Saturday 25 March 2017 0 comments

KARYAKU DUNIAKU (339) SAHABAT HADIRMU SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI


KARYAKU DUNIAKU (339) SAHABAT HADIRMU SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI


CINTAILAH AKU SEBAGAIMANA SETIANYA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI!

Foto Rabeah Binti Mohd Ali.

SukaTunjukkan lagi reaksi
 Komen

ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK PERNAH SEPIKAN AKU
KAU SENTIASA HADIR UNTUK MERAWAT KESEDIHANKU
CINTAKU BERADA DALAM BARA GELOMBANG OMBAK MENGGANAS!
Cintaku Berada Dalam Bara Gelombang Ombak Mengganas!
Lalu Kau Larutkan Cintaku Ke lautan Asid Bergelora!
Lalu Terdamparlah Aku Di Persisir Pantai Rimba Niagara...
Kau patahkan ranting cintaku
Kau campak lalu kau larutkan
Ke lautan asid bergelora
Lalu tersadai di pulau impian
Kini ranting cinta itu dipamirkan
Dijadikan bahan seni yang unik!
MEREKA LEMPARKAN KASIHKU DALAM LAUTAN ASID BERGELORA!
Kalau kau perkenalkan dirimu mungkin aku kenal...
kalau kau tunduk malu macam tu mana bisa kukenal...
tapi hatiku berkata...kau pernah kukenal...
tapi hatiku berkata ...
siapalah aku ini yang serba tak sempurna
untuk menjadi sahabatmu...
kau tentu arif...akan hal ini...
sejak peristiwa di sana tu...
cintaku pada teman-teman bagaikan
di lemparkan ke lautan asid nan bergelora
dan tidak puas dengan itu dilambung dalam bara
gelombang ombak mengganas!
seluruh tubuhku melepuh kepanasan dan
akibat dengan itu aku cacat seluruh badan
hatiku terbakar hangus!
hinggakan aku begitu trauma untuk berkawan
dengan sesiapa pun ...
nasib baik aku terdampar di sebuah
pulau rimba niagara...
penghuni rimbalah yang menyelamatkan
aku dan melihat keadaan aku yang cedera parah...
merekalah yang menjaga aku secara
bergilir-gilir dan merawatku dengan herba-herba
di rimba hingga aku sembuh...
sejujurnya aku tenang di sini...
pabila aku berpantun , berpuisi dan
bergurindam mereka suka mendengarnya
dan mereka tak jemu-jemu mendengarnya
hingga aku teruja dalam dunia sasteraku
yang kuminati ini...
cumanya sesekali aku cuba berkawan tapi
tetap bukan memilih kawan ...
tapi yang boleh menerima karyaku apa adanya...
mana yang tak boleh terima terpaksalah aku
undur diri...
bukan sombong tapi dikuatiri derita lama
berulang lagi...
kalaulah berulang seperi itu juga aku rela menyepi
dan terus tinggal sehidup semati dengan penghuni rimba
yang amat sayangkan akan daku...
dalam usia sesenja ini aku tak perlukan kata-kata yang
cuma manis di mulut tapi akhirnya menjadi racun
yang memakan diriku....
aku sama sekali tidaklah mengatakan aku insan yang
paling baik di dunia ini tapi aku mahu insan di dunia ini
terima aku apa adanya sebagaimana aku mengasihi
mereka lebih adanya...
kalau kerana persahabatan aku dengannya
menghasilkan bahagia aku suka tapi mendatang
sakit hatinya biarlah aku undur diri...begitulah aku...
walau kau kenal aku atau tidak...
dari apa yang aku cerita ini...
harap kau mengerti dan sudi memaafkan aku jika
kiranya aku ada melukakan hatimu duhai sahabat...
di sini kita boleh teruskan berkawan juga kalau kau sudi terimaku menjadi sahabatmu...
Karya Ratu Rimba Niagara,
20 Mac 2012
Wahyu Utama
Sair sair cinta nan indah agung membuatku semakin hayut terpesona kecantikan keagungan kelembutan kata kata sair nan begitu merdu indah agung penuh kasih sayang sejati...... tapi sesunngguh nya aku merindukan mendambakan bila mana sair sair itu adinda Putri Rimba Niagara... kirimkan untuk pesona kerajaanku .....pesona negeriku..... biarlah kehidupan kerajaan terrdengar lantunan nyanyian merdu dari bidadari sang putri Istana Rimba Niagara...... duhai pesona bidadariku... aku ingin jiwaku bisa melayang layang oeh buaian sair sair keindahan kasih sayang dan cinta mu nan sejuk indah Agung... wahai putri Istana Rimba Niagara peson Bidadariku nyanyikanlah sair sair cinta untuku penuh kelembutan hati nuranimu sebagai sepiritual kasihku dalam mewujutkan serial karya karya lukisan sair sair nan indah Agung Penuh kasih dan pesona bagai kan hidup dialam surga cinta nan indah Agung...dalam serial karya yang sangat aku kagumi....wahai bidadariku...
pada 22hb Mac 2012 jam 3.20 pagi ·
Putri Rimba Niagara... Duhai putera kayanganku...
Yang disanjungi lagi dihormati...
Terkeduku lagi syahdu rasa hati ini pabila kau tak jemu menghargai karyaku ...lalu bersyukurlah aku pada Allah atas KurniaanNya mengurniakan rakan seperjuangan dalam dunia senimu seniku berpadu pastinya menghasilkan dunia Karya Maha Agungnya Cinta KeranaNya
jikalah jadi kenyataan dunia senimu dunia karyaku makanya cita-citamu dan cita-citaku dimakbulkan Allah SWT pastinya kau dan aku akan bersujud penuh syukur kerana menjadi peninggalan kepada anak bangsamu anak bangsaku ....khazanah yang ditinggalkan adalah lambang cinta seutuhnya kepada mereka setelah kita tiada di dunia ini. Bukan sanjungan atau nama yang diingin melainkan redhoNya yang diharapkan di kala hidup atau di kala mati.
Moga dengan pertemuan kita di alam maya ini yang pastinya telah diAturkan OlehNya membawa jalan-jalan ke SyurgaNya ...menjadikan dunia ini Syurga Cinta KerenaNya rela berkorban harta dan nyawa demi mendapat redho dan cintaNya.
Bukalah kita memberitahu dunia akulah ahli Syurga kerana akulah yang terbaik sekali....bukan....bukan...bukan...tiada niat pun begitu untuk membangga diri...dan aku sentiasa sedar siapalah aku cuma hamba yang selalu tidak sempurna...justru aku mesti selalu muhasabah diri agar aku tidak terlalai dengan pesona cinta dunia.
