasti
tujuan menuju ke destinasi pasti

kehidupan terlalu bermakna
tutur kata bermakna
amalan bermakna
barulah semua terlaksana
untuk ke Negeri Sana
yang pasti kekal abadi
Negeri Akhirat
Kepunyaan Pencipta
untuk hambaNya
dinilai untung nasib
samada Syurga atau Neraka
balasan setiap hambaNya
adalah pasti!

BUNGA SEROJA:

Bunda Rabeah@Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah bunda hadir lagi di beranda bunga, Insya-
Allah apa yang dihuraikan ke anakanda ada maknanya.
Terima kasih salam sejahtera buat bunda.

RABEAH MOHD ALI:

Waalaikummussalam warahmatullahiwabaratuh.
Terima kasih kepada Seroja juga kerana telah mencetuskan
idea bunda untuk berkarya, moga kita sama-sama mendapat
sinar hidayah kasih dariNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

BUNGA SEROJA:

Amin. Amin...sunguh indah dan bermaknanya karya bunda,
Terima kasih bundaku, mohon kiranya kepada anakanda
Bunga dapat dikirimi sebuah pantun karya bunda. Wassalam.

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih kerana anakanda Seroja menghargai karya
bunda , syukur dipanjatkan kepada Allah kerana setiap
yang baik itu semuanya dariNya. Apa salahnya kita
kongsi bersama, mana tahu kita dapat mengutip mutiara-
mutiara akhirat sebelum pergi ke destinasi pasti.
Sebagai tanda kasih sayang abadi sudilah layari blog
bunda ye:  sasterakuduniaku

Cantik sungguh Si Bunga Seroja,
Wangian hatinya dihidu hingga ke sini,
Maafkan daku jika tiada kusengaja.
Tanpa sedarku hatimu kusakiti.


PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
16 Jun 2011   
0 comments

MENCARI HIDAYAH KASIH DARINYA

HUJAH MUJAHIDIN AL-HASSAN

Bersifat baik sangka terhadap orang lain
akan menenangkan hati serta menceriakan
hari kita, malah buruk sangka akan
mematikan rancangan kita untuk memberi
kebaikan kepada orang lain...
senyuman ikhlas adalah sedekah yang
tidak merugikan akan tetapi nilainya
amat tinggi... senyumlah sekurangkurang
untuk diri sendiri.

RABEAH MOHD ALI:

Esok bukan milikku
berbaik sangkalah
pujuklah hatimu
mohon maaf padanya
demi keranaNya

Duhai kawan maafkan aku
dan aku maafkan kau
agar kita tidak dalam murkaNya
kerana esok bukan milik kita.

HUJAH MUJAHIDIN AL-HASSAN

Terima kasih Rabeah Mohd ali,
sungguh syahdu dan memancar
cahaya nur keikhlasannya.
Alhamdulillah.

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih juga kepada saudara
Hujjah Mujahidin Al-Hassan kerana
gambar-gambar dan baik-baik kata-
katamu mencetuskan inspirasiku
untuk berkarya dan disiarkan untuk
pembacaku di alam maya.  Syukur
atas kurniaan dariNya. Moga karya
yang dihasilkan memberi muhasabah
pada diriku dan kepada mereka juga
yang ingin mencari hidayah kasih
dariNya. Amin.

HUJAH MUJAHIDIN AL-HASSAN

Amin Ya Rabb


PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK
RABEAH MOHD ALI
16 Jun 2011
Wednesday, 15 June 2011 0 comments

ESOK BUKAN MILIK KITA

Esok bukan milikku
berbaik sangkalah
pujuklah hatimu
mohon maaf padanya
demi keranaNya
"Tapi hatiku dah hancur lumat
atas kata nistanya sedangkan
aku tak bersalah pun padanya?"

"Biarpun hatimu hancur lumat
mohonlah maaf demi keranaNya."

"Ya Allah aku hamba yang lemah
ampunkan aku Ya Allah... tiada
niat aku menjauhkan diri darinya
tapi kerana takut murkaMu jika
aku tetap meneruskan...
demi kedamaian hati ini
ampunkan aku Ya Allah
ampunkan aku duhai kawan
dari hujung rambut hinga ke hujung kaki
ku mohon ampun darimu dan
seikhlasnya aku pun maafkanmu
samada kau sengaja ataupun tidak
menggores hatiku hingga luka parah
demi keranaNya
kau maafkan aku
dan aku maafkan kau
agar kita tidak dalam murkaNya
kerana esok bukan milik kita!



