Tuesday, 20 December 2011

PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT TAKKAN TERHENTI SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

8hb November 2011
Back to Album · Awang Karim's Photos · Awang Karim's Profile
Awang Karim Kadir
· · · Share · Yesterday


You, Abd Salam Yusof Yusof, Lina Mohamad Lin and 9 others like this.

Awang Karim Kadir Sewaktu-waktu kita melaungkan keutamaan rakyat dan menjadi juara mereka; fenomina begini masih menjadi lumrah disekeliling kita...Bilakah agaknya mereka ini dapat berhijrah dari takuk kemiskinan...?
Yesterday at 7:29am · · 2

Jasminie Ag Damit Pembangunan Ekonomi Masyarakat adalah satu keutamaan kerajaan kini..kita sebagai ahli masyarakat mempunyai tanggungjawab yang setara untuk mempastikan jiran kita tidak hidup dalam kedaifan sepanjang masa...adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melaporkan perkara ini kepada yang berwajib ...kami bakal mengendalikan program peningkatan ekonomi bagi anak anak e-kasih..Saudara AKK boleh memberikan maklumat lengkap kepada kami khusus bagi mereka yang berhasrat untuk mengikuti program kemahiran bagi tujuan peningkatan ekonomi..
Yesterday at 7:37am · · 2

Awang Karim Kadir Bila dan di mana tu pn J..?
Yesterday at 7:39am · · 2

Jasminie Ag Damit Kami akan memulakan program latihan ini bulan Januari..kesemuanya di Akademi Lestari Kingfisher Plaza Kota Kinabalu
Yesterday at 7:42am · · 2

Jasminie Ag Damit syarat utama adalah berdaftar dengan e-kasih, dan tidak pernah menerima bantuan khusus untuk program peningkatan ekonomi..
Yesterday at 7:43am · · 2

Awang Karim Kadir Ok nanti saya maklumkan; berapa hari and apa2 jenis kemahirannya yang mereka boleh ikuti.
Yesterday at 7:45am · · 2

Jasminie Ag Damit Motivasi 3 Hari, Kemahiran 10 Hari, Latihan asas Perniagaan 4 Hari, Kami akan pantau dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan latihan..Program Batik Canting, Fotografi, Gunting Rambut Lelaki, Jahitan, Manik & Labuci, Pengurusan Taska Rumah, Pengurusan Kediaman, Jahitan Pakaian Seragam, Andaman,Urutan dan Refleksologi(khusus untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan pusat pelancongan)
Yesterday at 7:51am · · 2

Jasminie Ag Damit Untuk makluman, temuduga untuk mempastikan kesesuaian program dengan individu akan dilaksanakan..jika pemohon tidak bersesuaian dengan program yang kami kendalikan, maklumat pemohon akan kami serahkan kepada pengendali lain yang menawarkan program kemahiran yang lebih bersesuaian...
Yesterday at 7:53am · · 2

Rohani Japrin Ini program yg sangat menarik...tahniah! bila diiklankan..atau boleh daftar sekarang? e-kasih..daftar secara on line atau pejabatnya dimana...Ini sangat sesuai bagi belia yang masih menggangur..atau anak2 lepasan SPM..sementara menunggu kemasukan U...
23 hours ago · · 2

Jasminie Ag Damit Harus dimaklumi ya RJ..program ini untuk mereka berdaftar dibawah e-kasih sahaja ya..bagi mereka yang berminat kami, mohon supaya mereka menyemak dengan pejabat daerah di daerah masing masing..kami juga menggalakkan hanya mereka yang benar benar serius dalam menceburi bidang keusahawanan sahaja untuk menyertai program ini kerana kami bertanggungjawab untuk mempastikan peratusan keberkesanan program berada pada tahap yang paling maksima..ini bermakna pemilihan peserta adalah amat penting untuk kami ...terimakasih
23 hours ago · · 2