Biarpun kita tidak sebaik mereka yang baik-baik....apalah salahnya kita bercita-cita hendak menjadi hambaNya yang baik dan berkata-kata yang baik-baik sentiasa mahu mencari jalan-jalan ke SyurgaNya...menjadikan dunia ini Syurga dunia cinta keranaNya....berkata-kata pun seperti ahli Syurga....tiada sakit menyakiti...tiada luka melukai tiada iri di hati ....berkata seolah ini ucapan yang seindah dan setulus hati kuungkapkan pada semua yang dikasihi keranaNya...andaikata itu adalah kalimah terakhir....yang ditinggalkan terasa bahagia ...yang mengadap Illahi juga terasa tenang berjumpaNya....Insya-Allah Aamin.
Duhai putera kayanganku....
Itulah dunia yang aku dambakan
Dan semuanya terangkum dalam karya-karya syair gurindamku
Kepada semua watak-watak yang kuwujudkan saling
Berkasih sayang keranaNya
Berkata-kata nan indah keranaNya
Saling berkorban harta dan nyawa demi redho dan cintaNya
Duhai putera kayanganku
Kiranya kau boleh memahami dengan dunia yang kudambakan
Bolehlah kita berkerjasama untuk menjadikan watak-watak
Imaginasi sebagai dunia realiti jadinya
Tapi tunggulah saat dan ketikanya
Harap kau sabar menanti saat dan ketika
KUN FAYAKUN
Itulah saatnya cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Ikhlas daripada rakan seperjuanganmu yang sentiasa mengagumimu,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
21 Mac 2012
Setidaknya saya tahu apa itu cinta. Seperti awan mencintai langit, samudra mencintai pasir, musim dingin mencintai salju, salju mencintai angin, semua itu terhubungkan. hal ini disebut cinta tak bersyarat, ini ada dalam hati kita.
DUHAI KANDA DI MALAYSIA DUHAI DINDA DI INDONESIA
Teungku Sayyid Deqy :
Subhanallah...sungguh betapa beruntungnya diri ku ini Ya Allah.Telah engkau turunkan kepadaku seorang sahabat,seorang kanda dari Istana Niagara untukku. Ia begitu cantik rupawan ibarat kesturi yang amat kencana. Ia seteduh embun dan seharum melati.
Kapan perjumpaan ini akan Engkau ridhoi Ya Rabb ku yang agung. Apakah diriku yang lupa dan khilaf ini pantas berjumpa dengannya?Namun aku amat merindukan Kanda ku Ya Allah.
Duhai Kandaku...dinda ini hanyalah seekor kumbang yang datang dari ngarai yang jauh.Manalah pantas berjumpa dengan seorang putri yang amat jelita seperti Kanda...
Dinda bukanlah pangeran yang berdiam diistana mahligai,
Dinda hanyalah berdiam diperbukitan dengan sebuah seruling usang.
Kerna dinda begitu ingin menjadi 'seorang peniup seruling' (o tocador de flauta),yang selalu setia menanti puisi yang datang dari benua yang nun jauh di pelupuk mata.
Dinda menanti seorang kawan yang mahu mengerti,namun apa daya wahai kanda,belumlah berjumpa yang demikian itu.
Namun Allah begitu baik,mengirimkan seorang putri dari mahligai untuk dinda meluahkan rindu dan syahdu ini.
Wahai kandaku...amatlah sukacita hati dan kalbu ini terus bercengkerama dengan kanda yang jauh di hujung semilir lazuardi.
Semoga dapatlah kiranya kitakan jumpa di sebuah majelis yang penuh dengan nyanyian serta sajak sejati.
Himpunkanlah kami oh taman bunga yang merentang warna pelangi, kerna kerinduan sudah meruah tumpah.
Jangan biarkan ia menderai sampai jauh,ditingkap angin yang mendendam.
Tak terasa hari akan bertandang ke malam.
Sedang rinduku teruslah melambung riang di hujung petang.
Karya:
Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach.
BANGKA ISLAND:
20 Maret 2012
26 Rabbiul II 1433 Hijriah
Pada Selasa,terhimpun rinduku di relung kalbu.
Teruntuk Kandaku tersayang:Tuanku Putri Rimba Niagarai di Malaysia.
Putri Rimba Niagara :
Allahu Akhbar...di kala puisi dinda ku tatap ini...di kala ini hati kanda sedang berduka...puas sudah kanda untuk beramah tamah dengan rakan taulan kanda samaada berdarah diRaja, bangsawan atau rakyat biasa...amat sukar mereka memahami kanda...hinggakan kanda tak mampu lagi berpura-pura untuk meneruskan ....mereka terlalu sempurna manakala kanda terlalu hina untuk menjadi teman taulan mereka...sebab itu antara sebabnya kanda lebih memilih kehidupan di rimba ini...dan kanda rasa amat disayangi dan dihargai oleh penghuni rimba....apakala kanda sedang menangis merekalah yang memujuk kanda sambil menyapu air mata kanda dengan daunan kasih...
"Tuanku Puteri...janganlah berduka...jika tuaku terusan begini...seluruh penghuni bumi juga bersedih...cepat...bacakanlah syair gurindam dan puisi tuanku puteri....kami sudah bersedia untuk bergendang dan menari tarian rimba ...tuanku puteri pasti terhibur..." Apabila mereka bergendang dan menari-nari tarian rimba ...kanda terus tak jadi bersedih...dan bergelak ketawalah kanda bersama mereka...satu kehidupan yang amat kanda dambakan....saling hormat menghormati dengan bahasa yang indah-indah belaka tanpa terguris di hati tanpa iri hati tanpa dendam di hati....hidup kami penuh dibajai kasih sayang setulusNya rela berkorban demi sebuah cinta sejati keranaNya...kanda rasa di sinilah tempat yang amat tenteram untuk kanda sentiasa muhasabah diri kanda....dinda....Apapun kehadiran dinda dalam hidup kanda walaupun cuma di alam maya amat kanda syukuri padaNya ...kerana Allah SWT memakbulkan doa kanda menghadirkan hamba-hambaNya yang sudi memahami kanda di kala susah senang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Moga Allah sajalah yang dapat membalas budi baik dinda kepada kanda...Aaamin.
Kanda Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
Kepada Dinda Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach di Indonesia
21 Mac 2012
KALAU KAU SEDANG MENJADI PAHIT
Kalau kau sedang menjadi pahit...
Biarkan kubancurkan kopi cinta untukmu
Agar kau bisa tersenyum ceria
Bila kau tersenyum
Dalam hatimu berbunga cinta
Cinta yang tak akan membuatkanmu jadi pahit
Sentiasa tersenyum....
