Friday, 17 June 2011

MENGENAL RAHSIA (AWANG KARIM KADIR)

AWANG KARIM KADIR:

Apakah yang kita cari dalam belantara mimpi ini: kasih,
hanya bayang dan warna-warni pelangi di sini.  Apakah
yang kita dambakan dari hidup ini; kasih.  Selain kasih
sayang penuh keredhaanNya yang abadi.  Apakah makna hidup
penuh nikmat dan keindahan ini; kasih. Jikalau tidak
kerana cintanya pada kebenaran ilmu yang hakiki. Apakah
rahsianya sesudah hidup ini; kasih.  Jikalau bukan
pernyataan rahsia antara wajah kebenaran dan kasih sayang.
Apakah rahsia di dalam rahsianya; kasih.  Harus mengenal
ilmunya dan mengenal rahsia dalam rahsiaNya.

MOHD RAFFIE RMG:  IlmuNya adalah rahsiaNya dalam rahsiaNya
ada ilmuNya: Kasih dan sayangNya itulah ilmuNya yang wajib
kita cari.

AWANG KARIM KADIR:  Ya, dekat sudah itu, kita dengan takbir
rahsia itu... sesiapa yang ikhlas mencari melainkan dia akan
mendapat juga mengungkapkan rahsia itu.

ONY LATIFAH:  Suaramu mendekam dik... jauh ke dalam.

RABEAH MOHD ALI:

Apabila pelangi menjelma
ingin kugapai
pelangi senyum padaku
melambaikan tangan
gembira tak terkata
pelangi sudi bersahabat denganku
bicaranya indah membuai mimpiku
bibirku tak lekang mengukirkan senyuman
biarpun dia pergi berlalu dalam mimpiku
namun indah tutur kata pelangi
masih tak kulupa!
Esoknya hidupku dipenuhi pelangi cinta
dalam redhaNya yang abadi.


AWANG KARIM KADIR: Alhamdulillah, kita sama pencinta
keindahan dan makna.


RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih AKK sajak kukarang ada
bunyi sikit ke macam  seorang penyair seperti kamu?
Siapalah aku ini hanya penulis Teks SMS tiada pandai
bermadah puitis seperti penyair ternama.

AWANG KARIM KADIR:

Puisi adalah nafas cinta, nilai kemanusiaan dan makna
derita, setiap ungkapan ada puisi yang memberi erti;
cuma ia kadang seperti pelangi, indah dan harus dilihat
dari pelbagai sisi.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih kerana memahami apa yang tersirat diqalbuku
duhai sahabat seni yang kukagumi.  Moga setiap bait yang
dikarang adalah mutiara akhirat yang menjadi bekalan ke
destinasi pasti yang ada nilaian di sisiNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.



(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
17 Jun 2011

  

0 comments:

Post a Comment

 
;