Jasminie Ag Damit Iklan berperingkat akan dilaksanakan melalui facebaook tetapi bagi pada masa yang sama kami telahpun mempunyai senarai peserta luarbandar yang tidak mempunyai kemudahan internet...Lot 116-26.0 Blok D Lorong Kingfisher 6 Kingfisher Plaza Kota Kinabalu
23 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali Kemiskinan membuatkan hatiku tersayat
Kedaifan membuatkan hatiku pilu
Moga akan hadir insan mulia datang membantu
Mereka yang memerlukan bantuanmu
untuk meneruskan kelangsungan hidup yang lesu
Bersyukurlah tidak ada
hati yang membatu
hati yang beku
hati yang buta
Mereka bangkit dengan satu semangat untuk membangunkan
kelangsungan hidup yang lesu dan layu
Makanya bersinarlah di wajahnya sinar pelangi kehidupan yang indah
Inikah yang dikatakan doa mereka sudah sampai ke sidratulmuntaha
22 hours ago · · 2

Datu Osman Datu Sulai satu usaha yg baik, murni but rakyat jadi
begini ada punca laain yg tak baik, sebagai contoh bilaa mereka
tahu ada E-Kasih, bantuan Politik, bantuan Individu n sebagainya,
mereka jadi pemalas kerana mereka tahu ada yg membantu n jadi popular kerana mukaa keluar TV so saya cadangkan bagaimana kita boleh atur dari segi kesedaran, pendidikan seterusnya pembanguan minda dan kehidupan...so fikir-fikirkan bersama kerana ini sekadar pendapat...
22 hours ago · · 3

Aminah Ambrose saudara.. boleh ambil gambar rumah dan maklumat mereka supaya dapat di senaraikan dan atur supaya mereka dapat di beri rumah pprt..nanti bagi pada Hainah atau Aminah Barsari
22 hours ago · · 4

Rabeah Mohd Ali Semuanya mainkan peranan bagi membantu membasmi kemiskinan tegar menampilkan diri bukan bererti mahu popular tapi bergantung kepada nawaitu masing-masing. Apapun yang miskin dan daif mesti dibantu kerana adalah menjadi kewajipan pemimpim membantu rakyatnya dan kewajipan si kaya membantu si miskin kerana si miskin ada hak pada harta si kaya raya.
Bantu bukan memberi ikan tapi memberi kail untuk menangkap ikan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan yang kelam dan kelabu dalam serba kedaifan.
Duhai pemimpimpin kaulah pemberi kail untuk mereka!
Duhai si kaya raya kaulah pelangi yang menyinari hidup mereka!
22 hours ago · · 1

Rohani Japrin Suara e-kasih...sejauhmana mereka yang terlibat dapat membantu...pihak yang bertanggung jawab..ayooo turun padang cari mereka yang benar layak...diluar sana banyak yang menunggu..yang tidak tahu saluran entah kemana hendak di tuju...tiada pencarian hendak dibuat...mengharapkan mereka datang ke PD untuk daftar...berkesankah?...bila kita pamirkan (orang luar) dengan keadaan di atas (gambar) maka semua YB2 tampil ke depan...ingin membantu..pada hal sebelumnya tiada yang membantu..digambar baru terpinga2...(bukti dengan saya)...
22 hours ago · · 3

Datu Osman Datu Sulai PRU semakin dekat banyak isu2 dan info menarik dan perlu tindakan segera kerana perkara2 begini bukan terlepas pandang tapi tak dipandang walaupun didepan mata, kura-kura dalam perahu pura-pura tak tahu...
21 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Tak lama lagi PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
21 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali Selepas PRU YB jadi kaya raya,
Mulia lagi si miskin yang tak berharta;
Rakyat penentu pilihanraya,
YB tidak berubah hilang kuasa hidup merana.
21 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Jadilah contoh pemimpin terduhulu,
Dahulukan rakyat dari kepentingan sendiri;
PM kata rakyat didahulu,
Buktikan dan kotakan segala janji.
21 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali Apalah ada pada harta,
Kalau bukan usaha sendiri;
Mulia lagi rakyat yang tak berharta,
Harapkan pagar... pagar makan padi.
21 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali Pemimpin berjiwa pejuang tidak begitu,
Cuma andaian dibuat saja,
Harta bertimbun bukan dibawa ke kuburmu,
Amalan ikhlas keranaNya saja yang diterimaNya.
21 hours ago · · 2