Senyummu pasti manis semanis gula semanis...
Cintamu Cintaku
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Mac 2012
OH! ANAK TIRIKU SAYANG!
Oh! Anak tiriku sayang...
Biarlah aku pengganti tempat ibu kandungmu sayang...
Takkan akan ada cemati berselirat di tubuhmu sayang
Tak akan...tak akan....tak akan ada...
Yang ada kasih sayang sejati
Percayalah sayang...
Ibu tirimu bukanlah orang yang kau sangkakan zalim sayang...
Akan memberimu kasih sayang sepenuhnya padamu sayang
Akan sedia berbakti padamu sayang
Memberi sokongan untukmu berjaya dalam pelajaranmu sayang
Sehingga kau berjaya menggenggam segulung ijazah sayang...
Justeru janganlah berperasangka buruk padaku sayang...
Ibu tirimu bukan ibu tiri yang kau sangkakan zalim sayang...
Sebagaimana bapamu menyayangiku dan menghargaiku
Begitulah aku menyayangimu duhai anak tiriku sayang...
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Mac 2012
Kedaton Kraton Wahyu Utama
Kedaton Kraton Wahyu Utama itulah kisah kasih sejati Putri Rimba Niagara nan Agung tapi menurutku sebutlah anak itu sebagai anak amanah illahi ..karena sesunnguhnya Tuhan telah menitipkan pelindungan kasih Bunda ... Wahai Bidadarilu Adinda Putri Rimba Istana Rimba Niagara.........aku selalu mengikuti sair sairmu sayang ...aku mengagumi karya karyamu.....yang lahir dari dasar hati cinta suci sejati ... ketulusan cinta bidadri surga .... didalam menuliskan sair sair cintanya nan agung terasa kesejukanangin surgapun ikut membelai perasaan cintaku....padamu dalam pesona dunia karya nan penuh puitis roman tisme sejati...... wahai putri Istana Rimba Niagara.... nun jauh dinegeri Malaka ...berada.....entah apa aku serasa semakin dekat sehati sehidup semati dalam sair sair cinta kita.... nan indah agung serasa ingin ku petik bunga bunga sair sair cinta dari taman surga cinta yang masih segar diselimuti embun embun cinta kasih sayang nan Agung ,,,,, ooh surga cinta dimana impian ku terbang melayang layan dibuai kasih sayang suci dari bidadari bidadari cinta suci penuh kasih ,,,,,dan kedamain.......biar aku sadar ragaku kini hidup didunia tapi kubiarkan pula alamkhayalku imajinasiku terbang jauh hidup dikeindahan alam suraga penuh kasih dan cinta kedamaian .........untukmu kutuliskan semua ini .....karena serasa tangantangku kini memegang lembut jari jari sucimu aku aja adinda Rabeah terbang kealamkhayangan pesona dunia maya ini dimana surga imajinasi kehidupan Negeri Kerajaan Surga Impianku nan Indah Agung ku Bertahta Berada..... Oh pesona.....
pada 22hb Mac 2012 jam 9.10 ptg · Tak Suka · 1
YANG MENG-AGUNGKAN PESONA CINTA SYURGA KERANANYA
Oh! Pesona cinta...
Kau dan aku memang
Ditakdirkan untuk meng-agungkan cinta
Cinta-cinta di dunia yang ingin dibawa ke Syurga bersama
Dalam apa juga keadaan situasi derita cinta hakikatnya ada kebahagiaan
Cumanya diri sendiri yang menghalangnya untuk bahagia bagaikan di Syurga,Allah SWT memberi kita akal ...itu yang membezakan kita dengan makhluk lain
Makanya hargai akal
Agar dapat mengwujudkan pesona cinta Syurga ke jalan-jalanNya
Itulah dunia yang kudambakan
Itulah dunia yang kau inginkan
Makanya Maha Karya Pesona Cinta Agung Alam Maya yang kau dan aku bangunkan
Akan tersebarluaslah bunga-bunga Pesona Cnta Syurga
Dapat dikongsi bersama dan dihayati oleh mereka...
Yang Meng-Agungkan Pesona Cinta Syurga keranaNya
Bahagia...yang mengasyikkan
Bahagia yang mengindahkan kalbu
Betapa indahnya hidup didunia bagaikan Syurga
Lebih indah lagi Syurga dimiliki semua
Allahmdulillah itulah yang didambakan
Dalam dunia karya senimu!
Dalam dunia karya seniku!
Moga hasratmu...
Hasratku...
Allah SWT makbulkan
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara Malaysia
Kepada
Putera Kayangan Indonesia
22 Mac 2012


RANNA MEILITA
Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia....
Kukagumi mu....
Melahirkan putra-purtrimu
Semata untuk kau tiupkan
Roh perjuangan suci
Kebangkitan Indonesia
Makanya dengan semangatmu
Yang tak kenal erti takut dan kecundang
Makanya Indonesia meraih kemerdekaan!
Dan kau tersenyum bangga...
Dan darah perjuanganmu yang tak pernah mati itu
Kini pergi ke darah...darah putra putri mu
Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Mac 2012
Pradita Fia DOAMU SUNGGUH MULIA
Duhai bunda terkasih
Pelita hidup pembangkit sukma
Terima kasih kalimat kuuntai
Dalam doamu semoga
Permata hatiku pun
Memiliki semangat perjuangan
Kebangkitan Nasional
Darah yang mengalir
Lebih kental daripada air
Tak akan putus walau
Sejuta badai datang menghadang
Perjuangan kami masih panjang bunda
Namun kami yakin kebenaran
Akan mengalahkan angkara murka
Dan kepentingan rakyat diatas segalanya..
KAULAH SRI KANDI SEINDONESIA!
Nandaku buah hatiku pengarang jantungku..
Apa yang kau rasai itu juga ku rasai...
Semangat roh perjuanganmu yang tak akan berakhir
Menjadi saksi SeIndonesia
Yang kau adalah Sri Kandi SeIndonesia
Membangkitkan semangat putra putrimu SeIndonesia
Biarpun aku dari benua sini
Aku senantiasa meniupkan roh perjuangan suci mu
Agar tak pernah luntur biar tsunami datang membadai!
Biar badan hancur dilumat-lumatkan!
Namun demi anak bangsa kita relakan!
Asalkan negaramu negaraku...
Mengekalkan kemerdekaan selamanya!
Selagi ada bulan dan matahari!
Insya-Allah Amin.