Karya:  Rha NS
15 Mei 2011
0 comments

SANG MATAHARI TUNDUKKAN KEEGOANMU!

Sang  Matahari setiap hari
ego dengan kekuasaan yang dimiliki.
Menyinari bumi
tanpa sinarnya,
bumi ini akan bergelap!
tanpa sinarnya kehidupan
penghuni bumi tergendala,
ini membuatkan Sang Matahari ego!

Sinarnya amat dinantikan penghuni bumi…
Kerana terlalu sombong dengan keterikkan sinarnya itu,
kehadiran Sang Pelangi diperkecilkan,
” Sang Pelangi kau tak perlu muncul kerana
kehadiranmu tidak  diperlukan penghuni bumi…
cahayaku sudah cukup menerangi penghuni bumi,”
kata Sang Matahari dengan egonya.
“Walaupun aku tidak diperlukan tapi kehadiranku dapat
memukau mata si penghuni bumi kerana  warna-
warni pelangiku yang cantik,” kata Sang Pelangi
membela dirinya.

“He… setakat cantik ,  selepas itu hilang… tiada
gunanya Sang Pelangi… hahaha … kau tengok aku
sentiasa bersinar tanpa henti, penghuni bumi
sentiasa perlukan aku!” kata Sang Matahari
penuh ego.
“Aku hadir atas kehendak Tuhanku,
Aku hilang pun atas kehendak Tuhanku,
dan aku redha asal kejadianku Sang Matahari,”
kata  Sang Pelangi penuh kesyukuran.
Bersyukur kepada Tuhan yang menciptanya.

Pada hari Jumaat  bertarikh 27 Mei 2011
pada pukul  1.15 tengahari keadaan telah
menundukkan Sang Matahari yang ego selama ini,
apabila Penciptanya menunjukkan kuasaNya
kepada Sang Matahari  yang selama ini ego
dengan kekuasaannya, apabila Sang  Pelangi
mengelilingi Sang Matahari dan Dikirimkan
juga bulatan cahaya yang lebih bersinar daripada
Sang Matahari!
Sang Matahari hilang egonya…  dia bertaubat
kepada Allah kerana selama ini dia sombong
kepada Sang Pelangi dan Penghuni Bumi.
Sehebat mana pun Sang Matahari tidak boleh
menandingi  kehebatan Yang Mencipta
kewujudannya !

Karya:  Rha NS
             15 Jun  2011
0 comments

MIMPIKAN PELANGI

Apabila pelangi menjelma
ingin kugapainya
pelangi senyum padaku
melambaikan tangan
menyambut kedatanganku
gembiraku tak terkata
kerana pelangi sudi
bersahabat denganku
bicaranya indah melenakan mimpiku
bibirku tak lekang mengukir senyuman
indah tutur kata pelangi masih tak kulupa
biarpun dia pergi berlalu dalam mimpiku!

Esoknya hidupku dipenuhi pelangi cinta
dalam redhaNya yang abadi.


Karya:  Rha NS 
15 Jun 2011
0 comments

SENYUMAN IKHLAS

Senyuman ikhlas... bila kita senyum
mata pun turut tersenyum.

Senyuman ikhlas... hati tenang
bak hidup tiada tekanan.

Senyuman ikhlas ada pahala,
Mengungkap kata tersusun indah;
Menyakiti hati mengundang dosa,
Mengungkap kata penuh berhelah.

Senyuman ikhlas hati tenang,
Hidup bak tiada beban;
Berkata baik pendengar tenang,
Terjalin sudah sebuah persahabatan.


Karya : Rha NS
        15 Jun 2011
Tuesday, 14 June 2011 0 comments

BICARA BERSAMA ALAM

Matahari seakan terlepas dari tangkainya
sebelum terbenam melabuhkan tirai
di ufuk senja.