Datu Osman Datu Sulai
Pemimpin yang diundi rakyat jadi YB tak pernah ambil tahu dan ingin tahu masalah rakyat kerana rakyat biasa yang selalu dan banyak membantu rakyat yang termiskin kerana rakyat biasa yang selalu menemui masalah seperti ini sebagai contoh gambar yang ki...See More
20 hours ago · · 1

Jasminie Ag Damit
Mengubah minda golongan ini adalah satu cabaran kepada siapa sahaja yang melibat dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka..kerana seperti kata DODS, bantuan berkenaan akan menjadikan sebahagian daripada peserta e-kasih akan terus bergantung kepada kerajaan dan akhirnya menjadikan mereka malas untuk berusaha..saya harap kata-kata sedemikian tidak menguris perasaan kesemua golongan ini kerana tidak semua ahli e-kasih atau miskin tegar bersikap sedemikian rupa..mereka juga mempunyai maruah dan harga diri untuk dijaga..kami tahu mereka juga punya keinginan dan cita-cita kerana kami sering bersama dengan mereka..menyedari akan keadaan itulah , kami penyedia latihan diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengubah minda mereka... ditahap manapun penerimaan mereka, biar sekecil manapun hasil yang mereka tunjukkan diperingkat awal, semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membantu, apa lagi jika keengganan membantu itu hanya berdasarkan kepada tanggapan dan andaian yang tidak bersifat adil kepada mereka.... membangunkan minda insan adalah satu proses yang berterusan dan semua pihak samada dipihak peserta, kerajaan dan pembimbing menggalas tanggungjawab yang setara untuk membolehkan usaha murni ini mencapai matlamatnya.....
16 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali
Tahniah juga untuk Datu Osman Datu Sulai yang tampil membuka minda semua yang membaca buah fikiran Datu...moga semua tidak kira rakyat mahupun pemimpin dapat menerima dengan minda yang terbuka tanpa ada prejudis. Rakyat cuma mahu kehidupan mereka dibela sebab itu mereka berhak memilih siapa saja di kalangan yang layak membela mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup yang sempurna tanpa dibawah lembayung senja yang samar-samar dan kelabu!
Mereka amat berharap hadirnya sinar pelangi indah untuk menyerikan kehidupan yang selama ini kelam dan kelabu dalam kemiskinan dan kedaifan tak tahu hingga berapa generasi menanggung kemiskinan! Sesiapapun tidak mahu mewariskan kemiskinan!
20 hours ago · · 1

Datu Osman Datu Sulai RMA sekadar pendapat orang kerdil macam saya so apun tqsm kerana boleh memahami bahasa saya yang lemah dan tak teratur...
20 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Semua orang tidak sempurna Datu Osman...dan setiap orang diberi Allah kelebihan....kelebihan setiap orang itulah yang menyempurnakan yang tidak sempurna itu....Wallahualam.
20 hours ago ·

Laliman Ahmad Di sinilah peranan jentera kerajaan dan parti untuk mengenal pasti rakyat benar-benar miskin tegar. Kita ada Ketua Kampung [KK], kita ada JKKK, Pemaju Mukim, pemaju masyarakat, KEMAS, CDO, Unit UPKR yang duduk di bawah DUN [Wakil Rakyat] di kawasan berkenaan. Ini tugas mereka untuk buat laporan kepada YB. berkenaan. Takkan hal inipun mereka tak tahu?
20 hours ago · · 2

Datu Osman Datu Sulai
saya terpanggil dengan komen saudara LA, saya berikan contoh selepas PRU peruntukan ada 10 juta RM diberikan oleh Kerajaan untuk bantuan rakyat termiskin seramai 10 keluarga yang dikenalipasti dlm satu KG so ceritanya bermula...30% YB, 20% DUN, ...See More