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Mac 2012
Pradita Fia PERJUANGAN KITA BERSAMA
By, Fia Pradita, 14 Maret 2012
Bunda…
Menjadi terjajah itu sungguh menderita
Indonesia – Malaysia telah mengalaminya
Penderitaan rakyat sungguh menyakitkan
Sementara penguasa bersorak diatas derita rakyat
Andai Sang Khalik member ijin
Jangan ada lagi penderitaan bagi rakyat
Darah, harta, dan tahta telah digadaikan
Sesuap nasipun perlu pertarungan
Semoga hati selalu terbuka
Agar tidak ada lagi penderitaan
Dalam bentuk dan rupa yang berbeda
Malaysia – Indonesia
Diadu untuk berpecah
Sementara kita adalah serumpun
Semoga persahabatan kita jadi pengikat
Bahwa hati kita tetap dambakan perdamaian
Dan cinta kita pada Negeri sebagai Anak Bangsa
Jadi pembangkit penerus kita
Untuk ciptakan damai sepanjang masa…
JANGAN RASA DIRI TERPENCIL
Apa bedanya Raja dan rakyat?
Memang banyak berbeda
Bagaikan langit dengan bumi
Apa bedanya Raja yang tak dihargai pemerintah
Dengan rakyat yang tak dihargai pemerintah
Bagaikan langit dengan bumi
Kenapa?
Raja yang diketepikan pemerintah
Suaranya masih didengari rakyat
Jika yakin akan bangkit satu masa
Suara-suara rakyat bergema
Di seluruh pelosak dunia
Mahukan Raja mereka didaulatkan
Kalau itu terjadi
Pasti
Pemerintah akan akur
Jika tidak...
Akan kucar kacir negara yang merdeka
Pemerintah mesti tahu sejarah Kesultanan Melayu
Kerana Kedaulatan Raja yang sanggup mempertahankan
Kemerdekaan negara hingga sanggup mempertaruhkan nyawa
Pada penjajah yang tiada perikemanusiaan
Demi rakyat dan negara tercinta
Justru mana bisa mungkin pemerintah mengenepikan Institusi diRaja
Hakikatnya Raja dan rakyat saling memerlukan
Kerna rakyat itu juga adalah pemerintah
Kerna di tangan rakyatlah menentukan pemerintah
Makanya jangan pernah
Raja rasa dirinya terpencil!
Rakyat juga jangan pernah rasa dirimu terpencil!
Sama-samalah bangun dari lena yang panjang
Mempertabatkan Kedaulatan diRaja Melayu
Tidak kira di mana berada di muka bumi ini...
Pasti pabila yakin...
Makanya terealisasilah
Kedaulatan diRaja Melayu
di Bumi ini dengan sejahtera
Syukur Alhamdulillah
Allah SWT perkenankan perjuanganku...
hambanya yang kerdil ini
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2012
MELAINKAN SUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI PADANYA
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Dengan izinNya dinda dapat berkarya
Dengan izinNya jua kanda dapat berkarya
Berpuisi menyatakan hasrat hati
Betapa kita sama cintakan Allah
Betapa kita sama cintakan Raja negaramu Raja negaraku
Betapa kita sama cintakan rakyat negaramu negaraku
Betapa kita sama cintakan negaramu negaraku
Saling harga menghargai
Saling hormat menghormati
Saling sayang menyayangi
Sehati sejiwa
Senada seirama
Bersatu hati ingin mengekalkan kemerdekaan
Negaraku negaramu
Jika negaramu diceroboh musuh durjana
Negaraku lah yang akan datang turut mempertahankan!
Jika negaraku diceroboh musuh durjana
Negaramu lah yang akan datang turut mempertahankan!
Maju negaraku maju jualah negaramu
Sakit negaramu sakit jualah negaraku
Jika negaramu ditimpa musibah
Negaraku lah yang akan datang membantu
Jika negaraku ditimpa musibah
Negaramu lah yang datang membantu
Kita saling faham memahami
Kita saling bantu membantu
Dalam jalinan ukhwah talisiraturrahimi yang padu
Di antara dua negara berjiran
Bagaikan saudara sedarah sedaging
Makanya
Takkan ada
Tikam menikam
Jatuh menjatuh
Dalam hati ada benci
Dalam hati ada cemburu
Dalam hati ada dendam membara-bara
Tak akan...tak akan ada...tak akan ada
Cuma yang ada kasih dan sayang
Yang sudah terpatri
Sejak azali
Betapa kita sudah bersumpah setia padaNya
Untuk sama memakmurkan bumi ini
Bumi ciptaan Tuhan
Tuhanmu Tuhanku juga
Tuhan Semesta Alam
Yang akan kita semua bertemuNya
Pabila ditakdirkan hari ini meninggalkan dunia ini...
Ayuh!
Sebelum maut menjemput pulang ke negeri pasti!
Kita tinggalkan kemakmuran bumi ini
Kepada pewaris bangsa kita
Bangsa melayu
Yang tak akan hilang di dunia
Itulah sumpah moyang kita
Laksama Hang Tuah
Dan itulah jua sumpah kita
Yang lebih utama sumpah kita
Pada Pencipta kita
Menjadi hambaNya penuh kehambaan
Penuh tanggungjawab
Tidak kira siapa kamu
Raja ke
Rakyat ke
Tiada berbedaan darjat...
Melainkan sumpah setia
Sejak azali padaNya
Semuanya akan dipertanggungjawabkan nanti!
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2012
Pradita Fia NEGERI MELAYU SELALU KUDAMBA
By. Fia Pradita, 14 Maret 2012
Negeri Melayu
Negeri yang Berjaya dimasa lalu kini dan akan datang
Bersatu bergandeng tangan dalam kemuliaan
Ketika rakyat, pemerintah, dan Raja bersatu
Tak aka nada hati yang terluka
Karena semua memuliakan sesame
Mengagungkan Sang Khalik
Dan menjalankan kewajiban dengan benar
Negeri Melayu Negeri Semenanjung
Janji bersatu Negara menjadi utuh
Tak akan mampu sang durjana mengganggu
Karena hati telah berpadu
Negeri Melayu Negeri Penuh Pesona
Segala keindahan terhampar didalamnya
Sejarahpun membuktikan Atlantik yang hilang
Adalah Negeri Melayu
Negeri Melayu akan terus melaju
Tak akan karam oleh hempasan
Karena Sang Khalik adalah kemudi yang tangguh
Ditempatkannya hati-hati yang penuh kasih
Untuk menjaga Negeri Melayu agar tetap bersatu
Negeri Melayu bagai mutu manikam
Segala keindahan terbentang didalamnya
Semoga akhlak jadi sandaran
Karena kami selalu ingin tetap bersatu
Negeri Melayu Negerinya Para Pejuang
Walau kemungkaran mencoba melanda
Dengan kecintaan pada Rasul dan Allah
Rakyat sedia membela kebenaran
Hingga kemungkaran tak akan pernah bertahan
Negeri Melayu Negeri Yang selalu kurindu
Karena persahabatan sejatiku melekat didalamnya
Dan perjuangan kami tak akan pernah berhenti
Untuk menciptakan kedamaian
Walau hanya lewat pena dan tulisan
Kami berjuang hingga titik darah penghabisan
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!
