Friday, 2 November 2018 0 comments

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (378) PANGLIMA DAEK


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (378) PANGLIMA DAEK


Lezaihasra Lm sedang bersama Sueeda Smp dan 15 yang lain.
~~Kusendirian Dalam Sepi Lagi~~
Malam ini
mungkin malam terakhirku
mendampingimu di kala resah
meredup wajahmu yang gelisah.
Malam ini, malam sepi
tiada teman menggenggam tangan ini
tinggal aku sendirian bebicara pilu
hanya kelam teman yang setia menantiku.
Apakah bicara kuini
hanya sekadar angin lalu
meniup badai bersama bayu
bila siang tinggallah aku

Lezaihasra Lm
besut, t'ganu.
3.11.2102
6 tahun yang lepas

Makanya terpadamlah segala rindu di hati ini...
6 tahun yang lepas
WARKAH PANGLIMA DAEK (II)
'SIAPALAH AKU DI HATIMU SIAPALAH AKU DI SISI-NYA'
Duhai panglima Daek...
janganlah merendah diri gitu...
kita di sini semuanya sama
biarpun taraf kita berbeda
kerana di Sisi Allah tiada bedanya
maka tiada yang sempurna di sini
melainkan Allah Saja Yang Maha Sempurna
maka apa nak dikisahkan dengan kerenah manusia
kerana kerenah kita sendiri pun masih kita tak faham2...
kita di sini melayani kerenah
dan kerenah itu
kita satukan dengan
Tali Allah
Tali Allahlah yang mengikatkan hati kita
sesiapapun kita
berdarjatkah kita
bijaksanakah kita
yang berdarjat membantu yang memerlukan
yang bijaksana berkongsi ilmu dengan jahil
yang jahil jangan pula bodoh sombong
bodoh tapi tak mahu diajar selamanyalah bodoh
yang jalil janganlah merendah diri
kerana kerendahan diri itu juga
akan memakan diri
ketahuilah betapa pandainya seseorang itu
kalau tanpa izin-Nya jadi bodohlah ia
siapa pun kita
kita jangan salah menyalah
kutuk mengutuk
hina menghina
jika kita masih tidak mahu melakukan perubahan minda
makanya selamalah kita menghukum diri kita sendiri
mendabik dada kitalah yang terhebat di dunia ini
sedangkan dalam kita mendabik dada dalam kesombongan
tiba-tiba Allah ambil nyawa kita
siapakah kita di kala itu
kita sendiri boleh menjawabnya
percayalah setiap yang baik itu datang dari-Nya
kelemahan itu dari diri kita sendiri
Siapalah aku di hatimu.
Siapalah aku di Sisi-Nya;
Yang kumahu keikhlasan di hatimu,
Moga Allah terimaku kekasih-Nya.
Sahabat seperjuanganmu,
Ratu Rimba Niagara,
3 November 2012
about a minute ago · Edited · Like · 1
6 tahun yang lepas
WARKAH UNTUK PANGLIMA DAEK
"MATLAMAT MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA"
Panglima Daek...
perbedaan pendapat itu biasa
matlamatnya tetap sama
mahu pulang ke Pangkuan-Nya
makanya setiap ada kemusykilan
kita duduk semeja di alam maya ini secara anak jantan melayu
tapi bukan untuk menunjuk keperkasaan masing-masing
tapi berdebat cara bijaksana dan harmonis
mana tahu jumpa jalan npenyelesaiannya...
rugilah semua salah menyalah