19 hours ago · · 1

Awang Karim Kadir
Terima kasih di atas kprihatinan tokoh2 fb semua;JAD,RJ,DOS,RMA,LA dalam hal kemiskinan rakyat dan terima kasih juga di atas maklumat dan peluang untuk membantu menyalurkan mereka untuk mendapatkan kemahiran, sefikir inilah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kita dalam institusi kemasyarakatan, memerhatikan keadaan hidup mereka dan membantu mendapatkan bantuan serta peluang supaya mereka juga dapat menyertai arus pembangunan negara secara berkesan. Saya sendiri macam kehilangan kepercayaan kepada segelintir wakil rakyat YB dan pengawai2nya yang hanya tahu menunggu projek kerajaan atau menyalurkan bantuan kepada sasaran yang kadang2 bukan kepada yang sepatutnya. Contohnya, baru2 ini pemberian Laptop 1 Malaysia, banyak kontraktor, taukeh2 ( yang berkemapuan ) dan anggota keluarga yang dapat lebih daripada satu laptop, sedangkan ramai lagi yang kurang mampu dan memerlukan tidak dapat peluang memiliki pemberian SKMM itu. Pendekatan kerajaan sudah cukup baik, tetapi pengurusan yang kurang teliti akan memberi efek dan mengecewakan yang lain. Kita semua adalah Wakil Masyarakat walau pun bukan Wakil Rakyat; tapi masih tetap sama2 YB; mereka Yang Berhormat, kita Yang Berkhidmat. Mereka bergaji, kita hanya Yang berbakti. Tapi tanggungjawab kita terha dapat negara bangsa masih tetap sama...

19 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali
Jika perubahan sikap dan minda kerajaan dan wakil rakyatnya tidak juga ada perubahan untuk membela rakyat makanya janganlah salahkan rakyat ...rakyat cuma mahu pepimpin yang mahu membela nasibnya dan ambil peduli keperitan hidupnya.Rakyat berjuang demi sebuah kehidupan pun begitu masih lagi memilih kerajaan demi mempertahankan kemerdekaan negara yang diwarisinya dari pejuang terdahulu yang sanggup bersusah payah demi rakyat tapi YB kini...YB sendiri dapat nilaikan tahap mana tanggngjawab YB kepada rakyat!
19 hours ago ·

Alikaseh Vs Berani Gagal kk dan jkkk pun ada kroni so macam mane jugak...bagus E-kasih ni sebab matlamatnya bagus,menjadi seorang tenaga pengajar di KL....
18 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Kalau mereka ada E-kasih...group Alikaseh Vs Berani Gagal...Insya-Allah lagi berjaya membasmi kemiskinan dengan adanya YB2 tak bergaji tapi ingin berbakti tanpa ingin mencipta nama untuk membela rakyat.
18 hours ago ·

Felix Manap Akiam Bikin sedih bah ni orang apa ba ni tuan mana tempat ini
17 hours ago · · 1

Alikaseh Vs Berani Gagal saya dah banyak membantu di semananjung,di sabah tak tau salurannya.....
17 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali
Subhanallah moga rahmat Allah tercurah ke atasmu dan Allah murahkan rezekimu mencurah-curah banyaknya padamu di atas keberkatan kamu membantu dan berbakti hanya semata keranaNya...boleh Alikaseh berhubung dengan AJK YB2 Yang Berbakti Tanpa Gaji di atas mereka sedia membantu untuk memberitahu saluran yang hendak dibantu itu...YB Awang Karim Kadir...YB Datu Osman ...mereka semuanya tahu bagaimana caranya ye....Moga Alikaseh Vs Berani Gagal Akan Berjaya Menyemai saham di dunia dan menuai saham di akhirat nanti ...Amin Ya Rabbal A'Lamin.
16 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali Apa yang dikatakan Jasminie tu benar belaka tiada yang tak benar...melainkan benar...sesiapa yang ada bantahan silakanlah berikan pendapat bernas bagi mencapai kata sepakat ke arah membangunkan minda insan demi kepentingan rakyat dan negara yang kita cintai ini.
14 hours ago · · 1