KeranaNya aku jatuh cinta dengan Mataram
KeranaNya aku jatuh cinta dengan Indonesia
KeranaNya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
Moga cinta keranaNya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
dua negara berjiran
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasihkan negara
negaramu kukasih
negaraku kau sayang
bila kasih sudah terpatri
tak akan ada
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan
itulah lambang cinta sejati
antara dua negara
bila cinta sejati terpatri
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk mempertabatkan :
Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
kerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Ratu Rimba Niagra
11 Mac 2012
API PERJUANGAN TAK AKAN PERNAH PADAM SELAGI BUMI BELUM QIAMAT!
Duhai para pejuang bangsaku dari benua Indonesia...
Biarpun aku ngak berapa kenal sama kalian
tapi kalbu kuberkata
engkaulah seorang pejuang
darah yang mengalir di tubuhmu adalah
darah moyang pahlawan..
tapi tak tahu pada abad ke berapa...
dan siapa waris kerabatmu....
justru teruskan perjuanganmu membela
seluruh pahlawan melayu yang ada di muka bumi ini
samada mereka masih hidup atau sudah tiada di dunia ini...
kaulah penyambung perjuangan mereka!
di kala ini mereka pasti tersenyum bangga
kerna roh perjuangan suci mereka telah tertanam di jiwamu!
aku dan teman-teman seperjuangan yang lain akan sentiasa
menyokongmu biarpun tsunami datang membadai!
kita di ketemukan adalah untuk saling sokong menyokong
meneruskan perjuangan moyang pahlawan kita tericinta
agar dapat diwariskan kepada cucu cicit kita nanti!
dan mereka juga akan seperti kita meneruskan perjuangan kita
dengan penuh semangat api perjuangan tak akan pernah padam
sampai kapan pun selagi bumi ini belum Qiamat!
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Mac 2012

SAHABAT KE SYURGA
Sahabat...
kau adalah anugerahNya
yang terindah kusyukuri dunia hingga Akhirat.
Sahabat...
di dunia maya Allah SWT
takdirkan kita bersahabat
moga Allah takdirkan kita
bersahabat di Syurga juga
Insya-Allah Aamiin
itulah hikmah kenapa DIA
aturkan pertemuan kita di alam maya
takdirNya selalu tepat dan terindah.
Sahabat...
jika kita bersahabat mencari kesempurnaan
tiada siapapun yang sempurna di dunia ini
kecuali Nabi Muhammad SAW
sebab itu kita bersahabat
bukan mencari kesempurnaan
kita bersahabat untuk sama-sama
muhasabah diri agar sama-sama sehati sejiwa
bergandingan menuju jalan ke SyurgaNya .
Sahabat...
amat rugi apabila kita telah bersahabat
tapi saling menyakiti hati
saling mengecewakan hati
saling melukakan hati
akhirnya kita menjauhkan diri terpisah
andai kita begitu
terlebih dahulu
kuhulurkan salam memohon maaf
dan akan sentiasa maafkan kamu walaupun tak diucapkan
saling memaafkan
tanpa dendam di hati
membuatkan jiwa kita tenang sahabat...
Sahabat...
kita tidak tahu siapa yang pergi dulu di antara kita
kematian sedia menanti kita
andai aku yang pergi dulu
maafkan aku sahabat
maafkan atas segala kesalahanku tanpa sedarnya aku
andai engkau yang pergi dulu
kita saling menanti
di Pintu Syurga Insya-Allah Aamiin.
Sahabat...
indah jika kita bersahabat
atas dasar kerana Allah SWT
segalanya akan menjanjikan bahagia
jika bersahabat kerana Allah SWT
kerana Allah kita bertemu
kerana Allah kita berpisah
Sahabat...
bersama kita berazam
menjadi sahabat sehati sejiwa
sahabat Dunia Akhirat
di dunia maya kita bersahabat
di Syurga kita meneruskan persahabatan
kita bersahabat hingga ke Syurga...
Sahabat...
di Akhirat nanti
andai ada di antara sahabat kita
yang tidak dapat masuk ke Syurga
menjadi penghuni neraka
kita memohon kepada Allah SWT
masukkan sahabat kita ke Syurga
Dengan Rahmat KasihNya Allah
sahabat kita dibenarkan masuk ke Syurga
kitalah yang menjemput sahabat kita masuk ke Syurga
penghuni neraka yang lain
akan merasa menyesal kerana ketika di dunia dahulu
tidak terdetik di hatinya bersahabat dengan sahabat soleh dan soleha
Sahabat...
Syurga adalah rahsia Allah kerana milik Allah
tiada siapapun yang tahu di mana tempatnya setelah mati
tapi kita sebagai hambaNya yang kerdil
bercita-cita menjadi penghuni Syurga
manalah tahu menjadi penghuni Syurga Insya-Allah Aamiin.
Sahabat...
Adam bapa kita berasal dari Syurga
Hawa ibu kita berasal dari Syurga
Moga kita mematrikan kasih bapa dan ibu kita
sampai ke Syurga
"Sahabat Ke Syurga,"
itulah Qada dan Qadar yang sama kita imani
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 JamadilAkhir 1438H
17 Mac 2017
SAHABAT AKU MAHU MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA.

APABILA INOVASI KARYA RATU RIMBA NIAGARA DIJADIKAN BISNES
MOGA MEMBAWA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT INSYA-ALLAH AAMIIN
YANG AKU TAHU
tak pernah ku tahu
siapa dirimu
dari mana asal usulmu
seorang kuli ke
seorang hartawan ke
seorang kerabat diRaja ke
seorang sastrawan ke
semuanya tak kuambil peduli
bukan status mu
yang menghalang
untuk aku berkawan dengan mu
yang penting
kau jujur dalam berkata-kata
berkata seiring hati
bukan ikut hati
berhati-hati
agar hati tak terluka
namun kau sengaja
dan suka menguji kesabaranku
agar aku benci sama kamu
agar aku anggap manusia ini semua sama
berkata ikut suka
tak ambil peduli soal hati
tak pernah ku tahu
engkau itu siapa...