Malam menjelma
 tempat  matahari
digantikan dengan bulan indah
bercahaya  memancar ke puisi
seorang penyair sedang mengarang syair
menyatakan isi hatinya dilanda kegeringan
tersarat kedukaan terhadap seorang sahabat seni
kekesalan yang tak terungkap membuatkan dia
menangis berpanjangan …
Teman alam berkongsi dukanya,
dia menangis!
Bumi menangis!
Matahari menangis!
Bulan menangis!
Bintang pun menangis!
 Mujurlah ada awan simpati
pada si penyair menadah
tangisan matahari, bulan dan bintang.

Esoknya  menjelma pelangi
menceriakan suasana duka
memadamkan duka
yang  menyelubungi si penyair.

Alam adalah teman setia si penyair
dan alam jugalah sumber inspirasi
si penyair berkarya.
Terima kasih Tuhan  kerana mengizinkan aku
berbicara bersama alam ciptaan-Mu!

Karya:  Rha NS
15 Jun 2011
0 comments

KELUH KESAH PENULIS TUA DENGAN PENYAIR MUDA

Duhai  penyair muda…
Tak kuduga
kau berubah
setelah bersahabat
dengan penyair ternama.

Kujalinkan perkenalan denganmu
kerana mahu bertukar idea
saling menyokong di antara kita
di  medan seni.

Kuanggap kita setaraf walaupun
usia kita jauh berbeza.

Kubiarkan kau edit hasil tulisanku
dan kau kata karyaku tidak puitis!
Kukatakan padamu aku mahu
semua pembaca faham hasil
tulisanku, kuterima  segala kritikanmu
dengan hati terbuka kerana  di kala
itu kita setaraf.

Tapi setelah kau  bersahabat dengan
penyair ternama aku teman  seperjuanganmu
menjadi tunggul yang  tak berharga lagi di matamu.
Kau bersama penyair ternama  mempersendakan
hasil tulisanku  seolah-olah menghukum supaya
aku jangan berkarya lagi kerana sajakku seperti
menulis teks  SMS!
Aku sedar siapa aku
 duhai penyair muda!
Duhai penyair ternama!
Karyaku tidak setanding kalian
yang boleh berkarya
dengan bahasa puitis
ada metafora,
personafikasi dan rhima!
Yang mengagumkan pembaca!

Duhai penyair muda dan penyair ternama,
ku tak setanding kalian dan aku teramat malu
jika hasil tulisanku  kalian baca mesti ada
cacat celanya!  Biarlah aku menjadi penulis bisu
berkarya di alam maya… dibaca oleh pembaca
di serata pelosok dunia  pelbagai bahasa
yang tidak kukenali  kerana aku menulis bukan
kerana nama tapi tanda kasih sayangku
pada mereka.  Merekalah yang layak
menilai karyaku!

Aku menulis kerana
Karyaku! Duniaku !
Sasteraku! Duniaku!
Pembaca Alam Maya Duniaku!
Tanpa  pembaca yang kukasihi siapalah aku?


Karya:  Rha NS
15 Jun 2011
0 comments

ILMUMU ILMUKU BERSATU MATLAMATNYA SATU

Ilmumu  ilmuku bersatu
matlamatnya satu
semata-mata keranaNya yang Satu.

Moga …
Hidupmu,
hidupku dan
hidup mereka jua
dalam redha dan restuNya.

Moga mengundang hidayah kasihNya
yang bertapak di hati
lalu
memujiNya  hingga terhenti nafas!

Karya: Rha NS
              26 Mei 2011
0 comments

Bicara Penyair Ternama Dengan Penulis Tak Bernama

Si penyair ternama berkata
kepada penulis tak bernama.
"Kalau kamu mahu pembaca
faham, baiklah jangan jadi
penulis sajak. Jadilah penulis
duduk di bawah payung di tepi pokok
di bahu lorong tepi longkang!
Penyair sebenar apabila berkarya
mesti ada metafora, personafikasi
dan rhima."
Penulis tak bernama membisu
kerana dia tidak sehebat si penyair
ternama itu.  Sementelah penulis
tak bernama menulis bukanlah untuk
mencipta nama tapi mahukan
karyanya ternama.
"Si penyair ternama berbicara lagi,
simpanlah angan-anganmu itu yang
mahukan karyamu ternama kerana
sajak-sajak itu tidak setaraf
dengan karya-karya penyair
yang sudah ternama.
"Tak apalah si penyair ternama...
berkaryalah...!Berpuisilah...!
untuk mengekalkan namamu
di persada seni... biarlah aku
di sini bersendirian berjuang
di medan seni dengan harapan
karyaku dibaca pembaca di alam
maya yang tidak kukenali hingga ke matiku.
Moga mereka faham semua karyaku yang tidak
sehebat karya ternama!
Biarpun karyaku tidak ternama seperti karya
ternama sepertimu tak apalah cuma yang kuharapkan
karyaku ada di hati pembaca di alam maya itupun
sudah memadai buatku kerana aku menulis tanda
kasih sayangku kepada pembaca yang sudi membaca
karyaku dan yang paling penting aku menghargai
bakat Kurniaan dariNya untukku ... mana tahu karyaku
ada nilaian di sisiNya itulah harapanku pada
Tuhanku Tuhanmu jua.