semuanya keras hati untuk mengalah dalam
satu topik yang hendak dibincangkan
kalo kayak gini sampai mati pun tak akan ada jalan penyelesaian...
Dalam dunia ini tiada siapa pun yang sempurna
tiada siapapun yang bijaksana
Semuanya datang tanpa apa-apa
dan pulang tanpa apa-apa
kecuali mereka yang pulang ingin bertemu-Nya
dalam redha lagi diredhoi
Makanya sebelum pulang bertemu-NYa
ayuh kita perteguhkan ukhuwah
kita perteguhkan tauhid dan pegangan kita
pada tali Allah menuju ke jalan-jalan Allah
yang sebenar-benar-Nya
dalam keadaan suci bersih hati
tanpa permusuhan sesama sendiri
yang keruh kita jernihkan
yang jernih kita sucikan hati biar bermatlamatkan Yang Maha Esa saja jika itu dapat kita lakukan dengan fikiran yang syahdu
Insya-Allah semuanya tenang-tenang saja dong...
Maafkan hamba jika ada kata bicara hamba
yang tak berkenan di hati Panglima Daek dan sahabat-sahabat
grup yang lainnya...sejujurnya hamba ke sini di undang oleh salah seorang kerabat diRaja pada mulanya hamba rasa diri ini tak layak berada di grup yang mulia ini memandangkan hamba bukanlah dari golongan bangsawan ataupun Kerabat diRaja...walaupun hamba bergelar ratu tapi itu cumalah ratu rimba....bukanlah ratu manusia yang punya darjat dan pangkat...apalah ada pada ratu rimba hanyalah sebuah kasih sayang yang dicurahkan bakti kepada semua golongan rimba . Kami saling berkasih sayang.....sayang sesungguhnya tanpa ada syarat dan bila hamba diundang ke sini makanya hamba cuba bawa kasih sayang hamba pada rakyat jelata hamba di rimba ke alam manusia...tapi hamba tetap berhati-hati dalam memberi pendapat ataupun ide agar hati-hati kerabat diRaja yang dimuliakan tidak dilukai apatah lagi disakiti. Selagi hamba diterima oleh admin dan para ahli grup di sini Insya-Allah hamba sudi berbakti selagi terdaya hamba.
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama,
Istana Rimba Niagara,
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
(DISIARKAN DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
3 Oktober 2012
Like ·
6 tahun yang lepas
PANTUN LUAHAN HATI PADA SAHABAT FB/GRUP
Taman pantun nan indah permai,
Bunga-bunga pantun mewangi;
Menyerikan gundah gulana di hati,...
Teruskan Membaca
6 tahun yang lepas
Taman pantun nan indah permai,
Bunga-bunga pantun mewangi;
Menyerikan gundah gulana di hati,
Senyuman terukir menambah seri.
Jemputlah berpantun di taman pantun,
Kuhidangkan secangkir kopi ukhuwah kasih;
Selepas minum indahnya bila berpantun,
Bertambah rindu bertambahlah kasih.
(huhuhu)
6 tahun yang lepas
bergurindam berpuisi bersyair berpantun,
dunia kerjaya yang mengujakanku;
itulah kerjaya harian menjadi dambaan,
tak berkarya seakan terhentti nafasku.
sahabatku adalah sumber karyaku,
santunnya santunlah aku;
hilang santunnya meranalah aku,
bahasa santun itulah dambaanku.