tapi yang ku tahu kini
kau seorang yang berjiwa hamba
perjuangkan akal dan budi
mencantas semua kata-kata nista
yang membuat hati terlara duka
yang ada di hatimu
sayang menyayangi sesama insan
dengan rasa ehsan
tanpa perlu mengharap balasan kasih
semuanya setulus hati
atas dasar berkasih sayang kerana-Nya
yang aku tahu kini
kau mengagungkan kata-kata Syurga
untuk menjalinkan jalinan ikatan talisiraturrahim
pada sesama insan
menyebarkan kasih-Nya
ke seluruh benua alam ini
yang aku tahu
kau dan aku
dipertemukan
bukan tak disengajakan
tapi disengajakan
adalah atas kehendak-Nya
yang telah dicatat sejak Azali lagi
untuk meneruskan perjuangan
sastramu sasteraku
sastra SeNusantara
hingga ke nafas terakhirmu terakhirku
hingga nafas terakhir anak cucu SeNusantara
itulah yang aku tahu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 September 2012
SAHABAAT KUKASIHMU KERANANYA
JUSTRU SAYANGI DAKU KERANANYA JUGA
Sobat-sobatku semuanya sesejuk embun pagi,
Bila ketawa semuanya nampak gigi;
Berkata-kata yang sejuk senang hati,
Semua ketawa tak ada sakit di hati.
Kata-kata panas hati semua tak suka,
Semua benci dan terus lari;
Lari macam nampak hantu puaka,
Kawan yang ceria itulah yang perlu dicari.
Bila ada lawak jenaka,
Hilanglah rasa segala stress;
Hidup tak ada berduka,
Terjalainlah persahabatan yang ikhlas.
Semua orang ada masalah,
Tapi jangan sampai jadi masalah;
Kita bincang segala masalah,
Agar hilang segala masalah.
Hidup cuma seketika cuma,
Buat apa bermuram durja;
Senyumlah selalu penawar duka,
Pasti hatimu tenang di mana saja.
Jangan pernah kita ada sengketa,
Kerana kita dilahirkan untuk bahagia;
Duka nestapa ujian untuk kita,
Yang penting kita redho itu tanda bahagia.
Terima kasih duhai kawan fbku.
Pabila berkata jangan peningkan kepala;
Berkatalah dengan nada yang bersahaja,
Pasti yang mendengar tidak pening kepala.
Sebelum berkata fikirlah dulu,
Kalau tak suka orang pun tak suka;
Kalau suka katalah semahumu,
Kalau kau diam tahulah aku kau tak suka.
Aku suka persahabatan yang saling memahami,
Saling berkomunikasi untuk mencerna inspirasiku;
Kawan yang diam aku nggak bisa memahami,
Justeru jangan kecil hati kalau aku tak berkawan denganmu.
Aku berkarya bukan hendak tunjuk pandai,
Aku berkarya kerna hendak belajar dengan teman fbku;
Ku tahu mereka semua hebat lagi pandai,
Justru ilmu mu yang banyak tu tolong ajarkan aku.
Kalau aku salah dalam penyampaianku berkarya,
Tolong ajarin aku agar jadi sempurna;
Aku suka yang saling membetulkan setiap kali kuberkarya,
Kerana aku adalah hambaNya yang tak pernah sempurna.
Sahabat-sahabatku sayang kalian semua,
Sayangku sesama insan justru ku ingin curahkan bakti,
Walaupun ku tahu kemampuanku tahapnya di mana,
Cumalah hamba yang lemah tapi kan kucoba untuk berbakti.
Makanya duhai sahabatku ....
Sudilah terima aku apa adanya
Kan ku terimamu lebih adanya
Bukan balasan sanjungan yang kuharapkan darimu
Cukuplah sekadar menghargai sebuah persahabatan setulusnya keranaNya.
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
SETULUS CINTA ADAM DAN HAWA
Rindumu rinduku
Selalu membara
Dalam mimpimu mimpiku
Terima kasih ombak rindu
Cinta kita bersatu dalam restu
Hanya dia Yang Maha Tahu
Di mana tahapnya cintaku cintamu
Semuanya atas dasar cinta keranaNya
Bukan cinta pura-pura
Atau cinta kura-kura
Yang hanya manis berkata
Tapi hati penuh kepalsuan cinta
Makanya aku cinta kamu
Dan kamu cinta aku
Kita saling cinta
Kita saling kasih
Semuanya sudah tersurat
Di Lauhmahfuz
Syukur Ya Allah
Mengurniakan aku cinta
Setulus cinta Adam dan Hawa
Karya Rha NS
24 Mac 2012
DENGAN TAKDIRNYA KITA SALING CINTA
Kekasih hatiku
Kutahu kau terdera kini
Zalimnya aku membiarkan
Bara cintamu dilambung-lambung ombak rindu
Kau menangis sendirian
Kau merana sendirian
Jiwamu terseksa derita cinta
Makan seperti tidak makan
Lena seperti tidak lena
Hidupmu merana sendiri
Menangis mu sendiri
Bayanganku sentiasa mengekorimu
Tapi itu lagi menyeksakan dirimu
Memakan hati memakan diri
Kau pujuk dirimu agar berhenti
Mencintai aku
Tapi lagi kau ingin melupaiku
Lagi cintamu membara-bara
Kau rela lepaskan cinta
Demi kebahagiaanku
Itu sudah cukup membahagiakan cintamu
Sebab itu kau tak yakin dengan cintamu padaku
Bila kukatakan padamu
Usahkan kau bimbang kasihku
Jika aku sudah letakkan Allah cinta teratas
Aku sudah tidak fikirkan kebahagiaan aku
Tapi aku percaya cinta dan balas cinta keranaNYa
Pasti bahagia...
Justru kasihku terimalah aku apa adanya
Dan aku terimamu lebih adanya
Bersyukurlah kita
Dengan takdirNya
Menyatukan cinta kita
Demi perjuangan suci kita
Moga terpatri cinta kita
Hingga ke Syurgawi
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
KITA BERSUMPAH SETIA MENCARI REDHO ILLAHI
Duhai kekasih hatiku....
Andainya akulah ros pujaanmu
Makanya berpelangilah hatiku
Yang selama ini gerhana berombak rindu
Indahnya pelangi cinta di ombak rindu hatiku
Mengujakan aku untuk terus membalas cintamu
Yang kudus itu....
Bila aku sudah menerima cintamu
Harap jangan kecewakan aku...
Duhai kasih yang kucinta...
Terimalah aku apa adanya
Dan aku akan terimamu lebih adanya....
Kita bersumpah setia untuk mencari redha Illahi Aaamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
KULITKU NGGAK TAHAN DIBAKAR TERIK KEPANASAN!
Sang Pengembara :
Sahabat Ratu Rimba Niagara, didalam pengembaraanku, aku didatangi oleh banyak makhluk selain manusia, ada diantara mereka yg membawa hawa panas namun ada juga yang membawa hawa dingin....disamping kedua hawa itu masih ada lagi yaitu hawa sejuk.....bagaimana menurut pengetahuan sahabat....dinamakan apakah mereka2 itu didalam agama Islam ?