Karya:  Rha NS
14 Jun 2011
0 comments

CINTA DALAM RESTUNYA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Mawar merah diserikan dengan bunga-bunga cinta;
Salam silaturrahim disambut dengan kasih dan sayang,
Tersyahduku Maha Agungnya Cinta.

Sejambak mawar putih untuk persahabatan,
Terjalin persahabatan setulus ikhlas;
Moga persahabatan terus berpanjangan,
Budi baikmu hanya Allah membalas.

Sejambak ros merah penyeri cinta,
Cinta mewangi sewangi ros merah;
Cinta sejati iman tercipta,
Hanya kedamaian di hati tiada pun marah.

Mawar kuning sehening pagi,
Wangian semerbak di tepian pantai;
Ceria hidupmu seceria pagi,
Moga bahagia hidupmu sentiasa menanti.

Cantiknya mawar tapi berduri,
Melindungi diri dari dicuri;
Dicurinya cinta takutnya rugi,
Ruginya nanti tersalah cari.

Kehidupan ini adalah satu kenikmatan,
Kenikmatan hidup adanya perasaan;
Perasaan disayangi dicintai berterusan,
Barulah hidup rasa tak bosan.

Kehidupan adalah sesuatu yang indah,
Indah apabila dipenuhi dengan cinta;
Disukai manusia dicintai Allah,
Segalanya bermula dengan rasa cinta.

Kehidupan adalah satu perjuangan,
Hidup diteruskan walaupun dikalahi;
Perjuangan mesti diteruskan,
Biarpun tsunami datang membadai.

Wangi sungguh si bunga cempaka,
Menjadi pujaan idaman hati;
Sandarkan hidupmu hanya kepadaNya,
Nescaya dikau bersenang hati.

Kehidupan adalah satu ketenangan,
Ketenangan diburu oleh orang beriman;
Di hati ada takwa dan iman,
Disebatikan dengan cintakan Allah berpanjangan.

Kehidupan adalah satu pengembaraan,
Pengembaraan perlu ada bekalan;
Sampai ke destinasi tiada sesalan,
Bekalan penuh berisi amalan.

Gemersik alunan daunan pepohon mendayu-dayu,
Diiringi petikan gitar berirama seni;
Irama sentimentel diminati melayu,
Diciptakan lagu irama berseni.

Jangan dikesali jika itu takdirnya,
Syukurlah apa yang dimiiki;
Segala terjadi ada hikmahnya,
Yang sudah tercatat sejak Azali.

Terbenamnya matahari cinta pun hilang,
Ketidakjujuran jadinya dusta;
Cuma cinta yang kekal takkan hilang,
Cintakan Allah itu dipinta.

Di malam hari diserikan bulan,
Keindahan bulan dibuai dalam mimpi;
Indahnya persahabatan seperti cahaya bulan,
Berseri-seri keesokan pagi.

Selamat malam duhai sahabat,
Tidurlah moga esok bernafas semula;
Bersyukurlah dapat menambah bekalan akhirat,
Apabila mati kehidupan baru bermula.

Selamat tidur kesayangan ibu,
Tidurlah nyenyak dibuai mimpimu;
Sudah besar nanti jadi orang berilmu,
Menuntut ilmu janganlah jemu.

Tersergam indah kota Mekah,
dikunjungi mereka mencintai Allah;
Kepada Allah mereka menyembah,
Tiada Tuhan layak disembah kecuali Allah.