PANTUN LUAHAN HATI PADA SAHABAT FB/GRUP
Taman pantun nan indah permai,
Bunga-bunga pantun mewangi;
Menyerikan gundah gulana di hati,
Senyuman terukir menambah seri.
Jemputlah berpantun di taman pantun,
Kuhidangkan secangkir kopi ukhuwah kasih;
Selepas minum indahnya bila berpantun,
Bertambah rindu bertambahlah kasih.
Like · · Unfollow Post · about an hour ago
Seen by 1
Sutiara Aisaumaira likes this.
Ratu Rimba Niagara
Semua grup dan rakan grup kusayangi,
Sayangku seperti sayang diriku sendiri;
Ku tak tega kehilangan kasih di sini,
Kan kucuba perbaiki kekurangan diri.
about an hour ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Tapikan sayangku duhai sahabatku,
Jika aku disepikan seolah tiada wujudnya aku;
Pasti bergerhanalah hatiku,
Hujanpun turun kerana terpaksa kulepaskan rindu.
about an hour ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Rindu-rindu serindunya padamu sahabatku,
Sejujurnya kusayang padamu;
Tapi apakan daya itu kehendakmu,
Sengaja kau dustai rinduku padamu.
about an hour ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Bukankah kasih kita telah disimpul matikan,
Tapi sayangnya kau mendera aku merindukanmu;
Kau sepikan aku berminggu-minggu berbulan-bulan,
Hingga aku kecewa tak dayaku lagi pertahankan rindu.
about an hour ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Sepi...sepi...kecewa...kecewa...denganmu sahabatku,
Kau berjanji bersumpah setia bersamaku;
Wujudnya aku, kau sepikan alasan tugasmu,
Sebuah alasan yang memisahkan kau dan aku.
about an hour ago · Edited · Like
Ratu Rimba Niagara
Sudah ku beritahu dari awal perkenalan kita,
Sekali berjabat tak akan terpisahkan;
Syaratnya satu jangan sepikan persahabatan kita,
Tapi sengaja kau mendera sebuah persahabatn.
56 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Kau gores luka hatiku,
Bersama teman-temanmu kau bertegur sapa;
Tapi wujudnya aku tiada di hatimu,
Seolah aku bukan siapa-siapa.
54 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Kau gelak ketawa bersama teman-temanmu,
Aku kau sepikan tanpa sudi menyapa;
Sedangkan kau yang ingin menjadi sahabatku,
Adakah setelah kuterimamu teganya kau lupa.
51 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Apakah motif kau berkawan denganku,
Hanya sengaja untuk menyakitkan hatiku;
Mengenawakan aku bersama teman-temanmu,
Seolah tak punya hati perasaannya aku.
47 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Aku teramat kecewa dan kecewa padamu,
Kepada mereka yang pernah menjadi sahabatku;
Bukan aku sengaja berpisah denganmu,
Aku tak berdaya lagi terdera sepi dan rindu.
45 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Moga terluahnya luahan hatiku ini,
Harap kalian sudi memaafkan aku;
Kerana tak terdayaku pertahankan persahabatan ini,
Namun percayalah semua sahabat sentiasa di hatiku.
41 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Kepada rakan fb yang masih berbaki ini,
Harap maafkan aku jika ku pergi;
Aku tiada masa menunggu persahabatan sepi,
Saling sokong menyokong perjuangan itu diperlui.
29 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Setiap sahabatku adalah Kurniaan-Nya,
Maka aku amat hargai persahabatan;
Sepi menyepi kata mengata hina menghina,
Akan meranalah aku selamanya .
26 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Teman fbku terlalu istimewa,
Biarpun boeh dibilang lima jariku;
Saling berlumba berbagi ilmu yang ada,
Teman fbku adalah nadi sasteraku .
22 minutes ago · Edited · Like
Ratu Rimba Niagara
Teman fbku adalah nadi sasteraku,
Sasteraku adalah duniaku;
Mereka akan hayati dunia sasteraku,
Yang tak memahami maafkan aku.
21 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Bukan mahuku jadi begini,
Sasteraku sudah sebati dalam jiwaku,
Biarpun ramai yang membenci diri ini,
Gara-gara bersastera tanpa jemu.
19 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara Namun aku bersyukur Kurniaan-Nya ini,
Bersastera berkarya tanpa jemu tanpa lelah;
Dalam sastera kulahirkan rasa semua hati,
Untuk kusemai berartinya sebuah kasih.
16 minutes ago · Edited · Like
Ratu Rimba Niagara
Hari-hari kusemai kasih dan budi,
Hari-hari kutabur bakti;
Dengan harapan bukan untuk dipuji,
Tapi hanyalah semata moga dituai di akhirat nanti.
15 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Alangkah bahagia berkasih ikhlas kerana-Nya,
Di dunia sama-sama menyemai bakti kerana-Nya;
Bukan kerana selain dari-Nya,
Aduhai indahnya dunia seakan berada di Syurga-Nya.
11 minutes ago · Edited · Like
Ratu Rimba Niagara
Berkata indah seindah Syurga,
Bercanda di Taman-Taman Syurga;
Berkata seolah hidup di Syurga,
Itulah matlamat mencintai-Nya balasanNya Syurga.
8 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Hidup adalah satu perjuangan,
Hebat gimanapun akan mati;
Berbakti seolah umur berpanjangan,
Moga dapat mati dalam berbakti.
6 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Sampai di sini pantun terhenti,
Salah dan silap harap dimaafi;
Diizinkan Allah ku berpantun lagi,
Moga ikatan persahabatan tersimpul mati.
3 minutes ago · Like
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
3 Oktober 2012

TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Safar 1440H
3 NOVEMBER 2018
 
;