Ratu Rimba Niagara:
Duhai sahabatku...aku bukanlah berhak untuk menilai mereka yang berhawa panas...kerana yang kumahu yang berhawa sejuk dan bahasa-bahasa yang mendamaikan hatiku saja...mana-mana yang membuatkan hatiku panas...aku undur diri...kerana aku tak tahan dengan kepanasan...kerana aku terlalu capek dengan kepanasan dalam usiaku begini....kulit pun dah berkedut seribu mana bisa mungkin kulitku dibakar terik kepanasan mahu hangus jadinya Sang Pengembaraku....
aku tak tega...tak tega...
(PETIKAN DARIPADA GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
24 Mac 2012
KARYAKU! DUNIAKU!
Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah,manusia dan pada
sekalian alam ini.
Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kan kupikul setulus ikhlas.
Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!
Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.
Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.
Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!
Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.
Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Januari 2011
AGAMAMU AGAMAKU SALING BERBEDA
Sang Pengembara:
Yth. sobat Ratu Rimba Niagara, apakah anda hanya menjadikan orang2 beragama Islam saja sebagai sahabat anda ?.....soalnya bagi sebagian orang, mereka menganggap bahwa saya adalah kafir (penilaian mereka)......bagaimana menurut anda ?
Ratu Rimba Niagara:
Wahai Sang Pengembara...kau adalah sahabatku juga yang kuhormati..kerana kau ciptaan Tuhanku juga cuma yang membedakan agama dan kepercayaan kita...makanya aku perlukan sahabat-sahabat yang perlu saling sokong menyokong untuk bekalan hari selapas matiku nanti...di akhirat nanti samada kawan atau keluarga bukanlah jadi penemanku nanti tapi amal yang diterimaNya saja. Aku amat-amat perlukan mereka dalam hidupku sebagai saling sokong menyokong ke arah yang boleh menjadi amalan yang diterima Tuhanku.
Harap kau faham ye duhai kawanku...kita tetap kawan kerana agamaku menggalakkan berbuat baik kepada semua orang tak kira agama ...waima walaupun haiwan yang melata di bumiNya ini.
Agamamu agamamu
Agamaku agamaku
Saling berbeda
Namun agamaku menggalakkan berbuat baik sesama manusia
Kau kawan duniaku
Justeru usahlah kau bimbang...
Apa salahnya kita saling bertukar pendapat dalam suasana harmonis demi kebaikan semua pihak tanpa ada hati terluka....
Justeru jangan pernah ada kecil di hatimu duhai Sang Pengembara yang dihormati selalu....
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
(PETIKAN DARIPADA KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
24 Mac 2012
Yang Aku Cari
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia
Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?
Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi
Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat
Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat
Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat
Ya Allah kami bersahabat
dan bersilaturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat
Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai
Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi
kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!
Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala
Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Aamiin Ya Rabbal A’ lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
26 Februari 2011
KURNIAANNYA YANG PATUT KITA SYUKURI
Waalaikummussalam Wr. Wb pejuang sastraku,
Selamat berkarya tanpa lelah dan jemu;
Berjuanglah selagi mampumu,
Insya-Allah kan kubaca selagi dayaku.
Sokong menyokong antara kita,
Kerana kita punya minat yang sama;
Perjuangan kita melalui tinta kita,
Berpena tanda syukur atas bakat yang diKurniakanNya.
Kita pembela kehidupan insaniah,
Tanpa memikirkan kepentingan sendiri;
Berkarya bukan untuk bermegah,
Hanya semata mohon redho Illahi.
Gunakanlah akal fikiranmu yang waras,
Sebelum menumpahkan idea di kanvas karya;
Biar pembaca menerima pun dengan waras,
Membaca dalam kedamaian di kalbu setiap karya.
Dalam berkarya bukan mengajar pembaca,
Tapi dalam berkarya mendidik jiwa;
Jika mengajar mereka lebih arif tenang ilmu yang dibaca,
Hanya karya mendamaikan kalbu diterima jiwa.
Berkarya bukan untuk menunjuk pandai,
Kerna mereka adalah lebih pandai segala ilmu;
Yang dimahukan hanya sama-sama muhasabah diri,
Sebagai bekalan akhirat itu yang dimahu.
Di luar sana menantikan karya hasil nukilanmu,
Berkaryalah membela kemanusiaan yang tersisih;
Biarpun kau tiada di medan juang ketika itu,
Namun penamu dapat mengundang jutaan kasih tersisih.
Suburkanlah semangat juang di jiwa pejuang-pejuang,
Mereka berjuang demi agama bangsa dan negara;
Mempertaruhkan darah sebagai keringat setiap pejuang,
Biarpun tubuh bermandikan darah namun semangat tetap membara.
Justru duhai sahabat pejuang sastraku yang disanjungi sepenuh hati,
Gunakanlah segala kudrat pemikiran selagi daya dan mampu mu;
Berjuanglah habis-habisan selagi nafasmu ada usah terhenti,
Anggaplah setiap karya yang kau hasilkan karya terakhirmu.
Jika kita tahu ini adalah hari terakhir kita,
Pasti kita mahu berkarya sepenuh hati;
Sepenuh kasih sepenuh jiwa kita,
Tanda kita kasih kepada semua hingga ke mati.
Moga kita sama-sama di Rahmati dan diRedhoi,
Berkat hasil kita berkarya untuk mendapat redho Illahi;
Tiada niat untuk dibanggai dan disanjungi,
KurniaanNya yang patut kita syukuri.
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT!
Tg Adi Putra berdarah Raja,
Raja yang amat pentingkan rakyat baginda;
Amat menyanjungi institusi diRaja,
Ke mana pergi disayangi rakyat baginda.
Raja menyayangi rakyat
Rakyat menyanjungi Raja
Raja berkorban demi rakyat
Rakyat menghargai pengorbanan Raja
Kata Sepakat Membawa Berkat
Negara Aman Rakyat Sejahtera
Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!
Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
SUDAH BERSUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI!