Karya: Rha NS
13 Jun 2011
0 comments

Terlewat Kulafazkan Cinta (Lirik Lagu Putera Duyung)

Maafkanku duhai kekasih
kerna terlewat
lafazkan cinta
ooo...maafkanku
buatmu ternanti-nanti
entah kenapa kelu lidahku
untuk lafazkan cinta
biarpun ku sudah jatuh cinta
padamu duhai kekasih
tika itu
cintaku dimiliki dia
ku bersalah terhadapnya
biarpun dia relakan kumilikmu
demi menjaga... demi menjaga...
hatinya ...hatimu...
ku tak rela berbagi kasih
kubuatmu ternanti-nanti...
kejamnya aku
kejamnya aku padamu
maafkanku duhai kekasih....
biarpun ku tahu
cintamu terlalu suci
kusalah diriku
sesal sendiri...merana sendiri
...
pabila ku terlewat lafazkan cinta
padamu duhai kekasih ooo....

lukaku parah...
lukamu  parah...
cinta berdarah
sesal sendiri
merana sendiri...
kau tinggalkanku sendiri
ooo....ooo...
maafkanku kerna
terlewat lafazkan cinta
kau pergi bersama cintaku
kau tinggalkan cintamu
untuk kukesalkan sendiri
ooo....maafkan daku....ooo
kerna terlewat
kulafazkan cinta...
sesal sendiri
merana sendiri
lukaku parah
cinta berdarah
maafkan daku
duhai kekasih
hatiku selamanya
biarpun kumiliki dia
hanya kau di hatiku..
ooo....kasih...


Karya:  Rha NS
        1 Mei 1995
0 comments

LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)

Napa itu terjadi...
cinta kita tak kesampaian
belum sempat kulafazkan cinta
kau tinggalkanku
dalam luka parah
duhai kekasih hatiku o...

Kusalahkan diriku sendiri
membuatmu tertunggu-tunggu
lafaz cinta dariku
maafkanku kekasihku
bukan sengajaku buatmu begini
cintaku telah dimiliki dia
tapi kesetiaanmu padaku
buatkan kujatuh cinta padamu.

Pabila kuingin balas cintamu
sudah terlambat kulafaz cinta
kau tinggalkanku
meratap pilu pemergiaanmu
selamanya.

Kau korbankan dirimu demiku
o...kasih ...kenapa...o...kenapa
aku sepi tanpamu
hatiku lara
pedih hati
kau balas cintaku
dengan cinta berdarah
aku pilu
rindu dalam sendu
Tak sanggupku trima perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir harus ku imani
moga kau tenang
di alam sana
ooo kekasihku Mas Merah.

Karya:  Rha NS
1  Mei 1995
0 comments

BIAR KUBAWA CINTA HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU (LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)

Sudah lama kunantikan
lafaz cinta darimu
kutahu kau bukan milikku
dan kupasrah
jika itu takdirnya.

Namun kumasih berharap
lafaz cinta darimu
kunanti penuh sabar
pabila kau tiada di sisi
kurindu
kunantimu setiap bulan purnama
penuh syahdu.

Kau kucinta satu-satunya…
cintamu bertahta di hati
tapi apakan daya kau miliknya
aku pasrah
jika itu takdirnya
kulepaskan cinta ini untuk dia
yang kau cinta.

Biar  kubawa cinta ini
hingga ke nafas terakhirku
demi kebahagiaanmu dan dia.


Karya:  Rha NS
 1 Mei 1995
0 comments

SYAIR PENGANTIN RAJA RIMBA

Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.

Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.

Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.

Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.

Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.

Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya  hati  Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.

Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.

Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.

Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.

Malam dinantikan penuh debaran,
Parsandingan  Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira   tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.

Tetamu datang  dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana  pengantin idola perdamaian.

Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil  makan menantikan  pengantin rasa tak jemu.

Tepat Jam  12 Malam  semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga  api berpecikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.

Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam yang penuh kemeriahan.

Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra  tanda kasih sayang.

Semua kumpulan tetamu  membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada  pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.

Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.

Sekian sahaja syair Pengantin Raja Rimba dipersembahkan,
Untuk tatapan semua tetamu undangan;
Salah dan silap harap dimaafkan,
Moga persembahan ini dapat menghiburkan.


Karya: Rha NS
1 Januari 1995
 
;