Tj Young Tj Young MACAM MANA BERFUNGSI JENTERA PEMANDUNYA SIBUK DENGAN KONTRAKTOR (CARI KEKAYAAN SENDIRI)BILA MUSIM PILIHANRAYA BARULAH SIBUK MEMANDU JENTERA KESANA-KEMARI ,MEMPERLIHATKAN KESUNGGUHANNYA KEPADA DATUK YB
14 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Tj Young Tj Young jangan risau kitakan ada YB Awang Karim Kadir , YB Datu Osman , YB Alikaseh dan lain-lain mereka bila-bila boleh diajak berunding dan membantu mengenai masalah miskin tegar...Mana sama YB yang bergaji dengan YB Yang Berbakti...hihihi
14 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali
Aku suka berpolitik
Tapi politik tidak mengeruhkan suasana
Ku amat percaya mana-mana parti yang ingin menang
Dahulukan rakyat tanpa ada prejudis
Membantu selagi mampu membela selagi daya
Pemimpin sebegitulah yang diidami rakyat...
Tak percaya tunggu keputusan pilihan raya
Yang menang pasti mereka yang dahulukan rakyat daripada kepentingan sendiri...
Pasti kemiskinan tegar dapat dibasmikan
Dan kemiskinan bukan lagi untuk diratapi dan diwariskan kepada anak cucu cicit yang tak tau apa itu politik...bila dewasa nanti baru mereka tahu politik itu penting untuk membela rakyat agar tidak teraniaya...
14 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Salam perkenalan Jasminie...kita nampaknya sepemikiran...kau suka ...aku bahagia...kata sepakatlah yang paling penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah itu...apa pendapatmu Jasminie....
14 hours ago · · 1

Tj Young Tj Young MOGA-MOGA YB YANG RMA LANTIK INI MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN CEMERLANG SERTA DIKUATKAN IMAN SERTA QUDRAT
14 hours ago · · 2

Jasminie Ag Damit
Benar sekali RMA....dalam membicarakan topik kemiskinan, keikhlasan dalam menilai dan membicarakan isu tanpa prejudis adalah amat penting..buah fikiran RMA yang begitu bernas turut menyuntik semangat dan motivasi saya untuk terus mendekati mereka..insya allah..jika kita ada iltizam dan kesungguhan untuk membimbing , mereka pasti mampu untuk turut bersama menikmati kemakmuran ekonomi negara..hanya masa yang menentukan....saya gembira bertemu dengan saudari di laman ini..Salam Perkenalan...saya fikir kita mempunyai aspirasi dan pemikiran yang sama dalam hal ini..
14 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Tambah lagi 2 orang sebab tercicir nama...hihihi YB Tj Young Tj Young, YB Jasminie Ag Damit...dan akan ada lantikan menyusul jika terbukti mereka ikhlas membantu dan berbakti pada rakyat miskin tegar...hihihi
14 hours ago · · 1

Rabeah Mohd Ali Waduh Jasminie ...terharuku...kalau aku ada sayap ajaib kan ku terbang mendapatkanmu sama-sama berjuang apa yang ada di fikiran kita kan3x tapi siapa lah aku ni....yang tak punyai apa-apa hihihi tak apalah semangatmu kan kutiup agar menjadi bara perjuangan membela mereka yang patut dibela! Aku tabik dengan semua YB2 yang baru dilantik sebentar tadi...hihihi
14 hours ago · · 1

Tj Young Tj Young HAHAHAHA!!!AKU BELUM SEDIA NAK JADI YB,RMA BUKA CAWANGAN PUN BELUM?JADI AHLI PUN BELUM?CUMA SUKA BICARA POLITIK SEMASA
14 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali Hihihi...Ini YB Perasan SendiriLah Tapi Berbakti tetap berbakti....Bukan YB Bergaji ... YB Berbakti Seikhlas Hati....Mana ada sidang media untuk istiharkan YB Berbakti Seikhlas Hati....hihihi....
13 hours ago · · 1

Tj Young Tj Young AKU FIKIR BETUL-BETUL BAH ITU ...HEHEHEH
13 hours ago · · 1

Mohd Raffie Rmg
Biarkan kemiskinan itu,kerana dengan ada kemiskinan maka akan ada manusia yang akan berusaha untuk membantu mereka.Persoalan politik atau tidak bukan perkara utama dan inti dalam perkara kemiskinan ini,kelangsungan hidup orang miskin bergantung kepada kita yang kaya- barangkali -.kita adalah penanggung kemiskinan mereka.Saya terlibat dalam memerhati situasi ini,mereka tidak harapkan simpati tapi mereka berharap empati,buka wang ringgit tapi perasaan,fikiran dan keturutan hati nurani dalam mengamati keadaan dan suasana kemiskinan.Hanya itu......bukan kerana Kita.....kerana mereka miskin....miskin dan miskin.....jangan biarkan...
13 hours ago · · 2