Sekalung Tahniah Kepada Tg Adi Putra
Dianugerahkan DARJAH KERABAT DIRAJA INDRAPURA
Jasamu untuk mempertabatkan Institusi DiRaja
Sentiasa tersanjung di hati Kerabat DiRaja dan juga Rakyat Jelata
Tuanku lah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
Kerna perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
Agar ikatan Rakyat Dan Raja Sentiasa Berpadu
Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
Saling sokong menyokong
Saling menghargai
Agar suatu masa
Nanti
Dapat
Diwariskan
Pada
Anak cucu
Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
Agar mereka tahu
Bahawa
Moyang mereka yang terdiri daripada
Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
Demi tanahair tercinta
Tempat tumpah darah kelahiran
Raja dan rakyat
Saling berkorban dan berjuang demi
Anak bangsa dan negara tercinta
Kerana mahu memakmurkan bumi ini
Tak kira siapa
Raja atau rakyat
Kerana semuanya sama di sisiNya
Kerana setiap orang adalah khalifah di bumi ini
Sudah bersumpah setia sejak Azali lagi
Mahu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
Dalam limpahan Nur Hidayah KasihNya dan redhaNya!
Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
Yang bergelar khalifah di bumi ini!
Moga segala perjuangan suci ini
Sampai ke negeri pasti
Dalam redhaNya dan balasan cintaNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
10 Mac 2012
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN!
Salam damai juga untuk Ayahanda Raden Abdurrachman dam Bunda Ratu yang disanjungi lagi dikasihi di benua sana...moga Jambi kekal mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah. Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Mac 2012
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN!
Salam damai juga untuk kedua rakan seperjuangan yang dihormati lagi disanjungi di benua sana...moga negaramu kekal aman merdeka semerdeka negaraku yang mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!
Karya Ratu Rimba Niagara.
23 Mac 2012
Like · · Unfollow Post · 31 minutes ago near Melaka, Malaysia
Laksamana Mas and 2 others like this.
Laksamana Mas Jika kita mempelajari sejarah peradaban manusia dari jaman purba hingga hari ini, maka apa yang Ayunda tulis nyatalah kebenarannya,....
Ratu Rimba Niagara Begitu ke Laksamana Mas....? Sebab Ayunda tulis berdasarkan ilham kurniaan Allah SWT tanpaNya ayunda nggak bisa tulis sepatah perkataan pun kerana ayunda bukanlah yang arif tentang sejarah peradaban manusia di jaman purba.Tapi ayunda percaya setiap yang baik itu pastiNya datang dari Allah SWT ditambah pula hari Jumaat penghulu segala hari justeru yakinlah dengan perjuanganmu duhai Laksamana Mas!
Franata Daniel Mps ya ya ya....saya paham maksud kangmas Laksamana Mas dan sobat Ratu Rimba Niagara.....salam damai dalam persahabatan....
Laksamana Mas Tabik, sy mohon diri dulu nanti kita sambung lagi, trimakasih,..RAJA, RAKYAT DAN PEMERINTAH,..
Ratu Rimba Niagara Semoga semuanya berjaya dalam perjuangan yang diperjuangkan.Aamin
2 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA GROUP WARKOP SOPONGIRO)
23 Mac 2012
KAMI RELA BERKORBAN NYAWA DEMI KASIH SEJATI
Selamat sore John Rambo....hamba singgah di sini untuk menyapa teman-teman ombak rindu...sudilah terima kedatanganku ini....kalau tak sudi i ku pulang saja ke rimba....
John Rambo Kedatangan mu dialu-alukan wahai puteri rimba.....
Ratu Rimba Niagara Terima kasih duhai John Rambo...
Kerana sudi terima kedatangan hamba...
Jangan kau cuba mengguriskan hatiku
Berjanjilah kau berkata manis seiring hatimu
Jika hatimu penuh racun
Kerana kami di penghuni rimba
Saling berkasih sayang setulus hati
Tanpa ada iri kasih sayang penawar jiwa terlara
Dan kami saling berkorban nyawa demi kasih sejati
Harap kau mengerti apa maksudku duhai John Rambo
Terimalah aku apa adanya
Kerana aku menerimamu lebih adanya ....
Karya Ratu Rimba Niagara,
21 Mac 2012
Ratu Rimba Niagara Terima kasih dinda Teungku Sayyid Deqy...
Terima kasih dinda Sha Izani...
Kerna relah pertaruhkan nyawa demi kasih sejati
Bikin hatiku terharu dalam syahdu...
Saat ini ku menangis dan penghuni rimba juga menangis terharu....
Lalu penghuni rimba menyapu air mataku dengan daunan kasih
Lalu terus memukul gendang sambil menari tarian rimba
Lalu aku tergelak tak jadi nangis....
PANTUN ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR PENUH BERSEJARAH
Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh bersejarah,
Disaksikan oleh kerabat diRaja dan rakyat,
Penuh gilang gemilang tercatat dalam sejarah,
Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat.
Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat,
Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh nilai sejarah,
Menjadi kebanggaan seluruh rakyat,
Sultan Johor Kelima tercatat dalam sejarah.
Di hari kemahkotaan Sultan Ibrahim beriikrar,
Menjadi Raja yang adil lagi saksama,
Akan dikotakan apa yang diikrar,
Susah senang sentiasa bersama.
Sultan Johor berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat sepenuh hati,
Sifat baginda utamakan rakyat,
Kasihnya rakyat mewangi di hati.
Sultan Ibrahim mencemar duli,
Selalu bertemu rakyat yang dikasihi,
Segala masalah rakyat diambil peduli,
Semoga Allah merahmati raja yang dikasihi.
'DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 JAMADIL'AKHIR 1436H
23 MAC 2015
(Pantun Diilhamkan Sempena Meraikan Hari Kemahkotaan Sultan Johor Kelima Daulat Tuanku Moga Allah SWT Merahmati Tuanku, Seluruh Kerabat DiRaja Johor dan Seluruh Rakyat Johor Tercinta AAmiin)
(Pantun Diilhamkan Sempena Meraikan Hari Kemahkotaan Sultan Johor Kelima Daulat Tuanku Moga Allah SWT Merahmati Tuanku, Seluruh Kerabat DiRaja Johor dan Seluruh Rakyat Johor Tercinta AAmiin)

İsmail Can
Inovasi adalah salah satu kata kunci Untuk memenangkan persaingan bisnis
SAHABAT AKU MAHU MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA.
Putra Qaseh dan Maynard James menyukai siaran anda dalam 💖💖BILA RINDU BERBICARA💓💓: "PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI..."

Foto Habib MA Assaggaf.

DI SINILAH ISTANAKU YANG DIDIRIKAN OLEH RAKYAT RIMBA NIAGARA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT GRUPKU
SUDI LIKE TANDA SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI MAKANYA AKU SAYANG KALIAN HINGGA HUJUNG NYAWA,KALIAN ADALAH NADI SASTERAKU SPORTINGMU MEMBUATKAN AKU TERSENYUM SEHINGGA MALAMKU BERPELANGI INDAH KERANA SEGALA GERHANA DITELAN KABUS MALAM.


Foto Zullfikaqe Zullfikaq.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 JamadilAkhir 1438H
26 Mac 2017
 
;