Tj Young Tj Young
BETUL TU YB MRR!!TAPI ORANG MISKIN SEKARANG PADA RUMAHNYA SAHAJA ,SEKALI KITA TENGOK WANG DIBAWA BANTAL BERJUTA-JUTA ,MANATIDAK DIBELAKANG RUMAH KEBUN GETAH BERATUS EKAR,KELAPA SAWIT JUGA BERATUS EKAR ,KITA HANYA MAKAN GAJI,DIORANG KETAWA LUCU KITA KENA CAKAP BODOH .JADI!!!PADA PENDAPAT SAYA ,UNTUK MENILAI MISKIN TEGAR ,KITA MESTI TELITI MENILAI BUKAN PADA PAKAIAN SAHAJA TAPI TENGOK SEHINGGA KEJABATAN TANAH .KALAU GERAN TANAH SUDAH ADA BERPLULUH GERAN .....APALAH MAKNANYA
12 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali Kita doakan aje agar hati mereka yang banyak geran itu...menginfakkan kepada yang benar-benar layak ye...Kalau YB Tj Young banyak geran apa yang YB Tj Young lakukan ye dan tak kanlah aset yang banyak tu nak dibekukan je ..buat perhiasan...cuba cite... kalau YB Tj Young banyak geran apa yang hendak dibuat harta yang bertimbun-timbun tu...nak bagi waris pun tak habis-habis....
12 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali Apapun saya amat tabik dengan YB Mohd Raffie Rmg yang benar-benar ingin membasmi kemiskinan tegar...cayalah...!
12 hours ago ·

Tj Young Tj Young BARU-BARU TU ADA TERLIHAT ORANG MATI DIBUATKAN RUMAH DALAM TANAH PERKUBURAN MACAM NAK IKUT PULAK SEMUA KEPERLUAN DISEDIAKAN SEPERTI MANA HIDUP JUGAK.....HEHHEHH
12 hours ago ·

Tj Young Tj Young TAPI YANG BETUL-BETUL NI KALAU RMA NAK TANDING JADI YB SAYA SOKONG,ADA POTENSI BERJIWA RAKYAT SEJATI ...TAHNIAH
12 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali
Khikhikhi...saya jadi pelantik YB-YB Berbakti Seikhlas Hati pun dah memadai ye...hihihi...Apapun YB Young dan YB-YB Yang Sedia Berbakti teruskan perjuangan membela dan membantu rakyat yang memerlukan selagi terdaya kudrat yang ada...Insya-Allah pelangi indah yang mereka tunggu-tunggu selama ini akan menyerikan senyuman mereka yang selama ini kelat dek kedaifan yang dilalui dengan ratapan yang tiada siapa ingin mengerti dan ambil peduli.
12 hours ago ·

Awang Karim Kadir
Sebenarnya ini hanya satu daripada banyak lagi gambaran yang mengharukan begini di Kudat, tapi ini hanya sekadar simbol kemiskinan yang menguji keprihatinan dan rasa tanggungjawab kita semua. Terutama kpd mereka yang telah menjadi Yb yang ada mandat dan bergaji. Ada cerita yang lebih tragis disebalik gambaran ini yang terlalu sensitif utk dipaparkan dlm ruangan terbuka ini, kerana masyarakat yg saya temui ini sebenarnya telah menjadi semacam pendatang dengan izin dlm tanah air sendiri, menumpang di tanah Cina setelah meninggalkan kampung asal kerana kononnya cuba mengejar perubahan dan kemajuan di bandar. Mereka orang pulau, dalam tiga keluarga, berhasrat nak mencuba nasib di bandar setelah sekian lama hidup melarat di kampung asalnya, mereka ke Kudat mencuba nasib;tapi ternyata di sini mereka malah hidup merempat. Saya sedang membuat kajian mengenai masyarakat ini dan cuba membantu dlm banyak perkara; kerana mereka sangat jauh ketinggalan dari segi pengetahuan dan pendedahan, sikap, semangat, kemahiran,agama dan kepercayaan. Walau pun mereka merasa bahawa kehidupan mereka sekarang jauh lebih selesa drp dahulu...setelah berhijrah dari kampung asal; dan sekarang mereka sudah jadi orang bandar.Cuba bayangkan... ini bukan setakat miskin tegar; tapi dah jadi miskin kebal ( kata orang Sabah;miskin tubal) Mereka dah lali dengan keadaan ini...
10 hours ago · · 1

Mohd Raffie Rmg Terima kasihlah lantik saya jadi YB,Yang Berangan jadi Yang Berhormat.YB YB.Tapi pengalaman aku,mereka itu ada yang ada sampai 3 geran tanah,aku apa yang ada..sedih...mereka miskin dalam kekayan,aku kaya dalam kemiskinan...gembira jugalah.
10 hours ago · · 2

Rabeah Mohd Ali
Makin mencabar ....ku nak memikirkan masalah ini...hihihi...mana tahu sat-sat dapat idea nak menggulung cerita YB Awang Karim Kadir...hihihi...YB Awang Karim...kalaulah aku ada kuasa...tak perlulah kau susah-payah buat kajian...kan ku kemukakan pada PM minta PM selesaikan masalah ini hingga ke akar umbi...tapi siapalah aku ini ye....cuma tumpang simpati dalam duka yang panjang....Pakat-Pakatlah dengan YB2 Yang IKhlas Berbakti mana tahu ada jalan penyelesaian.
10 hours ago ·

Awang Karim Kadir RMA saya selalu dibayangi ketakutan oleh kesan putaran ganas arus pembangunan; sehingga ada masyarakat yang jadi begini apabila tidak mampu mengharunginya; akhirnya mereka tersisih dan menjadi lali oleh keadaan hidup yang seperti ini. Mereka adalah orang asal yang mula terbiar...
10 hours ago · · 1

Tj Young Tj Young hahha...lucu betullah YB MD RaffieRmg terlalu merendah diri dalam kekayaan...hehehe
10 hours ago ·

Mohd Raffie Rmg Seperkara yang harus di ketahui dan difahami,Konsep TERIMA KASIH.mudah saja,kau kasih,aku terima.Aku kasih,kau terima.Maka sudah ada urusan....mudah, senang,cepat dan selamat.TERIMA KASIH lah.....YB YB....
10 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali
Beginilah sifat seorang pemimpin sejati...memikirkan masalah kemiskinan dan kedaifan rakyat yang tiada penghujungnya...bagi mereka sudah lali dengan kedaifan tapi bagi seorang yang berdarah pejuang...akan tidak tidur malam memikirkannya...akan faham itu....YB Yang Berbakti Seikhlas Hati! Mana tahu berkat kesepakatan YB2 sukarela akan ada sinar pelangi untuk mereka ....tak semua warna pelangi yang dapat satu warna pelangi singgah di teratak mereka pun sudah memadai!
10 hours ago ·

Awang Karim Kadir Janganlah terlalu berbangga dengan kekayaan; jangan pula terlalu bersedih dengan kemiskinan, tapi yang kita sedihkan ialah kenapa ada fenomina yg seperti ini terus mewarnai kanves kemajuan negara kita yang sedang menuju kepada rakyat berpendapatan tinggi...
10 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali Hihihi ku cuma nak tahu YB Tj Young....YB Mohd Raffie betul-betul ke YB atau YB yang baru dilantik ye...hehehe kalau betul-betul YB ...malulah aku....hihihi...
10 hours ago ·

Rabeah Mohd Ali
AKK sebab itu gunanya kuasa pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk membela rakyat yang terpinggir....barulah kemiskinan tegar dapat dibasmi....bilamana pemimpin tidak mahu ambil peduli....apa fungsinya jadi pemimpim justeru jangan risau masalah ini akan selesai jika mereka turun padang untuk meninjau keadaan sebenar...sudah benar soheh tapi masih tidak mahu ambil peduli juga...
Kura-kura dalam perahu.
Pura-pura buat tak tahu;
Tak lama lagi PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
9 hours ago ·

(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
3 Muharram 1433H
29 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;